Wednesday, December 15, 2010

WikiLeak

Syukur pendedahan WikiLeaks

SYUKUR ke hadrat Allah SWT kerana negara ini masih di bawah lindungan-Nya. Berkat doa 'orang yang teraniaya' belang Anwar Ibrahim didedahkan sendiri oleh sekutu kuatnya sendiri. Tak perlu dipanjangkan cerita tentang Anwar kerana seperti biasa beliau serta kuncunya tidak akan mengakui sebarang pendedahan yang dibuat.

Jari telunjuknya pasti dihalakan pada kerajaan atau pihak ketiga sebagai pihak yang patut dipersalahkan.

Namun sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur dengan pendedahan tersebut. Sekurang-kurangnya negara kita akan terselamat daripada dipimpin oleh pemimpin yang bakal dicucuk hidung oleh negara luar melalui ugutan peribadi.

Singapura pasti tidak akan melepaskan peluang mengugut Anwar dengan skandal tersebut bagi keuntungan jangka panjang sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri. Bayangan tersebut telah mula kelihatan ketika Anwar secara terbuka mahu mengangkat 'adik angkat' pemimpin Singapura Lim Kit Siang sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga tidak mempedulikan perasaan orang Melayu apabila secara terbuka mempersoalkan tentang ketuanan Melayu seperti mana yang biasa dilaungkan oleh pemimpin Singapura.

Sudah tentu banyak lagi yang masih tersirat di sebalik rahsia Anwar dalam tangan Singapura, Australia dan Amerika.

Oleh itu jangan jadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya tidak mahu negara ini tergadai.

MELAYU GOMBAK

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment