Thursday, April 12, 2012

pr malu

ARKIB : 10/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0
Pertikai AC Mizal Duta TMP, pembangkang malu sendiri

IPOH 9 April - Pakatan pembangkang ibarat malu sendiri apabila masih mempertikaikan pelantikan Datuk AC Mizal sebagai Duta Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 dengan alasan selebriti itu bukan anak jati negeri ini.

Penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman berhubung isu itu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 hari ini membuatkan rata-rata pemimpin pembangkang terdiam.

Hamidah (BN-Sungai Rapat) mengakui AC Mizal dilahirkan di Muar, Johor, tetapi bapa kepada pengacara televisyen popular itu merupakan anak kelahiran Perak di Kampung Changkat Tualang, Gopeng.

Sehubungan itu, kata beliau, sekiranya gugur takrif anak Perak walaupun bapa seseorang itu merupakan anak jati di negeri ini, maka tujuh pemimpin pembangkang yang mewakili rakyat di negeri ini juga wajar dipertikaikan.

"Saya ingin bertanya kepada Pantai Remis (Nga Kor Ming), adakah gugur takrif anak Perak kerana bapanya seorang guru di Kelantan ketika dilahirkan di sana. Lebih menarik isu ini dibawa oleh Titi Serong (Khalil Idham Lim Abdullah) yang saya difahamkan juga merupakan anak Kelantan.

"Malah, saya difahamkan ada tujuh rakan pembangkang yang mempunyai kad pengenalan selain 08 (Perak) iaitu ADUN Jalong 06 (Pahang), ADUN Pokok Assam 03 (Kelantan), ADUN Changkat Jong dan Sungkai 05 (Selangor) dan ADUN Tebing Tinggi 04 (Melaka).

"Kalau itulah jadi masalah besar, saya harap atas semangat anak Perak yang dibangkitkan Titi Serong, semua calon bukan anak Perak termasuk ADUN-ADUN yang disebutkan tadi diharapkan tidak lagi bertanding mewakili DAP, Pas serta PKR pada pilihan raya akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Khalil Idham (Pas-Titi Serong) yang bangkit mencelah mendakwa, soalan yang dikemukakan beliau adalah hanya melibatkan sama ada pemilihan AC Mizal itu disebabkan artis tersebut menyertai UMNO di Perak.

Justeru, katanya, beliau mahu Hamidah termasuk ahli-ahli dewan menghormatinya kerana alamat dalam kad pengenalan beliau telah bertukar ke negeri ini, malah anak-anaknya juga merupakan anak Perak.

Terdahulu, Hamidah menjelaskan bahawa pemilihan AC Mizal sebagai Duta TMP 2012 adalah atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan artis itu yang menawarkan diri untuk mempromosi Perak tanpa dibayar apa-apa.

Hamidah berkata, selain terkenal sebagai antara pengacara paling popular menerusi Maharaja Lawak dan Akademi Fantasia, AC Mizal juga merupakan pemilik dan Pengerusi Eksekutif MFace, iaitu jaringan laman sosial seperti Facebook yang akan dilancarkan di Indonesia dan China dalam masa terdekat.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa apa yang dituduh oleh ADUN Pasir Panjang (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin) mengenai bayaran RM150,000 kepada AC Mizal selaku Duta TMP 2012 merupakan satu pembohongan," katanya.

No comments:

Post a Comment