Thursday, June 2, 2011

Cemerlang Tak Dapat Biasiswa

Pelajar cemerlang 8A+ gagal dapat tajaan Mara

BUMIPUTRA CEMERLANG,
Lembah Klang

KAMI pelajar cemerlang bumiputera lepasan SPM 2010 yang mendapat keputusan 8A+ ke atas yang telah memohon tajaan Mara untuk program ijazah luar negara (PILN) tetapi telah gagal dalam temu duga. Kami rasa terbiar begitu sahaja tanpa ada pembelaan daripada mana-mana pihak.

Difahamkan oleh pihak Mara terdapat lebih seratus pelajar cemerlang yang telah gagal mendapat tajaan.

Kami telah menulis surat rayuan memohon agar Mara mempertimbangkan semula permohonan kami. Tetapi kami kecewa dengan jawapan pihak Mara seperti rayuan hanya berjaya jika ada kekosongan iaitu jika ada pelajar yang telah ditawarkan tetapi menolaknya.

Kami tidak mempunyai pilihan selain melanjutkan pengajian ke pusat asasi dan matrikulasi sama seperti pelajar-pelajar lain.

Kami berharap jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semua pelajar cemerlang mendapat keputusan 8A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak mendapat tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dilaksanakan juga kepada kami.

Kami juga berharap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang Mara di bawah kementeriannya dapat mempertimbangkan dengan sewajarnya rayuan seterusnya menawarkan tajaan kepada kami.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment