Thursday, April 26, 2012

alahai peneroka

Permohonan firma guaman ditolak, rayuan peneroka Felda didengar
KHALILAH GUSTI HASSAN
25 April 2012
Permohonan firma guaman ditolak, rayuan peneroka Felda didengar
Permohonan firma guaman ditolak, rayuan peneroka Felda didengar
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menolak permohonan firma guaman Wan Rohimin & Asmadi untuk membatalkan rayuan peneroka berhubung saman RM11.2 juta yang dimenangi mereka terhadap Felda Palm Industries Sdn Bhd dua tahun lalu.
Panel tiga Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Linton Albert sebulat suara menolaknya dan berpendapat mahkamah tiada sebab menerima bantahan atas alasan dokumen tidak relevan.
"Sama ada dokumen itu relevan atau tidak, mahkamah tidak sepatutnya terus membuat kesimpulan.
"Oleh itu, mahkamah tolak bantahan dan kes boleh diteruskan untuk pendengaran," kata Mohamed Apandi.
Keputusan itu sekali gus memberi peluang kepasa 273 peneroka Felda Teluk Kemang 3, Kelantan untuk mendapatkan kepastian mengenai tiga perkara yang dituntut terhadap firma guaman itu.
Perkara tersebut adalah berkenaan jumlah sebenar kos guaman yang mereka perlu bayar kepada peguam; kos mahkamah dan jumlah wang yang sepatutnya mereka terima selepas menang saman.
Tetuan Wan Rohimin & Asmadi  adalah firma yang pernah mewakili peneroka-peneroka itu dalam prosiding saman terhadap Felda pada 2010.
Pada 26 Ogos 2010, Mahkamah Persekutuan setuju dengan Mahkamah Tinggi Kota Bahru Kelantan yang memberi kemenangan kepada peneroka dan memerintahkan Felda membayar RM11,236,983 termasuk faedah kepada mereka.
Mendakwa mereka tidak mendapat sepenuhnya jumlah wang kemenangan itu, peneroka memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi bagi memohon firma itu menyatakan tiga perkara seperti dituntut.
Bagaimanapun, mahkamah itu menolak injunksi dan peneroka memfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan di sini untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Mei ini untuk pendengaran kes.
Semalam adalah prosiding bantahan yang dibuat firma terhadap permohonan peneroka, sekali gus memohon kes injunksi diketepikan.
Selepas Mahkamah Rayuan menolak bantahan peguam, ini bermakna peneroka diberi harapan untuk mengetahui jumlah sebenar yang sepatutnya mereka miliki selepas menang saman terhadap Felda itu.
Semua peneroka diwakili peguam Mohd Yaacob Bakan Ali dan Azmeer Saad manakala firma Wan Rohimin & Asmadi diwakili Yusfarizal Yusof dan Wan Rahimin Wan Daud.

No comments:

Post a Comment