Friday, May 18, 2012
Mufti Perak telanjangkan Nik Aziz!
BUAT
kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta
membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat
Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.
Selain
dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya
berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia
mengelirukan umat lslam.
Bahkan
mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada
perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.
Serentak
itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya
campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu
bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:
“Tuduhan
tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya
selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.“Bahkan
saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti
politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.
Bercakap
dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah
penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau
abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.
“Bahkan
dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan
PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu
lebih bertujuan kepada dakwah.
“Berdakwah
kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam
ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah
yang wajib kita lakukan,” katanya.
Beliau
menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya
kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu, namanya
…Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).
“Dia
baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun
…cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita
menegakkan Islam di negara ini.
Walaubagaimanapun
Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku
lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’
kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.
“Banyak
contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di
Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih
(terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.
“Jadi
saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya
bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak
boleh sembelih. . . haram.Yang
kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli
PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah
jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.
“Kebetulan
satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang
ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan
dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.
Kerana
insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga
tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka
buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini
tak boleh buat apa.
“Banyak
lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah
yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan
itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.
“Kalau
sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka
orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja
apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu
haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.
“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.
“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.
Mufti
Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat
(sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu
imam. Kita sembahyang sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini
dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.Dan
ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah,dalam
sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan
buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu
terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.Kerana
itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana
melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam,sudahlah hidupnya
susah dalam negeri yang kaya,asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan
sebagainya langsung tak buat kerja,berkelahi sesama sendiri.Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.
“Akhir-akhir
ini
pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih
3.0
itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat
bukan
tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..
Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita
diwajibkan
berjemaah.Bermakna
kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu
satu
perkara yang bertentangan.
“Kemudian
ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk
perasaan,sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan
dakwah secara terang terangan.Ini
kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang
benar dari Allah,.Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk
bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.
“Begitu
juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak
cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada
sahabat-sahabat Rasullullah .Ini
bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini
kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi
masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau
ditentukan oleh Allah swt.
“Jadi
hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam
masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik
saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk
mengguling kerajaan itu satu perkara salah.
“Kerana
kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan
Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun haram kita
memberontak.Tapi
sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan
untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk
perasaan, dengan menimbulkan kekacauan ”
Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi
apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum
syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL,DBKL
tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”
“Kerana
Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan
kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja,
kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .
Katanya
lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang
terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis
pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana
mempertahankan anggota polis itu.
“Ini
kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih
2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana
itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang
berasaskan kepada empat asas.
“Iaitu
Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal
daripada pokok perkataan salam.Salam
maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban
yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat
kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..
Dengan
nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua
itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk
membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu
kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam
surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih
daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.
Katanya
“Ini
satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui
oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka
,sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap
demikian.Tapi
seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang
hak
dan saya bukannya daripada parti manapun .
“Tapi
apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini
memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar
mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia
memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan
kepada Tuhan.
“Kemudian
ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita
jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama,
mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan
. . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya
tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah
ampuni seluruh umat Islam.
Menjawab
satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga
dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat
awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila
ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir
masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi
kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan
langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.
“Yang
kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu
telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan
hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.
Beliau
hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar
akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita
akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan
islam?
“Quran
banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita
orang bukan Islam.
Nasihatnya
kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu)
berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita
hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan
perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah. “
Harussani
mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang
tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang
. . .Kita hanya menyampaikan”, katanya
No comments:
Post a Comment