Monday, April 30, 2012

pembangkang pemusnah negara

ARKIB : 29/04/2012

Pembangkang mahu musnahkan negara

AHMAD Maslan bersalaman dengan pesara polis negeri Selangor selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara, Slah Alam, semalam. - MINGGUAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
SHAH ALAM 28 April - Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi sejak sekian lama di negara ini tidak seharusnya dibiarkan musnah oleh sekumpulan minoriti rakyat yang tidak bertanggungjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, negara ini dibina oleh majoriti rakyat yang mendokong aspirasi kerajaan serta menolak mana-mana kumpulan yang cuba mencetuskan keadaan huru-hara.
Beliau berkata, tindakan sesetengah organisasi atau individu yang sanggup menghancurkan negara demi mencapai agenda tersendiri perlu ditentang.
“Majoriti rakyat di negara ini cintakan keamanan dan kedamaian yang dikecapi sejak sekian lama lagi, justeru kita tidak seharusnya membiarkan mereka yang minoriti ini berusaha menghancurkan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.
Ahmad mengulas mengenai penganjur perhimpunan Bersih 3.0 yang tetap mahu mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka meskipun dilarang oleh Mahkamah Majistret dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran Bersih 3.0 yang merupakan agenda pakatan pembangkang memang sengaja mahu mencetuskan keadaan huru-hara di ibu negara agar mendapat perhatian rakyat.
Jelasnya, penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin pakatan pembangkang tidak mahu negara ini aman dan makmur kerana itu akan memberi rekod baik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti berjaya mentadbir negara dengan cemerlang.
“Penganjuran Bersih itu hanya akan menakut-nakutkan pelancong dan itulah sebenarnya yang mereka mahukan kerana Malaysia merupakan negara kesembilan paling popular dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia.
“Hal ini kerana negara kita sentiasa aman serta mempunyai politik yang stabil. Inilah yang tidak digemari oleh pakatan pembangkang kerana mereka tidak suka benda baik berjaya dilakukan oleh BN," jelasnya.
Ahmad turut menyelar niat penganjuran Bersih 3.0 diadakan kerana kerajaan sedang melakukan banyak perkara untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang turut dianggotai oleh ahli Parlimen pembangkang.

1 comment:

  1. Halo,
     Saya Puan Elina Johnson, dari ELINA JOHNSON GLOBAL LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan Kewangan bantuan dalam tahap faedah yang rendah sebanyak 2%.

    Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com

    Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:

    * Pinjaman peribadi
    * Pinjaman Bercagar
    * Pinjaman tidak berpagar
    * Hasil pinjaman
    * Latihan Pinjaman
    * Pinjaman ikrar pinjaman
    * Bayaran pinjaman
    * Pinjaman pelajar
    * Pinjaman Komersial
    * Pinjaman Auto
    * Resolusi Pinjaman
    * Pinjaman Pembangunan
    * Pinjaman pinjaman Jabatan
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman pendidikan
    * Pelantikan patah

    Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
    elinajohnson22@gmail.com


    DATA PEMOHON

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Nyatakan:
    5) Jantina:
    6) Status Perkahwinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nombor Telefon:
    9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
    12) Tempoh Pinjaman:
    13) Tujuan Pinjaman:
    14) Agama:
    15) Pernahkah anda memohon sebelum:
    16) Tarikh lahir:
    terima kasih,
    Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)

    ReplyDelete