Saturday, May 26, 2012
MATLAMAT SEBENAR AMBIGA ANJUR BERSIH UNTUK HANCURKAN MELAYU!!!
Keengganan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasen untuk
meminta maaf kepada rakyat Malaysia terhadap rusuhan yang berlaku semasa
himpunan pada 28 April lalu, menunjukkan belang sebenarnya.
Rusuhan yang sepatutnya telah gagal menggerakkan hati kecilnya untuk
menyedari dan mengaku kesilapan yang telah beliau dilakukan terhadap
rakyat negara ini.
Sebaliknya Ambiga dengan angkuh dan bongkak berkata beliau hanya mahu
meminta maaf kepada generasi muda kerana tidak berjuang dengan lebih
gigih untuk prinsip-prinsip Bersih 3.0.
Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, Ambiga bermaksud bahawa
biarpun negara Malaysia yang dicintai terbakar atau punah sekali namun
ini tidak penting.
Yang lebih penting Ambiga dan kuncu-kuncunya dari parti pembangkang
berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi
jalanan dan keganasan.
Ambiga yang sudah menjadi sebati dengan jiwa pembangkang bercakap
mengenai nilai-nilai murni seperti keadilan, ketelusan dan proses
pilihan raya ang bersih tetapi hakikatnya apa yang mereka rancang dan
laksanakan dalam tiga perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0
adalah menyimpang dan jauh sekali nilai-nilai yang mereka perjuangkan.
Sebenarnya, penyokong-penyokong PAS dan PKR gagal memahami bahawa tujuan
sebenar Ambiga ialah untuk memecah belahkan orang Melayu.
Perlu ditanya mengapa dalam dua himpunan yang telah diadakan sebelum ini
amat sedikit sekali penyokong Cina yang hadir malah daripda kaum India
boleh dibilang dengan jari.
Hanya pada Bersih 3.0, peserta Cina meningkat secara mendadak dan seolah-olah berani menunjukkan kekuatan mereka.
Ini semuanya adalah perancangan parti rasis DAP yang kini beryakinan
mereka boleh mengalahkan BN dengan memperkudakan pemimpin serta
penyokong dari kalangan orang Melayu daripada PAS dan PKR.
Ambiga bersama-sama DAP secara licik berpakat untuk memecah belahkan
lagi orang Melau kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil kerana ini
akan memudahkan mereka melaksanakan dasar pecah dan perintah.
Melayu yang bersatu tidak mungkin dapat dipatah kekuatan perpaduan yang
ada tetapi Melayu yang lemah dan rapuh perpaduan mereka akan menjadi
amat senang bagi pihak musuh untuk meratah mereka.
Anwar serta pemimpin PAS seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz samada
menyedari atau jahil terhadap senario yang membahayakan umat Melayu di
negara ini telah menghulurkan leher mereka untuk disembelih oleh Ambiga
dan DAP.
Tangan Anwar, Abdu Hadi dan Nik Aziz berlumuran dosa perpecahan Melayu disebabkan tindakan mereka bersekongkol dengan DAP.
Mereka patut bertanya kepada diri mereka sendiri, mengapa tidak seorang
peserta Bersih 3.0 daripada kalangan kaum Cina pun yang didakwa
berkaitan keganasan yang berlaku?
Mengapa gambar lebih 100 individu yang dikehendaki polis hanya terdiri daripada pemuda-pemuda berbangsa Melayu?
Jika benar orang Cina dan India ikhlas menegakkan keadilan, ketelusan
dan proses pilihan raya yang bersih, mengapa orang Melayu sahaja yang
sanggup berjuang berdepan dengan tindakan polis dan FRU?
Di manakah komitmen orang Cina dan India atau adakah mereka hanya
merupakan golongan opportunis yang tidak sanggup berjuang tetapi
menunggu untuk meraih hasil perjuangan orang Melayu sahaja?
Pemimpin Melayu seperti Anwar sanggup melacurkan maruah bangsa sendiri
kerana cita-cita peribadi untuk menjadi Perdana Menteri, sekalipun
negara tergadai.
Pemimpin PAS pula sanggup menjual islam sebagai komoditi murahan kepada DAP dan PKR hanya kerana gilakan kuasa dan pangkat.
Ambiga dan DAP pula mengeksplotasi sifat tamak dan gila kuasa yang
bermaharajalela dan sanubari Anwar, Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk
memastikan orang Melayu akan terus bertelagah dan berpecah sehinggalah
Tanah Melayu ini menjadai milik mereka suatu hari nanti.
Pada ketika itu objektif sebenar ketiga-tiga himpunan Bersih akan
menjadi realiti kerana sememangnya pada masa itu ia akan menyapu bersih
semua hak Melayu dan menjadikan bangsa ini sebagai pengemis di bumi
mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment