Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Tuesday, August 30, 2011
rebah motor tuntut rm8 ribu
Siasat tuntutan perubatan Mat Sabu
Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my
HUAN Cheng Guan (kiri) bersama beberapa ahli PCM menunjukkan surat laporan mendesak SPRM menyiasat kes tuntutan perubatan Mohamad Sabu, di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA
PULAU PINANG 29 Ogos - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tuntutan perubatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumlah RM8,434.05 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan berkata, tuntutan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak patut diluluskan PBAPP kerana kecederaan lututnya bukan berlaku ketika waktu bekerja sedangkan beliau sebenarnya menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.
Lantaran itu, beliau turut menyifatkan kelulusan tuntutan perubatan itu bukan sahaja satu tindakan kerajaan tempatan DAP yang menyalahgunakan kuasa malahan juga merupakan pembaziran sumber kewangan di negeri ini.
"Saya berpendapat perubatan Mat Sabu tidak sepatutnya dapat dituntut kerana kecederaannya berlaku semasa menyertai Bersih dan bukan waktu bekerja.
"Malah, saya percaya syarikat insurans juga tidak akan meluluskan tuntutan sebegini jika seseorang itu mengalami kecederaan kerana menyertai demonstrasi," katanya.
Cheng Guan bersama enam ahli PCM hari ini mewakili rakyat di negeri ini untuk membuat laporan di pejabat SPRM di sini.
Dalam pada itu, Cheng Guan juga mempertikaikan tindakan Mat Sabu yang sebenarnya layak memasuki wad kelas 1 di mana-mana hospital kerajaan untuk mendapat rawatan pada lututnya.
"Saya hairan apa sebabnya Mat Sabu mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ untuk rawatan lututnya dan bukan hospital kerajaan sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya mendapat rawatan lutut beliau di Hospital Kuala Lumpur sahaja.
"Ini sekadar menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan tempatan DAP sahaja," katanya.
Pada masa sama, Cheng Guan berkata, beliau juga akan meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) untuk menyiasat perkara berkenaan.
Tegasnya, perkara itu perlu disiasat dengan baik supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi PBAPP harus memberikan penjelasan mengenai tuntutan perubatan tersebut.
siasat mat sabu
Polis akan panggil Mat Sabu - Khalid
PETALING JAYA 29 Ogos - Polis sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, Mat Sabu akan disiasat di bawah Seksyen 505 B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.
Beliau berkata, polis akan memanggil Timbalan Presiden Pas itu untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.
"Kenyataan Mat Sabu itu dilihat menyakitkan hati anggota pasukan keselamatan selain mengguris perasaan keluarga 16 orang yang terkorban dalam tragedi itu," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi penugasan Ops Sikap Ke-24 di Kilometer 32, Merbau Sempak di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor hari ini.
Khalid dalam pada itu turut menempelak Mat Sabu sebagai orang yang kurang membaca buku sejarah.
Sehubungan itu, ujarnya secara sinis, Mat Sabu perlu membaca semula buku sejarah dan bertanya kepada orang yang arif mengenai sejarah itu, selain melawat sendiri Bukit Kepong.
"Saya rasa Mat Sabu perlu melawat sendiri Bukit Kepong, tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana keadaannya di sana, bertanya dengan orang-orang kampung yang masih segar dalam ingatan mereka tragedi tahun 1950 itu," katanya.
Khalid berkata, sehingga semalam, sebanyak 49 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara.

Monday, August 29, 2011
melayu diperbodohkan
1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.
2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.
3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.
4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.
5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.
6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.
7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.
8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British?.
9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.
10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an.
11. (UNTUK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS) — Kamu pun satu bodoh…di mana kamu berada ketika negara ini diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam di rantau ini.
12. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI.
13. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu.
14. Hairan dengan kaliannnn…kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa “AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT” dalam erti kata lain, agama itu melalaikan.
15. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.
16. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.
17. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.
18. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) — Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan “Open Mind” anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti.
19. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.
20. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu.
21. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala.
22. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara…ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok.
luahan komando malaya
bari blog mpp

sejarah
Bila menyentuh sejarah kemerdekaan negara, maka para 'sejarawan-sejarawan suku masak' dari PAS mula berkokok tentang betapa baruanya UMNO kerana menjadi anak didik British dan dengan UMNO, British memudahkan kemerdekaan negara ini. Pendek kata, kalau dibaca tulisan-tulisan mahupun mencapangkan telinga untuk mendengar ceramah-ceramah PAS, akan wujudlah satu persepsi bahawa PAS sebenarnya tidak menghargai langsung dengan kemerdekaan negara yang dicapai pada 1957 dahulu.
Bahkan apabila membicarakan tentang komunis pula, PAS kedengarannya lebih gemarkan Chin Peng sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama, dan negara ini bukan bergelar Malaysia sebaliknya sebagai Republik Rakyat Malaya, iaitu objektif utama yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya yang merupakan cabang daripada Parti Komunis Nanyang yang sangat berseteru dengan Koumintang, pimpinan Chiang Kai Shek!
Sesuatu yang menarik untuk renungan, Chiang Kai Shek merupakan 'Presiden' China yang pertama selepas berakhirnya era Maharaja di Tanah Besar China sebelum Mao Tze Tung muncul memimpin 'Tentera Rakyat' dan menghalau Kuomintang ke Taiwan, sekaligus menjadikan Taiwan sebagai benteng terakhir Chiang Kai Shek yang sehingga kini gagal 'ditawan' semula oleh China meskipun beranggapan Taiwan adalah sebahagian daripada China.
UMNO lahir pada 1946 daripada pertemuan 200 orang pemimpin Melayu daripada pelbagai pertubuhan, termasuklah Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi, Pak Sako dan sebagainya. Dan pada ketika itu, pada zaman di mana golongan feudal dan birokrat lebih menjadi perhatian dan dipercayai, sekalipun sebahagian daripada mereka sekadar sombong bodoh, maka kepercayaan diberikan kepada golongan tersebut sebagai pemimpin.
Sama jugalah sepertimana PAS melantik golongan yang hanya tahu mengajar kanak-kanak mengaji sebagai ulama besar seperti Nik Abdul Aziz. Rasa rendah diri orang Melayu terhadap golongan feudal pada waktu itu, samalah seperti orang PAS rendah diri terhadap golongan yang berlagak macam ulama besar zaman sekarang.
Cuma agak aneh apabila golongan yang mengaku mereka lebih faham agama daripada orang lain, tidak dapat membezakan antara penjajah, cuba menjajah dan agen penjajah selain tipu muslihat penjajah.
UMNO dikatakan barua kepada British sebab UMNO ditubuhkan pada zaman British baru kembali ke negara ini. Komunis dikatakan pejuang, sebab komunis khabarnya berjuang menentang British walaupun hakikatnya, komunis lebih banyak membunuh penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak berbanding membunuh British.
Dan yang paling menarik, PAS tidak pula dikatakan BARUA BRITISH walaupun penubuhan PAS direstui dan diluluskan oleh British. PAS tidak pula dikatakan sebagai salah satu jentera British untuk memastikan orang Melayu berpecah belah bagi membolehkan penguasaan kaum imigran di Tanah Melayu apabila British 'memaksa' Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memberi kerakyatan satu juta orang kepada imigran China dan India dalam masa 24 jam.
Sedangkan kalau diperhatikan, UMNO ditubuhkan oleh 200 orang wakil pertubuhan-pertubuhan Melayu sama ada dari golongan kiri, kanan mahupun feudal, sedangkan PAS pula ditubuhkan oleh beberapa kerat Melayu yang mengalami kegagalan, sama ada gagal menjawat jawatan dalam UMNO mahupun gagal diiktiraf dan dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu itu sendiri.
Justeru, apabila cerita Mat Sabu tentang keperwiraan Komunis digembar-gemburkan dan kemudian disokong pula oleh pencacai-pencacai yang gagal menerima hakikat sejarah negara, ia bukanlah sesuatu yang aneh. Mungkin kalau ditanya antara British, Belanda dan Portugis, siapakah pejuang dan siapakah penjajah, mereka akan menjawab, ketiga-tiganya adalah pejuang kerana Portugis 'membebaskan' Melaka daripada 'penjajahan' Sultan, Belanda 'membebaskan' Melaka daripada Portugis, dan British 'membebaskan' Melaka dari Belanda.
Sejarah yang diputarbelitkan... itu yang cuba dikatakan oleh para pencacai... sedangkan hakikatnya, para pejuang kiri Melayu tetap juga dianggap nasionalis yang menggunakan platform Komunis tetapi akhirnya dianggap komunis apabila mereka enggan meletak senjata setelah negara dimerdekakan daripada penjajahan fizikal British.
Benda yang sangat mudah, tetapi kaum PAS seperti biasa, akan cuba menyusahkan dan cuba mencari sudut yang paling gelap bagi tujuan memperlihatkan mereka lebih pandai daripada orang lain di negara ini...
Share
dari blog flyingkick

felda
Felda cermin kejayaan Malaysia
Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my
SAMBUTAN Hari Merdeka ke-54 dan Hari Raya Aidilfitri 1423H pada tahun ini amat bermakna kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana 112,635 penerokanya mendapat 'duit raya' berjumlah RM42.6 juta.
Sebagai mana bapa, ibu, pak cik dan mak cik mereka mengusahakan tanah yang diteroka lebih 50 tahun lalu, maka generasi kedua dan ketiga Felda membesar dan melihat bagaimana skim tanah rancangan itu membangun seiring dengan kemajuan negara.
Daripada belantara dan bukit-bukau di kawasan penempatan tanah rancangan Lurah Bilut, Pahang kini banyak kawasan lain dibuka hingga menjadi kawasan pembangunan yang diidam-idamkan. Warga dari segenap pelosok negara dikumpulkan untuk menjalani satu cara penghidupan yang bersistem dan menjadikan mereka masyarakat Felda yang berjiwa maju.
Penubuhan Felda lebih 50 tahun lalu memang tepat pada masanya memandangkan negara berada di ambang kemerdekaan. Rakyat yang merdeka dijanjikan kebebasan dan kemakmuran.
Sebelum merdeka, pembukaan tanah secara besar-besaran dipelopori ladang swasta yang kebanyakannya dimiliki warga asing atau syarikat dari England. Syarikat asing itu pula menguasai 70 peratus ladang berkenaan, diikuti 23 peratus milik peniaga Cina seperti Lee Rubber Estare Ltd dan tujuh peratus milik usahawan India.
Kini Felda adalah pemilik dan pengurus estet terbesar dunia dengan tanah seluas 880,000 hektar kebanyakannya di Malaysia.
Daripada skim pembangunan masyarakat, dari semasa ke semasa Felda mengorak langkah menceburi bidang perniagaan. Daripada satu perniagaan ke satu yang lain, memperlihatkan satu demi satu kejayaan dicapai.
Misi 50 tahun pertama penubuhan Felda sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup mereka lebih sempurna.
Selain daripada syarikat minyak nasional Petronas, Malaysia tidak ada nama syarikat multinasional yang begitu gah namanya di serata dunia. Sebab itu kita mengalu-alukan daya usaha Felda Global Ventures Holdings yang ditubuhkan pada 2007, sebagai sayap pelaburan Felda untuk berkembang ke luar negara.
Kumpulan Felda kini mempunyai 80 syarikat yang aktif. Sebagai sebuah entiti bebas dan tidak lagi bergantung pada bantuan atau dana daripada kerajaan, apa sahaja pendapatan dan keuntungan dijana oleh Kumpulan Felda, para peneroka juga akan menikmatinya secara bersama.
Ia boleh diterima dalam bentuk pembangunan komuniti, infrastruktur, tanggungjawab sosial korporat, biasiswa, pendidikan, tanaman semula, bantuan kewangan dan sebagainya. Perubahan-perubahan yang dilakukan Felda semenjak beberapa tahun lalu adalah bagi memenuhi keperluan komuniti Felda sendiri yang juga berubah mengikut peredaran semasa.
Misalnya pada 1996, Felda telah diperbadankan sebagai Felda Holdings dengan objektif merancakkan aktiviti komersial melalui beberapa anak syarikat yang terlibat dalam pelbagai perniagaan.
Ketika peneroka sibuk mengusahakan tanah-tanah mereka, Felda Holdings dan Felda Global pula memperluaskan operasinya yang majoritinya berkaitan dengan kepakarannya dalam urusan peladangan.
Tidak ketinggalan dalam membantu meningkatkan pendapatan peneroka dalam pemberian dividen yang tinggi setiap tahun ialah Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pada tahun lalu sahaja KPF dilaporkan membayar dividen 15 peratus dan purata tahunan 14 peratus sejak 10 tahun lalu kepada ahlinya yang terdiri daripada peneroka dan kakitangan Felda. Bayaran dividen ini lebih tinggi daripada yang diberi oleh saham-saham amanah Permodalan Nasional Berhad.
Kejayaan ini menjadi jasa perjuangan kerajaan selama ini kepada keluarga peneroka Felda di seluruh negara, menyebabkan ada pihak tidak senang hati. Berikutan itu, sengaja ditimbulkan cerita kononnya Felda bankrap dan cuba menyerang agensi ini kerana melihat kawasan tanah rancangan menjadi kubu kuat kerajaan Barisan Nasional (BN).
Felda sebenarnya tidak lagi menerima geran dan bantuan kewangan daripada kerajaan sejak 1996 selepas menyelesaikan hutang Bank Dunia dan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM400 juta setahun. Jadi ia menunjukkan Felda mampu mengurus kewangannya dan cerita Felda bangkrap adalah karut.
Baru-baru ini Felda Global menyenaraikan syarikat gulanya MSM di Bursa Malaysia - yang pertama sebuah syarikat Felda disenaraikan - berjaya memberi keuntungan hampir RM300 juta kepada Koperasi Permodalan Felda yang memiliki pegangan saham 20 peratus dalam MSM.
Berikutan kejayaan itu, timbul spekulasi penyenaraian Kumpulan Felda di Bursa malaysia sebagaimana dicetuskan daripada idea Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2003 dahulu. Para peneroka kini mahu melihat kaedah meningkatkan pendapatan mereka melalui cara yang berbeza. Kalau dahulu dengan tangan dan cangkul, tetapi dengan terbukti penyenaraian MSM, mereka juga mengharapkan mendapat laba jika Kumpulan Felda turut disenaraikan.
Di alaf fasa kedua 50 tahun pertumbuhan Felda, punca pendapatan peneroka bukan hanya akan datang daripada hasil tanah yang diusahakan tetapi akan juga melalui pelaburan di dalam KPF.
Salah satu kelebihan apabila Felda disenaraikan - modal yang diperolehi boleh dimanfaatkan untuk dana penyelidikan dan pembangunan (R&D), meningkatkan produk dan tekonologi untuk memudahkan kerja-kerja peneroka.
KPF dimiliki oleh peneroka dan kakitangan Felda. Hanya mereka sahaja layak melabur dalam KPF. Jadi jika Felda disenaraikan, keuntungan akan disalurkan semula kepada KPF. Jika purata dividen KPF ialah 15 peratus, bayangkan berapa jumlah diperolehinya jika Kumpulan Felda disenaraikan?
Jangan kita lupa, Felda adalah cermin kejayaan konglomerat Malaysia yang mempunyai kekuatan dan nama yang gah. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-54.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

musa hasan marah
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.
Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.
Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.
“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.
“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.
Sunday, August 28, 2011
mat sabu sokong komunis
Mat Sabu pendokong komunis
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
KUCHING 27 Ogos – Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.
Beliau yang menitiskan air mata apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis Timbalan Presiden Pas itu berkata, Mohamad Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Rabu ini.
“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya.
“Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah,” katanya dalam nada terketar-ketar menahan marah kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Kanang, 67, ialah satu-satunya penerima dua pingat keperwiraan yang masih hidup iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Dua pingat berkenaan dianugerahkan berikutan pengorbanannya menentang pengganas komunis di Perak sekitar 1980 sehingga hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.
Mengulas lanjut, Kanang mengingatkan rakyat yang cintakan keamanan dan tanah air supaya tidak memberikan sokongan kepada Mohamad Sabu serta parti yang diwakili atau mana-mana parti yang bersekutu dengannya.
Katanya, gerak cara politik yang ditunjukkan Mohamad Sabu memalukan dan merupakan satu tragedi kepada rakyat Malaysia apabila sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi walaupun maruah dipijak-pijak.
“Saya terima kewujudan pembangkang dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah.
“Pastinya orang ini tidak pernah merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka,” tegasnya.

Friday, August 26, 2011
ali setan
Azmil Mustafa jahil ilmu tetapi berlagak pandai
Lebih sejam mendengar celoteh Azmil Mustafa atau lebih dikenali sebagai Ali Setan, jelas menunjukkan beliau buta sejarah dan kurang ilmu dunia dan juga ilmu agama.
Ali Setan masih ada ruang untuk membetulkan dirinya. Jika beliau sanggup berhijrah sehingga ke Syria untuk menuntut ilmu agama, rasa tidak menjadi masalah untuk beliau belajar sejarah daripada Prof Dr Ramlah Adam, Prof Emeritus Khoo Kay Kim dan lain-lain yang mempunyai phD.
Seandainya beliau ditarbiahkan oleh pakar-pakar sejarah, Ali Setan kemungkinan besar akan tarik hand brake dan mengakui kesilapan dan kedangkalan beliau dalam mengulas isu perlembagaan persekutuan yang dibuat oleh suruhan jaya Reid.
Ali Setan tak tahu bahawa sebahagian daripada isu kandungan perlembagaan tersebut adalah hasil pemikiran ulama-ulama yang ada di bumi Malaya.
Draf perlembagaan tersebut terpaksa diserahkan kepada kerajaan Bristish dan banyak pindaan dan ubahsuai dibuat untuk diterima pakai oleh negara sebelum British bersetuju untuk memerdekakan kita.
Lord Reid sebagai pengerusi suruhanjaya pun dibantu oleh 4 pakar dan dua pakar perundangan dari India dan Pakistan, mereka ialah Hakim B Malik merupakan seorang bekas Ketua Hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad, India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.
Suruhanjaya ini hanyalah menulis semula perlembagaan agar bersesuaian dengan istilah-istilah atau term dalam perundangan dalam bahasa Inggeris.
Ali Setan juga patut tahu bahawa British sendiri tidak mempunyai perlembagaan bertulis,perlembagaan mereka dipratikan secara lisan dan Istana adalah sumber rujukan tertinggi.
Dalam bab persekolahan pula , Ali Setan lagi menyimpang jauh ke laut. Mungkin Ali Setan tak pernah dengar atau tak pernah tahu Laporan Barnes1950 , Laporan Fenn Wuu 1951, Laporan Razak 1956, Rahman Talib 1960, dan akta pelajaran/pendidikan negara.
Paling malang ialah apabila Ali Setan tidak tahu Dasar Ekonomi Baru yang sangat berjaya membasmi kemiskinan orang Melayu. Ali Setan patut pergi ke bertemu dengan tokoh-tokoh negara yang telah membangunkan RIDA dan MARA. Paling senang sila rujuk kepada Tunku Ahmad Rithauddin tanya dia tentang dasar-dasar DEB atau lain-lain veteran dan tokoh negarawan yang masih hidup.
Ali Setan memuji sistem pendidikan di Syria yang lebih fokus kepada Ilmu agama atau ilmu Allah. Ali Setan lupa bahawa belajar ilmu perubatan, ilmu fizik , ilmu Hisab yang ada di universiti-universiti di Barat semuanya adalah berasal dari negara Islam.
Ali Setan patut juga mengkaji sejarah ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al Razi dan Al- Zahrawi Pakar Bedah
Ali Setan harus ingat bahawa sakit jantungnya dirawat oleh siapa?
Paling lucu apabila beliau menyebut manusia hari ini lebih mengagungkan Sultan Mizan daripada mengagongkan Allah. Ini salah sangat-sangat. Ali Setan kena belajar bab yang ada kaitan dengan pemimpin negara atau ulil amri. Ali Setan patut fahami firman Allah di bawah ini.
"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan ulil amri antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan rasul jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; itu yang lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik." (4:59)
Cukup lah takat tu.....sapa nak komen sila kan,,,,,tq
Posted by TAIPINGMALI (TM) at 8/26/2011 02:45:00 AM
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz
9 comments:
Tanpa Nama berkata...
tula dia xpaham perlembagaan ckp mcm orang mabu je.sejarah xbelajo.dia ingat lord reid je ke yg gubal perlembagaan.lord reid hanya lead the commision.ade dua ahli yg islam.sorang dr india dan pakistan.hakim dr pakistan ni la yg berkeras supaya peruntukan mengenai islam dimasukkan.psl deb ni jgn jadi bangang.dia pegi belajo kat us dulu kalau x kerana dasar deb jgn harap dia nk jejak kai ke us.haram jadah ostad celup ni
26 Ogos 2011 3:21 AM
Singh Is Kinng berkata...
Salam Tuan ...
Jauh sekali apa yg dibuat oleh Azmil itu dikategorikan sebagai majlis ilmu ... hanya mencaci dan mencela ... mempamerkan bahawa diri sendiri hidup dgn penuh kebencian ... apa yg ambo bolhe kata ... KESIAN!!!
Cuba dengar sekali lagi ... Azmil ada mengeluarkan perkataan yg membawa maksud "Allah pun fed up" ... adakah memberi sifat putus asa kpd Allah boleh menggugurkan syahadah ... ambo hanya mintak kepastian ...
26 Ogos 2011 3:22 AM
JOURNEYMAN berkata...
Salam NUR Ramadhan,
Blog ini antara blogger hebat yg diperakui tlh mencetuskan persaingan sengit di dalam dunia media maya politik tanah air.
Mohon JASA baik Tuan untuk link blog saya..
JOURNEYMAN
The author of kl pos portal
http://journeyisman.blogspot.com/
26 Ogos 2011 3:47 AM
izad70 berkata...
kupasan berilmiah sebegini sepatutnya diamalkan oleh blogger2 lain dalam entri mereka agar kita semua mendapat manfaat darinya.
26 Ogos 2011 4:57 AM
Tanpa Nama berkata...
Taiping Mali.....saya belajar sesuatu dari tulisan diaatss. Trima Kasih.
Pemikiran seperti Azmil majoriti dgn org2 melayu. Kenapa org seperti Azmil bermaharajalela? Kerana tahap yg menerima Azmil sama pemikiran dgnnya.
26 Ogos 2011 5:19 AM
Tanpa Nama berkata...
Nasihat pada Azmil...
Hormatilah ilmuan yg khususnya yg berauthoriti yg dilantik Raja raja Melayu...
Buatlah rujukan pada mereka yg lebih arif dan matang dalam dakwah.....
Orang ramai perlu faham... penceramah perlu jemputan... lagi banyak jemputan lagi banyaklah habuannya.
Nak dapat jemputan perlu popular dan subjeck subject yg membangkitkan rangsangan walaupun tidak tepat penyampaiannya.
Untuk popular penceramah akan buat gimik dan hentakan dgn isu isu atau perkara yang panas ..iaitu memperlekehkan ilmuan yg sedia ada dgn cara halus..ia ittu seolah olah dialah seorang memperjuangkan sesuatu sedangkan yg lain lena,,,
Jadi apa yg berlaku ini adalah ulangan dari penceramah dahulu dan pendatang baru...dalam meletakan diri dalam komoditi pentas ceramah...
Orang ramai perlu tahu dad diantara mereka tak layak memegang jawatan kerani atau pegawai dlm JPA sebab SPM yg buruk...jadi banyak asas fikrah mereka kurang daya...maka terjadilah pandangan dangkal...kurang hurmat ahlib Agama yg cemerlang(inferior complex sebab fikrah yg lemah dan tak berdisiplin Ilmu)
Mereka (Pencerita ini) amat faham akan hal ini...tapi diminda mereka nak cari makan cara mudah...dan Orang melayu memang senang dijual sebab kurang sikap membaca...
Sedarlah tuan tuan... rujukan kita adalah Mufti...ini dalam syara .
Awasi gulongan yg menjadi pencerita panas..cepat cepat tinggalkan majlis bagi mengelakkan subahat dalam perkara cacat sifatnya....rujuklah pada Mufti yg mantap ilmunya...
Hperancis
26 Ogos 2011 5:40 AM
Tanpa Nama berkata...
Pelakon tetap pelakon..
26 Ogos 2011 6:27 AM
Tanpa Nama berkata...
at least dia hijrah untuk ke arah jalan allah .... ingat ke bekalan untuk akhirat... kita nie...masih lalai dgn dunia...... muhasabah laaa semua.
26 Ogos 2011 6:33 AM
TAIPINGMALI (TM) berkata...
tahap azmil ni ilmu cukup untukk dirinya sudah lah. tak payah nak menjadi pendakwah kalau ilmu tak cukup. kita manusia biasa perlu banyak belajar. kita bukan nabi yang mendapat wahyu Allah.
26 Ogos 2011 6:45 AM
dari blog taiping mali

Wednesday, August 24, 2011
nuar dan pas plastik
Anwar The Renaissance Man, Pas plastik dan P. Pinang milik UMNO!
Oleh Zaini Hassan
SATU jam 45 minit Brother Anwar Ibrahim berucap dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin. Seperti biasa, itulah Anwar Ibrahim. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan Menteri Kewangan dan sebelum itu Menteri Pelajaran, ucapannya cukup berbunga-bunga dan berfalsafah.
Dia memang pandai bermain dengan ayat sejak dulu lagi. Kadang-kadang semasa mengikuti beliau membuat liputan dalam dan luar negeri dulu, kami sudah cukup ‘masak’ dengan cara ucapannya ditulis.
Difahamkan ramai penulis ucapannya, pada masa itu. Tapi yang pasti, beliau mahu ucapannya itu ditulis dalam bahasa yang tinggi, berjargon, berfalsafah – yang kadang kala para wartawan yang mahu menulis beritanya, pening lalat.
Semasa membela diri (yang tidak boleh disoal balas), Anwar membacakan keterangannya. Pernyataan itu bertaip setebal 32 muka surat dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.
Anwar menyelit kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah?
Itulah Anwar yang kita kenali. Jika dia menggunakan bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan cukup tinggi, berbeza dengan bosnya masa itu, Dr. Mahathir yang hanya menggunakan bahasa paling sempoi, baik Melayu atau Inggeris.
Anwar mahu orang mengenalinya sebagai the renaissance man, atau manusia madani atau pembaharuan di zaman milenium ini. Buku yang ditulisnya juga ada kaitan dengan renaissance bertajuk The Asian Renaissance.
Renaissance man di zaman pertengahan dulu ialah Michelangelo. Antara ukiran patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambil berbogel bulat. Patung David ada di hadapan Galeri Accademia, Florence, Itali.
Leonardo da Vinci juga dikenali sebagai the Rennaissance man. Leonardo juga ada melukis gambar tersohor Vitruvian Man, seorang lelaki berbogel bulat dalam keadaan mendepa tangan dan kaki.
Mengapa Michelangelo dan Leonardo suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan? Untuk keterangan lanjut baca biografi kedua-dua tokoh zaman pertengahan itu dan untuk gambar patung David dan lakaran Vitruvian Man lihat: http://en.wikipedia.org/wiki/Renaissance.
Kelmarin, di hari pertama Anwar dipanggil membela diri – dia membela diri dalam kandang tertuduh – yang tidak memerlukan dia mengangkat sumpah. Satu persatu dia mula menghentam. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, hakim yang gagal dinyahkannya, adalah orang yang paling teruk kena hentam.
Seperti biasa juga dia menganggap perbicaraannya penuh dengan konspirasi politik. Perlu diingat ini adalah pertuduhan keduanya membabitkan kes liwat. Sekali mungkin benar, tapi ini sudah dua kali.
Hakim kelihatan menggeleng kepala beberapa kali mendengar asakan Anwar. Sedangkan sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu, hakim yang mendengar perbicaraannya telah membenarkan penangguhan sebanyak kira-kira lebih 55 kali.
Rakyat sendiri berang kerana kes itu terlalu kerap ditangguhkan. Perlu diingat perbicaraan itu dijalankan dengan wang rakyat. Jika di United Kingdom setiap saat waktu perbicaraan akan dikira sebagai kos membabitkan wang rakyat. Lagi pun dalam undang-undang ada istilah berbunyi justice delayed is justice denied atau keadilan yang dilewat-lewatkan ialah seperti menafikan keadilan itu. Rakyat mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin.
Yang kita tahu, hakim begitu toleran (bertimbang rasa) dalam kes ini dan mengikut kehendak political games Anwar dan Karpal Singh.
Diandaikan kes ini membabitkan orang biasa macam kita, macam mana agaknya? Mungkin hukuman akan dijatuhkan dengan begitu cepat sekali.
Alahai...
Perjuangan plastik Pas
SAYA cukup hairan Pas tidak respons langsung dengan isu cubaan memurtadkan kanak-kanak Melayu Islam di Jalan Klang Lama yang didedahkan minggu lalu.
GAMIS, atau Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, yang dikaitkan dengan Pas juga senyap menyepi dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini.
Biasanya merekalah yang lantang.
Masing-masing tidak berani ke hadapan bagi memperjuangkan isu akidah umat Islam ini. Isu Gereja Methodist Damansara Utara (DUMC) juga disenyapsepikan oleh mereka.
Isu konsert di I-City Selangor pun tiada siapa pun yang tergerak hati untuk membuat demonstrasi (yang lazimnya dipekikkan sebelum ini).
Baju kuning Bersih kan masih ada lagi dalam almari, pakai baju itu dan berdemolah di situ.
Banyak perkara yang tidak betul dalam Selangor sekarang terus didiamkan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Jika semasa kerajaan dulu, pandai pula mereka bising itu dan ini, tapi kini mereka terus berdiam diri – walaupun ia membabitkan soal agama kepercayaan mereka sendiri.
Tapi yang peliknya, dalam ceramah-ceramah, mereka masih lagi terus-menerus menghentam itu dan ini, walaupun orang yang dihentam itu tidak lagi berkuasa di negeri yang mereka perintah itu.
Alahai, sedihnya bangsaku ini. Perjuangan mereka selama ini hanya bersifat plastik.
Ketua Menteri Pulau Pinang untuk UMNO?
SEBAGAI orang media (arus perdana), saya pun kurang arif kenapa dan mengapa Koh Tsu Koon selaku Presiden Gerakan dan Pengerusi BN Pulau Pinang kena gasak sakan.
Kiri kanan dia kena hentam. TV (arus perdana) pun menyiarkan cerita dia dihentam. Masa dia bagi penjelasan pun, dia kena hentam.
Apa cerita ni?
Sepatutnya BN Pulau Pinang jangan buat kecoh. Tumpuan ialah mengambil balik negeri itu. Yang kecoh sekarang ialah Lim Guan Eng. Mengapa beliau disenyapkan sahaja?
Sepatutnya perbincangan sekarang ialah untuk memberi balik pusingan Ketua Menteri kepada UMNO yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang.
Jika semua pihak setuju UMNO akan menjadi Ketua Menteri selepas pilihan raya umum kelak ini, saya yakin Pulau Pinang akan berjaya diambil semula.
Untuk rekod, kedudukan kerusi dalam DUN Pulau Pinang sekarang ialah: UMNO 11 kerusi, Gerakan (0), MCA (0), MIC (0). DAP (19), PKR (19) dan Pas (1).
Jika semua pihak setuju maka, undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada UMNO dan UMNO pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak.
Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku.
Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya.

alahai zuraidah
KDN mulakan proses saman Zuraidah
PUTRAJAYA 23 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan proses saman fitnah dalam masa terdekat ini terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang menuduh Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.
Timbalan Menterinya, Datuk Lee Chee Leong berkata, tindakan itu diambil kerana tuduhan yang ditujukan kepada kerajaan itu tidak berasas dan sangat berat implikasinya.
Katanya, kerajaan sudah memberi masa kepada Zuraida untuk membuat laporan polis dan seterusnya menyerahkan bukti terhadap dakwaan itu namun sehingga sekarang beliau masih gagal bertindak demikian.
“Pagi ini Jabatan Imigresen Selangor membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11, Shah Alam bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Zuraida.
“Selepas ini, kita akan pergi ke tindakan kedua dengan menyaman beliau dan ia akan dibuat secara serentak (laporan polis dan saman),” katanya kepada pemberita berhubung keputusan KDN mengenai tindakan terhadap Zuraida di pejabatnya di sini, hari ini.

kes nuar
Anwar dendang lagu lama
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendendangkan lagu lama apabila mendakwa kes liwat yang sedang dihadapinya kini adalah konspirasi politik pucuk pimpinan negara, dakwaan yang dibuatnya pada 1998.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Ketua Pembangkang itu bukan mahu mencari kebenaran berhubung kes liwatnya tetapi menggunakan proses mahkamah sebagai medan kempen politik.
"Dengan memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia menunjukkan sikap pengecut apabila mengelak disoal balas.
"Dia pasti akan terus mencari helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya supaya kempen politiknya berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Anwar semalam memilih untuk memberi keterangan bela diri berhubung kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dari kandang tertuduh.

mb pr putar
Sultan terkejut, tak pernah beri perkenan
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 23 Ogos _ Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah menitahkan atau memperkenankan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menubuhkan majlis penasihat syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda menyatakan rasa amat terkejut dengan kenyataan Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh media hari ini bahawa baginda telah memperkenankan penubuhan majlis penasihat tersebut sedangkan perkara itu adalah tidak benar.
''Apa yang berlaku ialah Menteri Besar Selangor telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor mengenai hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan DUMC bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu pemeriksaan oleh JAIS di gereja tersebut pada hari Rabu, 3 Ogos lalu. Beliau bercadang untuk membawa bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor (Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Abdul Khalid dalam kenyataannya menyebut, Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap JAIS terhadap DUMC di Petaling Jaya pada awal bulan ini.
Berdasarkan kenyataan itu, Abdul Khalid menyatakan majlis penasihat syura itu akan dianggotai Mufti Selangor dan Timbalannya, Datuk Abd. Majid Omar yang berperanan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor selain mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.
Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Menteri Besar memanggil pihak gereja bersama dengan Mufti Selangor, tetapi baginda menasihatkan supaya timbalan mufti dijemput sekali untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.
''Oleh yang demikian, isu tentang Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan Negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar.
''Pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan majlis penasihat syura atau pun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor," tegasnya.

Anwar didakwa hina mahkamah, jatuhkan reputasi institusi kehakiman
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.
Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.
"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.
"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.
Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.
Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.
"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.
"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

Monday, August 22, 2011
tokong di kelantan
Tokong diDAHULUKAN.., Masjid diKETEPIKAN...
Di Kelantan, terdapat lebih kurang 1.5 juta orang penduduk.. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%..
Jumlah penduduk Siam di Kelantan pula seramai 13,000 orang yang mendiami 30 kampung. Apa yang gua tahu.., penduduk Siam tinggal di kampung-kampung di daerah Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.
Tapi satu perkara menarik yang patut korang tau ialah.., di Kelantan terdapat patung Buddha tidur yang kedua terbesar di dunia.. Selain tu ada jugak patung Buddha duduk yang kedua terbesar di Asia Selatan.
Semua tu dibina dibawah pentadbiran Pok Nik... Hebat tak Kerajaan PAS Kelantan..?
Yang jadi peliknya.., tak ada satu pun Masjid yang dibina oleh kerajaan PAS sejak dorang memerintah selama 20 tahun lebih di negeri tu.. Huhuhuhu.. Kerajaan PAS ni kerajaan siam atau Isle?
Satu-satunya masjid yang dibina kerajaan PAS yang gua tau ialah di Rantau Panjang.. Yang bestnya.., Masjid tu masih lagi terbengkalai sejak tiga tahun lepas biarpun duit peruntukan RM 1 juta dah diluluskan... Ajaib tak?
Jadi..., korang mesti heran.., kenapa Nik Aziz yang mendabik dada kononnya pejuang Islam tapi tak nak buat Masjid... Gua ada jawapan untuk kehairanan korang..
Pada tahun 2008.., Nik Aziz sendiri mengaku bahawa PAS tidak membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya di Kelantan.
Dia kata.., kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak atau membinanya terlebih dahulu.
"Kalau beri, kita tak beri semua (peruntukan), kita beri yang padan (mampu) dengan kita saja. Demo (rakyat) buat dulu masjid, beli tanah dulu baru kita beri (peruntukan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Kampung Telosan di Pasir Putih.
So.., gua harap kepada sesapa yang ada kengkawan dikalangan penganut PAS tu.., ceritakanlah kat dorang bahawa masjid yang dorang beribadat di Kelantan sekarang ni adalah hasil usaha UMNO/BN..
Tempat sujud dan Mimbar tempat dorang hentam kerajaan selama ni di masjid Kelantan tu pun adalah hasil jerit perih UMNO/BN...
Kalau nak rasa hasil usaha PAS.., bolehlah "sujud" di Tokong Siam Slepping Buddha atau Sitting Budha yee.. Itu je lah yang PAS boleh berbangga punn....
at 6:30 PM
dari blog mpponline
Saturday, August 20, 2011
graduan melayu miskin
Graduan Melayu, bumiputera terima gaji permulaan terkecil
SHAH ALAM 19 Ogos - Para graduan Melayu dan bumiputera merupakan golongan terbesar yang menerima gaji permulaan terkecil sebaik sahaja memasuki pasaran kerja iaitu antara RM501 sehingga RM2,000 ke atas berbanding kumpulan etnik lain.
Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mat Noor Nawi berkata, berdasarkan statistik 2009, sebanyak 24 peratus daripada golongan itu menerima gaji antara RM501 hingga RM1,000; RM1,001-RM1,500 (29 peratus); RM1,501-RM2,000 (24 peratus) dan hanya 19 peratus menerima gaji RM2,000 ke atas.
Katanya, ia berbeza dengan 70 peratus graduan berketurunan Cina yang mendapat gaji permulaan antara RM1,501 hingga RM2,00 ke atas; RM1,001-RM1,500 (21 peratus) dan lapan peratus daripada mereka menerima antara RM501 hingga RM1,000.
Bagi graduan berketurunan India pula katanya, sebanyak 14 peratus menerima gaji permulaan antara RM501 hingga RM1,000; RM1,001 hingga RM1,500 (29 peratus); RM1,501-RM2,000 (28 peratus) dan sebanyak 27 peratus daripada mereka menerima gaji melebihi RM2,000.
"Sementara penyertaan bumiputera sebagai (ahli) lembaga pengarah di syarikat-syarikat besar adalah tinggi tetapi bukan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
"Satu-satunya Ketua Pegawai Eksekutif bumiputera selain daripada di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di Shell," katanya semasa membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Dalam pembentangan itu, Mat Noor memetik pelbagai kajian dan laporan bebas antaranya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agensi Bloomberg, Bursa Malaysia dan penyiasatan pendapatan isi rumah 2009.
Bagi kategori pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut aktiviti dan kumpulan etnik pula katanya, masyarakat Melayu dan bumiputera yang bekerja sebagai majikan hanya memperoleh RM7,078 berbanding RM7,271 (India) dan RM8,559 yang diperolehi para majikan berketurunan Cina.
Menurutnya, untuk kategori pekerja sektor awam pula, kumpulan bumiputera memperoleh pendapatan bulanan purata sebanyak RM4,925; RM5,109 (India) dan RM6,288 bagi masyarakat Cina.
"Bagi yang bekerja sendiri, masyarakat bumiputera memperoleh RM2,487 diikuti India menerima RM3,717 dan Cina sebanyak RM4,561," jelasnya.

alahai um
Apa mahu dikejar Naib Canselor Universiti Malaya?
Oleh Azman Anuar
APABILA Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) tamat pada 7 November 2008, ramai sudah menjangkakan sebabnya.
Rafiah yang dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006 tidak begitu disenangi oleh sesetengah warga akademik universiti itu.
Lalu jawatan Rafiah diberikan kepada bekas Presiden Universiti Multimedia (MMU), Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon.
Rupa-rupanya, rasa tak puas hati kepada Rafiah turut melanda Ghauth. Sesetengah pelajar dan sekumpulan ahli Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) menyatakan rungutan mereka yang tidak senang hati dengan beberapa polisi baru yang diperkenalkan oleh Naib Canselor itu.
Gaya, kaedah, dan tindakan kepimpinan Ghauth tidak disenangi. Kalau kita baca kenyataan akhbar ahli dan Presiden PKAUM mengenai pengurusan Ghauth - jika benar-benar berlaku, ia amat menyedihkan kepada masa depan agama, bangsa dan negara.
Peletakan jawatan 122 orang yang bergelar profesor, profesor madya dan pensyarah serta ahli akademik dalam tempoh dua tahun sahaja (2009-2010) mengundang persoalan. Kenapa golongan pakar-pakar bidang dan profesor kanan melepaskan jawatan dari universiti yang berprestij ini? Kenapa bilangan seramai itu sanggup meninggalkan jawatan dan gaji yang tinggi?
Kita tidak boleh tolak hakikat bahawa mereka pergi meninggalkan UM bersama maruah. Mereka tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang lupa kepada dasar-dasar kerajaan.
Perkara yang menghairankan, apabila bilangan yang mahu meletakkan jawatan bertambah ramai, kenapa Ghauth tidak memujuk mereka? Kenapa beliau membiarkan mereka pergi hingga menyebabkan kini UM menghadapi krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar.
Dapatkah tenaga akademik yang diimport dari Negara Dunia Ketiga mengisi kekosongan mereka dalam erti yang sebenar-benarnya?
Saya bertambah hairan apabila yang pergi seramai 122 orang itu diganti oleh 480 orang pensyarah baru. Lebih mengejutkan mengapa diambil 80 peratus daripada jumlah itu pensyarah daripada negara asing seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India, Jordan, dan lain-lain.
Adakah tujuannya untuk menarik pelajar asing dari negara-negara berkenaan? Mengapa tidak menjemput sahaja pensyarah daripada negara maju supaya mudah taraf UM boleh melonjak ke tangga teratas dalam kedudukan universiti di dunia.
Sekarang apa yang berlaku dalam UM ialah kualiti pengajaran ilmu dalam bahasa Melayu pada peringkat ijazah hingga sarjana dan Ph.D mulai terjejas. Semangat tenaga pengajar UM bagaikan disentap apabila prosedur kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan, profesor madya, dan profesor diperketatkan. Syarat calon menerbitkan dalam jurnal ISI (berbahasa Inggeris antarabangsa) diutamakan dan penerbitan dalam bahasa Melayu kurang diberi perhatian.
Ini bermakna UM lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa kebangsaan sendiri.
Barangkali pengurusan Ghauth mahu mengejar penarafan gabungan antara Times Higher Education Supplement (THES) dan syarikat Quacquarelli Symonds (QS), atau lebih dikenali sebagai THES-QS. Mungkin laporan 8 Oktober 2009 mengenai tembelang yang mempamerkan muslihat penarafan THES-QS terbongkar setelah pihak THES dan QS tidak lagi bergabung --tidak dibaca pihak UM.
Jadi apa yang hendak dicari dengan penarafan universiti di dunia jika ia lebih tentang ‘angka’ daripada ‘isi.’ Apa yang nyata ialah kedudukan UM lebih parah jatuh ke tangga 207 (2010) daripada tangga 180 (2009) sedangkan ia telah melibatkan kos yang tinggi daripada segi kewangan dan moral.
Seorang rakan yang juga bekas Naib Presiden PKAUM 2005-2006, Prof. Rahim Abdul Rashid memberitahu, beliau sedih melihat UM di bawah teraju dua Naib Canselor bagaikan tiada wawasan kebangsaan dan tidak ada kualiti kepimpinan.
Trend yang berlaku sekarang wujud naib canselor bersikap mahu semua mengikut arahan mereka sahaja. Hal ini berbeza dengan universiti di United Kingdom dan negara maju lain yang bersikap lebih demokratik.
Kepimpinan universiti di negara ini perlu diubah berasaskan kriteria yang sesuai dengan aspirasi nasional dan antarabangsa supaya Malaysia boleh maju.
Naib canselor yang didapati gagal memenuhi aspirasi nasional harus diketepikan dan diganti.
Janganlah pihak universiti di negara ini terlalu terikut-ikut dengan rentak yang tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya merosakkan sistem yang telah kita bina selama ini.
Ingatlah UM bukan milik individu. Ia adalah milik rakyat Malaysia.

Friday, August 19, 2011
psywar pembangkang
Bila ekor bergelumang tahi...
Oleh ZULKIFLI JALIL dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
Tengku Adnan Tengku Mansor
PORTAL umno-online dikatakan kian popular dengan hit terkini melebihi tiga juta pengunjung. Rating ini mungkin disebabkan berita yang dibawanya seimbang dan tidak memihak kepada sebelah pihak. Portal itu menceritakan semua isu semasa selain mengetengahkan program dan aktiviti UMNO dan kerajaan.
Dan baru-baru ini ketika seorang pemimpin popular Pas meninggal dunia, ucapan takziah turut dimuatkan dalam umno-online.
Tetapi nada sebaliknya di sebelah sana. Saban hari kerja Harakah, Rocket dan Suara Keadilan disertai portal-portal pro pembangkangnya 'membelasah' dan 'membantai' kerajaan. Tidak ada satu pun yang elok dan 'kena' pada mata mereka. Gejala itu berleluasa di kala ada antaranya tidak berlesen pun untuk menjual akhbar-akhbar terbitan mereka. Bayangkan kalau sudah ada permit, lagilah 'mengamuk sakan' mereka.
Sentimen terhadap negatifnya parti-parti pembangkang ke atas apa sahaja dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat amat dirasai Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Barangkali kerajaan kita sekarang ini baik dan tidak ambil tindakan terhadap mereka. Tetapi mereka ini sudah naik tocang, cuma jangan nanti jadi ayam jantan tetapi ekor bergelumang tahi.
Tengku Adnan ada ketikanya 'kaget' dengan psywar (perang saraf) yang dicetuskan pihak pembangkang. Selaku Ahli Parlimen Putrajaya, beliau sendiri tidak terkecuali menerima 'tempiasnya'. Ketika beliau sibuk melakukan amal jariah pada bulan Ramadan ini dengan mengagih-agihkan nasi bungkus berlaukkan gulai daging kawah dengan berulamkan sayur, sambal belacan dan buah tamar kepada 450 pintu rumah dalam sehari di Pusat Pentadbiran Persekutuan, masih tetap ada manusia yang tidak senang dengan ketelusannya.
"Sekarang pun ada yang condemn tulis di fb (facebook) yang kononnya tindakan saya ini menutup rezeki pengusaha foodcourt (medan selera) di Presint 8. Tapi bila ada program semacam ini, ia sebenarnya menghidupkan semula foodcourt ini.
"Kerana ini merupakan foodcourt pertama di Putrajaya, dengan program (amal jariah) ini, pengunjung akan datang ke sini semula dan membawa bersama rakan-rakan mereka yang lain," kata beliau merujuk kepada situasi 'gajah putih' yang sedang melanda medan selera Presint 8. Di tingkat satunya sudah kosong sementara bahagian bawahnya pula cuma kelihatan kelibat tujuh peniaga.
Itu skop psywar yang dicetuskan pembangkang di Putrajaya. Tetapi Tengku Adnan mahu mengajak rakyat melihat skop yang lebih luas.
Dalam pemeriksaan atau dikatakan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), beliau sendiri tidak faham mengapa Pas menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik serbuan JAIS.
"Kita hendak tahu atas dasar apa mereka tuduh UMNO. Setiausaha Agung Pas (Mustafa Ali) menuduh perkara itu didalangi oleh UMNO kerana mahu menjatuhkan imej Pas dan hendak melagakan Pas di Selangor, apa dia ingat UMNO ini tidak ada kerja lainkah.
"Salah satu sebab tertubuhnya UMNO adalah kerana mahu mempertahankan Islam, kita tidak mahu pandangan akidah umat Islam dipesongkan. Sekarang ini pun kita tengok banyak yang menular.
"Barangkali mereka fikir kerajaan yang ada sekarang ini terlalu terbuka, kerajaan ini tidak mendengar dan tidak mengambil tindakan yang tegas, jadi mereka mulakan dengan pelbagai kerenah. Tapi dalam keadaan seperti ini pula janganlah kita mengambil kesempatan untuk memesongkan lagi akidah umat Islam," kata beliau.
Kata Ahli Parlimen Putrajaya itu lagi: "Okey kalau mengaji tidak boleh kuat tetapi kita boleh berbincang kerana dahulu tidak ada teknologi mikrofon, sekarang ini internet ada. Malah rakam Quran dalam kaset, vcd, dalam notebook dalam thumbdrive nak simpan sebaik mungkin dan jaga kesuciannya kerana dahulu orang hafaz Quran sahaja sehingga tidak pernah dibukukan dan sehinggalah selepas banyak penghafaz al-Quran meninggal dunia, barulah dibukukan mengikut kaedahnya, takkanlah kita tidak boleh menggunakan teknologi yang ada ini."
Apa yang dilihat oleh beliau saat ini ialah cubaan pembangkanfg untuk mengambil kesempatan dalam kes berkenaan (isu tidak boleh mengaji terlalu kuat guna mikrofon) untuk kepentingan politik.
Atas faktor itu jugalah, kata beliau, jika dibiarkan 'Bersih' melakukan demonstrasi jalanan, risiko atas apa yang berlaku di Britain tempoh hari mungkin tinggi.
"Jika berlaku di sini mungkin lebih dahsyat lagi, kalaulah ditakdirkan berlakunya kejadian Orang Melayu bakar rumah Cina atau orang Cina bakar rumah orang Melayu, perkara lebih dahsyat akan berlaku dan semua ini kita perlu cegah.
"Jadi, kerajaan yang ada sekarang mahukan ketenteraman rakyat yang ada kini tidak digugat, itu yang penting," kata beliau.
Tengku Adnan melihat pembangkang hanya pandai spin dan cuba menutup pekung di dada. Namun beliau berkeyakinan rakyat sedar mereka ini 'lebih sudu dari kuah'.
"Dalam isu pemeriksaan oleh JAIS ke atas DUMC, saya kesiankan Datuk Hasan Ali, Hasan cakap lain, datang Pemudanya (Pas) cakap lain, datang pula (Menteri Besar) Khalid (Ibrahim) cakap lain, mereka ini sudah seteru kerana mereka telah menjadi topeng kepada pihak tertentu. Sedangkan kita BN adalah barisan yang jelas konsensus bahawa apa yang kita putuskan mesti bersama dan akan kita ikut," katanya.
Atas sebab inilah, Tengku Adnan memberitahu, Ibu Pejabat parti telah meminta semua bahagian UMNO di seluruh negara menganjurkan program amal sepanjang Ramadan in dengan tumpuan kepada program keagamaan.
Ini jelas terkandung dalam fasal 3 Perlembagaan UMNO yang menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang disanjung dan perlu ditegakkan. "Kita perlu dekatkan diri dengan masyarakat serta mengimarahkan surau dan masjid," kata beliau.
Difahamkan, dalam usaha UMNO untuk menjelaskan isu-isu semasa yang sering diputar-belitkan pembangkang, parti itu dikatakan akan meneruskan program Majlis Penerangan Perdana (MPP) yang terbukti berkesan ketika penganjuran kali pertama pada 10 Julai lepas, sehari selepas perhimpunan haram oleh 'Bersih'.
Program MPP itu nanti dijadual berlangsung dua minggu selepas Hari Raya Puasa sehinggalah ke Oktober. Demikian juga dengan Program Juara Rakyat yang akan diteruskan setelah 'cuti rehat' sempena Ramadan.

akhirnya melayu dilarang bina masjid
Isu larang baca al-Quran: Kelak ada yang menuntut masjid tak perlu ada menara
DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
APAKAH ertinya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan jika apa yang berkaitan dengannya tidak dapat diangkat pada kedudukan lebih tinggi berbanding agama-agama lain?
Tidakkah semua kaum di Malaysia menerima Islam sebagai agama rasmi, maka segala amalan yang dapat memperkukuhkan kedudukannya bukan sahaja perlu dipertahankan bahkan wajib dipertingkatkan?
Malaysia diterima sebagai negara Islam, namun disebabkan ada segelintir tokoh politik yang memikirkan untung dalam jangka pendek sanggup mengkhianati budaya dan amalan yang sekian lama dipraktikkan.
Mereka persoalkan, membuat arahan dan panduan bahawa bacaan al-Quran tidak perlu lagi menggunakan alat pembesar suara, terutama menjelang waktu Subuh. Ini bermakna, mungkin suatu hari nanti mereka juga akan mengharamkan paluan beduk bagi memberitahu waktu solat ataupun ada kematian dalam kampung mereka. Malah lebih malang lagi, kemungkinan suatu masa kelak mereka mengharamkan laungan azan.
Di Kuala Terengganu, setiap kali masuk waktu berbuka, bedilan meriam kedengaran. Setakat ini belum ada bantahan atau orang menerima kesan daripada tembakan itu. Sejak berzaman, tidak pernah orang Cina membantah bacaan al-Quran dari corong pembesar suara sebelum waktu Subuh atau Maghrib walaupun mereka tinggal bersebelahan pagar masjid.
Bagaimanapun, nampaknya Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah mendahului larangan menggunakan pembesar suara. Meskipun kenyataan larangan itu bukan berbentuk fatwa kerana tidak digazetkan, ia tetap memperlihatkan pengaruh pemikiran liberal sedang berkembang dalam kalangan agamawan di negeri tersebut.
Agamawan yang meneraju jawatankuasa itu sebenarnya memahami kehendak dan falsafah politik kerajaan negeri. Mereka sudah boleh membuat tafsiran dan langkah untuk merealisasikan kepimpinan ala "Umar Abdul Aziz", sedangkan lebih ramai orang yang mengakui dirinya sebagai Muslim tidak pun pernah mengkaji corak pentadbiran dan kebijaksanaan khalifah yang dijadikan teladan itu.
Ramai pihak memandang keputusan melarang penggunaan alat itu atas alasan mengganggu orang yang sedang tidur atau sakit, sebenarnya terlalu remeh. Mereka sebenarnya tidak memahami hakikat alam dan kehidupan yang penuh keberkatan.
Tidakkah dengan menggunakan pembesar suara untuk memperdengarkan bacaan al-Quran serta kebiasaannya di sesetengah tempat akan disusuli seruan azan pertama itu akan mengingatkan bahawa fajar siang telah menjelma, maka bersiaplah untuk mencari rezeki. Bukankah apabila ada orang mengingatkannya, kita segera bersiap untuk memulakan tanggungjawab itu.
Mereka yang menganggap membaca al-Quran dengan lantang dari menara masjid kerana menggunakan pembesar suara adalah satu gangguan tatkala sebahagian besar manusia lain tidak terganggu adalah satu hal yang silap. Mereka silap, dan cuba menukarkan persekitaran kehidupan semula jadi, dan kebiasaannya mereka yang tidur siang dan bekerja waktu malam adalah dari jenis haiwan berdarah panas seperti kelawar, bahkan drakula yang sentiasa mahu bersembunyi daripada dilihat makhluk lain, berbanding kumpulan yang menghargai hari siang.
Pemimpin politik yang menyokong tindakan itu seharusnya sedar, suatu masa nanti akan ada yang menuntut agar masjid tidak perlu ada menara, kerana menara membawa kepada keburukan yang sedang dicarikan alasannya. Usaha tersebut sudah pun dimulakan di Barat, di mana mereka mengadakan pungutan suara.
Kerana terlalu percayakan kerasionalan akal dan persetujuan ramai, maka pungutan suara menjadi satu kaedah terbaik membuat sesuatu desakan ataupun meminda peraturan. Ia dilihat sebagai sesuatu yang bijak dan terbaik kerana mendapat sokongan ramai walaupun sokongan itu dibuat setelah proses membuat keputusan dipengaruhi.
Kerana itulah kita tidak hairan. Penentangan secara langsung akan menyebabkan lebih ramai orang Islam keluar membantah. Kini mereka sudah menyerap masuk ke dalam pemikiran sesetengah pentadbir Islam, dan berjaya meneutralkan pemikiran para kadi, pemimpin agama dengan alasan logik akal oleh tokoh politik berkenaan.
Tokoh politik itu sebenarnya sudah pun termasuk dalam kelompok barangan yang boleh digadai. Prinsip perjuangannya sudah mengalami pertembungan kosmik dan meledak menjadi percikan kepentingan politik bersama dalam gagasan untuk menjadi pilihan memerintah. Harapan itu tentunya akan berjaya sekiranya jumlah penganut Islam dibahagi-bahagikan ke dalam pelbagai kelompok.
Bahkan dalam satu organisasi sekalipun sudah ada kelompok pro dan kontra. Konflik dalaman inilah mampu menggelorakan tindakan bermusuh-musuhan walaupun terdiri dari primordial yang sama, dan menggunakan amalan serta kitab suci yang sama. Masing-masing berbeza pandangan, maka perbezaan-perbezaan itu perlulah diselesaikan segera.
Majlis Fatwa Kebangsaan harus menyedarkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang fatwa atau nasihat kepada fatwa baru dan perlu dilakukan perbahasan mendalam terlebih dahulu. Negeri mestilah akur dalam perkara-perkara itu bagi mengelakkan semakin banyak lagi perpecahan berlaku dalam kalangan orang Islam sendiri.
Di Malaysia, semua tahu bahawa bukan sahaja agama rasminya Islam tetapi juga peraturan yang diamalkan, iaitu Islam Sunni dan bermazhab Syafie.
Lantaran itu hujah yang diamalkan di negara ini berdasarkan kepada empat dalil, iaitu bukan bersandarkan kepada al-Quran dan hadis sahaja malah Ijmak Qias dan adat resam setempat.
Menurut fahaman ini, maka adat dan uruf setempat perlulah disanjung dan dihormati oleh umat Islam dalam agamanya sendiri di mana-mana kerana seluruh rakyat yang faham akan menerimanya sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan. Ia diakui dalam satu kaedah pengambilan hukum agama dan disebut sebagai (Satu Adat Yang Elok Itu Ditetapkan Dan Diterima Oleh Agama).
Kerenah pembangkang disusuli dengan tindakan melampau dan tuntutan keterlaluan telah mencacatkan sistem demokrasi.
Kini, pembangkang seharusnya sedar apa yang banyak mengilhamkan konsep kebebasan dan hak asasi manusia sebenarnya telah menjadi semakin ganas, vandalis dan kejam.
Malaysia berjaya mengisi erti kemerdekaan dengan kemakmuran dan kesejahteraan, maka dalam keadaan itulah ramai yang tampil untuk berebut peluang sedangkan ketika bergelumang dengan kesukaran, tiada yang tampil secara bersemangat berjuang membanteras setiap petualang.
Golongan inilah yang sebenarnya menjadi petualang dalam negara kerana cuba menghidupkan kembali tuntutan ideologi komunis, membangkitkan rasa permusuhan antara kaum, merobohkan kontrak sosial dan mempertikaikan apa saja yang telah dilembagakan sebagai undang-undang.
Sikap dan tindakan mereka semakin ganas dan melampau. Maka, percubaan untuk menterbalikkan konsep pemerintahan dan institusi yang ada di dalamnya adalah hakikat budaya anarkisme yang sedang mereka kembangkan sebagai budaya baru masyarakat Malaysia dengan menggunakan perantaraan agama.
Tidak semua hal yang bersifat tradisi itu kuno dan ketinggalan zaman. Hanya sifat sesetengah pihak yang gemar mengejar kepentingan peribadi itulah sebenarnya menjerumuskan mereka ke lembah keserakahan: mengubah tradisi dan menghancurkan jati diri.

Wednesday, August 17, 2011
perkasa ganti pas
Pas jangan marah Perkasa
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mungkin benar apabila mahu mengambil alih tugas mempertahankan kesucian agama Islam selepas Pas dilihat gagal berbuat demikian.
Tetapi Perkasa agak lewat kerana seharusnya ia dilakukan lebih awal lagi kerana Pas sememangnya sudah lama tidak menjadi pejuang Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Namun begitu tahniah kepada Perkasa kerana mempunyai keberanian luar biasa untuk berbuat demikian, satu tindakan yang sudah pasti tidak akan dilakukan oleh Pas.
Pas kini perlu mengakui bahawa parti itu bukanlah pejuang Islam malahan mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa untuk mengambil alih tugas berkenaan.
Apatah lagi Pas pun sudah mengisytiharkan bahawa mereka kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukanlah penubuhan sebuah negara Islam - satu perjuangan yang menyaksikan ada nyawa yang terkorban kerananya suatu ketika dulu.
Oleh itu mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa, sebaliknya Pas perlu berasa senang hati kerana kini bolehlah mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan bagi merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.
Pas tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari ayat-ayat al-Quran atau potongan hadis bagi 'menghalalkan' apa juga tindakan mereka dengan kedua-dua parti berkenaan kerana mereka bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.
Impian dan misi Pas sekarang ialah berbincang dengan PKR dan DAP berapakah jumlah kerusi yang harus mereka tandingi, kalau DAP dan PKR mahu dominan, Pas tidak boleh kata apa-apa kerana jika pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, ia bukannya untuk menubuhkan negara Islam.
Kalau Pas dibiarkan dominan sekali pun, Pas tidak ada apa-apa kekuatan untuk mempertahankan Islam kerana kekuatan sebenar terletak di tangan DAP dan PKR. Ia sudah pun berlaku di Kedah dan Selangor pada masa ini.
Tambahan pula ketika ini sudah tidak terdengar lagi suara-suara Pas untuk menegakkan undang-undang syariah di negara ini, sebaliknya lebih kepada corak pemerintahan yang diinginkan oleh DAP dan PKR.
Mungkin Pas akan mendakwa bahawa Perkasa tidak layak untuk memperjuang dan mempertahankan agama Islam kerana mereka bukan parti politik Islam tetapi hanya NGO Melayu.
Soalnya, apakah Pas sebuah parti Islam? Apakah Pas selama ini bertindak sebagai kelompok yang mempertahankan Islam apabila ada tindakan DAP dan PKR yang mengguris perasaan orang Islam?
Islam benarkah Pas yang menolak perpaduan sesama orang Melayu dan umat Islam berbanding dengan Perkasa yang berusaha menyatukan orang Melayu?
Bolehkah Pas mendabik dada sebagai mempertahankan Islam, apabila ada pemimpinnya tidak sehaluan dalam isu-isu berkaitan Islam sejak kebelakangan ini?
Apa yang lebih kita dengar ketika ini ialah keghairahan Pas untuk menuntut sebuah pilihan raya bebas dan adil.
'Perjuangan' ini pada mulanya dicetuskan oleh S.Ambiga - seorang peguam yang menyokong murtad dan pernah mengganggu gugat umat Islam melalui Suruhanjaya Antara Agama.
Tetapi sekarang Pas lebih ke depan menyahut seruan Ambiga, jadi bolehkah Pas mengatakan mereka masih memperjuangkan Islam? Sebagai orang Islam tidakkah Pas sensitif dengan apa yang dilakukan oleh Ambiga sebelum ini, sedangkan Perkasa menentang Ambiga habis-habisan?
Semua itu terjadi kerana Pas secara dasarnya sahaja adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan berasingan tetapi tindak-tanduknya tidak bebas kerana segala-galanya ditentukan oleh DAP dan PKR.
Justeru lebih baik menjadi NGO Melayu yang bebas seperti Perkasa berbanding menjadi parti politik yang hanya menjadi 'pak turut' kepada orang lain.
Jika Pas mendakwa di dalam Perkasa tidak ada ulama yang boleh memberikan nasihat berbanding Pas yang mempunyai ramai alim ulama termasuklah adanya Dewan Ulama, kita juga perlu bertanya berfungsikah golongan berkenaan dalam parti itu.
Apakah benar Dewan Ulama Pas mampu mempertahankan kesucian umat Islam sedangkan tindakan mereka lebih banyak 'dirantai' oleh perhitungan politik yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin lain terutamanya daripada golongan bukan ulama.
Berfungsi sangatkah Dewan Ulama dalam menjadi pembimbing kepada Pas supaya tidak meninggalkan landasan perjuangan Islamnya semata-mata kerana mahu merebut kuasa politik?
Kalau betul Dewan Ulama Pas berfungsi, kenapa Pas boleh mengubah dasar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan?
Kenapakah keupayaan ulama-ulama Pas ini seolah-olah tidak diiktiraf apabila pemilihan parti itu baru-baru ini menyaksikan golongan berkenaan ditolak habis-habisan bagi jawatan-jawatan utama?
Pas harus ingat untuk memperjuang dan mempertahankan Islam ia bukan soal perlu ada ulama atau tidak dalam sesuatu kelompok itu sebaliknya keazaman dan keikhlasan serta demi mencari keredaan Allah SWT.
Kalau ada berpuluh ribu pun ulama dan cerdik pandai agama dalam sesebuah organisasi tetapi mereka hanya menjadi pemerhati sahaja tiada gunanya juga!
Pas perlu mengakui akibat kerana sikap berpolitik merekalah yang menyebabkan pelbagai pihak terutamanya dalam pembangkang 'naik tocang' dengan melakukan tindakan yang mengganggu-gugat umat Islam dan orang Melayu.
Apa juga tindakan puak berkenaan ia akan dibela oleh 'tok-tok guru' dalam Pas sehingga kesudahannya bukan sahaja umat Islam rugi malahan mereka berpecah belah.
Begitu juga dalam isu terbaru melibatkan sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, sekali lagi Pas dilihat tidak berupaya melakukan apa-apa biarpun ia berkaitan dengan akidah Islam.
Jika suatu ketika dulu, Pas menuding jari menyalahkan UMNO apabila gejala murtad berlaku tetapi kali ini pemimpin-pemimpin kanan cukup berlapik dalam menyatakan pendirian, biarpun Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan menunjukkan ketegasan 'luar biasa'.
Semua ini membuktikan Pas tidak lagi berupaya menjadi pejuang Islam apatah lagi mempertahankan kesucian agama Allah itu.
Oleh itu keikhlasan Perkasa untuk menjadi benteng utama mempertahankan umat Islam harus disokong oleh semua pihak, tidak usahlah orang Melayu merasa khuatir atau dituduh rasis apatah lagi ekstremis kerana ada pihak lain yang lebih rasis daripada kita.
Selama ini, bukannya Perkasa tidak pernah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan , oleh itu kalaulah kali ini ada pula tuduhan baru anggap sahaja 'ia deruan angin yang berlalu' tanpa apa-apa kesan.
Apa yang lebih utama ialah perjuangan mempertahankan kesucian Islam perlu dilaksanakan kerana ia bukan tuntutan manusia semata-mata tetapi Allah SWT.

anak melayu di kristiankan...
Murid Melayu Islam: “Ya, saya tahu Nabi Isa sayangkan saya...”
Oleh ZAINI HASSAN
PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.
Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.
Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.
Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.
Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?
“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”
Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.
Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.
Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.
Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.
Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.
Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.
“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.
“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”
Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!
Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?
“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.
“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”
“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”
Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.
Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”
Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.
Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.
Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.
Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.
Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.
Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.
Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.
Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?
Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.
Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.
Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.
Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.
Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:
‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.
“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.
“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”
Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...?

penulis blog berhentilah menipu
Waktu Solat
Laporan Cuaca
Berita Utama
Dalam Negeri
Wilayah
Laporan Khas
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Mahkamah
Jenayah
Agama
Keluarga
Hiburan
Rancangan TV
Feminin
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agrobiz
Kesihatan
S3
Polis & Tentera
Sastera
Rencana
Cuit
Selak
Awang Selamat
Kolumnis
Forum
Classifieds
Utusan Airtime
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Saji Online
MyBooks
Kareer
Utusan Karya
Laman Xtive
Liga M 2010
PRK 2010
UMNO 2010
Sharlinie
Salam Perantauan
RENCANA
Fitnah dan khabar angin penulis blog perlu dihentikan
Oleh DATUK ABDUL GHANI ABDULLAH
SEOLAH-OLAH sesetengah penulis blog tidak pernah belajar sedangkan mengetahui bahawa apa yang mereka terbitkan adalah tidak benar, sebaliknya mereka mengambil pendirian yakin untuk menerbitkannya.
Apakah mereka tidak boleh mengambil contoh kes baru-baru ini apabila seorang penulis blog terpaksa membayar ganti rugi RM300,000 dan kos mahkamah sebanyak RM100,000 kerana menerbitkan sesuatu yang tidak benar.
Sesungguhnya penulis blog bertanggungjawab untuk mengesahkan fakta-fakta mereka. Anda tidak boleh memfitnah orang.
Sesungguhnya juga penulis blog tidak mempunyai jumlah wang sebegitu banyak untuk membayar satu-satu saman, apatah lagi bayaran-bayaran yang termasuk kos. Adakah mereka mahu diisytihar muflis seperti yang berlaku di negara jiran?
Apakah seseorang ahli politik atau sesebuah pertubuhan yang diwakili oleh penulis blog yang berani memalukan seseorang yang ternama (VIP), mampu membayar semua kos ganti rugi kelak?
Saya tidak pasti apakah penulis blog yang menyatakan pembelian sebentuk cincin oleh seorang ternama sebanyak RM24 juta itu mempunyai fakta-fakta yang kukuh.
Jika ya, sila nyatakan kerana penulis blog ini telah menerbitkan kepada pihak awam. Sudah tentu orang ternama tersebut menafikan perkara itu dan anggap ia sebagai fitnah dan berniat jahat.
Sebagai rakyat Malaysia, adakah kita harus berdiam diri dan membenarkan ini berlaku berulang kali? Apakah motif penulis blog tersebut? Adakah penulis ini ada sesuatu niat atau sengaja berniat untuk melontar keraguan atau kekeliruan dalam sudut fikiran orang awam?
Kerap kali kita mendengar teriakan dari pihak-pihak tertentu atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), mengapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap portal berita dan penulis blog yang tulisan mereka menyusahkan dan berbentuk fitnah.
Berdasarkan kenyataan menteri berkenaan, telah banyak kes dirujuk kepada Peguam Negara untuk pendakwaan, tetapi seolah-olah tindak balas dari Pejabat Peguam Negara ialah "Tiada Tindakan Lanjut" (No Further Action - NFA).
Dalam hal ini beberapa andaian boleh dibuat berkaitan dengan NFA, ia mungkin badan pengawal seliaan yang berkenaan telah gagal untuk menjalankan siasatan secara rapi, gagal untuk mengeluarkan bukti yang ketara lagi kukuh yang boleh berdiri di mahkamah, atau undang-undang yang berkaitan tidak lengkap atau tidak jelas atau tidak mencukupi untuk membawa kes ke pendakwaan.
Saya tidak faham mengapa kita memberi muka kepada penulis-penulis blog yang mendakwa bahawa mereka adalah sebagai juara media alternatif.
Tiba-tiba saja media alternatif telah memberi mereka peluang untuk berbohong, memfitnah, mencemuh, membuat tuduhan, memalukan orang semata-mata untuk menunjukkan mereka juga berkuasa dan boleh mempengaruhi pendapat umum.
Kerajaan hari ini tidak perlu berdiam diri dan menganggap pembohongan dalam internet sebagai "perniagaan seperti biasa" atau menganggap "ia adalah perkara biasa".
Sektor awam, kerajaan perlu bertindak sekarang jika mahu memelihara kedaulatan "tanpa penapisan". Maka kerajaan perlu mewujudkan sebuah jabatan khusus yang dianggotai oleh penjawat yang berkelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan mahir dalam semua aktiviti yang berkaitan dengan IT.
Jabatan ini hendaklah dilengkapkan dengan kuasa undang-undang untuk memasuki premis, menahan dan mengambil komputer untuk tujuan siasatan dan menemu ramah orang yang difitnah.
Sudah tentu sesetengah orang akan menuduh kerajaan bertindak secara autoritarian, tetapi mesejnya perlulah jelas bahawa kita tidak mahu orang yang berdusta dan menipu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
ummi bersumpah
Ummi Hafilda sumpah, tiada hubungan intim
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hari ini sekali lagi melafazkan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjalin hubungan intim dengan bekas rakan perniagaannya, Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda.
Ummi Hafilda, 43, yang ditemani Penasihat Undang-Undangnya, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz melafazkan sumpah tersebut ketika ditemui pihak media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Beliau yang berbaju kaftan dan bertudung warna merah jambu dengan tegas berkata: "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya Ummi Hafilda Ali tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan seks dengan Dayak bernama Baginda Minda. Minnal nauzubillah."
Adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu menyatakan, beliau telah difitnah dan mendakwa mengetahui individu yang melakukannya.
Ummi Hafilda turut mencabar Nor Azman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab kes saman RM100 juta yang difailkan terhadap lelaki itu dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. (Mkini Dotcom) atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah dan menjatuhkan maruahnya.
Beliau hadir di kompleks mahkamah tersebut untuk memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah penghakiman ingkar terhadap Nor Azman yang tidak mengemukakan sebarang respons sejak saman itu pertama kali difailkan pada 17 Mac lalu.
Permohonan tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.
Kes saman itu akan disebut di hadapan Hakim Datuk V.T. Singham, Jumaat ini.
Pada 13 April lalu, mahkamah membatalkan saman itu setelah peguam kesemua pihak yang terlibat tidak hadir sebelum ia difailkan semula oleh plaintif pada 25 April lalu.
Sementara itu, Ummi Hafilda menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata: "Dalam setiap ceramah, saya akan sumpah laknat atas dua perkara salah satunya mengenai Baginda Minda. Dan satu lagi mengesahkan tiada unsur konspirasi dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin tidak pernah mengupah atau membayar saya (walau) sesen pun seperti yang didakwa."

Tuesday, August 16, 2011
mau jadi warga malaysia
Malaysia negara Islam terbaik
PENCINTA NEGARA MALAYSIA
SAYA adalah bekas Penduduk Tetap Malaysia, saya dan keluarga telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 1974, pada ketika itu saya berumur kurang dari satu tahun.
Saya telah membesar dan bersekolah di Malaysia. Saya beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu. Sepanjang hayat saya, saya hanya tahu saya adalah rakyat Malaysia, walaupun hakikat sebenarnya tidak. Pada umur 21 tahun iaitu pada tahun 1995 saya telah memohon kewarganegaraan, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi warganegara.
Saya telah meminta banyak sokongan bermula dari guru sekolah, ketua kampung, wakil rakyat hinggalah kepada para menteri. Sudah banyak kali saya naik turun pejabat Kementerian Dalam Negeri semata-mata untuk membuat rayuan agar permohonan saya diterima.
Pernah juga saya ke pejabat kementerian pada ketika saya belum pun sembuh dari pembedahan.
Ramai pegawai-pegawai atasan di Kementerian Dalam Negeri yang telah saya jumpa kerana urusan rayuan saya ini. Malangnya dari tahun ke tahun, harapan saya untuk menjadi warganegara tidak menjadi kenyataan.
Seorang pegawai atasan di kementerian berkenaan yang pernah saya jumpa berkata kepada saya, mereka tidak hairan dengan sokongan-sokongan yang saya ada, hatta surat sokongan daripada Perdana Menteri sekali pun, kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja.
Saya merasa kecewa dengan kata-kata pegawai tersebut, sejak dari itu saya telah berhenti membuat rayuan.
Sehinggalah baru-baru ini setelah 37 tahun, saya telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan oleh negara yang saya cintai ini.
Semasa mengangkat sumpah untuk menjadi warganegara kami disuruh taat kepada Agong dan setia kepada negara. Tidak ada satu pun elemen politik diselit dalam teks angkat sumpah tersebut.
Saya amat tidak setuju apabila ada sesetengah pihak di negara ini yang mengatakan betapa mudahnya untuk mendapat kewarganegaraan atas sebab-sebab politik.
Daripada pengalaman saya sendiri, sokongan ahli politik tidak memberi jaminan kejayaan permohonan warganegara. Pegawai-pegawai di kementerian juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah.
Saya menyanjung tinggi pendirian pegawai-pegawai ini walaupun saya pernah kecewa kerana permohonan saya ditolak.
Saya pasti tohmahan Mismah yang mendapat kewarganegaraan dalam masa 4 jam adalah tidak benar sama sekali.
Saya pasti dia juga mengharungi berbagai ranjau dan menunggu sekian lama untuk mendapatkan kewarganegaraan. Kesan daripada berita salah yang disebarkan, peribadi Mismah telah menjadi bahan kutukan di dalam blog-blog pembangkang.
Dalam keadaan ini Mismah berhak menyaman pihak terbabit kerana telah menyalahgunakan data peribadi beliau untuk kepentingan politik mereka.
Pada perhatian saya, sesetengah pihak di negara ini sangat suka membuat dakyah melulu tanpa menyiasat secara mendalam. Mereka ini sanggup membuat apa-apa saja cerita semata-mata untuk meraih sokongan dan menanam kebencian di hati rakyat terhadap kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka sebenarnya merugikan diri dan negara sendiri.
Bagi orang yang pernah tidak mempunyai negara seperti saya, kami lebih tahu menghargai negara Malaysia berbanding rakyat Malaysia sendiri.
Rakyat Malaysia dekad ini tidak pernah merasa sengsara akibat kemusnahan negara justeru mereka mengambil remeh tentang kepentingan kestabilan negara.
Tidak ada satu pun negara di dunia ini sebagus negara Malaysia. Walaupun berbagai cerita indah yang diceritakan mengenai negara luar, tetapi mereka tidak setanding dengan negara Malaysia yang tercinta ini.
Seorang pensyarah dari Pakistan di sebuah universiti pernah memberi tahu kepada kami di kelas, setelah beliau mengembara ke pelosok dunia, beliau tidak akan kemana-mana lagi, kerana Malaysia adalah negara Islam terbaik yang pernah dia menetap.
Sempena Bulan Kemerdekaan ini saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar cintailah negara ini. Jagalah negara kita ini sebaik mungkin kerana sekali kita kehilangan negara, kita tidak akan dapat kembali lagi.
Janganlah disebabkan politik kita sanggup merosakkan negara sendiri, politik seperti ini adalah politik kotor yang menghancurkan rakyat dan negara.