Thursday, November 3, 2011

seksualiti ape toh

Seksualiti Merdeka: Gelombang baru hak asasi manusia

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Program Seksualiti Merdeka 2011 yang disokong oleh segelintir pihak, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia adalah salah satu contoh gelombang terbaru yang perlu dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu di negara ini.
Sehubungan itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mengingatkan orang Melayu agar tidak terpengaruh dengan budaya Barat itu yang cuba dibawa oleh pihak tertentu.
“Golongan yang cuba membawa pengaruh ini menjadikan hak asasi manusia sebagai modal mereka, sedangkan kita semua sedia maklum, program itu cuba dieksploitasi oleh kumpulan yang mempunyai agenda politik.
“Sebagai rakyat Asia, kita kena sedar, kita berada di rantau Asia dan mengamalkan budaya Asia. Jangan samakan budaya Barat dengan budaya kita (Asia) kerana di Barat, mereka boleh berjalan tanpa memakai pakaian kerana itu bagi mereka hak asasi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Abdul Rahim mengulas tindakan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November depan.
Pelbagai pihak hari ini mengecam program tersebut, yang antara lain dilihat cuba menghalalkan hubungan sejenis.
Abdul Rahim berkata, sebagai rakyat yang hidup berlandaskan undang-undang, masyarakat perlu mematuhi peraturan sedia ada dan tidak mengamalkan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara.
“Kita ada undang-undang kita sendiri, berdasarkan kepada sejarah hidup kita. Kita berpijak di bumi Malaysia, jadi langit Malaysia perlu kita junjung.
“Kalau di Malaysia menetapkan beberapa perkara tidak boleh, maka janganlah kita ikut atau laksanakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment