Pendedahan yang dibuat oleh sahabat blogger, RBF Online, membuatkan aku hilang nafas buat seketika. Patutlah selama ini, PKR bukan main lagi bercakap tentang Ketuanan Rakyat. Rupa-rupanya Presiden mereka juga seperti Timbalan Presiden, adalah ORANG LUAR!
Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR atau lebih dikenali sebagai SEPAT KERING KOREA, selama ini memang banyak menimbulkan prasangka, terutama apabila ada pengakuan yang dibuat dia bertalian dengan Peranakan. Bagaimanapun, banyak pula cerita yang mengatakan serta mengaitkan Wan Azizah dengan KOREA.
Sedikit latar belakang Wan Azizah, dia telah dilahirkan pada 3 Disember 1952. Bersekolah di Sekolah Convent St.Nicholas, Alor Star dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Tunku Khursiah. Wan Azizah dilahirkan di Singapura ketika bapanya melanjutkan pelajaran ke negeri itu (sekarang negara). Wan Azizah kemudiannya dibesarkan oleh dua orang bapa saudaranya silih berganti di Kedah dan Kelantan.
Satu perkara yang menjadi kemusykilan aku... di Amerika Syarikat, Presidennya, Barrack Obama berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan yang dia adalah kelahiran Amerika Syarikat, bukannya dilahirkan di luar Amerika Syarikat. Arnold Schwarzenegger yang merupakan kelahiran Austria hanya mampu bertanding dan menyandang jawatan Gabenor California tetapi menerima kritikan teruk kerana dia adalah kerakyatan yang diberikan.
Britain juga mengamalkan perkara yang serupa. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain. Sekalipun bukan atas Perlembagaan, tetapi kelebihan menjadi pemimpin politik biasanya diberikan atau dikhususkan kepada anak watan.
Di Malaysia yang dikatakan kejam, tidak berhati perut, menindas, tidak berlaku adil... mengapa pula orang yang dilahirkan di luar negara dan mempunyai KOD 71 dibenarkan bergiat aktif di dalam politik? Mengapa pula mereka mempunyai peluang untuk menjadi Menteri, Perdana, Timbalan Perdana dan sebagainya, sedangkan negara yang menjadi idola PKR iaitu Amerika Syarikat tidak mengamalkannya?
Mungkin sudah sampai masanya Malaysia juga tidak membenarkan mana-mana orang yang mempunyai KOD 71 terlibat dalam politik. Mereka mungkin boleh dibenarkan mengundi tetapi tidak boleh sama sekali menjadi pemimpin kepada rakyat Malaysia yang dilahirkan dan menetap di negara ini.
Perlembagaan Malaysia tidak menghalang mana-mana warganegara 'anugerah' terbabit dalam politik mahupun menjadi pemimpin politik, tetapi terdapat beberapa negeri yang mempunyai Undang-Undang Tubuh yang mengkhususkan kepada anak watan negeri itu sahaja yang layak menjadi Menteri Besar selain berbangsa Melayu seperti Kelantan dan Kedah.
Mungkin selepas ini perlu wujud satu lagi Suruhanjaya KOD 71 untuk menyiasat motif sebenar kaum yang berKOD 71 menjadi ahli politik?
dari blog parpukari
No comments:
Post a Comment