Saturday, July 2, 2011

nurul

Nurul Izzah dan perhimpunan Bersih

SAYA kesal kerana Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar telah berselindung di sebalik istilah ‘rakyat’ untuk melunaskan tuntutan peribadi.

Semua orang tahu apa masalah yang dihadapi oleh bapa Nurul Izzah. Ia ada kaitan dengan masalah peribadi beliau sendiri.

Apa perlunya road show atau bersembunyi di sebalik perhimpunan jalanan untuk memesongkan rakyat daripada masalah pokok yang sebenar?

Hampir 60 tahun kita menggunakan sistem pilihan raya sama dan selama itu rakyat telah memilih parti yang disukai, parti yang dapat mewujudkan keamanan dan keselesaan serta membolehkan rakyat menumpang teduh untuk meneruskan kehidupan.

Nurul Izzah dan bapanya tidak boleh selamanya meletakkan beban masalah peribadi sebagai beban yang perlu ditanggung bersama oleh semua rakyat.

PAK MED

Johor Bahru

No comments:

Post a Comment