Friday, August 12, 2011

larang azan

Bermula 3 Ogos lalu, suara azan subuh tidak lagi berkumandang di seluruh Pulau Pinang. Begitu juga dengan bacaan al Quran. Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP) itu terkandung menerusi surat pekeliling yang diedarkan kepada seluruh kariah masjid serta selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 Julai lalu.

Jawatankuasa Fatwa Negeri mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang agar tidak lagi mengalunkan azan subuh dan bacaan al Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana MENGGANGGU ORANG LAIN DI DALAM DAN DI LUAR MASJID dan pada masa yang sama, dikatakan menyalahi syarak...

Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a.

Selama ini, nampaknya UMNO-BN yang telah memerintah negara ini, telah mengganggu dan buat bising pada waktu subuh!!!

DAP gagal untuk menghapuskan azan subuh di Selangor, tetapi di Pulau Pinang, nampaknya mereka telah berjaya. Lebih aneh, fatwa berkenaan berlaku pula pada zaman DAP sebagai pemerintah negeri, tidak sewaktu Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang.

Tahniahlah kepada orang Pulau Pinang yang sudah boleh tidur dengan nyenyak sekarang ini... memang betul pun... AZAN NI MEMBINGITKAN SAJA... mungkin tak lama lagi, akan keluar pula arahan agar solat jemaah hanya boleh dilakukan tidak lebih dari 5 orang, sebab kalau lebih dari jumlah tersebut, ia akan dianggap melanggar akta yang berkenaan dengan perhimpunan haram!!!

dari blog flying kick

aliffnajmi

Kat S'ngor Khalid Jamban mintak maaf pada penganut kristian sbb JAIS 'ganggu' majlis makan malam kat gereja haram.
Kat Penang pulak JHEIPP 'mintak maaf' pada nonmuslim sbb 'ganggu' tidor mereka.
Kt Kedah, MB 'mintak maaf' pd tokeh2 cina dan menarik balik larangan beroperasi dlm bulan ramadan.
Hj Hadi pulak sampai sanggup gugurkan 'negara Islam' semata2 krn hormat pada kapal sink.

DAP benar2 berkuasa. Baru dpt perintah 4 negeri, kita dah rasa mcm bumi yg kita pijak ni milik org.

No comments:

Post a Comment