Fahami keperluan PTPTN
Pakatan boleh janji bulan dan matahari pasal mereka tidak memerintah. Tengok apa jadi di Selangor?
Sampah tak boleh kutip, JAIS tak boleh tangani murtad, penyelwengan lagi teruk, tak habis menipu memutarbelit tak buat kerja, asyik demo huru hara ke KL, dan lain2.
Pakatan janjikan batak PTPTN. Macam Selangor nanti kecuhnya kewangan negara.
Jika PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2 bilion! Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion berbanding RM6.2 bilion jumlah sepatutnya dikutip. Selebihnya terdapat beban hutang RM3.46 bilion yang belum dilangsaikan. PTPTN sendiri terpaksa meminjam RM3 bilion setahun dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk membiayai PTPTN!
Bila dah jadi Mahasiswa, kena fikir pasal masaalah negara dan bukan hanya masaalah sendiri tak mahu bayar hutang.
Dahulu DAP dan Anwar dalam risalah Harapan Baru Malaysia juga kata negara terlalu banyak subsidi dan ini tidak membolehkan dayamaju untuk bersaing.
Macamana ekonomi negara nak berkembang, jika semua nak diberi free…tol nak free, minyak nak free, makan nak free, tambang free, rawatan kesihatan free, eletrik free, bekalan air free, talian telefon free...
Tanya anwar dimana pendidikan tinggi percuma dalam dunia? Turkey? Hehehe ...kantoi!
Anwar kata, semasa dia TPM, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang Petronas untung RM90 bilion, pelajar terpaksa berhutang.
Masa Anwar jadi TPM 1991-1998, penduduk Malaysia hanya 20 - 23 juta dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi sekarang penduduk Malaysia 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS.
Maknanya ramai yang hendak belajar di IPT. Biasiswa hanya pada yang terbaik dan terperlu. Itu hakikat dunia.
Petronas tidak boleh dibebankan. Salah hujah guna Petronas.
Bukan tanggungjawab Petronas menguruskan hal pendidikan. Mereka bertanggungjawab membantu kewangan negara yang mana pendidikan hanya salah satu perbelanjaan negara.
Kalau Petronas kena biayai penidikan dan tidak lupa subsidi minyak, macamana nak roling duit keuntungan Petronas tersebut, asyik belanja je. Sumber minyak negara semakin berkurangan dan Petronas terpaksa bersaing untuk dapatkan minyak dari luar.
Anwar kata anak muda terpaksa melangsai beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari universiti dan kolej.
Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Pelajar yang belajar overseas dulu pun kena juga bayar balik walaupun sebahagian atau cara kontrak bekerja.
Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh akan bergentayangan tak diterima Allah kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita.
Kalau nak free PTPTN belajar rajin-rajin…dapat CGPA cemerlang.
Insya Allah PTPTN jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi. Ini dok habiskan masa berdemo dan berpolitik parti luar kampus, apa manafaatnya? Akhirnya pelangkong dan diri salah.
Jangan dok salahkan kerajaan.
Dari dulu kerajaan dah beri amaran dan peringatan supaya mak bapak kamu menabung sikit-sikit sejak anak-anak masih kecil. Dah banyak skim tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja.
Mahasiswa yang dapat PTPTN pula kenalah berjimat-cermat bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja atau apa.
Macam gitulah seluruh dunia dan kehidupan seorang penuntut di luar negara.
Ada komplen kerajaan tak patut menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat gagal bayar hutang PTPTN.
Memang patut pun kena sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula.
Buku Jingga sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa dibantu kerajaan melalui duit-duit PTPTN yang dibayar kembali oleh para siberhutang.
Bila kamu tak bayar, orang lain yang tidak dapat.
Kata kamu pejuang rakyat tapi duit PTPTN yang kamu tak bayar membeban rakyat lain.
Diolah dari MyMassa, sila ke sana untuk dapatkan butiran penuh.
No comments:
Post a Comment