Sunday, May 31, 2015

bawa budak luar tok jahanamkan negara



BANGKITLAH UMAT!

Dalam keadaan saudara-saudara bergaduh bertekak pasal zikir joget yang Nabi s.a.w tak pernah buat, golongan cauvinis &pelampau liberalis meneruskan usaha menyesatkan umat &memporak-perandakan tanah air kita!
"Adakah pihak-pihak pembangkang di Malaysia sudah mula mengerakkan gerakan terancang untuk mengulingkan Kerajaan melalui revolusi setelah mereka gagal mengulingkan Kerajaan melalui pilihan raya dan demonstrasi jalanan?
DuBook Press, sebuah syarikat penerbitan yang berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais, telah berusaha untuk membawa masuk ikon revolusi Joshua Wong ke Malaysia.
Joshua Wong adalah pengasas 'Umbrella Revolution' yang baru berumur 18 tahun dan merupakan 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. Beliau akan hadir pada 30hb Mei ini bersama aktivis Singapura, Han Hui Hui dan dijangkakan akan berjumpa dengan Demonstran Muda Malaysia di Bangi.
Adalah diharapkan semua NGO & gerakan Melayu-Islam akan mengambil perhatian serius mengenai perkara ini. Jangan biarkan budaya dan pengaruh asing menular dalam negara kita!
Pertama sekali, buat lapuran polis sebanyak mungkin!
Kedua adakan sidang media membantah pragram ini!
Ketiga desak KDN isytihar Joshua Wong & Han Hui Hui ini persona non grata sebagai orang tidak dikehendaki dan hendaklah dihalang masuk ke negara ini!!!
Selamat berjuang!

brim keluar lagi



Sehari dua ini kerajaan mula membayar Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau yang sinonim dengan sebutan BR1M. Bantuan dari kerajaan yang dihina dan dicaci oleh pembangkang dan termasuk juga segelintir penyokong BN dan ahli UMNO.

Bank-bank penuh sesak dengan pelanggan BR1M. Walaupun bayaran fasa kali ini hanya antara RM200.00 hingga RM300.00 namun ramai yang tak sanggup menanti esok, lusa, tulat, bulan depan atau tahun depan. 

Yang menjatuhkan hukum duit BR1m haram mungkin ambik duit tersebut sebelah malam dengan kad ATM. Hari siang orang ramai dan berasa malu.


Mungkin ada yang kata ... "kenapa nak malu pulak ini duit rakyat?" Ini memang tanggungjawab kerajaan. Mungkin mereka lupa hanya kerajaan yang mereka keji inilah satu-satunya kerajaan yang memberi BR1M kepada rakyatnya.

Jika tidak percaya tanyakan kepada kaum Rohingya yang baru mendarat di Malaysia atau rakyat Indonesia yang mencari rezeki di sini, ada tak kerajaan mereka memberi BR1M (Bantuan Rakyat 1 Myanmar) atau BR1I (Bantuan Rakyat 1 Indonesia)?

Dari mana kerajaan dapat duit sebanyak RM1.4 billion untuk membayar BR1M? Kalau di darabkan dengan 3 kali bayaran sudah mencapai jumlah RM4.2 billion.

Jika tahun 2016 bayaran BR1M dinaikkan lagi seperti yang dijanjikan jumlahnya mungkin mencecah lebih RM9 billion. Mampukah kerajaan membayarnya? Dengan kutipan GST sudah tentu kerajaan mampu untuk membayarnya.

Oleh itu tidak perlulah riuh rendah menghina, memaki, mencaci dan mereka cipta fitnah yang berbagai-bagai. Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia yang nasibnya sangat baik berbanding kaum Rohingya atau rakyat-rakyat negara lain.
Kepada rakyat Malaysia yang hanya menjadi kompang kepada pembangkang terutama yang menjadi tali barut pengkhianat yang sedang bekerja keras untuk menjahanamkan orang Melayu sedarlah bahawa rakyat Malaysia masih mampu mengecapi hidup yang lebih baik berbanding rakyat negara lain.

Renung dan insafi bagaimana kehidupan rakyat Iraq, Libya, Afghanistan, Yaman, Syria dan beberapa buah negara Afrika yang kucar-kacir akibat negara yang huru-hara angkara pembangkang di negara tersebut.
Akibat termakan hasutan pembangkang lalu rakyatnya memberontak dan menjatuhkan kerajaan yang mereka anggap zalim. Namun kehidupan mereka lebih teruk berbanding semasa kerajaan yang mereka anggap zalim. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Menyesal sudah tiada gunanya. Mereka akan menanggung azab sengsara sampai bila- bila sehingga negara mereka kembali aman. Tapi sampai bila?
Malaysia yang pertama kali dijajah oleh penjajah barat bermula dengan Portugis hinggalah British. Lebih 440 tahun lamanya rakyat Malaysia dijajah, hasil mahsul dirompak, bahan galian berharga diangkut ke negara mereka, rakyat diperbodohkan, rakyat dijadikan kuli sehinggalah Tanah Melayu dimerdekakan pada tahun 1957.
Mungkinkah akan berlaku penjajahan sekali lagi seperti Melayu Singapura yang dijajah oleh kaum minoriti pada masa dahulu yang datang dibawa masuk oleh British untuk bekerja dilombong-lombong.

Hari ini Melayu telah dijajah dari segi ekonomi. Yang tinggal hanyalah kuasa yang entah bila dapat dipertahankan. Mungkinkah suatu hari nanti nasib orang Melayu akan jadi seperti nasib kaum Rohingya.

Bersyukurlah!!! Allah dah janji kalau bersyukur akan ditambah-tambah rezeki yang ada.Andainya tak tahu bersyukur rezeki yang ada tak kan bertambah.Malah Allah dan beri amaran kepada manusia yang tak bersyukur,tunggulah azab Ku yang amat pedih!!!
Wallahua'lam .....

Friday, May 29, 2015

isu budak pintar berkumandang semula

Jika Bapa Adi Putra Bagi Kerjasama Dahulu, Adi Sudah Pasti Berada Di Universiti Bertaraf Ivy League - Prof. Madya Dr. Noriah






Nampaknya isu pelajar genius Malaysia ini semakin hangat diperkatakan. Ramai orang ramai terutaman pengguna laman sosial menyalahkan kerajaan sehingga mendakwa kerajaan mengambil pandang serius genius yang ada seperti Adi Putra.

Isu berkenaan Adi Putra ini pernah disiarkan oleh  portal berita terkenal mStar Online pada 3 Mac lalu yang bertajuk "Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf". Artikel itu telah membuatkan cerita Adi Putra kembali bermain di media.

Baru-baru ini  pulak Adi Putra dikatakan membuat luahan kecewa dan dilaporkan oleh TheMalaysian Insider yang mengatakan dia disisihkan kerajaan.

Berikutan dengan luahan itu, Pengarah Permata Pintar, Professor Noriah Mohd Ishak, telah tampil memberi penjelasan keadaan yang sebenarnya berlaku di antara pihak Adi Putra dan Kerajaan.

"Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. 

YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya. 

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.



Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League."

Apapun harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik, jangan disia-siakan permata yang kita ada ini. - Siakapkeli.my

Wednesday, May 27, 2015

pendapat


Old town white coffee dan secret recipe ialah franchise anak Malaysia yang berjaya. Ia telah menyumbang kepada ekonomi negara dalam bentuk cukai dan mengurangkan pengangguran. 

Nak harapkan melayu, mereka hanya banyak di ipt (hasil kuota) tapi bila grad menjadi beban kepada negara (harap nama je hebat, iq tahap engineer poli cabok) kerana mereka menjadi pencari kerja bukan penjana kerja.

Masalah timbul apabila ada yang tidak sedar diri memilih kerja yang bukan dalam tahap kepandaiannya akibatnya produk jadi seperti labu yang dibaiki tikus dan penyumbang lambakan pati mengambil tempat mereka. heee

KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Wednesday, May 6, 2015

hutang negara

Fakta mengenai Hutang Negara


1)Bagaimana jumlah hutang luar negara pada tahun 2013 RM196 billion boleh naik mendadak sehingga menjadi RM740 billion pada tahun 2014?



Ini kerana bermula tahun 2014 pentakrifan hutang telah berubah daripada hutang kerajaan, hutang syarikat awam, swasta dan persendirian tetapi kini dirangkumi sekali deposit dan hutang yang diambil oleh warga asing. Skop definisi hutang telah diluaskan bukan sahaja kepada Malaysia tetapi seluruh dunia.

Jika pentakrifan baru ini digunapakai pada tahun 2013 maka hutang negara pada 2013 akan menjadi RM696.6 billion.
Jadi berapakah jumlah sebenar hutang kerajaan di luar negara?

Daripada jumlah RM744.7 billion
42% = adalah deposit dan hutang warga asing

37% = hutang sektor swasta

10% = hutang syarikat awam

9% = kredit pelaburan dan jaminan

2% = hutang kerajaan pusat
Maka jawapan sebenar jumlah hutang kerajaan pusat sebanyak 2% ialah RM16.8 billion dan kadar ini masih dalam kadar yang stabil berbanding negara negara lain.

Sumber: Bank Negara Malaysia

p/s: aku pernah tanya soalan direct kat Rafizi Ramli semasa Forum 1MDB di Karangkraf.Adakah pertikaian dia mengenai keadaan hutang negara yang darurat mengikut takrifan definisi hutang yang terbaru? Dia tak jawab soalan aku. Sekian.