Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Tuesday, February 1, 2011
UMNO Akan Bela
Nasib peniaga akan dibela - UMNO Pandan
Peniaga berhimpun bagi membantah tindakan MPAJ merobohkan gerai mereka yang didakwa tanpa notis di pangsapuri Pandan Perdana 700, Ampang, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 31 Jan. - UMNO Bahagian Pandan akan membantu peniaga warga emas di Pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini yang gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), baru-baru ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd. Iszeham Hamid berkata, pihaknya akan sentiasa memberi sokongan kepada peniaga yang dianiaya oleh tindakan pihak berkuasa tempatan itu.
Katanya, beliau akan mengambil tindakan segera iaitu menghantar surat untuk berbincang dengan Yang Dipertua MPAJ untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Diharap melalui perbincangan itu nanti, satu keputusan akan dapat dicapai untuk membantu para peniaga di situ yang rata-ratanya hidup dalam serba kekurangan.
"Kita tidak akan lepas tangan dan melihat sahaja para peniaga berkenaan ditindas oleh mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga terkilan dengan tindakan MPAJ yang tidak memberikan masa secukupnya serta berbincang dengan peniaga sebelum tindakan meroboh diambil.
Soalnya sekarang, ujarnya, di mana peniaga di situ mahu mencari rezeki kerana kebanyakannya mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil pendapatan perniagaan itu sahaja.
Katanya, dakwaan yang menyatakan gerai-gerai itu menyusahkan penduduk juga dianggap hanya sekadar alasan kerana hasil pemantauan pihaknya, gerai itu dilihat tidak mengganggu sesiapa.
"Malah kewujudan gerai-gerai tersebut juga tidak menganggu lalu lintas dikawasan tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment