Sunday, March 25, 2012

ngo pun org kaya

Sikap membisu NGO dipersoal

PULAU PINANG 23 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO negeri membidas sikap berdiam diri beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam isu pembinaan loji panel solar yang mengeluarkan toksik di Batu Kawan, di sini oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau keliru dengan NGO terbabit kerana selama ini mereka begitu lantang membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas di Pahang.

Menurutnya, ia menunjukkan perjuangan mereka berteraskan ideologi pembangkang dan hanya berselindung di sebalik nama NGO.

"Pemuda UMNO keliru di manakah NGO yang gah mempertahankan anti-Lynas (Himpunan Hijau 2.0). Jelas mereka hanya bersuara apabila boleh menyalahkan Barisan Nasional dan bukannya DAP.

"Terbukti mereka hanya berat sebelah dan sebenarnya menyokong perjuangan dan ideologi DAP tetapi berselindung di sebalik nama NGO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemuda Gerakan negeri dan Parti Cinta Malaysia (PCM) baru-baru ini mempersoalkan pembinaan loji panel solar yang mengeluarkan toksik di Batu Kawan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jelas mereka, sehingga kini tiada sebarang penjelasan terperinci diberikan oleh kerajaan negeri kepada umum mengenai projek itu.

Difahamkan loji itu akan dibina dengan pelaburan RM2.2 bilion oleh sebuah syarikat Jerman yang dikatakan telah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan itu untuk tujuan tersebut.

Shaik Hussein menambah, beliau percaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak akan menjawab persoalan-persoalan yang timbul berhubung pembinaan loji berkenaan yang mempunyai risiko pencemaran alam sekitar seterusnya mengancam kehidupan jika pembuangan toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Apabila timbul masalah dalam pentadbirannya, Guan Eng akan mendiamkan diri dan mengharapkan rakyat Pulau Pinang akan memperbodohkan diri apabila DAP melakukan kesilapan.

"Isu ini samalah dengan isu Bayan Mutiara dan terowong bawah laut yang sehingga hari ini Guan Eng masih tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment