
Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Monday, December 15, 2014
Thursday, December 4, 2014
mengapa us dendam pada tun
Dendam Amerika Pada Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu!!!
( ADAKAH PARTI PEMBANGKANG PROKSI MEREKA DI MALAYSIA INI )

Pada tahun 1988, apabila Negara dari Benua Afrika itu Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negaranya, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri dalam bidang itu. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi sebuah syarikat yang dikenali TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan sebelum bermulanya.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China.
Dan
menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Nota : Memang berani betul Tun Dr Mahathir ini. Apapun kita doakan beliau sihat sejahtera dan dipanjangkan umur Mudah-mudahan. Apa pun Tun Dr Mahathir merupakan seorang yang telah berjaya banyak kepada negara kita yang tercinta ini. sumber blog kutukan dewata
Posted by Kutukan Dewata at 11:00
Wednesday, December 3, 2014
rtp..kerajaan buat utk rakyat
Sape kat sini anak peserta RANCANGAN TANAH PEMUDA (R.T.P)..
Melibatkan seramai 386 peserta dalam 8 buah rancangan tanah. Projek ini diambilalih daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang pada 1971. Setiap peserta dikurniakan lot ladang seluas 8 ekar, sebuah rumah di atas lot seluas 0.5 ekar serta dusun seluas 2 ekar. Kos keseluruhan projek ini adalah RM 4 juta.
Rancangan tanah terlibat ialah RTP Bukit Goh (Kuantan), RTP Pulau Manis (Pekan), RTP Sepayang (Rompin), RTP Kg Awah (Bera), RTP Klau (Raub), RTP Lebu (Bentong), RTP Bukit Dinding (Jerantut) dan RTP Sg Ular (Kuala Lipis).
Rancangan tanah terlibat ialah RTP Bukit Goh (Kuantan), RTP Pulau Manis (Pekan), RTP Sepayang (Rompin), RTP Kg Awah (Bera), RTP Klau (Raub), RTP Lebu (Bentong), RTP Bukit Dinding (Jerantut) dan RTP Sg Ular (Kuala Lipis).
Sumber: LKPP Negeri Pahang
Tuesday, December 2, 2014
negara yg tiada subsidi minyak
Tanpa Subsidi Minyak. Ini Yang Berlaku Di Australia
Memandangkan harga minyak telah diapungkan mengikut pasaran dunia, maka terdapat banyak spekulasi tentang ketulusan kerajaan dalam penentuan harga. Ada yang setuju dan ada yang tidak terhadap spekulasi tersebut.
Kami disini tidak berminat untuk bercerita tentang politik apatah lagi memihak kepada mana-mana parti politik. Kami hanya ingin berkongsi penulisan seorang pengguna Facebook bernama Abu A’aff Al-Aajily yang menulis tentang perbezaan di Australia tanpa subsidi minyak.
Dari penulisan beliau, kami dapat simpulkan bahawa tanpa subsidi banyak pengajaran yang boleh diambil apabila melihat dari sudut positif.
Ini perkongsian tersebut:
Patutlah tiada subsidi minyak di Australia… Mereka ada banyak pilihan:
- RON91 untuk golongan miskin (contohnya rakyat Malaysia yang melancong ke Australia)
- RON95 untuk golongan pertengahan (contohnya rakyat Malaysia yang kaya datang Australia untuk tujuan bisnes atau hantar anak study)
- RON98 untuk golongan kaya (contohnya rakyat Malaysia yang terlajak kaya kerana merupakan isteri dot dot dot datang shopping di Australia)
Rakyat diutamakan petrol dipelbagaikan
Ingatkah anda, satu masa dulu Petronas terpaksa belanja jutaan ringgit untuk tampalkan logo stesen minyak mereka yang seakan-akan logo sebuah parti politik lawan?
Adakah perbelanjaan jutaan ringgit terpaksa dibuat sekali lagi bagi menambahkan panel yang mempamerkan harga minyak semasa?
Di Australia, harga minyak berubah-ubah hampir setiap hari, malah harga minyak di dua buah stesen minyak bersebelahan juga berbeza-beza. Stesen minyak yang dikuasai syarikat hypermarket tempatan akan menawarkan diskaun 4 sen jika doket resit membeli belah dipamerkan (bagi pembelian melebihi AUD $30)
Hairan, walaupun tiada subsidi minyak saya lihat tiada orang pakai motor kapcai di Australia selain posmen.
Jika di negara kita, harga barang sentiasa naik, lain pula halnya di Australia. Harga barang semakin menurun. 4 tahun lalu, harga roti ini ialah AUD $1.20 sebuku. Kira-kira dua tahun lalu, harganya turun AUD $1 sebuku.
Dalam lawatan kali ini, saya dapati harganya turun lagi AUD $0.85 sebuku. Ini hanyalah satu contoh barangan di samping pelbagai lagi barangan lain yang juga semakin turun harganya. Mungkin inilah manfaatnya apabila tiada subsidi minyak di Australia.
Semoga harga roti di Malaysia juga akan menurun dalam tempoh 2 tahun selepas subsidi minyak dimansuhkan.
Oh, seblum saya lupa, harga-harga yang diaebutkan di atas adalah termasuk cukai GST sebanyak 10%. Malaysia mengambil langkah tepat menuju negara maju dgn memperkenalkan cukai GST bermula April 2015, malah lebih murah berbanding Australia. Tentu ekonomi Malaysia akan bertambah baik.
LIKE Facebook The Vocket
Monday, December 1, 2014
gst dipolitikkan
Home » » GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST
GST: BUAT MEREKA YANG INGIN TAHU APA ITU GST
Ramai masyarakat kita di luar sana kurang faham tentang Cukai GST. Pihak yang berkenaan pula sering menyampaikan penerangan GST lebih kepada aspek pengiraan teknikal. Kekadang susah nak faham.
Puak-puak yang tidak bertanggungjawab pula menggunakan kecelaruan dan ketidakfahaman masyarakat berkaitan GST untuk memburuk-burukkan sistem percukaian moden tersebut. Walhal mereka sendiri pun tak faham dan buat-buat tak faham kerana takut kehilangan pengaruh. Al maklumlah tanpa fitnah dan pembohongan maka matilah perjuangan mereka.
Apabila tak faham, termakan pula dengan hasutan dan dakyah songsang maka akan lahirlah masyarakat yang keliru dan haru biru. Inilah yang disukai oleh puak-puak pembangkang. Maka pihak-pihak berkenaan perlu bekerja keras membetulkan persepsi negatif tersebut. Tak apalah perbuatan baik selalu mendapat ujian dan cabaran.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Kenapa kerajaan melaksanakan GST, Apa sistem cukai selama ini SST tak baikkah?
Pada masakini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli iaitu;
Cukai Jualan - 10% dan Cukai Perkhidmatan - 6% menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita.
Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.
Untuk apa GST diperkenalkan?
GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masakini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Kerajaan mendapati Cukai Jualan dan Perkhidmatan mempunyai kelemahan iaitu;
- Bagi mengelak cukai terselindung yang menjadi kos kepada harga akhir yang sebenarnya melampau akibat pengambilan untung berlebihan oleh para pemborong, peruncit dan peniaga.
- Bagi mengelak cukai bertindih yang sebenarnya membebankan para pengguna yang dikenakan cukai sebanyak dua kali.
- Bagi mengelak caj perkhidmatan yang disembunyikan yang mana ia tidak diisytiharkan oleh para peniaga/penjual barangan di dalam resit dan bil-bil kita bagi meningkatkan margin keuntungan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka.
- Bagi mengelak perbuatan khianat ekonomi yang dilakukan oleh segelintir golongan peruncit dan peniaga yang sengaja menyorok barangan, mengurangkan sukatan, memonopoli barang dan memanipulasi harga.
![]() |
| Contoh penipuan dilakukan oleh golongan peniaga yang tak faham GST dan sengaja ingin menjatuhkan imej Kerajaan. Hanya di Selangor... |
Kadar GST Malaysia membebankan?
Pendapat ini salah sama sekali. Secara perbandingan kadar GST di negara-negara anggota ASEAN;
Kadar GST yang berbeza di kalangan Negara-Negara anggota ASEAN
Bil
|
Negara-Negara ASEAN
|
Tahun diperkenalkan
|
Kadar GST dikenakan
|
1
|
Indonesia
|
1984
|
10%
|
2
|
Filipina
|
1988
|
10%
|
3
|
Kemboja
|
1999
|
10%
|
4
|
Laos
|
2009
|
10%
|
5
|
Singapura
|
1999
|
7%
|
6
|
Thailand
|
1992
|
10%
|
7
|
Vietnam
|
1999
|
10%
|
8
|
Malaysia
|
2015
|
6%
|
9
|
Brunei
|
-
|
-
|
10
|
Myanmar
|
(Dalam kajian)
|
(Dalam kajian)
|
Sumber: http://etp.pemandu.gov.my/Transformation_Unplugged-@-Why_we_need_GST.aspx
Apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015 ke atas semua barangan dan perkhidmatan, adakah bermakna bahawa semua barang akan menjadi mahal?
Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Perubahan sesuatu harga barang atau caj perkhidmatan adalah amat minimum.
Banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.
Pada masakini terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur dengan sengaja menjual harga barang mahal kerana ingin mengambil keuntungan berganda sebelum perlaksanaan dan mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan kerana sikap khianat mereka. Para pengguna boleh melapor pada pihak berwajib dan boikot produk atau premis mereka.
Apa yang dikenakan cukai dan apa yang tidak?
Senarai barangan yang tidak dikenakan GST.
Perkara
|
Produk-produk barangan yang tidak dikenakan Cukai GST
|
Barang makanan asas
|
beras, gula, tepung, minyak masak,kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan
|
Penggunaan Utiliti
|
Bekalan air paip dan 200 unit pertama eletrik sebulan bagi pengguna
|
Perkhidmatan yang disediakan kerajaan
|
perkhidmatan kesihatan, pengeluaran pasport, pembelajaran disekolah
|
Perkhidmatan pengangkutan
|
bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya
|
Perumahan
|
Proses jual beli dan sewa rumah kediaman
|
Kewangan
|
Perkhidmatan kewangan terpilih
|
Harga kenderaan pula semakin lama semakin turun hasil perlaksanaan Dasar Automotif Negara 2014. Perumahan rakyat semakin giat dibina, ia masih mampu dibeli atau disewa. Perkhidmatan perubatan diberi percuma dan murah buat rakyat Malaysia. Semua rakyat turut berhak mendapat pendidikan yang berkualiti.
Manakala banyak pasaraya dan kedai mengambil bahagian dalam promosi jualan harga murah. Cuma kita hanya perlu rajin, bijak dan berhemah ketika berbelanja serta selalulah menabung dalam pelbagai skim amanah saham dan insuran yang diiktiraf kerajaan agar kehidupan kita dan keluarga lebih terjamin di masa hadapan.
Pada peringkat mana cukai GST dikenakan?
Cukai GST akan dikenakan di setiap peringkat pengedaran atau rantai pembekalan iaitu dari pihak pengimport, pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga. Dengan kata lain, hakikatnya setiap peringkat rantaian ini memerlukan pihak syarikat pengisyitiharan segala sumber, aliran dan akaun pendapatan mereka kepada pihak berwajib. Ini menggambarkan GST adalah sistem yang telus.
Perlaksanaan GST akan menyebabkan banyak syarikat asing akan lari dan syarikat tempatan akan bankrap?
Ini adalah tohmahan liar dan tidak berasas. Hakikatnya, Malaysia merupakan antara negara mesra pelabur kerana kestabilan politik dan sosio ekonominya serta kecanggihan prasarananya berbanding dengan beberapa negara rantau ASEAN yang lain. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan sikap rajin, berpengetahuan, setia dan mudah berkomunikasi.
Syarikat-syarikat besar yang mementingkan kualiti biasanya tidak akan gentar dengan GST malah lebih menyukainya kerana sistem percukaian ini lebih cekap, telus dan terkini. Malah kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif seperti kemudahan kredit, latihan, pengecualian cukai dan sebagainya demi menjaga kebajikan sektor perniagaan dan korporat di negara ini.
Adakah Indeks Harga Pengguna (IHP) akan naik selepas perlaksanaan GST?
GST bukan kos kepada perniagaan. Dengan perlaksanaan GST maka Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka akan turun bagi sesetengah barangan dan perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakasan rumah, penyelenggaraan, komunikasi.
Manakala IHP yang dijangka meningkat adalah minuman beralkohol, arak, tembakau (rokok, cerut), pendidikan swasta, restoran di hotel, pawagam, spa dan sebagainya. Produk dan perkhidmatan ini bukannya satu keperluan yang kerap tetapi lebih kepada kemewahan dan bersifat sekali-sekala.
Untuk pendidikan swasta kerajaan turut menyediakan dana PTPTN yang mana akan diberi percuma sebagai biasiswa jika seseorang pelajar itu cemerlang dalam pengajiannya. Manakala banyak skim insuran kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perubatan swasta.
GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma akibat penambahbaikan sistem cukai ini berkemungkinan ada segelintir peniaga tidak terlepas dari pengisytiharan sumber, aliran dan pendapatan mereka yang selama ini ‘disorokkan’ dan mereka terpaksa membayarnya bila sistem percukaian GST dilaksanakan. Inilah dikatakan GST mampu mengelak ketirisan dan penyelewengan dalam perniagaan.
GST memiskinkan dan menyusahkan rakyat? Apa yang kerajaan lakukan untuk membantu rakyat?
Pendapat ini salah sama sekali. Banyak bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Untuk mengatasi sebarang peningkatan harga secara mengejut maka kerajaan akan memberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada penerima BR1M yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Pendapatan ini boleh digunakan secara beransur-ansur bagi menampung lebihan belanja akibat kenaikkan kos sara hidup setiap bulan, bukannya diperhabiskan dalam tempoh sekelip mata.
Rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin tidak akan dikenakan sebarang cukai GST jika mereka tidak membayar makanan atau menginap di hotel-hotel, restoran makanan segera, menonton wayang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan spa dan sebagainya.
![]() |
| Contoh mudah pengiraan GST...jom makan KFC |
Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan pada kadar yang sama?
Tidak, melalui perlaksanaan GST kadar cukai individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.
Kadar pendapatan bercukai juga akan dinaikkan kepada melebihi RM500,000. Jika di bawah nilai ini mereka tidak perlu berdaftar dan membayar GST.
Dengan itu mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja atau menabung. Ini adalah inisiatif nyata kerajaan bagi membantu dan menjaga kebajikan rakyat.
Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.
Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Perlu diingat, golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000.00 sebulan tidak dikenakan cukai. Bahkan mereka akan dapat lagi BR1M tahunan dan pelbagai insentif kewangan dan bantuan dari kerajaan. Inilah yang dikatakan rakyat diutamakan dan kebajikan mereka dijaga.
Nak tahu kena cukai atau tidak berdaftarlah pada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN)
Bagaimana pula dengan sektor perniagaan?
- Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan korporat maksimum 26% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016.
- Cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana akan diturunkan daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
- Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksirn 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan.
- Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
- Potongan cukai tambahan untuk beli kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
- Geran latihan GST berjumlah RM100 juta dan bantuan pembelian perisian perakauan GST berjumlah RM150 juta.
Dengan pemberian insentif-insentif ini, maka kos harga jualan barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan dengan begitu banyak. Secara langsung harga barangan akan menjadi lebih murah. Namun jika ada peniaga menjual barang kepada pengguna dengan harga mahal, maka ia adalah salah penjual tersebut yang melakukan khianat pada kita.
Kenapa GST dilaksanakan sekarang dan bukannya kemudian apabila tiada lagi ketirisan ekonomi?
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk mengurang dan membenteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan pengkhianat-pegkhianat ekonomi. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem perekonomian dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan sistem pengurusan yang lebih cekap dan telus.
Kerajaan berpendapat bahawa kadar inflasi negara pada masa kini bawah 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perlaksanaan GST jika kadar inflasi tinggi.
GST memiskinkan rakyat dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah?
Pendapat ini salah sama sekali. Apabila sistem kutipan percukaian semakin baik dan cekap, banyak ketirisan ekonomi berjaya dibenteras. Hasil pendapatan kerajaan semakin meningkat dan hasil tersebut akan dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur seperti sekolah, universiti, rawatan kesihatan kerajaan, subsidi baja dan pendidikan, pembinaan jalan raya, pembekalan utiliti, pembayaran gaji dan imbuhan perkhidmatan, peruntukkan kewangan pada negeri-negeri dan sebagainya.
Malah setiap tahun kerajaan telah menaikkan jumlah BR1M kepada golongan sasar selain pelbagai insentif kewangan dan bantuan bagi membantu rakyat dan golongan peniaga.
Kerajaan tidak lagi boleh bergantung harap pada sumbangan dari hasil petroleum Petronas untuk selama-lamanya kerana hasil bahan mentah tersebut semakin berkurangan dan syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penerokaan di luar negara serta pengurusan syarikat.
Sudah lebih 160 buah negara di dunia telah berjaya melaksanakan GST. Adakah negara-negara ini semakin miskin dan rakyatnya semakin susah?
GST adalah cukai yang bertentangan dengan Islam?
Jika GST bercanggah dengan ajaran Islam mengapa beberapa negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (Organization of Islamic Countries – OIC) seperti Algeria, Turki, Jordan, Lebanon, Indonesia, Mesir, Iran, Uzbekistan, Turkmenistan, Pakistan, Kazakhstan dan sebagainya turut melaksanakannya? Kadarnya pula berbeza dari serendah 5% (Iran) hingga tertinggi 20% (Uzbekistan dan Tajikistan).
Kadar GST yang berbeza di kalangan sebahagian Negara-Negara Pertubuhan Islam Sedunia
Bil
|
Negara-Negara OIC
|
Tahun diperkenalkan
|
% Kadar GST dikenakan
|
Bil
|
Negara-Negara OIC
|
Tahun diperkenalkan
|
Kadar GST dikenakan
|
1
|
Indonesia
|
1984
|
10%
|
14
|
Turkmenistan
|
1993
|
15%
|
2
|
Turki
|
1984
|
10%
|
15
|
Jordan
|
1994
|
16%
|
3
|
Maghribi
|
1986
|
20%
|
16
|
Mauritania
|
1995
|
14%
|
4
|
Pakistan
|
1990
|
16%
|
17
|
Tunisia
|
1998
|
18%
|
5
|
Mesir
|
1991
|
10%
|
18
|
Kyrgyztan
|
1999
|
20%
|
6
|
Kazakhstan
|
1991
|
12%
|
19
|
Chad
|
2000
|
18%
|
7
|
Mali
|
1991
|
18%
|
20
|
Sudan
|
2000
|
15%
|
8
|
Bangladesh
|
1991
|
15%
|
21
|
Kosovo
|
2001
|
16%
|
9
|
Benin
|
1991
|
18%
|
22
|
Lebanon
|
2002
|
10%
|
10
|
Algeria
|
1992
|
17%
|
23
|
Ethopia
|
2003
|
15%
|
11
|
Azerbaijan
|
1992
|
18%
|
24
|
Bosnia Herz
|
2006
|
17%
|
12
|
Uzbekistan
|
1992
|
20%
|
25
|
Tajikistan
|
2007
|
20%
|
13
|
Burkina Faso
|
1993
|
18%
|
26
|
Iran
|
2008
|
5%
|
Adakah Negara-Negara OIC ini tidak Islamik? Hakikatnya, kadar GST 6% di Malaysia adalah jauh lebih rendah dari negara-negara lain yang mengenakan GST sehingga 27% (Hungary).
Jika GST adalah sistem percukaian yang zalim, mengapakah negara-negara dunia ini boleh dan berjaya melaksanakannya? Adakah mereka telah membatalkan GST dan melaksanakan suatu sistem percukaian yang lain yang lebih baik dari GST?
Dalam sejarah Islam, sistem percukaian mula dilaksanakan di zaman Khalifah Umar Al Khattab (633-644M) untuk membangunkan negara Islam dari pelbagai sudut. Jika cukai itu haram, apakah hukuman yang perlu dijatuhkan ke atas baginda?
Jadi apa peranan kita sebagai rakyat dalam menghadapi GST?
- Jangan percaya kepada spekulasi, fitnah dan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan GST
- Bertanya pada yang pakar GST, banyakkan membaca tentang kebaikan GST
- Sebagai pengguna sebelum membeli sesuatu barangan kita perlulah membuat perbandingan harga
- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna.
- Membeli di premis-premis jualan yang menawarkan harga berpatutan dan berkualiti
- Sentiasa memantau dan melaporkan apa-apa kenaikkan harga yang tidak munasabah kepada pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau persatuan-persatuan pengguna.
- Menggunakan kemudahan media sosial seperti sms,whatsapp,wechat, facebook, blog, twitter dan sebagainya untuk melaporkan perbuatan khianat ekonomi oleh golongan peniaga seterusnya kita memboikot premis mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)




38 comments:
Syarikat-syarikat besar seperti KFC dalam sistem GST dikecualikan cukai melalui rebet, tidak kepada pengguna. Manakala dalam SST, kedua-dua kontraktor dan pengguna dikenakan cukai.
Mungkin sebab itulah tidak ada tauke-tauke cina berdemo pasal GST ini, kerana umum kita lebih mengetahui golongan ini merupakan pengilang2 dan kontraktor2 besar di Malaysia (Margin Sentiasa Untung Amat Besar Wooo). Manakala rakyat marhean merupakan pengguna tegar barangan/khidmat mereka (Ada kemungkinan margin Untung/Rugi yang kecil bergantung kepada sektor barangan/perkhidmatan).
Di sini soal harga barangan mungkin naik, mungkin turun bergantung kepada sektor2 tertentu seperti yang dijelaskan oleh artikel, tetapi apa yang nyata dan jelas, jurang kekayaan di antara tauke-tauke ini (golongan kaya) dengan rakyat marhean akan bertambah besar. Dan inilah yang akan mengkayakan mereka berlipat kali ganda!!!
Yang menjadi persoalan kenapa di dalam GST, golongan kaya tidak dikenakan cukai tetapi pengguna dikenakan cukai?
Penceroboh adalah sebab:-
1. Agama Islam dipermainkan
2. Bahasa Melayu dirosakkan - Mereka masih mengagungkan Bahasa Inggeris
3. Raja-raja Melayu mahu dihapuskan (walhal Penceroboh ini tidak pernah menderita pun akibat Ketuanan Melayu)
4. Merosakkan ekonomi Orang Melayu
5. Menghalang Orang Melayu membeli rumah dan seterusnya menguasai majoriti undi satu satu kawasan dengan masyarakat Penceroboh.
6. Tidak Menghormati Tuan punya Negara Malaysia
7. Lebih Cina daripada Cina di negara China dengan sibuk membuka sebanyak banyak sekolah aliran Cina dengan sejarah China dan Bahasa China sebagai matapelajaran utama.
8. Membunuh ekonomi orang Melayu dengan pengambilan warga asing.
9. Merosakkan institusi kewangan Melayu dengan mengawal aliran wang masuk ke Negara.
10. Mereka adalah kafir laknat yang melawan perintah Allah dan Rasul Allah, makan binatang haram, makan babi dan tidak hormat bulan Ramadhan.
Apakah bangsa kafirun ini yang anda mahukan jadi pemimpin? Ini negara kita, MALAYsia bukan CINAsia. Hapuskan Penceroboh, halau Penceroboh!
Siapa yang kaya...peniaga !!!!...terutama peniaga atas angin contoh peniaga pasar tani dan pasar malam >>> mereka ni bayar cukai ke ??...tu sebab peniaga pasar malam, pasar tani terutama di bandar2 besar dan pekan2 yang semakin membangun semakin kaya raya....pendidikan setakat tingkatan 3 tetapi pendapatan mereka lebih RM 10 ribu setiap bulan, adakalanya melebihan pendapatan golongan profesional yang terbeban dengan pelbagai cukai
Catat Ulasan