Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Tuesday, August 30, 2011
rebah motor tuntut rm8 ribu
Siasat tuntutan perubatan Mat Sabu
Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my
HUAN Cheng Guan (kiri) bersama beberapa ahli PCM menunjukkan surat laporan mendesak SPRM menyiasat kes tuntutan perubatan Mohamad Sabu, di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA
PULAU PINANG 29 Ogos - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tuntutan perubatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumlah RM8,434.05 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan berkata, tuntutan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak patut diluluskan PBAPP kerana kecederaan lututnya bukan berlaku ketika waktu bekerja sedangkan beliau sebenarnya menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.
Lantaran itu, beliau turut menyifatkan kelulusan tuntutan perubatan itu bukan sahaja satu tindakan kerajaan tempatan DAP yang menyalahgunakan kuasa malahan juga merupakan pembaziran sumber kewangan di negeri ini.
"Saya berpendapat perubatan Mat Sabu tidak sepatutnya dapat dituntut kerana kecederaannya berlaku semasa menyertai Bersih dan bukan waktu bekerja.
"Malah, saya percaya syarikat insurans juga tidak akan meluluskan tuntutan sebegini jika seseorang itu mengalami kecederaan kerana menyertai demonstrasi," katanya.
Cheng Guan bersama enam ahli PCM hari ini mewakili rakyat di negeri ini untuk membuat laporan di pejabat SPRM di sini.
Dalam pada itu, Cheng Guan juga mempertikaikan tindakan Mat Sabu yang sebenarnya layak memasuki wad kelas 1 di mana-mana hospital kerajaan untuk mendapat rawatan pada lututnya.
"Saya hairan apa sebabnya Mat Sabu mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ untuk rawatan lututnya dan bukan hospital kerajaan sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya mendapat rawatan lutut beliau di Hospital Kuala Lumpur sahaja.
"Ini sekadar menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan tempatan DAP sahaja," katanya.
Pada masa sama, Cheng Guan berkata, beliau juga akan meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) untuk menyiasat perkara berkenaan.
Tegasnya, perkara itu perlu disiasat dengan baik supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi PBAPP harus memberikan penjelasan mengenai tuntutan perubatan tersebut.
No comments:
Post a Comment