KDN mulakan proses saman Zuraidah
PUTRAJAYA 23 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan proses saman fitnah dalam masa terdekat ini terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang menuduh Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.
Timbalan Menterinya, Datuk Lee Chee Leong berkata, tindakan itu diambil kerana tuduhan yang ditujukan kepada kerajaan itu tidak berasas dan sangat berat implikasinya.
Katanya, kerajaan sudah memberi masa kepada Zuraida untuk membuat laporan polis dan seterusnya menyerahkan bukti terhadap dakwaan itu namun sehingga sekarang beliau masih gagal bertindak demikian.
“Pagi ini Jabatan Imigresen Selangor membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11, Shah Alam bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Zuraida.
“Selepas ini, kita akan pergi ke tindakan kedua dengan menyaman beliau dan ia akan dibuat secara serentak (laporan polis dan saman),” katanya kepada pemberita berhubung keputusan KDN mengenai tindakan terhadap Zuraida di pejabatnya di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment