Penduduk mohon rumah pangsa
Penduduk di situ bakal kehilangan rumah apabila tanah kampung tradisional di kawasan tersebut yang dimiliki oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), dimajukan.
Menurut seorang wakil penduduk, Hazlan Haris Fadzilah, 49, dia difahamkan tanah di situ akan diambil alih oleh syarikat pemaju dalam tempoh dua tahun lagi dan berharap penduduk diberikan tempat tinggal baru sebelum diarah berpindah.
"Kami sangat berharap diberikan tempat tinggal baru kerana rata-rata penduduk di sini bukan orang senang kerana kebanyakannya berniaga kecil-kecilan seperti jual nasi lemak dan kuih di tepi jalan," ujarnya.
Dia berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar di Kampung Seberang Terus di sini hari ini.
Hazlan berkata, dia mewakili penduduk di situ merayu simpati kerajaan negeri agar dibenarkan menyewa rumah pangsa kos rendah di sekitar Alor Setar termasuk Flat Seri Gemilang, Mergong di sini.
"Ini kerana penduduk di kawasan ini tidak mampu membayar sewa rumah teres di sekitar Alor Setar sekitar RM250 hingga RM500 sebulan," katanya.
No comments:
Post a Comment