Yayasan Selangor akui amalan kewangan lemah anjur aktiviti
06/03/2012 7:49pm
SHAH ALAM 6 Mac — Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki hari ini mengakui wujud amalan kewangan yang lemah dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010, termasuk sambutan ulang tahunnya yang ke- 40.
"Terdapat kesilapan dalam perbelanjaan Yayasan Selangor yang bertentangan bukan hanya dengan garis panduan kewangan negeri tetapi juga asas perbelanjaan berhemah,” katanya pada pendengaran awam yang dikendalikan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat)berhubung perkara itu di sini, hari ini.
Yayasan Selangor sedang disiasat, antara lain, berhubung dakwaan berbelanja lebih RM1.4 juta untuk pelbagai acara pada 2010, menyebabkan banyak pihak mendesak supaya satu siasatan dijalankan mengenai “kemewahan” yayasan pelajaran negeri. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment