Tuesday, March 20, 2012

berdoa dlm tokong dari blog flyingkick

SELEPAS STADIUM, PAS BERBIDAAH PULA DALAM TOKONG DI AMPANG!!!

Kalau diberitahu kepada para pecacai PAS, mereka tidak akan sama sekali dapat menerima kenyataan ini. Bahkan mereka akan berusaha mencipta pelbagai fatwa-fatwa rekaan, termasuklah kononnya itulah yang menggambarkan kebesaran Islam iaitu tiada sempadan dan batasan untuk golongan bukan Islam menikmati keindahan Islam.

Tanya pula mereka, kitab mana yang mereka ikut, manhaj mana yang dibuat contoh dan ulama mana yang jadi ikutan, pastinya jawapan yang diberikan berpusing-pusing dan berbelit-belit!

Ini contoh yang ditunjukkan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ishak Surin, 75, sebagaimana yang dilaporkan oleh SEL13.COM yang mendedahkan bagaimana tergamaknya Ishak Surin berdoa agar sebuah tokong di Batu 5, Jalan Ampang iaitu Tokong Mee Thor Gan yang beralamat di No.314, Batu 5, Jalan Ampang, Kuala Lumpur DISELAMATKAN.

Nampaknya dakwah PAS sudah melangkaui dakwah Islamiyyah. Sekarang, PAS sudah bertukar menjadi pendakwah PLURALISME walaupun para pecacai PAS sebelum ini begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kononnya PAS memperjuangkan Islam!

Berdoa dalam tokong dan mohon tokong diselamatkan?

Hebat sungguh!!!

No comments:

Post a Comment