Friday, August 31, 2012

surat punya pasal

Surat rasmi tanda hormati Nik Aziz
Wartawan Sinar Harian
30 Ogos 2012
Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya
SHAH ALAM - Surat rasmi yang dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan isu hudud adalah sebagai tanda menghormatinya sebagai seorang daripada ulama dan ilmuwan tersohor di negara ini.

Beliau juga berharap dapat segera mengetahui jadual waktu dan kelapangan Nik Aziz, bagi membolehkannya berjumpa dan berbincang mengenai hudud dengan Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya menghantar surat hanya mengikut prosedur yang dilakukan oleh orang biasa kepada pembesar sebagai tanda menghormati dan bukan menerjah secara semberono untuk menemui Tok Guru (Nik Aziz) tanpa mengambil kira waktu kelapangannya.

"Dengan menghantar surat seperti yang dilakukan orang biasa untuk menemui pemimpinnya, saya hanya mengikut prosedur tambahan pula prosedur ini telah digunakan pada zaman nabi dahulu di mana untuk bermuzakarah dengan pembesar-pembesar perlu menghantar surat rasmi terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tidak perlu menggunakan surat rasmi bagi mengajak beliau berbincang isu hudud.

Nik Aziz berkata, sewajarnya Fathul Bari bersemuka dengannya secara terus sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Fathul Bari berkata, pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.

asri kata

Asri: Teliti pelaksanaan hukum hudud
NORSHAHZURA MAT ZUKI
31 Ogos 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM – Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi contoh pelaksanaan hudud.

Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.

“Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki,” katanya.

Mohd Asri juga meyakini keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hasrat Islam beliau yang mendalam yang ditunjukkan dalam amalan peribadi dan politik.

Bagaimanapun katanya, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara hudud kerana kadang kala sebahagiannya mengelirukan pihak lain terutama masyarakat bukan  Islam di negara ini.

“Kita tidak boleh mempertikaikan hukum ALLAH, tetapi kita boleh mempertikaikan cara pelaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia,” katanya.

Beliau berkata, menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan, tidak tepat dari segi maqasid agama dan kepentingan politik.

“Tujuan politik luas dan sepatutnya dibincangkan bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara,” katanya.

bas percuma

GO-KL City mulai hari ini

SALAH sebuah hentian yang menjadi jajaran bagi GO-KL City yang boleh dinaiki orang ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mulai hari ini.
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kira-kira lima juta warga kota dijangka menerima manfaat kemudahan bas dalam bandar, GO-KL City yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, di Dataran Merdeka, esok.
Idea memperkenalkan GO-KL City secara percuma kepada warga kota itu dicetuskan sendiri Perdana Menteri di bawah Program Tranformasi Kerajaan (GTP) bagi mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan awam lebih baik kepada orang ramai.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, GO-KL City diperkenalkan kepada warga kota sebagai usaha penambahbaikan sistem pengangkutan dalam bandar, selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Menurutnya, selain pekerja, golongan suri rumah, pelajar dan pelancong asing antara golongan saaran yang menggunakan perkhidmatan tersebut dengan purata pengguna antara 10,000 hingga 20,000 sehari.
"Bagi fasa pertama sebanyak 15 buah bas mesra pengguna disediakan meliputi 13.9 kilometer secara keseluruhan melibatkan 25 hentian," katanya pada sesi taklimat mengenai pengenalan GO-KL City kepada media, di sini.
Turut hadir, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Azhar berkata, bagi memudahkan orang ramai mengenalpasti jajaran bas berkenaan pengunaan dua warna iaitu hijau dan ungu diperkenalkan.
"Bagi jajaran hijau, ia meliputi KLCC-Bukit Bintang-KLCC melibatkan 13 perhentian dengan jarak keseluruhan 7.4 kilometer (km) dan tempoh masa perjalanan pula kira-kira 38 minit.
"Manakala bagi jajaran ungu meliputi Jalan Sultan Muhamad- Bukit Bintang-Jalan Sultan Muhammad pula melibatkan jarak perjalanan kira-kira 6.5km, 14 perhentian bas dan tempoh perjalanan kira-kira 36 minit sahaja," katanya.
Tambah Azhar, bas yang beroperasi seawal 6 pagi hingga 11 malam itu bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan WiFi, tetapi juga mempunyai jadual kekerapan setiap lima minit pada waktu puncak, manakala 15 minit pada waktu biasa.
Katanya, selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SPAD turut bekerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kelancaran sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Wednesday, August 29, 2012

untungnya jadi peneroka

Peneroka Felda dapat dividen

Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan para jemputan ketika hadir pada majlis jamuan Hari Raya Kumpulan Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian dividen interim sebanyak RM400 kepada 112,635 peneroka hasil daripada keuntungan penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), dua bulan lalu.
Perdana Menteri berkata, pemberian dividen interim berasaskan kepada nilai keuntungan 5.5 sen sesaham adalah hasil daripada dua bentuk dividen yang diterima oleh pihak peneroka iaitu melalui 800 unit saham dikhususkan kepada mereka serta Dana Amanah Peneroka.
''Pertama, mereka akan terima dividen melalui 800 unit saham yang telah diperuntukkan kepada mereka dan jika kita hitungkan 800 unit saham tersebut ia akan memberi pendapatan sebanyak RM44 iaitu selepas didarabkan dengan 5.5 sen.
''Kedua melalui Dana Amanah Peneroka. Sebanyak 20 peratus yang diperuntukkan di dalam dana ini dikhaskan untuk peneroka. Jumlahnya adalah sebanyak 370 juta saham dan apabila ia didarab dengan 5.5 sen bererti pendapatannya adalah sebanyak RM40.1 juta,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Felda bersama Perdana Menteri di Menara Felda di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Presiden FGV, Datuk Sabri Ahmad.
Pengumuman ini sekali gus menangkis tohmahan pembangkang yang menyatakan peneroka Felda akan kerugian berikutan penyenaraian tersebut di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lepas.
Pembayaran dividen ini adalah tambahan kepada peneroka yang menerima durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara.
Harga saham FGV hari ini ditutup pada RM5.02 sesaham iaitu lebih tinggi daripada harga tawarannya RM4.55.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, daripada RM40.1 juta itu setelah dibahagikan kepada setiap peneroka, setiap mereka bakal menerima RM356.
''Sekiranya dicampur dengan pendapatan RM44, bererti melalui dividen interim tersebut setiap peneroka akan menerima RM400. Ini merupakan pendapatan dalam tempoh dua bulan sahaja sejak saham ini disenaraikan di Bursa Malaysia,'' katanya lagi.
Menjawab satu soalan, Perdana Menteri berkata, FGV dijangka membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya buat kali kedua pada akhir tahun ini.
''Ini merupakan dividen interim. Insya Allah akan ada satu lagi pengisytiharan dividen pada hujung tahun ini. Ini bermakna terdapat dua kali pemberian dividen,'' katanya lagi.
Dalam pada itu, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan yakin pihak FGV mampu mencapai keuntungan seperti mana disasarkan iaitu bersandarkan kepada prestasi memberangsangkan oleh pihak syarikat.
''FGV kini berada atas landasan dalam usahanya mencatatkan keuntungan seperti mana yang telah kita sasarkan,'' jelasnya.
Perdana Menteri dalam sidang akhbar sama turut mengumumkan keputusan Felda memberi pinjaman tanpa faedah kepada semua peneroka bagi membantu mereka memiliki 800 unit saham FGV.
''Langkah ini melibatkan peruntukan sebanyak RM360.7 juta. Dengan ini para peneroka tidak perlu meminjam atau mengeluarkan duit sendiri untuk memiliki saham ini. Mereka cuma dikehendaki membayar sebanyak RM50 sebulan sahaja sehingga selesai dijangka dalam tempoh lima tahun.

sumbang mahram pemimpin pembangkang

Sumbang mahram: Pemimpin pembangkang ditahan

JERANTUT 28 Ogos - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu, bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki. Mereka dibebaskan semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut Deputi Supritendan Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA

kenyataan tun yg sentiasa dipolitikkan

Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.
Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.
Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.
Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.
Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.
"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.

Tuesday, August 28, 2012

kata mereka

Kelate Kito · Top Commenter · Kuala Lipis
sebenarnya yg mendidik anak ialah ibu bapa.. bukan PM atau kerajaan.. jika anda kata anak anda rosak kerana kerajaan tak pentingkan agama.. mengapa anak org lain beratus ratus di malaysia ni berjaya menjadi al hafiz dan hafizah?

kerajaan dan sediakan berbagai jenis kemudahan utk rakyat seperti masjid..sekolah agama..surauu.. pendidikan agama dalam sistem pelajaran sekolah..apa yg aku nampak kat sini ialah.. ibu bapa yg cuai dalam memberi penekanan agama kepad anak mereka..

lepas tuh bila anak jahil salahkan kerajaan? gile punya org..

Thursday, August 23, 2012

elayu mula dihapuskan di pp

PAS Sokong 'Penghapusan Etnik' Melayu Di Pulau Pinang.

Oleh kerana politik, PAS sanggup bersetuju dengan DAP memecat kakitangan Melayu yang bekerja dengan Kerajaan Pulau Pinang.
Klik untuk besarkan imej. Sumber : Utusan
Kalau belum berkuasa pun PAS bacul nak pertahankan nasib orang Melayu, adakah mereka mereka boleh perjuangkan nasib orang Melayu bila berkuasa kelak?

analisa tun

BN adalah Syaitan Yang Dikenali Berbanding Pakatan Rakyat Malaikat Yang Tidak Dikenali: Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin mengingatkan rakyat bahawa tindakan memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya, kerana Pakatan Rakyat ibarat malaikat  yang tidak dikenali, berbanding BN "Syaitan" yang dikenali.

Bekas perdana menteri itu berkata ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.

Beliau berkata banyak perubahan yang dijanjikan pembangkang seperti tiada yuran pendidikan dan tiada tol lebuh raya akan gagal seperti yang berlaku kepada sosialis dan komunis pada masa lepas yang mencuba idea negara kebajikan.

“Malaysia tiada sebarang ideologi. Tetapi yang nyata kerajaan memerlukan wang untuk membangunkan negara dan memberi subsidi kepada kos sara hidup rakyat.

“Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai, tol dan yuran, ia akan kekurangan wang. Kerajaan sebaliknya perlu pula berbelanja lebih untuk mengurus dan mengekalkan utiliti, lebuh raya, sekolah, kos operasi dan pembangunan, pencen dan sebagainya,” kata Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata dalam mengumpul dana, adalah tidak salah untuk meminjam jika wang itu dilabur dan memberi pulangan.

“Tetapi meminjam wang hanya untuk dibelanjakan akan menyebabkan tidak dapat membayar balik pinjaman. Inilah yang terjadi kepada Greece. Ia kini bankrap,” katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju.

“Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup.

“Rekod menteri kewangan pada masa itu adalah buruk, walaupun gemar mendakwa kejayaan hasil usaha orang lain sebagai hasil usahanya.

“Sekarang, sebagai pemimpin pembangkang beliau mendakwa akan membawa perubahan. Perubahan baik apakah yang beliau perkenalkan semasa berada dalam kerajaan dahulu?” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata: “Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci”.

Bekas perdana menteri itu berkata adalah mudah untuk membuat janji semasa kempen pilihan raya, tetapi untuk menunaikan janji adalah suatu perkara lain.

Dr Mahathir berkata pembangkang akan memastikan yang BN tidak akan kembali, dan akan menggunakan pegawai kerajaan untuk ‘gempar’ sesiapa sahaja yang ingin menukar kerajaan.

Dr Mahathir berkata BN sentiasa mendengar pandangan rakyat dan telah mengubah banyak undang-undang dan dasar untuk membawa masa hadapan yang lebih baik kepada mereka.

“Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah menggesa BN supaya membuat apa juga perubahan yang dihasratkan rakyat,” katanya.

putar belit pas berkenaan hudud

HUDUD : Mahathir Berkata BENAR, PAS BERBOHONG

| Thursday, August 23, 2012
"Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.




GWM mengajak rakyat kembali merenung kembali mengapa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menolak tafsiran Enakmen Hudud yang dibuat oleh PAS.


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994



Inilah surat yang difitnah oleh juak-juak pembangkang sebagai bukti Tun Dr Mahathir menolak Hukum Hudud ... tanpa menganalisa dan memahami apa yang cuba diutarakan oleh mantan Perdana menteri ini.

Dan hari ini, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata PAS telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

GWM hanya mahu umat Islam melihat dari kacamata Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mengapa beliau menyalahkan PAS dalam perkara ini.

Dan di antara sebab dam musabab beliau menegur PAS ...





Mengapa perlu ada satu seksyen mengenai liwat? Mengapa hukuman ke atas perbuatan liwat sama seperti hukuman rogol dan zina? 

Apakah yang dimaksudkan dengan hukuman yang dijatuhkan sama seperti hukuman zina? Perlaksanaan hudud semata-mata tanpa Qarinah dan Ta'zir? 

Lengkapkah hukuman jenayah menurut Islam?

Bagaimana pula dengan kesalahan lain yang turut melibatkan zina seperti lesbian dan biseksual? 

Mengapa hanya kesalahan liwat diberikan penekanan dalam draf undang-undang tersebut? 

Lengkapkah draf undang-undang hudud tajaan PAS ini tanpa melihat dari satu perspektif yang lebih luas?




Berbagai pandangan, pendapat dikeluarkan oleh para pemimpin PAS dalam satu masa bagi isu hudud.

Draf Enakmen Hudud penuh dengan lintang pukang tanpa ada keseragaman ...

UMNO sudah memberi laluan, Tun Dr Mahathir sudah memberi laluan ... PAS tidak perlu berdolak dalik lagi untuk melaksanakan Hudud.

surat tun mahathir yang diputarbelit pas

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

hudud pas


Hudud PAS Hanyalah Modal Politik Ujar Dr Asri

Thursday, August 23, 2012


Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Beliau memberitahu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

"Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

"Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya.

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

"Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

"Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

"Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai," katanya.

Saturday, August 11, 2012

kerenah guru

ARKIB : 07/08/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 188
Pembantu Tadbir jawab guru kata kerani lembap
INSAN BIASA
Gurun

SEBAGAI penjawat awam, saya perasan yang akhir-akhir ini luahan 'Guru' banyak terpapar di dada-dada akhbar.

Pertama 'isu kerani lembap', kedua 'isu cuti khas perayaan' dan ketiga 'isu penempatan Guru Lepasan Ijazah J-qaf'.

Saya merasakan golongan ini terlalu ingin diberi banyak keistimewaan walaupun banyak keistimewaan telah diberi oleh kerajaan kepada anda.

Mungkin, seperti sebelum ini, apa jua permintaan dan perjuangan golongan pendidik ini mudah diterima kerajaan, mereka ibarat diberi betis, mahu paha pula.

Untuk makluman 'Guru' berkaitan 'isu kerani lembap', saya menyarankan anda menyemak dan meneliti fail meja dan arahan-arahan kerja anda sebagai seorang yang bergelar 'Guru'.

Anda tidak boleh menyalahkan Pembantu Tadbir di atas lambakan kerja-kerja anda. Anda tidak perlu membebankan pihak lain sekiranya tidak dapat menyiapkan tugasan anda. Kadangkala mereka juga muak dengan kerenah guru-guru yang mengarah itu ini dan satu lagi ayat yang dilihat anda seolah-olah mempertikai, menghina dan tidak faham kerjaya sebagai Pembantu Tadbir bahawa anda menyatakan bahawa anda adalah majikan Pembantu Tadbir.

Harus diingat, walaupun anda 'Guru', anda bukanlah majikan Pembantu Tadbir.

Hampir keseluruhan Pembantu Tadbir di segenap jabatan memiliki Diploma/Ijazah/Sarjana yang jauh lebih baik daripada anda dan tidak perlulah anda memandang rendah terhadap kerjaya mereka.

Pengalaman saya yang mempunyai ibu dan bapa saudara serta rakan-rakan yang bergelar guru, saya lihat mereka kurang mahir menggunakan komputer dan mengurus masa, tambahan pula apabila sesuatu yang urgent mula menggelabah.

Anda harus tahu kerjaya sebagai Pembantu Tadbir yang banyak menolong orang/pegawai atasan boleh membuat kerja di bawah tekanan dan cepat menyiapkan kerja melainkan dia seorang kakitangan yang malas dan tidak proaktif.

Kadangkala pegawai pun tidak cekap membuat kerja berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan.

Namun, tidak salah untuk Pembantu Tadbir membantu guru-guru tersebut, tetapi apabila terlalu banyak membantu, golongan guru menganggap itu adalah tugas Pembantu Tadbir dan mereka bebas melayari internet, bersembang kosong, aktiviti jualan langsung dan sempat pula membuat kerja sampingan lain di luar waktu bekerja.

Tidak wajarlah anda menikmati gaji besar sekiranya bebanan tugas anda digalas oleh pihak yang lain pula.

Anda sebagai guru ketika ini harus mencontohi guru-guru terdahulu yang membawa balik kerja ke rumah tanpa melibatkan kakitangan yang lain walaupun mereka bergaji kecil pada masa itu.

Mengenai isu 'guru diberi cuti khas perayaan' bagi memudahkan perjalanan balik ke kampung dan mengelak guru-guru mengambil cuti sakit semata-mata ingin balik awal ke kampung, adalah cadangan tidak masuk akal.

Apakah keistimewaan anda sehingga anda perlu diberi cuti rehat khas? Inikah mentaliti seorang pendidik? Mungkin anda kurang sensitif mengenai penjawat awam yang lain, yang juga mahu pulang ke kampung.

Kami menguruskan masa dan merancang cuti lebih awal dan ada lagi penjawat awam lain tidak pulang berhari raya dan tidak mudah untuk mengambil cuti perayaan kerana ada sistem giliran.

Saya hairan, kenapa perlu diberi cuti khas kepada golongan guru dan tidak salah kalau tidak dapat balik sehari sebelum hari raya, balik pada hari yang anda ada kelapangan.

rahsia yang mendapat bayaran

Raja Petra dedah komplot fitnah PM

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.
Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.
Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.
Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.
Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.
"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.
Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.
Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.
Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.
Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.

Sunday, August 5, 2012

don zong

ARKIB : 03/08/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 26
Tuntutan Dong Zong Cina keterlaluan
Oleh DR. ZULKEFLEE YAACOB
DR. ZULKEFLEE YAACOB
Pusat jaringan Masyarakat dan Industri
Universiti Pendidikan Sultan Idris

PERSATUAN Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) sentiasa menuntut hak yang keterlaluan dan sukar dilakukan oleh kerajaan terutama menjelang pilihan raya umum.

Dong Zong terlalu kuat kerana media massa khususnya berbahasa Cina memainkan isu dan sentimen pendidikan kaum Cina untuk meraih populis dalam kempen pilihan raya malah menolak kebaikan dilakukan kerajaan. Mereka sedia maklum bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu berlaku adil kepada semua kaum untuk menikmati taraf pendidikan.

Meskipun pelbagai sekolah vernakular wujud dengan kurikulum, falsafah negara dan pedagogi, sistem, struktur organisasi dan kewangan diberi status urus tadbir sendiri tetapi desakan sama rata dari aspek sistem persekolahan, bahasa pengantar, sukatan pelajaran, kokurikulum, kemudahan prasarana, tenaga pengajar dan jenis sekolah menjadi idea dan hakikat mendesak pemerintah.

Bangsa ambilan ini menyedari hanya pendidikan dapat meraih empayar ekonomi dan pembangunan menyeluruh di negara ini. Pada ketika perpaduan Melayu di hujung tanduk angkara politik tidak matang, mereka pula mendapat manfaat hasil perpecahan dan persengketaan orang Melayu sendiri.

Sistem persekolahan hanya ada satu di kebanyakan negara di dunia malah tidak wujud Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu atau penamaan taboo Melayu seperti Bukit Melayu, Restoran Melayu, Jalan Melayu, Bank Melayu, premis dan bangunan Melayu dan segala macam nama sinonim dengan kaum sendiri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran telah menjalankan pelbagai usaha dan memberi maklumat untuk menyakinkan masyarakat Tionghua bahawa kerajaan tetap membantu dan tidak pernah mengabaikan sekolah vernakular malah sekolah jenis Cina paling banyak mendapat limpahan manfaat kerajaan.

Gendang tuntutan dan asakan makin rancak selepas Dong Zong berjaya mendapat kelulusan pembinaan sekolah menengah Cina swasta, sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan, Pahang dan terbaru mendesak kerajaan meluluskan sekolah menengah Cina swasta cawangan Segamat.

Tambahan mereka menuntut Bahasa Mandarin menjadi pengantar dan bahasa nasional dalam masyarakat majmuk. Sedangkan masih ramai dalam kalangan masyarakatnya tidak mahir bertutur dan tidak menggunakan bahasa kebangsaan dalam majlis bersifat formal apalagi program anjuran pihak swasta dan perniagaan langsung tidak memperlihatkan jati diri warganegara ini.

Kaum-kaum lain juga ada hak membela kepentingan dan kebajikan masing-masing, biarpun masyarakat Melayu dilihat mengalah tetapi nilai tolak ansur dan kekitaan menjadi kepercayaan penganut agama Islam yang melarang umatnya berlaku zalim selagi orang bukan Islam masih taat pada pemerintah yang adil.

Kaum ambilan perlu rasional dan waras dalam menuntut hak dengan kembali membaca sejarah dan perlembagaan negara serta kontrak sosial bahawa kerajaan ada tanggungjawab terhadap kepentingan kaum lain baik di Sarawak dan Sabah mahupun Orang asli dan masyarakat pedalaman yang masih jauh ketinggalan dalam pendidikan.

Oleh itu, kerajaan tidak perlu gentar dengan tuntutan kaum ambilan ini kerana pengundi bijak menilai parti yang menepati janji dan menjaga keharmonian hidup masyarakat majmuk.

Saturday, August 4, 2012

jika mahu ubah undang2

Sebabnya amat mudah… untuk menggubal akta dan undang-undang baru, maka yang diperlukan adalah 148 kerusi sekurang-kurangnya daripada 222 kerusi Parlimen. PAS tidak pernah bertanding lebih dari 50 kerusi dan tidak pernah menang lebih dari 35 buah kerusi Parlimen. Manakala UMNO pula menangnya di bawah 100 kerusi Parlimen.

Wednesday, August 1, 2012

uitm

Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politik
Oleh Zaini Hassan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) kini tidak seperti ITM dulu. Mahasiswanya kini tidak seperti dulu. Kini mereka mendapat PTPTN, dulu tiada. Pelajar miskin dulu rata-rata akan menderu ke Dewan Makan untuk menikmati juadah makan tengah hari, makan malam atau sarapan yang tidak seberapa, dengan lazatnya.

Kami semua bersyukur ketika itu. Amat-amat bersyukur, kerana wang di poket ada kalanya terputus. Makan tengah hari pada hari Jumaat ditunggu-tunggu kerana ia merupakan hidangan istimewa: nasi beriani dengan ayam masak merah. Hari-hari biasa selalunya ikan cencaru keras yang disebut dengan panggilan ikan jaket.

UiTM kini lain daripada ITM dulu. Pelajar-pelajar datang ke kampus berkereta. Sekurang-kurangnya Kancil atau MyVi. Parking di dalam kampus di Shah Alam penuh sehinggakan parking pensyarah pun diambil alih. Telefon tangan canggih-canggih belaka. iPad dan tablets tidak asing. Belajar dalam suasana yang amat selesa. Mereka cukup beruntung.

Namun UiTM sekarang bukan seperti ITM dulu. Dulu perjuangan mereka ialah untuk masa depan bangsa. Pelajar-pelajar baru didedahkan dengan semangat lagu Warisan: Anak Kecil Main Api. Semua mereka menyanyikan lagu itu dengan linangan air mata. Dulu sekitar 1970‘an pejuang-pejuang pelajar berjuang untuk masa depan bangsa dan negara.

Kini UiTM sudah mempunyai pelajar seperti Khalid Mohd. Ismath. Pelajar yang diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Pada 1970-an ITM pun mempunyai pelajar seperti dia bernama Ibrahim Ali, tapi perjuangan mereka berbeza. Ibrahim berjuang atas idealisme siswa, sementara Khalid atas dasar menjadi alat parti politik.

‘‘Jauh bezanya pelajar sekarang dan dulu. Dulu kami Kesatuan Siswa ITM (KSITM) berslogankan Bumiputera Bertindak. Memperjuangkan untuk ITM ditukar menjadi Universiti. Berjuang untuk kursus-kursus diploma tertentu dinaik taraf menjadi ijazah. Itu perjuangan kami. Kami tidak diperkuda-kudakan oleh mana-mana parti politik," katanya yang menjadi Presiden KSITM pada 1974, sewaktu berlakunya demonstrasi besar-besaran oleh para pelajar ITM.

Tarikh demonstrasi ialah 22 April 1974. Berlaku tunjuk perasaan terhebat dan luar biasa membabitkan 6,000 pelajar ITM. Tepat jam 12 tengah malam, kesemua 6,000 pelajar itu berbaris panjang dan berarak dari Shah Alam untuk ke bangunan Parlimen bagi menuntut taraf ITM dinaikkan.

Dalam perjalanan itu, menurut Ibrahim, 1,500 ditangkap, kira-kira 200 ke 300 dibawa di hospital, hanya lebih kurang 300 sahaja yang berjaya tiba di bangunan Parlimen.

Yang luar biasa, semasa berjalan mereka tiba di Stesen Kereta Api Batu 3, sekumpulan pelajar merampas kereta api dan para pelajar kejuruteraan mengambil alih membawa jentera itu untuk ke Kuala Lumpur.

Polis terpaksa bertindak dan ‘‘kami dapat melihat tabung-tabung gas pemedih api ditembak bagaikan percikan bunga api."

‘‘Hasil daripada peristiwa itu, ITM ditutup, namun kampus itu diambil alih oleh para pelajar selama dua minggu. Pelajar Hotel Catering menyediakan makanan, pelajar Komunikasi (Mass Comm) melakukan perang saraf media, pelajar kejuruteraan menjalankan peranan mereka.

‘‘Kami bertahan selama dua minggu di kampus Shah Alam, Jalan Othman dan Seksyen 17 Shah Alam."

Kemudian perundingan dengan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein pun berjalan. ‘‘Saya mengetuai perjumpaan dengan Tun Razak dan Tan Sri Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri) di Jabatan Perdana Menteri. Pada waktu itu semua ibu bapa kepada Exco-Exco KSITM dibawa ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di Hotel Hilton untuk memujuk para pemimpin pelajar menghentikan tunjuk perasaan."

Dalam perundingan itu, cerita Ibrahim lagi, Tun Razak memberikan surat perakuan kepadanya selaku Presiden KSITM bahawa kerajaan bersetuju untuk menaik taraf sebahagian daripada Diploma ITM menjadi Ijazah Am, tetapi dengan syarat pulang ke kampung dahulu.

ITM kemudian ditutup selama sebulan. Para pemimpin itu tidak pulang ke kampung, sebaliknya berkampung di bangunan MAYC di Jalan Syed Putra setelah mendapat kebenaran daripada Presiden MAYC ketika itu, Sanusi Junid (Tan Sri). ITM kemudian dibuka semula sebulan selepas itu sekitar awal Jun 1974. Sebahagian Diploma kemudian diiktiraf sebagai Ijazah Am.

‘‘Itulah perjuangan kami ketika itu," kata Ibrahim, bekas pelajar Komunikasi Massa ketika itu yang kemudian Diplomanya diiktiraf sebagai Ijazah Am. Ibrahim kemudian disumbat ke dalam ISA pada Disember tahun yang sama kerana terbabit dalam demonstrasi Baling dan demonstrasi menuntut ITM dijadikan Universiti.

Perjuangan beliau tidak habis sampai di situ sahaja. Perjuangannya bagi menuntut ITM dijadikan universiti tidak putus-putus. Selepas keluar daripada tahanan ISA pada 1978, beliau menyertai politik. Menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas pada 1986 beliau masih tidak putus bercakap mengenai ITM untuk dijadikan universiti.

‘‘Saya dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1992 dan masih bercakap mengenai isu yang sama sehinggakan Dr. Mahathir pernah berseloroh Ibrahim tak ada kerja lain asyik cakap pasal perkara itu sahaja.

‘‘Pada 1999 saya dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal undang-undang, saya mengadakan perhimpunan siswazah ITM di Stadium Malawati Shah Alam dengan menjemput Dr. Mahathir merasmikannya. Semua tokoh-tokoh korporat besar negara lulusan ITM turut hadir. Datuk Najib Tun Razak selaku Menteri Pelajaran juga hadir. Sebelum saya berucap saya sekali lagi bertanya kepada Dr. Mahathir memohon supaya beliau mengumumkan ITM dijadikan universiti.

‘‘Dr. Mahathir kemudian toleh ke arah Najib dan bertanya kalau dia umum ITM jadi universiti hari ini bolehkah dari segi perundangan? Najib berkata, tiada masalah ia boleh dilakukan. Maka pada hari itu bertukarlah ITM menjadi universiti atau dikenali sebagai UiTM," kata Ibrahim kepada saya dalam satu pertemuan selepas majlis penganugerahan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Pengarah pertama ITM, Tan Sri Arshad Ayub dengan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa serta diangkat sebagai Bapa Modal Insan Pribumi Perkasa, Ahad lalu.

Ibrahim masih tidak puas hati. Beliau mahu melihat sebuah universiti Melayu Bumiputera itu yang selama ini dipandang rendah oleh orang lain, termasuk bangsanya sendiri, dipandang tinggi. Ibrahim bertanya kepada Dr. Mahathir, UiTM perlu ditubuhkan Fakulti Perubatan, atau jika tidak ia akan terus dipandang rendah.

‘‘Dr. Mahathir kemudian meluluskan penubuhan fakulti perubahan UiTM yang kini adalah antara fakulti yang paling susah untuk dimasuki berdasarkan meritnya yang tinggi," katanya.

Perjuangan belakang tabir Ibrahim terhadap ITM dan UiTM tidak selesai apabila dengan menggunakan inisiatifnya, beliau menubuhkan Yayasan Budiman, yayasan yang kini menaja para pelajar sederhana yang miskin mencapai cita-cita mereka untuk menjadi kumpulan profesional melalui program Destinasi Anak Bangsa. Para pelajar sederhana ini diambil menjalani kursus pra-diploma selama enam bulan dengan dibiayai oleh yayasan ini sehinggalah mereka mampu melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan atau kejuruteraan dan menjadi akauntan dan jurutera profesional.

Itulah perjuangan para pemimpin pelajar dahulu. Bukan macam Khalid Mohd. Ismath yang terbabit dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini. Dia dipengaruhi oleh Ambiga, Tian Chua, Mat Sabu dan lain-lain. ‘‘Jauh bezanya perjuangan kami dengan para pelajar sekarang. Kami tidak dipengaruhi oleh parti politik. Dulu kami tidak mengizinkan langsung dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Kami bukan anti kerajaan, tapi kami berjuang untuk suasana kampus yang lebih baik, duit poket lebih dan untuk anak bangsa. Kami tidak menentang kerajaan dan kami masih boleh berunding dengan para menteri, TPM dan PM," katanya.

Semasa di bawah Arshad Ayub dulu, kata Ibrahim beliau menggalakkan para pelajarnya berfikiran kritikal, tetapi berpandukan kepada isu-isu dan bukan untuk menentang kerajaan.

Ibrahim menjangkakan dengan pindaan undang-undang Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan para pelajar menjawat jawatan dalam parti politik maka keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.

‘‘Para pelajar sekarang suka take side. Dan lebih teruk apabila para pelajar ini dibawa oleh parti-parti politik pembangkang semasa cuti untuk dicuci fikiran mereka menentang kerajaan," katanya.

Itulah yang membezakan ITM dan UiTM sekarang. Sebuah institusi yang masih boleh bertahan dalam situasi politik UMNO semasa, dan tidak pasti kedudukannya jika kerajaan sekarang terjunam dalam pilihan raya ke-13 kelak.

Hayat UiTM sebenarnya berada di hujung tanduk.