Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Monday, January 10, 2011
Masjid India Dimonopoli Orang Asing
Jalan Masjid India kini...
Jalan Masjid India adalah antara kawasan perniagaan sibuk yang menjadi tumpuan warga kota.
KALAU disebut Jalan Masjid India, semua orang akan bangga dengan kepesatan perniagaan runcit orang Melayu dan kita dapat bayangkan orang Melayu memang tidak ketinggalan dalam perniagaan runcit ini sebenarnya. Seringkali saya ke sana untuk membeli barangan keperluan dan ia merupakan tempat sehenti bagi kebanyakan orang Melayu.
Namun begitu, kebanggaan saya telah lenyap setelah mendapat tahu yang tuan punya perniagaan di Jalan Masjid India rata-ratanya di monopoli oleh warga asing. Ke mana perginya peniaga Melayu?
Hakikatnya, kebanyakan peniaga di Jalan Masjid India merupakan peniaga warga asing, ini termasuk sama ada peniaga serta pekerja di kedai rata-rata dimonopoli warga asing dari Indonesia, Pakistan, India dan China daripada perniagaan karpet, tudung, kain, keperluan am dan sebagainya.
Saya hairan, bagaimana mereka dengan mudah mendapat lesen perniagaan dan meraih keuntungan berlipat kali ganda di negara kita tanpa sekatan.
Wang yang diperoleh mereka itu akan dihantar pulang ke luar negara menyebabkan berlaku pengaliran wang ke luar negara yang besar dan akan menjejaskan ekonomi negara.
Di samping itu, premis-premis di Jalan Masjid India dimiliki oleh warga-warga asing ini dan mereka menyewa lot-lot kedai kepada orang Malaysia dengan sewa yang amat tinggi. Saya selalu membeli belah di Jalan Masjid India dan rata-rata pekerja kedai di sana juga adalah warga asing.
Yang amat menghairankan saya ialah, tuan punya kedai pun warga asing. Saya ingin mendapat penjelasan DBKL, pihak Imigresen dan lain-lain, bagaimana mereka ini dengan mudah berniaga dan mendapat lesen berniaga di negara kita?
Tidak adakah sebarang pemantauan dilakukan terhadap warga asing ini? Mengenai permit kerja dan visa untuk tinggal di Malaysia, mengapa mereka dengan mudah tinggal di Malaysia sehingga ada yang tinggal melebihi sepuluh tahun di sini? Kenapa tiada serbuan dilakukan oleh pihak Imigresen dan berwajib?
Baru-baru ini, isu mengenai pemilikan rumah oleh warga asing di Malaysia yang berleluasa menyebabkan harga rumah meningkat mendadak menjejas pemilikan rumah bagi penduduk tempatan.
Saya mohon pihak berwajib supaya dapat menyelidiki perkara ini kerana Jalan Masjid India merupakan satu lambang kemegahan orang Melayu yang kini dimonopoli oleh warga asing.
Saya dimaklumkan, bukan tiada peniaga Melayu yang hendak berniaga di sana, tapi warga asing ini telah mewujudkan jaringan koloni perhubungan. Setiap kedai kosong, pasti akan dimonopoli pihak mereka dahulu dan peniaga Melayu amat sukar untuk bertapak di sana.
Walaupun ada peniaga Melayu yang telah lama bertapak, tapi jumlahnya amat kecil kerana jaringan perniagaan yang dimonopoli oleh warga asing ini.
WARGA PRIHATIN
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment