1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.
2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini.
3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.
4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.
5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
Hipokrasi Anwar Ibrahim
6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.
7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.
8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.
9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.
10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.
11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.
PTPTN Perlukan Perubahan Drastik
12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.
13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.
14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.
15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.
16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.
17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.
18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang.
19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya.
20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang.
21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman.
22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.
23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat.
24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.
Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Friday, February 3, 2012
kakitangan awam akan diterajang dari blog flying kick

Bukan kecik anak jumlah kakitangan kerajaan di negara ini. Jumlahnya adalah lebih kurang 1.2 juta orang. Sebahagian daripada kakitangan kerajaan pula menjadikan trend menyokong Pakatan Rakyat sebagai satu kewajipan. Dan kakitangan awam inilah juga yang banyak membocorkan rahsia, kurang menjalankan tanggungjawab tetapi berangan-angan besar untuk hidup lebih selesa di bawah kerajaan baru.
Bagaimana agaknya kehidupan kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang di negara seandainya Pakatan Rakyat benar-benar mengambilalih kerajaan seperti yang sedang mereka usahakan sekarang?
Adakah kakitangan awam di negara ini akan 'terselamat'?
Yang sahihnya, penguasa sebenar jikalau Pakatan mengambilalih pentadbiran negara ini adalah DAP. Dan DAP menerusi mulut Tony Pua sudah mempunyai perancangan yang SANGAT BAIK untuk kakitangan awam.
Sebahagian besar daripada kakitangan awam yang juga merupakan sebahagian besarnya adalah orang Melayu akan diterajang keluar dan menjadi penganggur. Pengambilan kakitangan awam yang baru akan berasaskan kepada merit. Jumlah kakitangan awam yang 'terlalu ramai' sekarang adalah membazir dana rakyat, kata Tony Pua.
Tony Pua menyatakan jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat maka satu projek yang dinamakan sebagai "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" akan dilaksanakan untuk mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat peringkat setiap tahun. Tujuan utama Tony Pua mencadangkan sedemikian adalah kerana untuk mengurangkan perbelanjaan katanya. Penyelesaian untuk kurang belanja adalah membuang orang. Ini pilihan penyelesian mudah kerajaan pakatan pembangkang. (BACA DI SINI)
Mungkin sebahagian besar kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat akan beranggapan mereka terselamat kerana mereka adalah penyokong, tetapi berdasarkan kepada apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, selagi mereka berjenama Melayu dan Islam, sebarang tindakan tidak akan mengira sama ada menyokong Pakatan Rakyat mahupun sebaliknya.
Pengurangan kakitangan awam secara berperingkat-peringkat yer?
Mampuslah kakitangan awam yang seronok dan berangan-angan besar dengan Pakatan Rakyat!!!
bila melayu rasa malaysia kekal milik melayu
Bila bumi dipijak milik orang
Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my
ORANG Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.
Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.
Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri.
Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.
Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi.
Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia.
Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.
Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti.
'Jatuhnya' sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara.
Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.
Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu.
"Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi.
"Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara," katanya.
Menurut beliau, golongan yang 'tidak kisah' ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak.
Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP.
"DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik. Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara.
"Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita," tegasnya.
Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
"Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu.
"Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari," ujarnya.
Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.
"Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak.
"Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita," jelasnya.
Selain itu, beliau turut menegur usaha UMNO terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi.
"Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang UMNO kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda.
"Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar," katanya.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi.
"Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.
"Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi," ujarnya.
Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing.
"Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi).
"Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada," jelasnya.
Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri.
"Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik. Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi.
"Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam," tegasnya.

Thursday, February 2, 2012
pr yang mulakan sudah takut..dari blog papa gomo
Agak lucu bila seorang Blogger yang dikatakan pakar perang Media menyatakan kebebasan bersuara dan menolak politik Fitnah dan lucah keatas para pemimpin. Mungkin ada kebenaran apa yang dikatakan beliau tetapi jika Blogger lain yang bercakap pekara tersebut adalah lebih baik Kreabilitinya.
Blogger Anuar REFORM dalam entrinya sebelum ini menyatakan sokongan keatas Amin Iskandar penulis The Malaysian Insider yang membuat laporan Polis keatas Blogg Papa Gomo. Sokongan buat rakan seperjuangan dalam zaman Reformasi menentang Kerajaan yang mana mungkin ada pejuang UMNO menggangap ianya pekara biasa. Tetapi tidak pada Gomo dan juga rakan blogger yang lain.
Anwar Reform dalam entri nya menyatakan:
"Sebenarnya hak kebebasan bersuara tidak memuatkan hak untuk kita menuduh dan membuat fitnah. Budaya sebeginilah yang sebenarnya mahu diajukan kepada semua agar politik negara ini menjadi lebih matang dan lebih berintegriti"
Agak jangal bila seorang pejuang Reformasi menyatakan menolak budaya menfitnah dan menuduh. Mungkin beliau berada dalam halusinasi yang mana berfikir bahawa pemimpin UMNO menjaganya dengan begitu baik sama sekali sehingga mampu melupakan pekara yang pernah dilakukan beliau sewaktu berada di zaman Budaya Menfitnah dan menuduh Kerajaan terutama Tun Dr Mahathir.
‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan. - SUMBER
Mahafiraun, Mahazalim itulah kata kata blogger Reform pada satu waktu lalu yang tidak henti henti dalam melemparkan Fitnah dan mengaibkan Tun Dr Mahathir Perdana Menteri waktu itu. Malah pihak POLIS dikatakan Anjing Kerajaan dalam menyebarkan dakyah kepada rakyat Malaysia agar membenci kerajaan terutamanya UMNO.
Budaya Fitnah telah digerakkan oleh mereka yang beroperasi dalam IKD sewaktu zaman Raformasi. Blogger Anuar Reform pastinya masih ingat modus operandi yang dilakukan beliau bersama sama dengan Hishamuddin Rais dan beberapa nama lain dalam menfitnah dan menuduh Kerajaan, UMNO teruatama Tun Dr Mahathir.KLIK DISINI
Dimana pula kewarasan Blogger bernama Reform ini waktu itu? Apakah nilai menfitnah dan menuduh itu dan ini keatas UMNO, Kerajaan dan juga Tun Mahathir boleh dihalalkan dan dianggap pekara biasa?Malah sehingga hari ini beliau Blogger Reform yang kononya sudah berpaksikan UMNO masih lagi belum membuat sebarang permohonan MAAF keatas Ayahnda Tun Dr Mahathir diatas Fitnah yang beliau lakukan dahulu.
Zaman Fitnah Mahafiraun, Mahazalim pada waktu Anuar Reform ini melakukannya tidak sekadar melalui kata kata sebaliknya dizahirkan dalam gambar gambar Propaganda yang disebarkan keserata pelusuk tanah air. Pendek kata Mahazalim dan Mahafiraun pada waktu itu telah mengaibkan nama Tun Dr Mahathir.
Mungkin pemimpin UMNO lupa mengenai pekara ini, namun bagi ahli UMNO dibawah ini yang celik mata masih segar dalam ingatan bagaimana anjing anjing Anwar Ibrahim ini melakukan serangan bertubi tubi dalam menfitnah Kerajaan, UMNO dan Tun Dr Mahathir.
Gomo mempunyai rakan Blogger seperti GAP, Medan Info dan beberapa nama besar lain yang berjuang waktu ini melanyak Anwar Ibrahim dan Pakatan PAS, DAP teruatamnya PKR secara total. Mereka ini dahulunya adalah saliran dengan Anuar Reform yang mana merupakan pejuang zaman Reformasi.
Hasil dari kesedaran mereka keatas matlamat Anwar Ibrahim yang mempunyai matlamat menghancurkan negara maka mereka ini bertindak keluar pada tahun sebelumnya PRU12 yang lalu dan sehingga kini berjuang atas platform bebas menentang Anwar Ibrahim dan Pakatan. Gomo rasa pembaca boleh menilai tahap serangangang dilakukan oleh Blogger GAP, Medan Info Kita, dan yang lain keatas pembangkang.
Berbeda dengan Anuar Reform yang membuat BLOGG dengan nama UMNO Reform masih lagi seperti watak lalu yang tidak melakukan serangan ataupun melindungi kerajaan apatahlagi UMNO walaupun Blogg nya itu bernama UMNO. Mengapa berbeda dari perjuangan yang dilakukan Blogger GAP, Medan Info Kita dan lain lain?
Kemana sahaja Anuar Reform pergi pasti yang akan diulangnya adalah kebanggannya dalam menghasilkan Mahafiraun dan Mahazalim sewaktu zaman Reformasi. Kebanggan yang sekarang ini membutakan beberapa Blogger Pro Kerajaan dan juga Pemimpin Kerajaan. Tapi tidak bagi kami para pejuang yang ada hari ini terutama dalam media baru. Dosa lalu yang dilakukan Anuar Reform dan puak Anwarisnas masih segar dalam ingatan.
Sebenarnya waktu ini Gomo dan beberapa rakan lain diserang cukup hebat oleh pihak dari luar teruatama puak Chegubard dan juga dari kalangan Blogger UMNO sendiri. Bukan Gomo nak mendabik dada tetapi datanglah serangan bertubi tubi sekalipun Gomo tidak pernah mengalah dan mendapat sokongan yang meningkat dari hari ke hari.
Gomo berblogg kerana Anti kepada Anwar Ibrahim dan jika waktu ini banyak pihak yang cuba menghapuskan watak Gomo dalam arena politik Tanah air maka sudah kita tahu apa motif utama yang dijalankan oleh puak Anwarinas ini. Gomo pejuang tegar keatas Anwar Ibrahim dan pekara ini semua pembaca mengatahuinya, apa sahaja mengenai Anwar Ibrahim Gomo akan pastikan rakyat mengetahuinya dan dalam apa cara sekalipun Gomo akan dedahkan siapa Anwar Ibrahim.
Blogger Anuar Reform menolak politik lucah yang pada Gomo beliau tujukan pada entry Blogg Gomo yang mana mendedahkan Video Seks Anwar Ibrahim. Apakah benar beliau menolak politik Lucah ataupun menolak Video Seks Anwar Ibrahim diketahui masyarakat?
Gomo masih ada video Chegubard dan Anuar Reform dan tidak perlu lah Gomo menyatakan apa kandungan video tersebut sebaliknya tanyalah pada Anuar Reform apa mengapa Chegubard Maki Anwar Ibrahim dan mengapa beliau Anuar Reform pertahankan Anwar Ibrahim sewaktu menonton Video Seks tahun lalu dihadapan Dato Eskay.
Anuar Reform menolak politik Fitnah dengan menuduh seseorang individu, agak hairan bila seorang sahabat Chegubard tidak mampu menegur Chegubard yang berterusan menfitnah Datin Seri Rosmah Mansur dan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Apakah Anuar Reform terlepas pandang yang sahabat baiknya melemparkan Fitnah?
Biarlah apa sekalipun orang nak kata mengenai Papa Gomo, namun matlamat Gomo dalam mendedahkan siapa Anwar Ibrahim akan diteruskan sehingga ke akhir hayat. Sebagaimana yang Gomo katakan sebelum ini serangan bertali arus ketas Gomo adalah kerana serangan bertubi tubi yang Gomo lakukan keatas Anwar Ibrahim. Mungkin pihak pihak tertentu tidak senang mengenai pekara ini jadi matlamat "KILL THE MESSENGER" Mesti dilakukan keatas Papa Gomo.
Buat Anuar Reform dan sekutu seangkatan, Gomo nak katakan:
"U Fuck With Me, U Fuck With The Best"
Mahafiraun, Mahazalim yang dijalankan oleh Anuar reform dan rakan seangkatannya masih sedar dalam ingatan kami para pejuang pro Kerajaan kerana anda lah semua puak Anwarinas yang memulakan Politik Fitnah, Menuduh, Aib, Caci Maki, Lucah dan sebagainya.
Psssttt.... Pemimpin UMNO buta bila dijilat oleh parasit bernama Reform ini
Wednesday, February 1, 2012
projek ladang pas
Projek Ladang Rakyat dipertikai
Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my
utusankelantan@utusan.com.my
ILIAS Husain (dua dari kanan) menyampaikan baucar buku RM200 kepada pelajar SMK Gunung di Bachok, semalam. - UTUSAN/TOREK SULONG
BACHOK 31 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya melaksanakan projek Ladang Rakyat yang berteraskan pengurusan dan pelaksanaan secara Islam selaras dengan aspirasi perjuangan parti itu.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, setakat ini pelaksanaan projek itu tidak menggambarkan sistem pengurusan secara Islam kerana ia lebih mirip kepada kepentingan peribadi dan agenda politik.
Beliau berkata, selain tidak telus dan merahsiakan beberapa fakta pelaksanaan projek itu kepada rakyat, kepimpinan Pas Kelantan turut menggadaikan harta rakyat iaitu tanah di kawasan hulu Kelantan kepada pihak ketiga yang bukan pemastautin.
"Segelintir rakyat terutama penyokong kuat Pas sahaja yang terpilih sebagai penerima dividen Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan sedangkan keuntungan yang diraih pengusaha tanah adalah berlipat kali ganda.
"Ke mana lagi aliran kewangan dari sumber keuntungan Ladang Rakyat yang memberi impak ekonomi dan menguntungkan Kelantan sedangkan pengurusan dan perbelanjaan negeri berterusan mengalami defisit yang tidak munasabah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah RM41,000 kepada 205 pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung, dekat sini hari ini.
Ilias yang juga Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia negeri Kelantan berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu mencontohi kejayaan Felda, Felcra, Risda dan lain-lain agensi pertanian dalam membela nasib rakyat untuk keluar daripada kemiskinan.
Beliau berkata, pelaksanaan Ladang Rakyat sekarang hanya berfokus kepada keuntungan jangka pendek dan ia tidak sepatutnya menggadaikan harta dan khazanah negeri kepada pihak ketiga yang memonopoli hasil.
"Sepatutnya senarai pengusaha Ladang Rakyat yang kononnya memajak tanah di kawasan hulu Kelantan dimaklumkan kepada rakyat secara telus dan jelas.
"Kenapa rakyat tempatan yang menerima dividen berkenaan tidak dibantu sepenuhnya dengan taraf peneroka? Impak keuntungan dan jumlahnya juga perlu diperjelaskan kerana Ladang Rakyat adalah hak rakyat bukannya hak pedagang bukan Melayu luar Kelantan.
"Ini tidak termasuk lagi projek-projek yang dilaksanakan di Lojing yang tidak diketahui oleh rakyat negeri ini dan sengaja tidak diperjelaskan kepada umum kerana khuatir akan dipersoalkan," katanya.
sakit jantung da...
Baharudin mati sakit jantung
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Inkues untuk menyiasat punca kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad ketika perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai tahun lalu diberitahu bahawa lelaki itu meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung.
Perkara tersebut diberitahu oleh anak sulung Baharudin, Dr. Ummi Mirza, 26, di Mahkamah Koroner di sini hari ini, berdasarkan laporan bedah siasat yang dilakukan oleh seorang pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas ayahnya disahkan meninggal dunia.
Beliau turut dimaklumkan oleh pakar tersebut yang dikenali sebagai Dr. Khairul Anuar, selain penyakit jantung, hasil bedah siasat juga mendapati tidak wujud kesan lebam pada seluruh badan Baharudin.
Jelasnya lagi, laporan bedah terbabit turut menyatakan, kesan retak di bahagian tulang rusuk Baharudin disebabkan oleh bantuan pernafasan pemulihan kardiopulmonari (CPR) yang dilakukan terhadap Allahyarham ketika dijumpai di Pusat Beli-Belah Avenue K di sini.
Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad sama ada saksi kelima inkues tersebut bersetuju dengan hasil laporan bedah siasat berkenaan, Ummi Mirza menjawab, beliau tidak bersetuju dengan penemuan tersebut.
Terdahulu, Ummi Mirza yang merupakan lulusan ijazah perubatan dari sebuah universiti di Indonesia, memberitahu, beliau mengetahui berita ayahnya dimasukkan ke HKL menerusi panggilan telefon oleh adik keduanya, Muhammad Nasrul, 23.
‘‘Selepas mendengar berita tersebut, saya dengan pantas berlari menuju ke wad kecemasan HKL untuk mencari ayah.
‘‘Saya pun menghubungi telefon bimbit ayah yang kemudiannya dijawab oleh seorang wanita tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai Syairah, selain memberitahu di mana lokasi arwah berada,’’ ujar Ummi Mirza yang kini merupakan pegawai perubatan siswazah di HKL.
Beliau ketika itu bertugas di Jabatan Pembedahan Am secara tiba-tiba terlihat ayahnya dalam sebuah bilik yang sedang dikelilingi oleh sekumpulan doktor dan jururawat bertungkus-lumus merawat Baharudin.
‘‘Saya berdiri di hadapannya dan hanya mampu menangis selain berkata, ayah, Mirza minta maaf, halalkan makan minum. Terima kasih ayah.
‘‘Seorang doktor yang merawat arwah kemudian memaklumkan kepada saya bahawa ayah telah pun meninggal dunia sebelum tiba ke hospital,’’ kata wanita terbabit.
Turut dipanggil sebagai saksi pada prosiding inkues kedua hari ini ialah dua pegawai polis yang mengawasi di kawasan sekitar Kuala Lumpur City City Center (KLCC) iaitu Supritendan Zahari Mohd. Yosoff, 55, dan Inspektor Muhammad Rostam Muhammad Noh, 33.
Kedua-duanya dalam keterangan berasingan mengatakan bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak pernah menggunakan semburan water canon dan gas pemedih mata ketika itu.
Ditanya oleh peguam Ahmad Jufliz Faiza yang mewakili keluarga Baharudin berhubung situasi KLCC pada hari kejadian, Zahari selaku Pegawai Pemerintah Unit 1 FRU, memaklumkan kawasan tersebut dalam keadaan tenang dan terkawal.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah diadakan untuk menyiasat punca kematian Baharudin, 60, yang ditemui meninggal dunia ketika perhimpunan haram Bersih pada Julai tahun lalu disambung pada 2 Februari ini.

feedlot
Shamsubahrin dibicara 4 April
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 4 April ini perbicaraan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail membabitkan pemberian cek bernilai RM1.75 juta.
Hakim Rozilah Salleh menetapkan perbicaraan ke atas tertuduh, Datuk Shamsubahrin Ismail, 45, dijalankan pada 4 hingga 6 April, 14 hingga 18 Mei dan 21 hingga 25 Mei ini.
Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa menyatakan, pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi.
Tertuduh yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat Shamsubahrin Ismail Resources Sdn. Bhd. didakwa menipu Mohamad Salleh dengan menjanjikan kepada mangsa satu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang pada pengetahuan tertuduh tidak benar.
Perbuatan itu bertujuan memperdaya Mohamad Salleh sehingga mendorong mangsa bersetuju membayar wang perkhidmatan tersebut.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November lalu.
Bagi tuduhan kedua, Shamsubahrin didakwa memperdaya Mohamad Salleh sehingga mendorong mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.75 juta kepada tertuduh di kawasan Solaris Mont. Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember lalu.
Pada 27 Januari lalu, tertuduh yang sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang dan Shah Alam telah didakwa di Wad 8A, Hospital Tengku Ampuan Rahimah berikutan tertuduh sedang menjalani rawatan di situ.
Pada prosiding itu, dia didakwa menipu pemandu teksi, Limat Jonit, 57, dengan mempelawa lelaki itu melabur dalam perniagaannya yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan RM90,000 ke dalam akaun tertuduh di Maybank Pelabuhan Klang pada 24 Mac 2010.
Dia juga didakwa memperdayakan Aina Naridar Abdullah, 45, untuk membekalkan dua pembantu rumah sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM13,000 ke dalam akaunnya di Malayan Banking Bhd. di Seksyen 14, Shah Alam dekat sini pada 28 Julai tahun lalu.
Pada prosiding hari ini, tertuduh diwakili oleh peguam bela, Zarina Ismail.

Subscribe to:
Posts (Atom)