Tuesday, November 29, 2011

ceroboh dan dera

Didera tiga penceroboh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

REMBAU: “Saya terpaksa membuang air kecil atas lantai rumah kerana mereka tidak menghiraukan permintaan saya untuk ke tandas dan mengarahkan supaya diam,” kata Puziah Abdul Rahman, 71, yang berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di Kampung Mayon, Chengkau di sini, diceroboh tiga penjenayah, awal pagi semalam.

Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat ditumbuk penjenayah.


Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi.

“Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga lelaki memegang parang di tangga dapur rumah.


“Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.


Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari barang berharga.

No comments:

Post a Comment