Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Monday, May 23, 2011
Uda
JANJI TAK PINGGIR, TAPI AKHIRNYA SEPAK BUMIPUTERA!!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 4:00 PM | |
Nur Jazlan Mohammad menegaskan projek Bukit Bintang City Centre tidak akan meminggirkan Bumiputera. Kemelut tersebut muncul apabila Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Musa Syeikh Fazhil mendakwa, projek yang akan dibangunkan di atas tapak Penjara Pudu, lebih mementingkan syarikat dari China berbanding menggunakan khidmat Bumiputera.
Walau apa pun alasan yang diberikan olehl Nur Jazlan, sebenarnya kemelut kontraktor Bumiputera mahupun peluang perniagaan kepada Bumiputera sudah terlalu lama berlarutan. Bahkan Pudu itu sendiri adalah bukti betapa Bumiputera akhirnya terpinggir dan Pudu menjadi pekan Cina sampai sekarang.
Pudu merupakan sebahagian daripada kawasan yang dipertanggungjawab kepada Penghulu Melayu Kuala Lumpur pada awal kewujudan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, perubahan masa telah menyaksikan, tiada lagi Melayu yang tinggal di Pudu melainkan sebagai ahli bomba, anggota polis dan penagih dadah serta golongan yang tidak berumah. Mencari pemastautin Melayu di Pudu, ibarat mencari seorang China di Zambia!
Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh UDA Holdings kepada Bumiputera sungguhpun UDA ditubuhkan untuk mengangkat martabat ekonomi Melayu di kawasan bandar? Semenjak UDA bertukar menjadi syarikat korporat, kebanyakan projek UDA terlalu banyak bersifat kapitalis. Tanggungjawab sosial UDA kepada Bumiputera juga nampaknya semakin kurang kerana membantu Bumiputera bererti UDA akan hilang profit besar.
Pada masa yang sama, Nur Jazlan sudah pun mengakui, UDA tidak lagi mampu memperjuangkan agenda Bumiputera sepertimana yang digariskan ketika UDA ditubuhkan. Secara tidak langsung, Nur Jazlan juga mengakui, Bumiputera boleh melihat UDA seperti syarikat-syarikat pemaju yang lain. Bezanya UDA dahulu bermula dengan modal daripada kerajaan, tetapi sekarang seperti yang dikatakan oleh Nur Jazlan tidak lagi menerima suntikan modal atau bank tanah. Manakala syarikat pemaju bukan Bumiputera yang begitu galak membina rumah bukan untuk Bumiputera pula, memang tidak menerima suntikan daripada kerajaan dan tidak menerima bank tanah, tetapi mereka sentiasa berpegang kepada agenda untuk memperbanyakkan hartanah bukan Bumiputera di merata-rata tempat khususnya di kawasan yang dikuasai oleh Bumiputera.
ANDA BOLEH RUJUK DI SINI
No comments:
Post a Comment