Thursday, April 19, 2012

komen pembaca

 
Zamruddin Muhidin · Top Commenter · Free Lance at TADC Services
Assalammualikum wbt

Saya mengutuk sekeras2nya kejadian ini (serangan samseng terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka). Semoga pihak yang berwajib terutama pihak POLIS akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sebaik2nya. Yang bersalah hendaklah ditangkap, dan didakwa di mahkamah dengan bukti yang ada :)

Cuma saya hendak tahu daripada kalangan yang berkhemah, apakah yang hendak diperjuangkan? :

1. Menghapuskan PTPTN secara MUTLAK dan mahukan pendidikan percuma. Tidak ada yuran pengajian dan lain2 yuran untuk pendidikan. Ini kerana ada juga pihak2 tertentu yang mencadangkan penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma, tetapi yang mencadangkan itu lupa tiada pendidikan percuma di UNISEL dan KUIS. Dan hanya akan melaksanakan pendidikan percuma di kedua2 institusi tersebut jika menang PRU yang akan datang. Saya ulang, jika menang dan bukannya ketika ini atau sebelum ini. Boleh rujuk di sini http://suarapakatanrakyat.com/2012/04/pendidikan-percuma-di-unisel-dan-kuis-bermula-september/

2. Menghapuskan kadar faedah@bunga@caj pentadiran PTPTN dan hanya dikenakan bayaran balik sepertimana yang dipinjam dengan kelonggaran kaedah/cara pembayaran balik pinjaman. Hal yang sama yang sedang dipraktikkan oleh Tabung Biasiswa di Selangor yang menghapuskan pinjaman Yayasan Selangor. Walapun disebut biasiswa, tetapi ianya merupakan pinjaman tanpa faedah.Saya ulang, pinjaman tanpa faedah yang membawa makna tetap perlu membayar balik pinjaman tersebut. Boleh rujuk di sini http://dun.selangor.gov.my/v2/sites/default/files/01.2010/BERTULIS/09.161-172.pdf

Kedua2 perkara di atas tidak merubah :

1. Kos sara hidup mahasiswa
2. Kos untuk membuat tugasan
3. Kos bahan ilmiah/rujukan

Saya cuma ingin tahu, apakah perjuangan sebenar anda. :)

Wallahualam. Wassalam.

No comments:

Post a Comment