Berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan
RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintamassaktumbihimaa-
lantadhilluu-abadan-kitaaballahi-wasunnatarasuulih yang bermaksud: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".
Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan.
Saya juga selalu semak terjemahan 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dalam surah-surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah surah-surah Madaniyyah di samping sentiasa membaca terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV untuk membolehkan saya terima hujah, padangan dan kepercayaan bahawa Pas wajib disokong dan Umno wajib ditolak, sokong Pas boleh masuk syurga, sokong Umno tidak layak masuk syurga.
Justeru itu saya berpendirian sama ada jadi ahli/penyokong Pas atau Umno tidak akan membantu umat Islam masuk syurga. Yang boleh membawa seseorang itu ke syurga adalah apabila dipatuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tanpa sebarang excuse.
Yang kena dirujuk adalah al-Quran dan Hadis, bukannya parti politik atau tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, yang mabuk dan gilakan pengaruh serta kuasa sehingga sanggup maki dan doakan kemusnahan orang, mencarut, memutuskan silatur-rahim dan menolak ketentuan Allah apabila kalah dalam pilihanraya.
Saya pilih Umno untuk disokong dan mufarakah dari menyokong Pas adalah kerana saya berpegang kepada hakikat bahawa menentang kerajaan yang berketuakan seorang yang beragama Islam adalah haram dan tindakan terlarang.
Sejak merdeka negara ini sentiasa berketua-kerajaankan seorang yang beragama Islam. Kalau negara ini berperdana-menterikan seorang yang bukan Islam, saya bukan sahaja akan menentang melalui pena/tulisan tetapi saya bersedia untuk bermain dengan bedil dan bom sekali pun dalam melawan kerajaan.
Soal sejauh mana tahap kealiman dan ketakwaan ketua-tua yang menerajui kerajaan negara ini sejak mula merdeka ke mari, hanyalah Allah yang Maha Adil membuat penilaian dan pengiktirafan. Manusia tidak pernah adil dalam membuat penilaian kerana banyak penilaian dibuat berdasarkan kepada penilaian secara zahiriah.
Kerajaan yang ada dan dilabel sebagai sekular, malah tidak juga mendabik dada sebagai parti atau kerajaan Islam banyak menyediakan kemudahan bagi keselesaan umat Islam beribadah, banyak masjid dibina tanpa ditampal lambang dacing atau lambang Umno atau pun dicat biru berbanding dengan Pas walaupun madrasah yang dibina hanya guna kayu selinap, akan ditampal dengan lambang-lambang bulan dan akan dicat hijau yang merupakan warna identiti Pas yang kalau ikut nama panjangnya Pasti Islam Se Malaysia (dulu Se Tanah Melayu) nama singkatan bagi Pas adalah PIS, bukannya Pas.
Untuk uruskan kemasukkan umat Islam ke dalam Islam, maka diwujudkan PERKIM. Pas ada agensi apa untuk Islamkan kalangan bukan Islam selain dari terlalu ghairah menafikan keislaman sesama Islam yang tidak sokong Pas, terutama ahli Umno. Apa pun yang Umno buat semuanya buruk pada Pas.
Pas semacam lupa memuhasabah diri sepanjang berkerajaan di Kelantan dan Kedah, dah berapa ramai yang bukan Islam diislamkan oleh Pas berbanding dengan jumlah yang dinafikan keislaman mereka oleh Pas. Berapa banyak masjid dan surau dibina oleh kerajaan Pas, malah berapa banyak jamban yang Pas bina. Paling banyak Pas sediakan adalah uncang-uncang bagi pemungutan derma dari antaranya adalah kalangan yang patut menerima derma, bukannya memberi derma.
Kalau ada madrasah yang dibina oleh Pas pun adalah hasil derma orang ramai yang kadang-kadang pemimpin dan wakil rakyat Pas sendiri tak derma pun, malah penceramah-penceramah Pas dibayar sehingga ratusan dan ribu ringgit, termasuk kos tambang menambang, adalah hasil dari kutipan derma pada sesuatu majlis ceramah yang diadakan.
Untuk umat Islam negara ini ke Mekah menunaikan fardu haji, diwujudkan Tabung Haji. Pas ada sediakan kemudahan apa untuk tujuan yang serupa selain dari hanya tahu kritik Tabung Haji. Malah ada pemimpin Pas ke Mekah hasil tajaan walaupun ianya seorang yang ada kemampuan untuk ke Mekah walaupun tidak ditaja.
Saya akan tentang Umno dan kerajaan yang ada kalau masjid-masjid tidak dibina, malah masjid yang ada dirobohkan, kalau umat Islam dipersulitkan untuk beribadah, dihadang untuk tunai haji, kalau mata pelajaran agama Islam, termasuk Kelas Jawi dan Fardu Ain di sekolah-sekolah rendah dan menengah dimansuhkan, al-Quran dibakar dan kalangan yang pakar dalam bidang agama dianiaya, dipenjara atau dibunuh.
Paling menjadikan saya boleh 'mensetuju' dengan Umno dan mufrakah dari menyokong Pas adalah kerana ulamak-ulamak yang menyokong Umno tidak pernah mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong Umno serta kerana Umno terlebih dahulu menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Islam dengan Umno adalah pendominasinya.
Pas yang pada awalnya mengkafirkan Umno kerana bekejasama dengan parti-parti bukan Islam telah meniru cara Umno dengan menjalin kerjasama dengan DAP yang anti Islam tetapi malangnya Pas bukan jadi pendominasi, sebaliknya hanya jadi anggota pakatan yang suaranya sering dinafikan oleh pendominasi yakni DAP. Dalam Pakatan Rakyat (PR) Pas hanya menjadi tikus, bukannya menjadi kucing, Pas hanya menjadi anak ayam bukannyua menjadi helang.
Pun begitu saya tidak bergantung kepada kerana sokong Umno untuk masuk syurga, sebaliknya saya melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya serta menjauhi segala yang dilarang sekadar yang termampu oleh saya dengan menyerahkan kepada Allah untuk menilai kualiti ibadah saya. Bagi saya berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan.
Selebihnya terpulang kepada ihsan Allah sama ada penempatan saya nanti di syurga atau neraka tetapi saya tidak lupa berdoa supaya kedua ibubapa, saya, datuk nenek, isteri, anak-anak, cucu cicit serta mereka dibawah tanggungan saya dan sekalian kaum muslimin dan muslimat yang telah mati, yang masih hidup dan yang bakal lahir, akan disyurgakan, akan dihalalkan hidup di dunia ini, di alam kubur dan di akhirat nanti.
Posted by melikapakjangak at 8:40 PM 32 comments
Saturday, May 21, 2011
sumber meli kapak jangak
No comments:
Post a Comment