Tuesday, December 14, 2010

Felda

Pembangkang cuba bangkitkan rasa tidak puas hati peneroka

SATU demi satu serangan diatur oleh pakatan pembangkang terhadap Felda seolah-olah apa saja yang dilakukan oleh agensi kerajaan itu semuanya tidak betul.

Kini, Felda terus diasak dengan sentimen politik oleh pihak pembangkang yang cuba memanipulasikan generasi kedua di tanah rancangan itu.

Jangan dilupakan fakta bahawa sejak 1956 hingga hari ini, Felda berjaya mengeluarkan sejumlah 112,635 keluarga daripada putaran ganas kemiskinan.

Perjuangan penubuhan Felda sudah membuahkan hasil apabila semua 317 buah tanah rancangan Felda kini diiktiraf sebagai masyarakat contoh bagi kawasan luar bandar.

Felda juga berjaya melahirkan ramai anak- anak peneroka yang boleh dijadikan ikon kepada rakyat negara ini ekoran kejayaan mereka dalam pelbagai bidang antaranya keusahawanan, perubatan, pentadbiran, pendidikan, masakan dan hiburan.

Justeru, perbuatan golongan yang melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap Felda wajar digelar sebagai pengkhianat dan petualang bangsa.

Tidak salah gelaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada golongan tersebut kerana perbuatan mereka itu mencemarkan sebuah institusi yang begitu besar jasa dan budinya kepada masyarakat peneroka.

Golongan yang cuba memburuk-burukkan Felda itu dengan pelbagai tuduhan negatif sebenarnya turut merosakkan minda masyarakat peneroka.

Pihak yang mendakwa Felda bankrap sebenarnya telah membuat pembohongan kedua terbesar selepas kononnya akan mengambil alih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008.

Sebenarnya Felda tidak pernah pun bankrap sebaliknya akan terus membela dan membangunkan masyarakat peneroka termasuk generasi kedua dan ketiganya.

Sebab itu, Perdana Menteri berkata, adalah wajib bagi rakyat termasuk warga Felda untuk mempertahankan kerajaan sedia ada di Putrajaya.

Jadi kepada lebih dua juta warga Felda termasuk generasi kedua dan ketiganya di seluruh negara, mereka diseru bangkit mempertahankan Putrajaya yang diterajui oleh kerajaan sekarang bagi menjamin kelangsungan perjuangan membangunkan tanah rancangan itu.

Masyarakat Felda sebenarnya ada tanggungjawab mempertahankan Putrajaya. Ini kerana kita bimbang jika pihak pembangkang mengambil alih pemerintahan negara dan tidak mahu meneruskan konsep ketuanan Melayu, tidak mustahil Felda juga akan ditutup.

Oleh itu, seluruh peneroka Felda elok diperingatkan supaya jangan membiarkan diri mereka dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda politik sempit dan bertujuan menjatuhkan imej kerajaan.

Peneroka jangan terpengaruh dengan hasutan serta tohmahan liar pihak berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.

Sebab itu peneroka Felda diingatkan agar menangani isu remeh-temeh yang dihebahkan oleh pihak tertentu dengan niat mahu memecahkan perpaduan peneroka, secara bijaksana.

Isu-isu seperti tanam semula, pemberian taraf hak milik dan harga perahan minyak kelapa sawit adalah antara perkara yang menjadi modal pihak tertentu sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.

Tetapi ingatlah, pihak yang dikatakan pembela peneroka ini sebenarnya adalah pembelot. Percayalah, peneroka semua akan ditinggalkan selepas mereka memperoleh apa yang mereka inginkan.

Lihat sahaja apa yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang. Hakikatnya, apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh mereka cukup teruk dan kelam-kabut

No comments:

Post a Comment