Monday, August 29, 2011

sejarah

Bila menyentuh sejarah kemerdekaan negara, maka para 'sejarawan-sejarawan suku masak' dari PAS mula berkokok tentang betapa baruanya UMNO kerana menjadi anak didik British dan dengan UMNO, British memudahkan kemerdekaan negara ini. Pendek kata, kalau dibaca tulisan-tulisan mahupun mencapangkan telinga untuk mendengar ceramah-ceramah PAS, akan wujudlah satu persepsi bahawa PAS sebenarnya tidak menghargai langsung dengan kemerdekaan negara yang dicapai pada 1957 dahulu.

Bahkan apabila membicarakan tentang komunis pula, PAS kedengarannya lebih gemarkan Chin Peng sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama, dan negara ini bukan bergelar Malaysia sebaliknya sebagai Republik Rakyat Malaya, iaitu objektif utama yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya yang merupakan cabang daripada Parti Komunis Nanyang yang sangat berseteru dengan Koumintang, pimpinan Chiang Kai Shek!

Sesuatu yang menarik untuk renungan, Chiang Kai Shek merupakan 'Presiden' China yang pertama selepas berakhirnya era Maharaja di Tanah Besar China sebelum Mao Tze Tung muncul memimpin 'Tentera Rakyat' dan menghalau Kuomintang ke Taiwan, sekaligus menjadikan Taiwan sebagai benteng terakhir Chiang Kai Shek yang sehingga kini gagal 'ditawan' semula oleh China meskipun beranggapan Taiwan adalah sebahagian daripada China.

UMNO lahir pada 1946 daripada pertemuan 200 orang pemimpin Melayu daripada pelbagai pertubuhan, termasuklah Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi, Pak Sako dan sebagainya. Dan pada ketika itu, pada zaman di mana golongan feudal dan birokrat lebih menjadi perhatian dan dipercayai, sekalipun sebahagian daripada mereka sekadar sombong bodoh, maka kepercayaan diberikan kepada golongan tersebut sebagai pemimpin.

Sama jugalah sepertimana PAS melantik golongan yang hanya tahu mengajar kanak-kanak mengaji sebagai ulama besar seperti Nik Abdul Aziz. Rasa rendah diri orang Melayu terhadap golongan feudal pada waktu itu, samalah seperti orang PAS rendah diri terhadap golongan yang berlagak macam ulama besar zaman sekarang.

Cuma agak aneh apabila golongan yang mengaku mereka lebih faham agama daripada orang lain, tidak dapat membezakan antara penjajah, cuba menjajah dan agen penjajah selain tipu muslihat penjajah.

UMNO dikatakan barua kepada British sebab UMNO ditubuhkan pada zaman British baru kembali ke negara ini. Komunis dikatakan pejuang, sebab komunis khabarnya berjuang menentang British walaupun hakikatnya, komunis lebih banyak membunuh penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak berbanding membunuh British.

Dan yang paling menarik, PAS tidak pula dikatakan BARUA BRITISH walaupun penubuhan PAS direstui dan diluluskan oleh British. PAS tidak pula dikatakan sebagai salah satu jentera British untuk memastikan orang Melayu berpecah belah bagi membolehkan penguasaan kaum imigran di Tanah Melayu apabila British 'memaksa' Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memberi kerakyatan satu juta orang kepada imigran China dan India dalam masa 24 jam.

Sedangkan kalau diperhatikan, UMNO ditubuhkan oleh 200 orang wakil pertubuhan-pertubuhan Melayu sama ada dari golongan kiri, kanan mahupun feudal, sedangkan PAS pula ditubuhkan oleh beberapa kerat Melayu yang mengalami kegagalan, sama ada gagal menjawat jawatan dalam UMNO mahupun gagal diiktiraf dan dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu itu sendiri.

Justeru, apabila cerita Mat Sabu tentang keperwiraan Komunis digembar-gemburkan dan kemudian disokong pula oleh pencacai-pencacai yang gagal menerima hakikat sejarah negara, ia bukanlah sesuatu yang aneh. Mungkin kalau ditanya antara British, Belanda dan Portugis, siapakah pejuang dan siapakah penjajah, mereka akan menjawab, ketiga-tiganya adalah pejuang kerana Portugis 'membebaskan' Melaka daripada 'penjajahan' Sultan, Belanda 'membebaskan' Melaka daripada Portugis, dan British 'membebaskan' Melaka dari Belanda.

Sejarah yang diputarbelitkan... itu yang cuba dikatakan oleh para pencacai... sedangkan hakikatnya, para pejuang kiri Melayu tetap juga dianggap nasionalis yang menggunakan platform Komunis tetapi akhirnya dianggap komunis apabila mereka enggan meletak senjata setelah negara dimerdekakan daripada penjajahan fizikal British.

Benda yang sangat mudah, tetapi kaum PAS seperti biasa, akan cuba menyusahkan dan cuba mencari sudut yang paling gelap bagi tujuan memperlihatkan mereka lebih pandai daripada orang lain di negara ini...
Share

dari blog flyingkick

No comments:

Post a Comment