Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Wednesday, July 13, 2011
ustaz
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Ustaz Zamri yang diperkenalkan dan dimasyhurkan oleh TV9, sebenarnya ia merungkaikan satu lagi permasalahan yang seringkali tidak kita pedulikan. Permasalahan yang sebenarnya mencampakkan kita ke jurang kesyirikan biarpun kita beranggapan apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan negara, masyarakat mahupun anak cucu akan datang.
Ustaz Zamri boleh memberikan seribu satu macam alasan atas perbuatannya menyertai demonstrasi atau perarakan haram BERSIH 2.0. Ustaz Zamri juga boleh menggunakan alasan bahawa 'haram' berkenaan adalah haram yang dihukumkan oleh manusia, bukannya haram syarie yang qathi'e.
Bagaimanapun untuk menyalahkan Ustaz Zamri yang banyak memperolehi nikmat daripada hasil PENYENGUTUANNYA dengan anak syarikat Media Prima Sdn. Bhd. yang majoriti sahamnya adalah milik UMNO Malaysia, adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali. Walaupun Penerbitan Telaga Biru yang turut memperolehi hasil yang melimpah ruah kesan daripada penjualan buku mereka tentang pelajaran Tajwid menerusi Program Mari Membaca Al Quran di mana buku tersebut dijadikan sebagai rujukan utama, Ustaz Zamri mempunyai hak untuk memaparkan pendiriannya berhubung tuntutan yang dianggapnya betul serta tepat.
Maka betullah seperti yang dikatakannya bahawa berhimpun secara aman adalah hak asasi yang tertulis di dalam Perlembagaan (Artikel 10). Cuma bab hukum 'HARUS' yang dinyatakannya itu mungkin boleh dipertikaikan walaupun diakhiri dengan HARAMnya provokasi atau kekacauan daripada perhimpunan berkenaan.
Barangkali untuk menjatuhkan HARAM kepada Ustaz Zamri, ia adalah tindakan yang keterlaluan kerana Ustaz Zamri tidak melakukan provokasi sebaliknya sekadar berarak bersama-sama penunjuk perasaan yang lain.
Namun dalam ajaran Islam, ada satu bab yang memperkatakan tentang sikap yang perlu dihindari memandangkan sikap tersebut mendekatkan diri kita dengan kesyirikan iaitu GHULUW.
Ghuluw bermaksud berlebih-lebihan, dalam perkara agama sehingga melampaui apa yang telah ditetapkan melalui batasan syariat sama ada berbentuk keyakinan mahupun perbuatan. Dan terkandung di dalam Ghuluw adalah 4 perkara iaitu:
(a) Tanaththu' (Ekstrim)
(b) Tasyaddud (Memberat-beratkan diri)
(c) I'tida' (Melampaui ketetapan syariat)
(d) Takalluf (Memaksakan diri dengan mengada-adakan sesuatu)
Agak-agaknya di manakah KEHARUSAN pada hukum yang dinyatakan oleh Ustaz Zamri dalam hal demonstrasi BERSIH 2.0? Adakah 8 tuntutan BERSIH 2.0 merupakan satu keperluan sebagai keharusan pada demonstrasi dan perarakan yang bukan sahaja menyusahkan para warga kota, sebaliknya turut menjejaskan ekonomi dan perniagaan di kawasan yang diadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan.
sumber dari blog the flying kick
Share
Disqus
Like
Dislike
Login
Add New Comment
Image
Showing 7 comments
Melayupasirgudang
Janganlah nak berselindung atas nama hak asasi dan di lindungi perlembagaan.....sudah terang lagi nyata perbuatan itu memberi keburukan kenapa tak dapat berfikir....sebelum 9 Julai dah banyak nasihat di beri, malah YDP Agong sendiri sebagai ketua Agama Islam dah melarang......awat lagi nak berhimpun...taati allah,taati rasull dan taati lah pemimpin di kalangan kamu.
Like
Reply
8 hours ago
1 Like
Andalaspj3
ustaz2 katnegara kita takmabok arak tapi tengok RM diaorang mabuk.Mabuklah tu Zamri ooooii sah dalam hati x taman.hati kamu ingat ingat apa...yg masuk join puak2 tolol jangan lah kita semua jadi Ostad pondok bas.nakjadi orang baik2 bukan pekara senang Zamri ooi
Like
Reply
6 hours ago
ustaz jugak
ustaz zamri! Kalau baca blog ni tolong jawab 1 je soalan : Apakah hukumnya menutup pintu rezeki peniaga2 sepanjang jalan yang dilalui oleh ustaz dan Pengikut Ambiga Sejati dalam perhimpunan BERSHIT?
Like
Reply
7 hours ago
Mantop
Wa dah lama tahu psal mamat ni. Mulut hancing dho kutuk kerajaan bila ceramah. Jangan terkejut bro banyak lagi spesies macam ni. Munafik n hipokrit. Silap lu gak bro... suka sangat samakan Islam dengan hamPAS. Wa dah lama ubah persepsi; orang beragama bukan terletak pada pakaian atau tutur kata atau dahi bertanda apatah lagi parti anutannya. Nilailah orang beragama dengan ilmunya. Kapir hamPAS ni banyak sangat ilmu sonsangnye. Aku ada member taraf alim ulanyak hamPAS tapi wat mak dia mcam kain buruk! So heran ke? Tak pun! sebab hamPAS bukan ISLAM.
Like
Reply
8 hours ago
Maykota
Maka betullah seperti yang dikatakannya bahawa berhimpun secara aman adalah hak asasi yang tertulis di dalam Perlembagaan (Artikel 10). Tetapi Ustaz ini berhimpun secara HARAM. dan artikel 10 tak terpakai dalam hal ini.
Like
Reply
8 hours ago
Suka
klu camtu apa hukum tuh...mai kita pakat2 bincang...
Like
Reply
8 hours ago
in reply to Maykota
Moon
Tak payah layan ustaz bodoh tu......
Like
Reply
5 hours ago
in reply
No comments:
Post a Comment