Friday, April 6, 2012

tangani segera awang hitam

PATI dari Afrika perlu ditangani segera

S.M. FAHMI
Putra Perdana

RUSUHAN yang melibatkan 200 warga Afrika di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini seharusnya membuka mata kita dan kerajaan khususnya kesan dan implikasi kebanjiran golongan itu di Malaysia.

Sikap warga Afrika yang kasar serta tidak menghormati adat resam warga tempatan menjadi petunjuk yang kehadiran mereka ini, terutama dalam bilangan yang ramai adalah amat tidak sesuai dengan suasana masyarakat di Malaysia.

Sepatutnya mana-mana warga asing yang ingin bekerja atau belajar di negara kita, sedikit sebanyak sepatutnya cuba mempelajari atau memahami cara hidup dan budaya rakyat tempatan.

Tetapi berbeza dengan warga Afrika ini yang kebanyakan biadap dan tidak mempeduli langsung sensitiviti rakyat tempatan dalam tingkah laku mereka.

Berpakaian yang menjolok mata, bercakap dalam intonasi yang kuat tanpa mempedulikan orang sekeliling, kurang ajar dengan penduduk setempat, mabuk serta menganggu anak gadis dan isteri orang sudah menjadi perkara biasa yang kita dengar. Malah dengan anggota penguatkuasa kita sendiri pun mereka berani melakukan provokasi.

Kerajaan seharusnya serius menangani kebanjiran warga Afrika ini. Lupakan program 6P yang bagi saya bukan bertujuan untuk mengurangi bilangan PATI di Malaysia, isu warga Afrika ini seharusnya ditangani dengan cara yang lebih objektif.

Saya berpendapat kerajaan dan Kementerian Penggajian Tinggi seharusnya memberhentikan terus pengambilan pelajar-pelajar asing dari benua Afrika ini. Ini kerana kehadiran warga Afrika ini lebih banyak mendatangkan keburukan kepada negara daripada kebaikan. Kita mungkin mendapat secupak emas bagi setiap warga Afrika yang hadir pada hari ini, tetapi tiada gunanya jika kita kehilangan 10 cupak emas pada hari esoknya.

Kerajaan seharusnya mendengar keluh resah rakyat tempatan kerana kami yang secara langsung terpaksa menghadapi kesan negatif kehadiran warga Afrika ini, berbeza dengan pihak-pihak berkepentingan terutamanya IPTS yang setiap hari hanya menghitung keuntungan atas kedatangan warga Afrika ini untuk belajar di kolej dan universiti milik mereka.

Saya rasa kerajaan serta IPTS ini sedar kebanyakan warga Afrika ini hanya memanipulasi kehadiran mereka di Malaysia atas alasan belajar, tetapi mungkin kita hanya mengambil mudah dalam perkara ini.

Kita tidak mahu isu kebanjiran PATI di Malaysia yang sehingga hari ini malah mungkin sudah tidak dapat diatasi lagi untuk selama-lamanya, disengsarakan lagi dengan isu kebanjiran warga Afrika ini.

Bertindaklah segera kerajaan sebelum negara kita terus dianggap dayus dan lemah oleh warga-warga asing ini.

No comments:

Post a Comment