Saturday, October 9, 2010

Alahai Azmin

SIAPA AZMIN?

TANPA rasa silu dan muhasabah diri, siapakah manusia hilang adab dan budi bernama Azmin Ali? Tidak malukah dia? Busuk hati sungguh apa yang diucapkan ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke hospital di Australia. Azmin ibarat buta hati, buta mata dan buta sejarah.

Jika dibanding dengan Dr. Mahathir, tidak ada apa pun pada nama Azmin. Kosong jasanya kepada bangsanya dan negara tanah tumpah darahnya! Jasanya hanyalah kepada seorang manusia yang begitu mabukkan kuasa, yang tanpa jemu menangguhkan yang hak dan sangat suka mendampingi musuh-musuh Islam yang nyata.

Sudah banyak tempat saya pergi, sekelian banyak umat Islam berbangsa asing juga memuji keberanian, kelantangan dan karisma Dr. Mahathir ketika pemimpin negara maju memandang sepi dan enteng kehebatan Islam dan orang timur. Banyak yang telah dilakukan dalam menaikkan nama Islam di mata dunia.

Bukan sahaja dari kata-katanya yang tajam dalam mematahkan hujah dangkal musuh Islam tetapi juga beliau melaksanakannya. Sehingga ke hari ini, beliau masih lagi berjihad. Sudahkah Azmin melunaskan fardhu kifayah seperti yang dilakukan oleh Dr. Mahathir ketika agama Islam dipandang serong?

HANIZA AHMAD

Muar, Johor

No comments:

Post a Comment