Wednesday, December 19, 2012

pertahan amanat'

Amanat 1981: Nik Aziz pertahan Hadi Awang
JAMILAH HAMZAH
19 Disember 2012
Nik Aziz
Nik Aziz
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.
Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.

amanat

Asri: 'Isu Amanat Hadi harus dihentikan'
HASLINA KAMALUDIN
19 Disember 2012
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM – Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.

Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.
“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.

“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu.
“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

“Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,” katanya.

Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.

“Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” katanya.
Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.
“Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama.

“Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,” katanya.

Saturday, December 8, 2012

tabung haji

ARKIB : 15/11/2012

Mampukah Tabung Haji bertahan?

Saya tertarik dengan tulisan Penasihat Persatuan Pengguna Islam, Dr. Ahmad Zaki Ismail dalam Utusan Malaysia keluaran 12 November 2012 atas kemungkinan kenaikan tambang menunaikan haji pada masa hadapan. Beliau menekankan supaya Tabung Haji (TH) menyerap segala kenaikan kos yang pada logiknya memang tidak akan dapat dielakkan.
Sedia termaklum pada tahun ini jemaah hanya membayar RM9,980 sahaja walaupun kos sebenar adalah RM15,150. Subsidi yang banyak ini hanya diberikan kepada jemaah muasasah, tidak kepada jemaah yang mengambil pakej TH Travel walaupun mereka juga adalah pendeposit Tabung Haji. Perkara ini tidak pernah dipersoalkan.
Pada pandangan saya, kedudukan Tabung Haji boleh menyerap apa juga kenaikan kos menunaikan haji hanya boleh berlaku sekiranya ia mendapat keuntungan yang banyak sepanjang masa. Bahkan cerita Tabung Haji untung banyak hanya berlaku sejak kebelakangan ini dengan adanya aktiviti perladangan terutamanya sawit di mana kebanyakan ladangnya sudah mencapai peringkat matang dan berhasil.
Namun keadaan untung yang banyak ini tidak akan berkekalan untuk sepanjang masa. Faktor hasil dan harga sentiasa berubah. Hasil dan harga sentiasa turun naik, tetapi dalam apa keadaan pun kosnya sentiasa meningkat. Inilah lumrah perladangan.
Cerita keuntungan daripada ladang sawit tahun ini sudah tentu jauh berbeza berbanding keuntungan tahun lepas kerana harga minyak sawit mentah (MSM) telah jatuh dengan banyaknya sejak Julai 2012. Logiknya keuntungan ladang Tabung Haji juga sudah pasti jauh kurang berbanding tahun sebelumnya.
Mungkin Dr. Ahmad Zaki akan terus berpendapat Tabung Haji masih mampu kerana keuntungan terkumpulnya masih banyak. Soalnya sampai bila untung yang ada mampu bertahan? Sedangkan kos menunaikan haji di masa hadapan sudah pasti melonjak disebabkan kemudahan yang lebih baik akan disediakan terutamanya penginapan.
Sepatutnya kita patut berbalik kepada hukum menunaikan haji yang hanya jatuh wajib hukumnya jika kita mampu. Jika kos naik dan kita tidak mampu, tidak diwajibkan pergi. Mereka boleh teruskan menabung sehingga mampu.
Bagaimana pula dengan orang yang sudah mampu tetapi tidak dapat pergi kerana halangan kuota yang dipenuhkan oleh kumpulan bersubsidi yang besar jumlahnya dan sepatutnya tidak wajib pergi? Jika mereka ini (yang mampu) mati sebelum sempat menunaikan rukun yang sudah jatuh wajib hukumnya ke atas mereka, siapa pula yang bakal menjawab?
Konsep main kutu yang disebut oleh Dr. Ahmad Zaki hanya boleh berjalan jika jumlah sumbangan peserta sama banyaknya supaya setiap peserta menerima jumlah wang atau barangan yang serupa.
Ini tidak berlaku bagi kes Tabung Haji. Saya ulang tulisan Dr. Ahmad Zaki: "TH ini ditubuhkan untuk membantu golongan orang yang tidak mampu menyediakan kos untuk mengerjakan haji sekali gus." Ini saya setuju seratus peratus kerana Tabung Haji tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan kita untuk menyimpan secara beransur-ansur hingga cukup dan mampu.
Apabila sudah mampu barulah wajib hukumnya menunaikan haji. Tidak patut timbul soal pengasas Tabung Haji berkecil hati kerana Tabung Haji memang pun tidak pernah lari daripada tanggungjawab menerima simpanan dan menguruskan jemaah. Bahkan kerja Tabung Haji memberikan subsidi yang besar kepada jemaah saya kira adalah di luar bayangan pengasasnya semasa pembentukan Tabung Haji. Bahkan, ia sama sekali tidak selari dengan usaha negara untuk mendidik rakyatnya mengurangkan kebergantungan kepada subsidi melampau.
Dr. Ahmad Zaki sebagai Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepatutnya lebih memahami tanggungjawab Ketua Eksekutif Tabung Haji, yang bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah tetapi juga seluruh ahlinya yang lain. Sebaliknya pula saya amat berharap beliau dapat mendidik pengguna Islam di negara ini supaya lebih berhemah, menerima realiti pasaran dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121115/fo_01/Mampukah-Tabung-Haji-bertahan#ixzz2EPNdq9hB
© Utusan Melayu (M) Bhd

isu air

ARKIB : 06/12/2012

Isu air 'tenggelamkan' pembangkang

Tinjauan ke Empangan Sungai Selangor yang mengalami penyusutan paras air yang semakin membimbangkan walaupun kawasan ini sering kali menerima limpahan hujan pada Oktober lalu.
TANGGUNGJAWAB utama kerajaan negeri kepada rakyat antaranya ialah menyediakan kemudahan asas. Sebagai makhluk yang bernyawa, tidak ada keperluan asas yang paling utama selain daripada air - unsur utama untuk kelangsungan hidup.
Berdasarkan faktor ini, kegagalan kerajaan-kerajaan negeri tertentu menyediakan kemudahan air untuk dinikmati oleh rakyat masing-masing membuktikan betapa lemahnya kerajaan berkenaan.
Bukan secara kebetulan tetapi adalah hakikat - semua negeri di bawah pentadbiran kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas berhadapan isu bekalan air bersih. Semua isu ini tidak berlaku pun semasa Barisan Nasional berkuasa di negeri berkenaan. Hanya apabila pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan, semua tidak terkawal, mengelirukan dan lesap.
Penyakit isu air yang dialami oleh kerajaan Pas Kelantan sudah berjangkit ke negeri sekutunya. Kerajaan pimpinan PKR di Selangor sudah dijangkiti 'penyakit isu air' dan terkini Kedah pula terkena jangkitan itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim asyik menafikan - tiada krisis air di Selangor tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dalam musim tengkujuh ini pun ada pengguna yang masih dinafikan bekalan air, terganggu kerana tekanan air rendah.
Peristiwa ini berlaku apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) daerah Petaling telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau pada petang 23 November lalu ekoran kejatuhan paras air di kolam Bukit Dengkil dan Lapangan Terbang Subang.
Kesan segeranya ialah berlaku gangguan bekalan air hingga menjejaskan kehidupan 15,000 isi rumah di SS12 hingga SS19 dan pengguna di Jalan Lapangan Terbang Subang.
Kesengsaraan isu air Selangor terus berlaku hingga kini kerana kerajaan negeri enggan menerima penyelesaian melalui projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat. Akibat keengganan kerajaan negeri Selangor bekerjasama dengan Kerajaan Pusat, projek Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal.
Kini kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan. Dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini — bahawa tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Pusat meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr. Jacob George berkata, maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.
Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini — bahawa tarif air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.
Dr. George berkata, semua kajian pakar menunjukkan bahawa projek itu perlu dilaksanakan dengan segera memandangkan pengeluaran air yang dirawat menurun dengan ketara, walaupun 34 loji sedia ada di Selangor beroperasi pada tahap maksimum.
Katanya dalam hal ini, kerajaan negeri sekali lagi mengelirukan pengguna apabila Abdul Khalid berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai bekalan air dirawat yang tidak mencukupi.
Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Selangor, Datuk Dr. Rozaidah Abdul Talib, perkara yang ingin dilakukan Kerajaan Pusat ialah melaksanakan rancangan jangka panjang untuk menangani krisis air yang bakal berlaku berikutan pertambahan penduduk dan peningkatan keperluan industri.
"Rancangan ini adalah untuk tempoh 10, 15 atau 20 tahun akan datang dan apabila bercakap tentang air, sudah pasti akan timbul masalah. Ini merupakan isu global sekarang dan setiap negara menghadapinya, berikutan masalah berkaitan cuaca, alam sekitar dan pencemaran," katanya.
Dr. Rozaidah berkata, projek seperti Langat 2 tidak boleh disiapkan dalam tempoh semalaman dan sebarang kelewatan yang berpunca daripada politiking, boleh menyebabkan kos untuk melaksanakannya melonjak hingga sebanyak 70 peratus.
Lagipun, kata beliau, isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia merupakan isu hak asasi manusia dan dalam menghadapi isu berkaitan hak pengguna, semua pihak perlu bersikap waras serta memberi fokus terhadap isu sebenar.
Di Kedah pula, kesengsaraan mula berlaku apabila tarif air dinaikkan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas, sedangkan dalam janji pakatan pembangkang sebelum menang pilihan raya umum 2008, mereka akan menurunkan tarif air.
Mungkin kerana tidak dapat mengaut keuntungan daripada kenaikan tarif air, Kerajaan Pas Kedah kini mengenakan caj bekalan air yang disalurkannya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah tentu tidak selesa apabila Pas Kedah menyatakan mereka menjangkakan pendapatan RM20 juta daripada caj bekalan air tersebut semasa pembentangan bajet negeri baru-baru ini.
Reaksi balas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tentang caj tersebut menjelaskan Kerajaan Pas Kedah tidak pernah pun membincangkan perkara itu dengan mereka. Penjelasan itu menunjukkan tindakan kerajaan Kedah memasukkan angka dalam bajet negeri boleh dianggap palsu dalam pembentangan itu atau mereka cuba 'menipu' kerajaan Pulau Pinang.
Hakikat kelemahan mengurus air ini juga ditunjukkan oleh Pas yang telah mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan selama 22 tahun. Begitu lama 'kerajaan Islam' Pas gagal mengurus keperluan asas hinggakan rakyat Kelantan menderita.
Jika baharu satu penggal mentadbir kerajaan negeri mungkin boleh diterima alasan-alasan yang diberi oleh kerajaan Pas, tetapi selepas 22 tahun, lebih empat penggal - masih tiada perubahan. Jadi terbukti Pas Kelantan tidak tahu pun bagaimana hendak menyelesaikan isu air 'berkarat' negeri itu. Perkara yang mereka tahu ialah menafikan atau menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka.
Air bukan sahaja unsur asas dalam kehidupan tetapi ia juga unsur terpenting dalam Islam kerana ia simbol kesucian dan kebersihan. Mungkin kebetulan semua negeri di bawah pakatan pembangkang menderita akibat isu air. Barangkali ini juga menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana kotornya pakatan itu sebenarnya.
Ada yang melihat bukan mustahil pakatan pembangkang boleh ditenggelamkan oleh isu air.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121206/re_01/Isu-air-tenggelamkan-pembangkang#ixzz2EPMVUyN9
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, December 5, 2012

pr belajar di sekolah umno


PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu lalu hanya memfokus strategi mempertahankan kuasa pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan menegaskan bahawa kerajaan telah menyumbang jasa kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Ketua Pembangkang itu.

Menurut bekas Perdana Menteri, Anwar sebena
rnya berpeluang mengkritik seperti sekarang disebabkan kebajikan Umno yang turut dinikmati beliau sendiri sekian lama.

Beliau berkata, Anwar tidak akan mendapat kedudukan seperti sekarang dan berpendidikan tinggi sekiranya Umno tidak memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di institusi berprestij, yang dahulu dikhaskan untuk golongan kerabat diraja.

Anwar pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Kata Dr Mahathir, Anwar sepatutnya perlu berterima kasih kepada kerajaan BN yang banyak membantunya untuk menjadi seorang pemimpin.

"Dia dapat bercakap seperti sebab kebajikan kita, kalau tidak, dia tak ada di situ," katanya.

"Dia (Anwar) sepatutnya berterima kasih, bersyukur sepanjang masa kerana kerajaan BN inilah, 'aku boleh bercakap banyak'," kata beliau pada sidang media selepas program santapan minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah tajuk "Politik dan Perjuangan Ekonomi Melayu" anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu di sini hari ini.

Pada satu sidang media pagi tadi, Anwar mendakwa Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin bertindak sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bukannya menjaga kebajikan rakyat dengan membincangkan isu-isu rakyat.

Anwar juga berkata, pemimpin Umno yang takut kehilangan kuasa juga telah menggunakan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai isu untuk menjejaskan peluang PR.

Anwar dipecat dari kerajaan dan parti pada 1998. Ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, sebelum ini Anwar tidak boleh bercakap dan mengkritik di hadapan rakyat sekiranya beliau tidak diberikan peluang pendidikan oleh kerajaan BN dengan memiliki jawatan seperti sekarang.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 memberitahu, kekayaan ekonomi adalah pencetus kepada kekuasaan politik.

Menurutnya, jika mempunyai kekayaan ekonomi seseorang individu boleh mengekalkan kuasanya termasuklah kuasa politik.

Bagaimanapun, beliau berkata, kuasa politik boleh dipisahkan dan tidak akan kekal seperti memiliki kekayaan ekonomi."Kuasa politik tidak akan kekal lama dan lebih mudah untuk dipisahkan berbanding kuasa ekonomi.

"Kekayaan ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu akan menjadikannya berkuasa selagi memiliki kekayaan tersebut," katanya.

Justeru kata beliau, orang Melayu boleh mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dengan mengamalkan prinsip disiplin.