Thursday, April 19, 2012

mb cabar pas

Menteri Besar cabar Pas
NURUL HUDA HUSAIN
19 April 2012
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar Pas agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir tahun lalu.
“Saya cabar Pas untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih.
 
“Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah me-ngundi, bagaimana mereka tahu pilihan raya yang diadakan tidak bersih,” katanya.
 
Menurutnya, Kerajaan Negeri bukan zalim, keputu-san penarikan balik pinjaman kepada penuntut dibuat kerana pihaknya menghantar penuntut terbabit ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan bukannya melibatkan diri dengan perhimpunan haram.
 
Justeru, Ahmad menuntut pihak bertanggungjawab yang mengheret penuntut terbabit dalam kegiatan yang tidak berfaedah itu membiayai penga-jian sehingga tamat.
 
“Kerajaan  Negeri tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit.
 
“Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram),” katanya.
 
Selain itu, Ahmad turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas pelajar berkenaan, sebaliknya Pas yang mengkhianati dengan melibatkan penuntut yang masih mentah untuk terbabit dalam politik.
 
Sebelum itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Gerakan Pelajar Pantai Timur (Gempur), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) berhimpun di hadapan Wisma Darul Iman untuk mendesak kerajaan menarik balik pembatalan pinjaman ke atas sembilan pelajar.
 
Dalam perkembangan sama, Ahmad turut mengingatkan pelajar di bawah pembiayaan Yayasan Terengganu agar tidak sesekali terlibat dengan demostrasi Bersih 3.0 yang dijangka 28 April ini jika tidak mahu pinjaman ditarik balik.
 
“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka (pelajar) yang didapati terlibat kerana waktu ini bukan masa untuk berdemostrasi, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.

No comments:

Post a Comment