Saturday, March 3, 2012

di cina kamu menghasut masuk jel

Dipenjara kerana puisi


PERBUALAN Zhu Yufu melalui Skype di Internet menyebabkannya ditahan kerana didakwa melakukan hasutan terhadap rakyat negara China.


SEBUAH puisi yang disiarkan di Internet akhirnya menyebabkan seorang aktivis demokrasi veteran China kembali semula meringkuk di sebalik tirai besi buat kali ketiga.
Kali ini, Zhu Yufu dipenjarakan selama tujuh tahun selepas pertuduhan terhadap lelaki itu selesai dibicarakan di sebuah mahkamah di Hangzhou, timur China pada 31 Januari lalu.
Menurut anaknya, Zhu Ang kepada Reuters, bapanya itu dihukum penjara kerana 'menghasut bagi tujuan melemahkan kuasa negara' apabila pendakwaan mengemukakan sebuah puisi dan mesej yang dihantar melalui Internet sebagai bahan bukti.
Puisi bertajuk 'Inilah masanya' yang disiarkan secara dalam talian (online) di Internet, didakwa mendorong rakyat berkumpul memberi sokongan kepada 'kemerdekaan' negara tersebut.

No comments:

Post a Comment