Wednesday, July 29, 2015

fitnah mdb makin terbongakar tapi orang melayu tidak akan percaya


Sepanjang seumur hidup sejak diberikan akal 
dan ilmu serta kefahaman agama, penulis yakin 
bahawa Allah SWT itu Maha Adil dan pegangan 
itu menjadi panduan hidup dalam setiap sudut 
kehidupan penulis selama berpuluh tahun ini.

Nampaknya, keadilan Allah SWT itu makin 

terserlah di depan mata kita semua sejak 
akhir-akhir ini mengenai tohmahan dan fitnah 
yang kini seolah menjadi "makanan harian" 
segelintir pihak berhubung tuduhan jelek yang 
dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk 
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan 
pembabitan beliau di dalam isu 1MDB.

Mulanya beliau ditohmah tentang kehilangan 

RM42 bilion wang tunai milik 1MDB. Kemudian 
wang tunai itu tiba-tiba bertukar pula berjumlah 
RM27 bilion. Ditanya pada Najib tentang wang 
itu seolah beliau pula yang mencuri dan 
merompak wang tersebut.

Bila dijelaskan 1MDB bahawa tiada sebarang 

kehilangan wang sebanyak yang didakwa, dan 
1MDB tidak memiliki wang tunai sebanyak itu 
melainkan aset-aset yang bernilai lebih jumlah 
berkenaan, mereka masih lagi tidak berpuas 
hati, enggan menerima penjelasan itu.

Bila PAC dan Ketua Audit Negara melaporkan 

tiada sebarang penyelewengan dalam akaun 
1MDB, mereka enggan pula percaya pada 
laporan berkenaan sedangkan ia dibuat 
secara siasatan forensik yang sangat teliti.

Bila Pasukan Tugas Khas sedang menyiasat 

lanjut mengenai isu berkenaan, mereka ganggu 
pula siasatan tersebut dengan pelbagai spekulasi 
yang kononnya dari "sumber yang amat boleh 
dipercayai". Percayalah sangat pada Wall 
Street Journals, The Edge dan Sarawak 
Report itu?

Dan bila Perdana Menteri mula menggerakkan 

tindakan undang-undang, mereka perlekehkan 
tindakan itu kononnya hanya "surat pertanyaan", 
menandakan mereka sebenarnya tidak faham 
pada prosedur perundangan Amerika Syarikat 
yang sememangnya berlainan dengan UK.

Kini, Allah SWT membuka satu persatu "hijab" 

atas tohmahan dan fitnah yang dilemparkan 
pada Perdana Menteri. Wall Street Journals 
kini sudah "menggelabah", "mengeletar" 
apabila mereka terima surat "cinta" dari 
Perdana Menteri Malaysia. Mereka mula 
"bisu"...

Sarawak Report yang dikendalikan oleh warga 

asing pula kini sudah "lumpuh" apabila SKMM 
bertegas pada mereka. Laman portal mereka 
kini sudah "kaput". Mungkin begitulah akibat
nya bila melaporkan berita tanpa berteraskan 
kebenaran yang dituntut dalam Islam.

Enggan mengaku salah, mahu juga terus 

menegakkan benang yang basah, terlalu ego 
untuk memohon maaf atas dosa yang dilakukan, 
sekarang mereka terimalah "habuan" sementara 
menunggu tindakan susulan dari pihak berkuasa.

Nama Justo muncul di Thailand. Siasatan Polis 

Thai terhadapnya cukup mengejutkan pihak yang 
melakukan tohmahan. Pening kepala mereka bila 
"bangkai gajah" yang cuba disembunyikan 
dicelah daun getah mula kelihatan.

Menggelupur dengan penangan Justo-Polis 

Thailand, nama Lester Melanyi pula timbul di 
Sabah. Kali ini lebih mendebarkan. Video demi 
video pengakuan bekas penulis Sarawak Report 
itu didedahkan. Kepala mereka-mereka itu 
makin tidak keruan...

Gambar pemilik Sarawak Report, Claire Brown 

bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr 
Mahathir yang berikrar mahu menjatuhkan 
Najib menimbulkan persoalan, seolah menafikan 
kenyataan anaknya, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, 
sebelum ini yang mendakwa bapanya "tidak ada
kena mengena" dengan "konspirasi" meranapkan 
reputasi Presiden UMNO.

Mungkin Mukhriz benar, Tun Dr Mahathir 

mungkin "tidak terlibat" dalam konspirasi 
berkenaan. Namun jelas sekali, seluruh rakyat 
sedar bahawa bapanya itu begitu kuat menyerang 
Najib dengan menggunakan hujah bersumberkan 
dari "fallacy" yang sememangnya tidak berasas 
langsung. Agak memalukan tindakan itu, namun 
itulah yang berlaku.

Soalnya, di mana hendak diletakkan muka mereka 

yang menuduh Perdana Menteri dengan tohmahan 
dan fitnah tersebut? Bila tuduhan, pertanyaan yang 
jelas tidak berfaktakan kebenaran, di manakah 
hendak mereka sorokkan aib yang terpalit di 
wajah mereka?

Bagi Claire Brown, WSJ, Justo atau warga asing 

yang terlibat memfitnah Najib, mungkin mereka 
dengan mudah mampu menyorokkan muka mereka 
dan kembali ke negara asal mereka tanpa menimbul
kan kesan signifikan pada rakyat Malaysia.

Namun bagi warganegara Malaysia, khususnya 

mereka yang hari-hari menabur fitnah dan memaki 
hamun Najib, khususnya para penyokong taksub 
Tun Dr Mahathir, di mana mereka hendak letak
kan maruah mereka?

Kononnya mereka mendakwa "sayangkan 

UMNO". Padahal mereka lebih percaya pada 
Claire Brown, The Edge dan dalang-dalang 
syaitan yang jelas merujuk pada pihak 
pembangkang berbanding pada Presiden 
UMNO?

"Sayang UMNO" jenis apakah itu? Penulis 

percaya, kalau jenis-jenis itu berada di dalam 
PAS, nescaya mereka akan dilabel sebagai 
"syaitan dalam jemaah".

Mungkinkah "spesis-spesis" itu wajar menyertai 

Harapan Baru bersama Mat Sabu dari terus 
menjadi "duri dalam daging" di dalam UMNO? 
Penulis yakin Mat Sabu tentu sudi terima mereka 
yang "sebulu" dengannya, kan?

Penulis harap, sempena Syawal ini, dan memandang

kan Najib masih hidup, mereka masih punya 
kesempatan untuk memohon maaf pada beliau. 
Jika Najib sudah meninggal dunia, susah pula 
untuk mencari Najib di hari kiamat nanti, 
bukan? Dosa tetap dosa, itulah Islam.

Lagipun penulis yakin, Najib itu pemaaf 

orangnya dan berjiwa memaafkan orang. 
Apalah salahnya melepaskan ego "serba tahu" 
itu dan mengaku silap secara terbuka, seterusnya 
memohon maaf kepada beliau serta mereka yang 
menjadi tempat melepaskan caci maki selama ini, 
bukan?

Buang yang keruh, ambillah yang jernih. 

Sesungguhnya Allah SWT amat menyukai 
hambaNya yang sanggup mengaku salah, 
bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan 
tersebut. Buatlah begitu sekiranya masih 
ada sekelumit iman pada ajaran 
Rasulullah SAW... -Utaranews.com dari blog kutukan dewata

Tuesday, July 28, 2015

tong koi


  • Ownn Penang TONG KOII ONG,Orang Yang Dituduh Cuba Menggulingkan Kerajaan Dengan Penurunan Nilai Ringgit dan 1MDB, Akhirnya Buat Pengakuan Mengejutkan Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharim, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif. Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli. Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti. Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam. Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data- data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia. Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen- dokumen berkenaan. Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen. Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka!

the edge

THEEDGE DID WRONG.?
Let us be clear that what the EDGE did was wrong.
I have been reading the EDGE for a number of years. I have held them in high regards despite their own "little" bias, as they report much more objectively than our other media and carry less blatant unsubstantiated spins like the AM.
But I came to read the Edge argument defending itself on 1MDB case and I think the EDGE have lost it in their journalism standard. (see among others http://greatermalaysia.com/…/the-edge-media-group-lied-to-…/). In essence they knew that the information was illegally/ improperly obtained and had promised to pay a substantial sum for such information. But after being caught they now argue they never intended to pay Justo in full with intent to breach their agreements. Whichever way one looks at it the EDGE was not honorable. Worse they have never ever told us the readers that they paid or promise to pay huge sum of money for the information which they knew was illegally/improperly obtained. Unbelievable and a highly disappointing explanation. Taking us for a ride.
Now let us see what the EDGE as journalists are obligated to do or be ethical.
Under the US SPJ standard that I have alluded many times, this is unethical. They call it checkbook journalism. A form of bribe.
"Checkbook journalism undermines journalistic independence and integrity and threatens the accuracy of the information that is purchased....
First, paying for information immediately calls into question the credibility of the information. Readers or viewers have a legitimate right to wonder whether the source is disclosing this information because the information is important or because the source is getting paid for it.
They also can’t be blamed for wondering whether the source is telling the outlet the truth, telling the outlet what it wants to hear or embellishing the truth to increase the value of the information.....
Second, paying for information creates a conflict of interest. By writing a check for an interview, the journalist now has a business relationship with the source....
And third, once a media outlet has paid for information, it is less likely to continue to search for the details of the story for fear it might uncover conflicting information..."
Accuracy and truthfulness are sacrificed by the EDGE. How could the EDGE do this to its readers.
The EDGE has gotten their moral compass wrong in the Justo case. As SPJ states, "checkbook journalism is not only unethical, it threatens to undermine journalism and damage democracy."
This is what is happening in our country. And I condemn them for their failure to disclose they paid for the information knowing full well it was illegally or improperly obtained. You the EDGE which was supposed to be respectable con us the readers for such failure to disclose.
You are highly disappointing and this is not acceptable. I will terminate the subscription of your paper.
Ps: ref to US SPJ standards http://www.spj.org/ethics-papers-cbj.asp
Ps: this does not mean that I'm not asking 1mdb to account for the money as written before which in my view has a heavier and more grievous concerns. But it does not mean that the EDGE was right too.