- Munif Kazama Pengetahuan am, Penyokong UMNO ada lapan jenis ;
1. UMNO baka. UMNO kerana datuk & ayahnya UMNO. UMNO kelas ni hanya boleh berubah dgn cara buang "saka" UMNO yakni dgn serapkan nilai2 islam dalam diri.
2. UMNO material. UMNO kerana ada pentingan material. Projek, wang ringgit dll. Biasa puak2 ini adalah kaki ampu yang paling ampuh.Tahap kesetiaan bergantung pada projek & materialistik.
3. UMNO belaci. Bezanya dgn UMNO materialistik, UMNO belaci adalah agen UMNO berbayar atau tidak berbayar yg ditugaskan utk menyebarkan fitnah. Khadam UMNO ini biasanya dari kalangan puak2 yang anti islam, anti cina & terlalu taksub pada nasionalisme, melayu.
4 UMNO pencacai /totok. UMNO pencacai adalah puak2 yang terlalu mendewakan UMNO. Berakidah syirik hanya UMNO mampu memberi makan, minum & mentadbir negara dgn baik. Ikut kajian UMNO totok juga terdiri dari puak2 yang cintakan hiburan & maksiat.
5. UMNO khinzir. Ibarat seperti babi, UMNO ini akan menyondol apa sahaja yg boleh dijadikan makanan & isu, walaupun isu tersebut terlalu remeh.Tujuannya untuk menjadikan lebih hangat & menguntungkan UMNO. UMNO khinzir biasa akan mencipta atau menwujudkan spekulasi utk memfitnah musuh UMNO dgn edit gambar photoshop, video dll.
6. UMNO anjing. Akan menyalak & memaki hamun bila UMNO diusik & sentuh. UMNO anjing biasanya dikalangan pengemar & pentaksub media arus perdana, tv3 & utusan. Mereka akan menyalak sebagaimana media tersebut bila fakta mengenai UMNO didedah.
7. UMNO bayangan. Pada bayangan mata dia adalah UMNO, hakikatnya dia membenci UMNO. Biasa orang mahu jaga pangkat, takut ditukarkan jauh atau takut jadi mangsa rakus UMNO.
8. UMNO lalang.Sokong UMNO bila ikut2 orang atau untuk isu2 tertentu . Biasa dikalangan orang tak minat politik atau ikuti perkembangan politik melalui media arus perdana shj. Ada kalangan UMNO lalang akan beri manfaat pada PR
anda UMNO jenis mana?? zaidy kamu yg mana 1??
Survivor orang Melayu. Mimbar politik orang Melayu.Jatuh bangun orang Melayu.Suara hati orang Melayu.Mana benar mana salah, mana intan mana kaca...Lu fikir lah sendiri!!!
Tuesday, February 26, 2013
rendahnya mentaliti pencacai pr
Saturday, February 23, 2013
orang melayu masih takat tu
- Tanya Pakar AKU RASA ELOK JER BAWAH BN/UMNO NI. DULU USAHA KOW2 SEKARANG DAPAT HASIL KOW2. NEGARA AMAN DAMAI TAK NAK AMBIL KESEMPATAN. ORG PAKISTAN ADA KEDAI KARPET, PERABOT, KEDAI LETRIK. ORG BANGLA DAH ADA KEDAI BARANGAN LUSUH, KEDAI MAKAN, KEDAI PAKAIAN. ORG INDON DAH JADI KONTRAKTOR KECIL DAN BESAR, RESTORAN, KEDAI PERABOT, KEDAI PAKAIAN. ORG INDIA ORIGINAL SIAP JD AGEN TENAGA BURUH, KONTRAKTOR JALAN, IMPORT TEXTILE. ORG SIAM JADI TOKEY RESTORAN TOM YAM. ORG IRAN ADA SYARIKAT OIL & REFINERY, EXPORT MINYAK SAWIT MENTAH, IMPORT MINYAK PELINCIR(ENGINE). ORG NEGRO RAMAI YG BUAT KERJA CONMAN. SEMUA TU REALITI PELANGGAN SY SENDIRI. ORG MELAYU KEBANYKANNYA MAKAN GAJI.
Friday, February 22, 2013
kampung baru
Rumah mampu milik di Kg Baru
HIDAYAH HAIROM
22 Februari 2013
22 Februari 2013
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, projek yang akan dilaksanakan di tapak Pasar Minggu Kampung Baru itu, akan dilaksanakan menerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) melalui strategi Lautan Biru bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) dan agensi lain.
Menurutnya, ia akan menjadi mercu tanda kesungguhan kerajaan menyediakan perumahan yang mempunyai ciri moden, selesa di tengah kota raya dengan ciri dan nilai Melayu Islam selaras dengan Kampung Baru sebagai Bandar Mesra Warisan.
“Kerajaan merangka semula cadangan pembangunan khusus bagi pembangunan rumah mampu milik tersebut.
“Kini kementerian dalam peringkat penawaran tender kepada kontraktor berminat dalam pembangunan rumah mampu milik tersebut,” katanya pada sesi lawatan kerja ke Kampung Baru, di sini, kelmarin.
Terdahulu, Raja Nong Chik melancarkan Program Pencahayaan Kampung Baru yang menyaksikan pemasangan 86 lampu hias di sepanjang Jalan Raja Abdullah.
Pasar Chow Kit jadi projek pertama
Raja Nong Chik berkata, pembangunan semula Pasar Jalan Raja Bot, yang juga sinonim dengan jolokan nama Pasar Chow Kit, akan menjadi projek pertama dilaksanakan dengan pembangunan secara berperingkat.
Katanya, seramai 205 penjaja di zon 1, Jalan Raja Alang akan ditempatkan sementara secara berperingkat pada awal Mac depan bagi memberi laluan kepada kerja meroboh 11 lot rumah kedai.
“Pembangunan tersebut akan melalui empat fasa dan peniaga dijadualkan ditempatkan secara berperingkat mulai Jun 2014 hingga Julai 2016. Lebih 1,900 lot akan disediakan dengan konsep lebih moden,”katanya kepada Sinar Harian.
Pembangunan kawasan strategik
Hasil kerjasama PKB dengan kelompok pemilik dan pewaris, projek perintis akan dimulakan di kawasan strategik.
Antara kawasan strategik kepunyaan pemilik dan pewaris yang dikenal pasti adalah dua projek pembangunan semula Kampong Pindah, satu pembangunan di Jalan Raja Abdullah, tiga projek kumpulan berasingan di Jalan Raja Alang, dua projek kumpulan Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan satu projek pembangunan semula tanah wakaf di Sungai Baru.
Raja Nong Chik berkata, pelbagai peringkat perundingan sedang berjalan yang melibatkan persetujuan dan pelantikan wakil pemilik dan pewaris, penyelesaian hak sekatan, kepentingan hak milik dan penyatuan lot terlibat dan penetapan jenis pembangunan.
“Menerusi model urus niaga yang dicadangkan, kumpulan pemilik berkenaan boleh mengadakan usaha sama dengan rakan strategi terdiri daripada kumpulan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau mana-mana institusi kewangan.
“Pemilik juga boleh mengadakan usaha sama dengan pemaju hartanah yang berwibawa, atau boleh dilaksanakan melalui kaedah bina dan urus oleh pemaju, atau penjualan terus hak milik,” katanya.
Baik pulih tanah mendap
Dalam pada itu, isu mendapan di Kampong Pindah turut mendapat perhatian apabila kerajaan memutuskan untuk menutup terowong air sedia ada di kawasan tersebut yang menjadi punca utama kejadian.
Raja Nong Chik berkata, terowong air yang dibina kerajaan pada 1968 perlu ditutup supaya kembali kepada strukturnya yang asal.
Katanya, projek bernilai RM21 juta itu akan disegerakan berikutan keputusan kerajaan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bonus.
“Kementerian sedang memohon peruntukan daripada kerajaan dan projek ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
“Penutupan terowong tersebut memerlukan satu peruntukan bersaingan meliputi kerja mengeluarkan terowong berkenaan, bayaran pampasan dan membaik pulih kawasan seperti sedia kala agar meningkatkan kembali nilai hartanah di situ,” katanya.
Tingkat keselesaan penduduk
Sementara itu beliau berkata, pihak kerajaan menerusi PKB terus berusaha meningkatkan keselesaan penduduk Kampung Baru dengan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur kawasan meliputi kos RM6.6 juta.
Antaranya adalah program menaik taraf pemasangan tiang dan lampu hias di sepanjang Jalan Raja Abdullah dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
"Antara lain, program menaik taraf sistem longkang sekitar kawasan Sungai Bharu dan Kampong Pindah dengan kos RM2 juta," katanya.
Beliau berkata, turut dinaiktaraf, jalan kampung atau lorong dan utiliti kawasan persekitaran, penurapan Jalan Sungai Bharu dan menaik taraf longkang Jalan Raja Muda Musa 2, Jalan Datok Malik, Lorong Raja Mahadi dan Raja Ali yang meliputi kos sebanyak RM1.2 juta.
“Program landskap dan penanaman pokok hiasan di Jalan Raja Abdullah serta pemasangan pagar anti-climb dan anti crime di laluan tersebut juga dilaksanakan dengan kos RM3 juta.
“Selain itu, adalah program naik taraf surau Kampong Hujung Pasir dan Surau Rajaiyah Kampong Paya, dengan kos RM400,000,” katanya.
Friday, February 15, 2013
petrol malaysia
Harga minyak di Malaysia kelapan paling murah di dunia
Harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90
seliter yang kelapan paling murah di dunia, demikian mengikut kajian
dibuat oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg.
Mengikut kajian bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia Tenggara.
Kajian dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada
Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau
tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy
Information Administration dari Amerika Syarikat (AS).
Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.
Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark.
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).
Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen).
Purata 1.17 liter sehari
Bagi Malaysia, kajian Bloomberg itu menyatakan, seorang rakyat di negara ini perlu membelanjakan 7.5 peratus daripada purata gaji harian mereka, iaitu AS$32 (RM98.90) sehari untuk membeli segelen petrol.
Mengikut kajian itu, secara purata seorang penduduk negara ini menggunakan 0.31 gelen (1.17 liter) petrol sehari.
Sebagai perbandingan di rantau ini, seorang penduduk di Indonesia dengan purata pendapatan harian AS$11 (RM33.99) perlu membelanjakan 33 peratus, manakala di Thailand yang penduduknya memiliki purata gaji harian AS$17 (RM52.53) pula 25 peratus.
Rakyat Filipina dengan pendapatan harian AS$7.11 (RM21.96) perlu membelanjakan purata 69 peratus, sementara penduduk Singapura yang memperoleh purata pendapatan harian AS$139 (RM429.5) sehari sebanyak 4.5 peratus.
Berbanding sembilan negara dengan harga petrol paling murah pula, yang mana kecuali Mexico adalah dalam kalangan 20 negara yang memiliki rizab minyak terbesar, penduduk Venezuela dengan purata pendapatan harian AS$31 (RM95.79) hanya perlu membelanjakan 0.2 peratus, manakala penduduk Arab Saudi dengan purata pendapatan harian AS$64 (RM197.76), sebanyak 0.7 peratus.
Penduduk Kuwait pula dengan purata pendapatan harian AS$123 (RM380.07) perlu membelanjakan 0.7 peratus; sementara penduduk Mesir dengan purata pendapatan harian AS$9.04 (RM27.93) pula sebanyak 13 peratus.
Di UAE, penduduknya dengan purata pendapatan harian AS$180 (RM556.20) perlu membelanjakan satu peratus dan penduduk di Iran dengan purata pendapatan harian AS$18 (RM55.62), sebanyak 12 peratus.
Penduduk di Nigeria yang memiliki purata pendapatan harian AS$4.74 (RM14.64) perlu membelanjakan 49 peratus, manakala penduduk Mexico dengan purata pendapatan harian AS$29 (RM89.61) sebanyak 11 peratus. Penduduk di AS dengan purata pendapatan harian AS$140 (RM432.60) pula perlu membelanjakan sebanyak 2.4 peratus.
Berbanding Turki, rakyatnya yang berpendapatan purata AS$30 (RM92.70) sehari pula perlu membelanjakan purata 33 peratus daripada gaji mereka untuk membeli segelen bahan api itu.
Kerja sehari setengah
Sementara itu, rakyat Pakistan dengan purata pendapatan harian sekitar AS$3.55 (RM10.96) sehari, iaitu paras paling rendah dalam kalangan 60 negara dikaji, terpaksa bekerja kira-kira sehari setengah hanya untuk membeli segelen petrol.
Negara yang dipilih dalam kajian Bloomberg itu adalah negara yang memiliki purata pendapatan individu minimum AS$3.50 (RM10.81) sehari, manakala harga petrol yang dinyatakan pula berasaskan pada harga segelen petrol biasa tanpa plumbum dalam nilai dolar AS.
Harga yang diambil kira pula ialah yang paling murah bagi setiap negara berikutan gred petrol berbeza mengikut negara.
Maklumat data negara yang terbabit dalam kajian itu diperoleh agensi berita itu daripada CIA World Factbook dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

pr bekukan modal
ARKIB : 12/02/2013
Beliau berkata, Syabas juga dianiaya kerana kerajaan negeri bukan sahaja bersikap lepas tangan ketika Selangor diancam krisis bekalan air tetapi juga menafikan kelulusan untuk syarikat itu mencari pembiayaan sama ada daripada sumber dalaman atau luar seperti bank komersial.
Namun, katanya, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM120 juta untuk memperbaiki sistem pembekalan air di Selangor baru-baru ini, ia ditohmah pula sebagai usaha menyelamatkan syarikat kroni.
Kenapa kerajaan negeri tidak mengeluarkan apa-apa pun bantuan dalam menangani krisis air di Selangor? Mereka hanya bercakap, mengkritik, melemparkan tuduhan sama ada kepada Kerajaan Persekutuan ataupun Syabas tetapi tidak menghulurkan apa juga bentuk bantuan," katanya kepada Bernama.
Beliau mempersoalkan kenapa kerajaan Selangor sehingga hari ini bersikap lepas tangan dan menyalahkan Syabas sepenuhnya sedangkan tanggungjawab menyediakan air bersih jelas terletak pada kerajaan negeri bukan Syabas sepenuhnya.
Sulaiman menjelaskan Syabas hanyalah syarikat yang mengedarkan air terawat yang dibeli daripada syarikat-syarikat yang memproses air mentah dan adalah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor untuk memastikan air yang diproses dan kemudiannya dibekalkan kepada rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.
Jadi saya tak nampak kenapa peruntukan RM120 juta ini nak dijadikan isu sedangkan dalam waktu yang sama mereka tidak menyumbang apa-apa pun bagi mengatasi masalah air yang sedang berlaku di Selangor.
Inilah persoalan yang saya nak beritahu kepada Menteri Besar dan rakyat negeri Selangor. Kita kena tengok dalam keadaan ini, kerajaan negeri hanya nak mempolitikkan isu air ini, dengan harapan dapat membina satu persepsi yang buruk kepada Kerajaan Persekutuan, kepada Syabas," katanya.
Beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar bersama-sama bertanggungjawab dalam soal krisis air di negeri ini dengan menarik balik arahan pembekuan perbelanjaan modal untuk membolehkan Syabas beroperasi tanpa gangguan politik.
Ditanya mengenai contoh penganiayaan yang dimaksudkan, Sulaiman berkata Syabas sepatutnya sudah dapat menggantikan 2,000 kilometer (km) paip-paip lama dalam usaha mengurangkan air yang tidak mendatangkan hasil (NRW) seperti yang dikehendaki dalam perjanjian konsesi namun hanya berupaya menggantikan 800km paip ekoran pembekuan itu.
Akhirnya, banyak air yang hilang sewaktu penghantaran, sama ada paip bocor atau melalui kecurian. Dalam isu NRW ini, kalau betul kerajaan negeri tak nak jadikan isu politik, sepatutnya mereka dah tarik balik pembekuan Capex ini.
Rakyat pada keseluruhannya amat dukacita kerajaan Selangor nampaknya melepas tangan dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada Syabas. Itu sahaja yang mereka mampu buat dalam keadaan krisis air," katanya.
Beliau juga berkata, Abdul Khalid sepatutnya turun padang sendiri bagi merasai kesengsaraan rakyat yang menghadapi masalah bekalan air seperti yang melanda banyak kawasan di Ampang dan Pandan bulan lepas terutama mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan pangsapuri. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130212/wk_03/MB-Selangor-digesa-tarik-arahan#ixzz2Kw3f9BwZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
MB Selangor digesa tarik arahan
SHAH ALAM 11 Feb. - Tindakan kerajaan Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) membekukan perbelanjaan modal (capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dari tahun 2008 hingga sekarang adalah satu penganiayaan kepada rakyat, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak.Beliau berkata, Syabas juga dianiaya kerana kerajaan negeri bukan sahaja bersikap lepas tangan ketika Selangor diancam krisis bekalan air tetapi juga menafikan kelulusan untuk syarikat itu mencari pembiayaan sama ada daripada sumber dalaman atau luar seperti bank komersial.
Namun, katanya, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM120 juta untuk memperbaiki sistem pembekalan air di Selangor baru-baru ini, ia ditohmah pula sebagai usaha menyelamatkan syarikat kroni.
Kenapa kerajaan negeri tidak mengeluarkan apa-apa pun bantuan dalam menangani krisis air di Selangor? Mereka hanya bercakap, mengkritik, melemparkan tuduhan sama ada kepada Kerajaan Persekutuan ataupun Syabas tetapi tidak menghulurkan apa juga bentuk bantuan," katanya kepada Bernama.
Beliau mempersoalkan kenapa kerajaan Selangor sehingga hari ini bersikap lepas tangan dan menyalahkan Syabas sepenuhnya sedangkan tanggungjawab menyediakan air bersih jelas terletak pada kerajaan negeri bukan Syabas sepenuhnya.
Sulaiman menjelaskan Syabas hanyalah syarikat yang mengedarkan air terawat yang dibeli daripada syarikat-syarikat yang memproses air mentah dan adalah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor untuk memastikan air yang diproses dan kemudiannya dibekalkan kepada rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.
Jadi saya tak nampak kenapa peruntukan RM120 juta ini nak dijadikan isu sedangkan dalam waktu yang sama mereka tidak menyumbang apa-apa pun bagi mengatasi masalah air yang sedang berlaku di Selangor.
Inilah persoalan yang saya nak beritahu kepada Menteri Besar dan rakyat negeri Selangor. Kita kena tengok dalam keadaan ini, kerajaan negeri hanya nak mempolitikkan isu air ini, dengan harapan dapat membina satu persepsi yang buruk kepada Kerajaan Persekutuan, kepada Syabas," katanya.
Beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar bersama-sama bertanggungjawab dalam soal krisis air di negeri ini dengan menarik balik arahan pembekuan perbelanjaan modal untuk membolehkan Syabas beroperasi tanpa gangguan politik.
Ditanya mengenai contoh penganiayaan yang dimaksudkan, Sulaiman berkata Syabas sepatutnya sudah dapat menggantikan 2,000 kilometer (km) paip-paip lama dalam usaha mengurangkan air yang tidak mendatangkan hasil (NRW) seperti yang dikehendaki dalam perjanjian konsesi namun hanya berupaya menggantikan 800km paip ekoran pembekuan itu.
Akhirnya, banyak air yang hilang sewaktu penghantaran, sama ada paip bocor atau melalui kecurian. Dalam isu NRW ini, kalau betul kerajaan negeri tak nak jadikan isu politik, sepatutnya mereka dah tarik balik pembekuan Capex ini.
Rakyat pada keseluruhannya amat dukacita kerajaan Selangor nampaknya melepas tangan dan meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada Syabas. Itu sahaja yang mereka mampu buat dalam keadaan krisis air," katanya.
Beliau juga berkata, Abdul Khalid sepatutnya turun padang sendiri bagi merasai kesengsaraan rakyat yang menghadapi masalah bekalan air seperti yang melanda banyak kawasan di Ampang dan Pandan bulan lepas terutama mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan pangsapuri. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130212/wk_03/MB-Selangor-digesa-tarik-arahan#ixzz2Kw3f9BwZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
dapat rumah
ARKIB : 14/02/2013
KUALA LANGAT 13 Feb. - Sebanyak 17 keluarga
daripada empat perkampungan Orang Asli di Pulau Carey di sini menerima
bantuan rumah menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) di bawah Strategi
Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 3.
Kesemua penerima terdiri daripada enam keluarga dari Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, dua keluarga dari Kampung Orang Asli Kepau Laut, satu keluarga dari Kampung Orang Asli Sungai Judah dan lapan keluarga dari Kampung Orang Asli Sungai Kurau.
Salah seorang penerima, Tilok Pion, 48, berkata, dia cukup gembira kerana kini mempunyai tempat tinggal selesa yang membolehkannya bersama keluarga menjalani kehidupan harian dengan sempurna.
Ibu tunggal kepada empat anak dan bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM400 sebulan itu turut lega kerana dia tidak perlu lagi menumpang di rumah ibu bapanya.
"Sebelum ini saya tinggal berhimpit dengan 11 ahli keluarga yang lain di rumah orang tua saya. Terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang membantu, kini saya boleh hidup dengan lebih selesa," katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci PRB NBOS3 di Kampung Sungai Bumbun di sini hari ini.
Penyerahan kunci dilakukan oleh Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki yang mewakili Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Sri Zulkifeli Kasim.
Kegembiraan mendapat rumah baharu itu turut dikongsi Alias Sayor, 35, yang hampir 18 tahun tinggal di rumah papan yang kecil bersama isteri, Rosiah Kinkeng, 35, dan lima anaknya.
Dia mengakui, pendapatannya yang tidak menentu sebagai seorang tukang ukir menjadi kekangan baginya untuk menyediakan rumah yang sempurna untuk keluarganya.
"Rumah lama saya ibarat kotak, hanya ada satu ruang tamu dan dapur yang kecil. Di ruang tamu itulah kami makan, tidur dan menyalin pakaian. Saya akui keadaan itu memang tidak sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.
"Dengan bantuan rumah baharu ini dapatlah anak-anak hidup lebih selesa seperti rakan-rakan mereka yang lain," katanya.
Sementara itu Suhaimi berkata, PBR merupakan sebahagian daripada program NBOS yang dilancarkan pada 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan memberi bantuan keselesaan tempat tinggal kepada rakyat Malaysia.
"Rumah berkeluasan 55.7 meter persegi dan dibina dengan kos RM36,000 seunit serta dilengkapi kemudahan tiga bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan dan satu bilik air itu diharap mampu membantu rakyat yang memerlukan tempat tinggal yang selesa seiring dengan hasrat gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
"Secara keseluruhannya, sebanyak 877 rumah PBR telah dibina di seluruh negara di bawah program ini termasuk 91 di Selangor dan telah disiapkan melalui tiga fasa," katanya.
Katanya, program tersebut merupakan hasil kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130214/wk_02/Rumah-17-keluarga-Orang-Asli#ixzz2Kw35giPd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Rumah 17 keluarga Orang Asli
Oleh FATIN AINAA FAUDZI
kota@utusan.com.my

pengundi 13 juta
ARKIB : 13/02/2013
Siapa yang akan dipangkah mereka di kertas undi pilihan raya umum ke-13 nanti?
Daripada keseluruhan pengundi, setakat ini kedudukan komposisi kaum pun masih menjadi rahsia. Ada mengatakan Melayu 40 peratus, Cina juga 40 peratus dan India 10 peratus, bakinya lain-lain.
Dan ada pula meletakkan komposisi 55 peratus Melayu, Cina (35 peratus), India 5 peratus dan selebihnya lain-lain - tetap masih belum terungkai.
Saya sendiri difahamkan, daftar pemilih terkini bagi suku keempat 2012 (31 Disember 2012) masih belum lagi disahkan. Dijadual, diwartakan minggu depan.
PRU-13 diibaratkan ibu segala pilihan raya. Di platform inilah yang tidak pernah terdetik oleh pembangkang selama ini dalam 12 pilihan raya terdahulu akan 'impian untuk berkuasa' - menjadikan PRU nanti penentu 'hidup mati' mereka dalam politik. Baik Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim sendiri, jika mereka 'lepas', maka bernafaslah pembangkang.
Di pihak Barisan Nasional (BN) pula, pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak tetap berwaspada. Beliau mahukan jenteranya bersiap sedia sepanjang masa.
Najib sedar minat rakyat untuk sama-sama terlibat dalam menentukan kerajaan pilihan mereka semakin meningkat. Majoriti rakyat Malaysia tidak mahu mengambil risiko memperjudikan masa depan di tangan parti-parti yang belum terbukti diuji.
Saya difahamkan di Selangor sahaja, tambahan pemilih berdaftar untuk suku keempat tahun 2012 (antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2012) menyaksikan 34,378 pengundi baru. Sejumlah 9,402 yang lain bertukar alamat.
Selangor menyaksikan negeri yang memiliki pengundi yang bertambah secara drastik setiap tahun. Pada 2008, direkodkan 1.58 juta, 2009 (1.62 juta), 2010 (1.75 juta), 2011 (1.92 juta) dan terkini serta tertinggi dalam kalangan negeri, 2 juta orang. Hal ini tidak menghairankan kerana negeri itu tumpuan orang dari negeri lain untuk mencari rezeki, tempat menimba ilmu dan berniaga.
Juga, kesedaran mengundi warga Malaysia di luar negara dalam setahun dua ini cukup tinggi. Difahamkan, rekod mendaftar online mereka dalam borang 1B pengundi pos yang disediakan setakat 2 Februari lalu mencapai 1,138 orang. Dan semalam, ia meningkat kepada 1,600 orang - pertambahan kira-kira 100 orang sehari.
Dalam suasana demam pilihan raya umum ke-13 yang kian 'membahang' ini, saya turut difahamkan pelbagai kerenah aduan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada orang ramai.
Yang paling biasa tentulah berkisar pertukaran alamat dan kedudukan terkini saluran mengundi mereka.
Namun yang bukan sahaja luar biasa tetapi lebih pelik lagi - apabila sebilangannya mengadu kesempitan duit untuk pulang mengundi di kampung halaman.
Pagi Jumaat lalu, ibu pejabat SPR di Putrajaya menerima e-mel aduan daripada seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Selangor.
Tetapi alamat mengundinya di Sabah. Masalahnya seperti yang disebut tadi, dia mengadu kurang 'bajet' nak balik mengundi. Hai! mentaliti sebegini pun ada dalam minda penjawat awam.
Sepatutnya, setiap rakyat Malaysia sedar akan hak dan tanggungjawabnya dalam proses pengundian. Ini kerana sistem pilihan raya negara ini berasaskan bahagian pilihan raya. Dan bukannya sentimen kenegerian. Kita mengundi untuk memilih wakil rakyat di bahagian pilihan raya itu. YB itulah yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada kita, pengundinya.
SPR bukannya 'bas', tempat meminta-minta untuk menyediakan 'duit' untuk bawa pulang orang mengundi.
Maka, jalan penyelesaian terbaik isu 'bajet ciput' ini adalah dengan membuat pertukaran alamat mengundi.
Dan kalau ditimbang-timbang, sebenarnya bukan soal 'bajet' untuk sukar balik mengundi di kampung. Semua ini bergantung kepada faktor sikap.
Sebenarnya bukan orang Kelantan, Sarawak atau Sabah (sekadar menyebut beberapa negeri) sahaja yang berdepan isu 'balik kampung mengundi' ini. Perkara sama dialami warga Malaysia yang bekerja di luar negara, Singapura, selatan Thai dan banyak negara. Tapi dalam soal ini, mereka tahu sediakan bajet sendiri untuk pulang kerana sedar akan tanggungjawab besar itu.
Dalam isu 'pengundi tukar alamat', penulis difahamkan, ada akta tertentu di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguatkuasakan arahan tukar alamat tempat tinggal jika seseorang itu berpindah. Dikatakan dalam tempoh tiga bulan tinggal di kawasan baru, dia diwajibkan tukar alamat mengundi. Namun, ini belum dikuatkuasakan.
Tidak salah untuk kita menaruh harapan PRU-13 yang dikatakan paling getir dalam sejarah negara nanti berlangsung lancar dan aman. Semua pihak perlu menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka. Apabila selesai, rakyat jangan pula terlalu banyak disogokkan dengan retorik politik sehinggalah ketibaan PRU-14.
Amerika Syarikat boleh dijadikan contoh. Walaupun pilihan raya presiden tidak kurang sengitnya, kedua-dua parti yang bertanding kembali memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah ekonomi negara itu. Bukannya berpolitik sepanjang masa.
Apa sekali pun, bahang PRU-13 kian terasa. Memang semakin dekat dah.
Kit Siang beranggapan pengundi Sabah menjadi kuasa penentu (kingmakers) dalam PRU-13 yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Di satu pihak lagi, menguar-uarkan kuasa pengundi muda yang akan menjadi pengimbangnya. Tidak dilupakan - kuasa pengundi wanita yang mewakili separuh daripada 13.3 juta tadi.
Apa pun, bagi yang memohon bertukar alamat pada Januari dan bulan ini (Februari 2013) jangan pula berangan-angan nak turun mengundi jika PRU-13 berlangsung Mac ini.
Prosedur mendaftar sebagai pemilih dan tukar alamat sama sahaja tempohnya - perlukan 3 bulan untuk disahkan.
Jangan salahkan SPR pula. Salahkan diri sendiri. Yang boleh tersenyum hanyalah mereka yang berdaftar setakat 31 Disember 2012. Merekalah yang menjadikan kertas undi suatu 'kuasa'.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130213/re_02/Kuasa-kertas-undi-133-juta-pengundi-berdaftar#ixzz2Kw07D1FL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kuasa kertas undi 13.3 juta pengundi berdaftar
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
DARIPADA 13.3 juta pengundi berdaftar terkini direkodkan, kita tidak tahu apa yang bermain di minda mereka sekarang.pengarang@utusan.com.my

najib vs pr
Perbezaan Najib - pembangkang
DATUK DR. AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
Delusi dikaitkan dengan rasa cemburu yang keterlaluan. Akibat cemburu jugalah menyebabkan seseorang itu terus menyimpan dendam, dan sentiasa mencari jalan untuk membalasnya.
Itulah juga yang berlaku dalam kehidupan berpolitik di Malaysia. Akibat delusi, maka pakatan pembangkang terus berusaha menghumban parti yang masih sah kekuasaannya dengan pelbagai dakwaan buruk sehingga suatu ketika rakyat seakan-akan resah dan percaya, hanyalah pakatan pembangkang sahaja parti yang boleh mengembalikan kemakmuran negara.
Pakatan pembangkang dianggap terbaik dan mampu selesaikan banyak masalah termasuk ekonomi. Setelah berlalu hampir lima tahun lamanya, kini pakatan pembangkang resah sekali lagi kerana rakyat semakin sedar haknya. Mereka bangkit beramai-ramai menagih janji, kerana janji itu tidak ditunaikan dan seringkali diputarbelitkan.
PRU-13 semakin hampir, maka sekali lagi pemimpin berkenaan bermain kata-kata. Mereka akan lakukan yang lebih baik lagi apabila rakyat memberikan mereka peluang, yakni mengundi mereka. Namun, kali ini rakyat sudah tidak lagi membuka ruang simpati. Mereka seakan-akan serik dan tidak mahu mengulangi kesilapan.
Dengan menggunakan muslihat agama, Mursyidul Am Pas menulis: Islam itu bukannya singgah pada pepohon atau bumi tetapi kepada manusia. Sedangkan manusia itu ditempatkan oleh Allah SWT di muka bumi.
Untuk menyelamatkan Islam ialah dengan menjaga manusia, untuk menyelamatkan manusia dengan cara menjaga keselamatan bumi. Ia merupakan tugas bertali-tali antara kewajipan menjaga Islam, manusia dan bumi." (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Ciptaan daratan, lautan sumber rezeki," Harakah, Bil. 1817: 11-14 Februari 2013).
Sudah empat dekad sebagai wakil rakyat dan lebih dua dekad sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am Pas masih merayu sedangkan rakyat semakin terhimpit hidup dalam kesukaran peluang kerja, kekurangan prasarana dan penuh politiking.
Rakyat mula bertanya, kenapa air bersih tidak muncul juga setelah berjanji akan melakukannya sejak 1997; kini rakyat terhimpit dengan warna air sungai seperti teh tarik, kerana hutan di hulu sudah digondol.
Peneroka Felda Paloh 4 semakin khuatir, ladang rakyat yang dijanjikan masih belum menjadi kenyataan. Tapi Menteri Besar terus bermain kata-kata: ''... kepada orang yang lidahnya fasih dan pintar akan mendorong manusia bekerja kuat dan rajin, bukan atas dorongan kerajaan atau mana pihak."
Tidak juga dijelaskan apakah peranan beliau sebagai pemimpin sudah terlaksana sepenuhnya? Apakah kerajaan pimpinannya sudah sediakan ruang dan peluang untuk rakyat mencari rezeki dengan tenang? Semuanya dikelirukan dengan menyatakan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telah banyak buat, tapi rakyat tetap bertanya: Mana? Apa? Bila?
Ketara berbeza. Setelah mengambil alih pentadbiran negara pada April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak percayakan pakatan pembangkang mampu laksanakan yang terbaik untuk rakyat.
Hari ini, setelah empat tahun memegang tampuk pemerintahan, terlalu jauh perbezaannya. Rakyat sudah dapat melihat hasilnya manakala pakatan pembangkang masih terkial-kial membuat janji baharu sedangkan janji lama masih banyak yang belum ditunaikan.
Perdana Menteri berjaya meletakkan dasar pembangunan yang tegas dan penuh makna. Ini memperlihatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan kuat bekerja, bukannya kuat mencerca.
Langkah pertama yang diambil adalah meletakkan dasar memperkukuhkan semula perpaduan antara kaum yang mula tercabar oleh selekoh politik. Dengan memberikan wajah baharu kepada perpaduan dalam gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, hasilnya lahirlah pelbagai jenama yang membawa faedah meluas.
Kini sudah ada BR1M, SL1M, TR1MA, PR1MA, Klinik 1 Malaysia, Asrama 1 Malaysia, 1M4U, 1MD, dan sebagainya sehingga menyebabkan pakatan pembangkang kian gelisah dan resah.
Di peringkat nasional pula dilakukan pelbagai bentuk perubahan yang kemudiannya dijenamakan sebagai Model Ekonomi Baharu. Peraturan yang dilihat sebagai penghalang dimansuh atau diubahsuai. Kemudiannya dipatenkan menjadi Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia dirangka secara menyeluruh berdasarkan segmen ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam suatu istilah khusus, iaitu Najibnomics.
GTP sudah memasuki fasa kedua. Pengiktirafan antarabangsa diterima dan Najibnomics dilihat sebagai landasan yang betul dan tepat bagi berhadapan dengan kelemahan ekonomi dunia. Kini, meskipun ekonomi dunia masih lembab, menurut banyak pihak, ekonomi Malaysia tetap terus berkembang dan tumbuh sekadar lima peratus setahun.
Perkara ini tidak berlaku dalam negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang. Sebaliknya semakin banyak aset kerajaan negeri dicair dan dipindah milik bagi membolehkan kerajaan negeri mendapat hasil. Kalau dahulu, kawasan tanah tinggi direzabkan sebagai kawasan tadahan air, sejak terdesak untuk "menunaikan janji" digondolkan bagi mendapatkan hasil balak.
Semuanya kerana tidak mahu mengingatkan impak masa depan. Bila bukit dan tanah tinggi digondol, banyak habitat semula jadi pupus manakala hakisan mudah berlaku. Kesannya, air sungai keruh dan berkeladak manakala hak rakyat mendapatkan sumber air semakin terjejas.
Bukit Pedu sudah bertukar dari kesegaran fauna dan flora menjadi bukit botak. Tanah Tinggi Lojing semakin menyesakkan kehidupan suku kaum pribumi di Hulu Kelantan, mereka sudah kehilangan kawasan rayau untuk mendapatkan sumber rezeki.
Gugusan Paloh, Gua Musang sudah bertukar dari pemilikan peneroka kepada ladang rakyat yang belum pun mendatangkan apa-apa hasil. Janjinya belum tertunai, rumah mampu milik belum juga terbina dan banyak lagi. Semuanya itu menggambarkan situasi ngeri akibat hanya "janji manis" tetapi tidak dilaksanakan meskipun kepercayaan sudah diberi. Kini, kepercayaan itu semakin tipis dan hampir robek.
Hasrat rakyat seringkali diketepikan dan sebaliknya dibangkitkan emosi rakyat untuk bersatu membina semula kekuatan dengan melakukan protes jalanan termasuk bakal menagih tindakan ala-Arab Spring.
Sudah kedengaran, jika pakatan pembangkang kalah, Arab Spring akan berlaku? Tidakkah ini bermakna, pakatan pembangkang sebenarnya yang mencintai kekecohan manakala BN mencintai kehidupan yang aman, damai dan sejahtera?
Rakyat Malaysia sedar, untuk meruntuhkan sesuatu yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding untuk mengembalikan keamanan. Pergolakan semula di Tunisia dan Mesir banyak memberikan pengajaran, ada tangan-tangan ghaib yang sedang bermain untuk mencetuskan huru-hara kerana mereka bencikan Islam. Mereka takut kebangkitan Islam bakal menjadi kuasa politik dan ekonomi yang kuat.
Kalaulah itu kaedah yang hendak dilakukan oleh pakatan pembangkang, lebih baik mereka lupakan hasratnya. Rakyat Malaysia amat tidak bersetuju, kerana revolusi lebih banyak mengundang bahaya dan bencana, yang untungnya ialah mereka yang penuh curiga, cemburu dan ingin membalas dendam. Delusi bukan menyebabkan manusia semakin baik, ia boleh menyebabkan kehidupan menjadi semakin sukar dan terhimpit.
Sebenarnya, rakyat masih rasional untuk mengesan secara jelas apa yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang. Hasilnya, dalam tempoh empat tahun (April 2009 - Februari 2013), belum berlaku perubahan kerajaan dan rakyat semakin sedar, yang mana permata dan yang mana pula kaca.
Dalam pakatan pembangkang, hampir setiap masa berlakunya provokasi dan penghinaan. Tetapi, usaha menyembunyikannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya pelbagai pembohongan terserlah. Antara pemimpin tiada muafakat, semuanya mempertahankan pendirian masing-masing dengan berasaskan matlamat politik walaupun terpaksa menjual diri dan maruah.
Pakatan pembangkang sebenarnya sedang berada dalam situasi antara sedar dan koma, kerana delusinya kian hebat dan terdesak. Delusi dalam dirinya sudah tidak terkawal, dan mungkinkah PRU-13 menjadi medan mereka dikuburkan?
Lebih 13 juta pengundi akan menentukannya, maka bermacam-macam ketakutan dan janji manis yang bakal mereka berikan. Mereka takut delusi itu akhirnya menjadikan nyawa politik pakatan pembangkang ditamatkan secara tragik. Itulah sebabnya, PRU-13 dianggap nyawa dan ibu kepada semua parti politik yang bakal memasuki arena pertandingan merebut kuasa.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130215/re_01/Perbezaan-Najib---pembangkang#ixzz2KvvJ8S9K
© Utusan Melayu (M) Bhd
Wednesday, February 13, 2013
ladang rakyat
Peserta ladang Rakyat: 'Mana janji kerajaan Kelantan pada kami'
11 Februari 2013
Sejak diperkenalkan pada 2006, isu Ladang Rakyat terus panas kerana didakwa tanah yang diambil atas nama pembangunan pertanian itu tidak pernah direstui penduduk.
Ada penduduk yang mendakwa tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun dan merupakan sumber rezeki mereka selama ini dirampas begitu sahaja tanpa sebarang pampasan dan penjelasan.
Bukan sahaja penduduk tempatan yang merasakan diri mereka tertipu dengan permainan itu tetapi ia juga melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa tanah yang diambil itu merupakan tanah adat mereka.
Terbaharu, peserta Ladang Rakyat sendiri pula mengeluh dan menuntut kerajaan negeri terutama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat melunaskan janji terhadap mereka sejak 2008 lagi.
Bagi mereka ia merupakan satu penipuan dan demi menuntut kebenaran, mereka sanggup membawa kes itu sehingga ke muka pengadilan.
Bagi 56 peserta Ladang Rakyat di Paloh 4 yang membabitkan tanah seluas hampir 400 hektar di sini, janji untuk diberikan tanah 4 hektar dan sebidang tanah bagi membina rumah untuk setiap seorang diibaratkan seperti menunggu buah yang tidak gugur.
Mereka juga turut dijanjikan menerima gaji RM750 sebulan dan insentif lain yang dikira mereka mampu untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.
Harapan peneroka generasi kedua dan ketiga itu dilihat semakin kusut apabila melihat ladang berkenaan yang ditanam pokok kelapa sawit seolah-olah menjadi "ladang hantu" tanpa diselenggara sejak tiga tahun lalu.
Lebih membingungkan hanya ada kira-kira lima atau enam pekerja rakyat asing termasuk tempatan yang diletakkan menjaga ladang seluas mata memandang itu.
Bagi Mustafa Mohd Daud, 60, harapan untuk melihat anaknya diberi sijil perakuan sebagai peserta generasi kedua dan ketiga oleh perbadanan itu mungkin lebur.
"Pakcik ada keluarga yang besar dengan dua anak sudah berkeluarga..cuba bayangkan semuanya 16 orang tinggal dalam satu rumah tiga bilik ini. Kalau seorang anak pakcik diterima duduk (menjadi peserta generasi kedua dan ketiga) di ladang ini legalah pakcik.
"Pakcik rasa ini tipu belaka. Tipu anak pakcik macam tipu pakcik jugalah. Semuanya untuk berpolitik bagi menggelapkan mata kami ketika tanah ini diambil kononnya ia untuk kami juga," katanya.
Beliau berkata seorang anaknya yang ditawarkan menjadi peneroka benar-benar merasa tertipu apatah lagi janji yang dibuat pada ketika itu hanya untuk meredakan kemarahan kerana tanah yang diambil selain bertujuan memancing undi ketika pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Dulu tok guru (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kata tanah ini hak tuhan dan boleh sesiapa sahaja untuk menerokanya. Saya jahil tapi saya tahu halal haram kalau janji menipu ini," katanya.
Ketua peserta Mohd Fauzi Mohamad, 43, yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gua Musang berkata kesemua peneroka yang mendapat sijil perakuan sebagai peserta itu merupakan penyokong kuat pembangkang.
"Semua kami ditemuduga exco-exco kerajaan negeri ketika itu untuk dipilih menjadi peneroka. Janji mereka selepas tiga tahun, semua ini akan kami dapat. Mana dia janji mereka? Malah ladang semakin semak," katanya.
Beliau bersama peneroka yang lain bercadang untuk membuat laporan polis dan mengheret mereka yang berjanji itu ke muka pengadilan termasuk membawa isu itu ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Kami sudah tidak percayakan kerajaan negeri yang dipimpin Pas lagi. Cukuplah mereka memperdayakan kami," katanya.
Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Ripin, 30an, berkata pada 2008, beliau ditawarkan tanah ladang seluas 4.046 hektar serta sebidang lot rumah oleh kerajaan negeri, namun sehingga kini janji tinggal janji.
"Kerajaan negeri berjanji dalam masa tiga tahun nak serah tapak ladang dan rumah, tapi sampai sekarang tak dapat apa-apa. Saya sekarang tinggal menyewa di Paloh 2 bersama isteri dan tiga anak yang berusia di antara 12 tahun dan 10 bulan," katanya.
Ripin berkata jika kerajaan negeri menunaikan janji tersebut, kehidupannya sekeluarga bakal berubah kerana ladang kelapa sawit seluas lebih empat hektar tersebut boleh mengeluarkan dua tan sawit setiap bulan.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah mendakwa bukan sahaja peneroka yang teraniaya dengan cara pembahagian tanah oleh kerajaan negeri, malah agensi kerajaan, terutama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) turut menerima tempias.
"Kerajaan negeri menganggap tanah itu tanah dia sedangkan sudah dibayar premium (oleh Kesedar), dan bukannya premium ini dibayar setahun dua, tapi sudah berpuluh-puluh tahun, sudah menjadi hak Kesedar sepatutnya," katanya.
Nozula berkata kerajaan negeri sepatutnya menyerahkan pembangunan Ladang Rakyat tersebut kepada Kesedar ataupun Felda jika mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus atau melaksanakan program tersebut agar ia dapat memberi manfaat kepada peserta.
"Dari dahulu lagi kita bangkitkan kepada kerajaan negeri banyak tanah-tanah kerajaan negeri yang tergadai tetapi tidak mendapat hasilnya kepada rakyat Kelantan. Kita bagi contoh Umno telah melaksanakan perancangan tanah Felda, Kesedar, dan beri manfaat kepada beribu-ribu rakyat," katanya.
Justeru, beliau menyeru agar rakyat Kelantan bangkit mengubah landskap politik di negeri ini dengan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat.
Bagi Adun Nenggiri Mat Yusoff Abd Ghani, kerajaan negeri sering tidak mendengar keluhan masyarakat apabila sesuatu isu timbul, terutama berkaitan
pengambilan tanah di beberapa tempat di negeri ini.
"Rakyat mengeluh, memberontak, namun kerajaan negeri buat tak endah. Mereka tak dengar suara rakyat. Ramai penduduk di sebelah utara Kelantan datang ke sini untuk teroka tanah, tapi akhirnya dirampas walaupun premium telah dibayar," katanya.
Sementara itu, Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad bersedia membantu para peneroka yang merasakan diri mereka tertipu itu ke muka pengadilan.
"Kami sedih rakyat yang juga peneroka generasi kedua ini telah diperdaya begini rupa dan kami bersedia menyediakan khidmat guaman kepada mereka,"
katanya.
Beliau meminta rakyat sedar akan tindakan kerajaan Kelantan yang sememangnya tidak berupaya membangunkan Kelantan dan isu Ladang Rakyat itu merupakan antara contoh kegagalan yang nyata," katanya. - Bernama
kecewa dgn pas
Sudah kecewa dengan Pas
ROHANA ISMAIL
13 Februari 2013
13 Februari 2013
Pengisytiharan tersebut dibuat di surau Pondok Geting (An-Najmiah), semalam yang dihadiri kira-kira 50 NGO dari Ummati Tanah Air, Pendidikan Fakta (Pendita) Minda Pondok, Selamat Tinggal Pas dan Ikatan Cendekiawan Negeri Kelantan.
NGO tersebut sepakat hadir untuk mengisytiharkan haram mengundi Pakatan Rakyat berdasarkan nas-nas yang dijelaskan mengikut al-Quran, hadis, ijmak ulama dan kitab-kitab muktabar.
Aktivis Ummati Tanah Air, Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkata, haram mengundi Pas kerana Pas sudah terpesong daripada perjuangan asal apabila meletakkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) sebagai sandaran mereka untuk menjalinkan kerjasama di antara PKR dan DAP.
Katanya, sebelum tahaluf, Pas mahu menubuhkan negara Islam namun selepas tahaluf Pas mahu menubuhkan negara berkebajikan, begitu juga sebelum ini ingin melaksanakan hudud tetapi kini bukan lagi agenda utama Pas.
“DAP telah secara jelas menolak penubuhan negara Islam dan menegah dari melaksanakan hukum hudud.
“Pas hanya mendiamkan diri kerana mereka hanya menggunakan isu hudud untuk memancing undi,” katanya.
Menurutnya, itu jelas menunjukkan Pas bukan lagi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat sebaliknya DAP adalah parti yang dominan.
“Apabila di Selangor dibuka kilang daging khinzir, arak dijual secara berleluasa, rumah urut berleluasa, Pas hanya berdiam diri.
“Begitu juga dengan isu kalimah ALLAH apabila sampai ke hari ini PKR dan DAP masih berpegang dengan keputusan mesyuarat mereka bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu tanpa menghiraukan keputusan Majlis Syura Pas, ” katanya.
Mohd Syamsul berkata, DAP beria-ria mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu kerana mereka ada agenda tersembunyi dan sekarang ini pun sudah ada orang Melayu menjadi paderi.
“Sekiranya tidak ditangani dengan baik, masa depan orang Melayu akan hancur, bukan itu sahaja, orang Melayu akan berbalah dengan Kristian.
“Atas dasar akidah kita bersatu, orang Islam Melayu wajib undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini,” katanya.
Jelas Mohd Syamsul, kitab-kitab Bible versi Melayu itu sudah ada berada di pasaran dengan judulnya bahasa Arab iaitu AL – Kitab tetapi ditulis dalam bahasa Melayu yang dicetak oleh The Bible Sociaty of Malaysia di Petaling Jaya.
penjelasan tun
SIAPA TIPU SIAPA
1.
Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO
dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu
oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO
menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.
2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu
mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun
Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai
Barisan Nasional.
3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.
3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.
4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.
5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.
6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.
7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.
8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.
9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.
10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.
12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.
13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.
tun kata bn tidak tipu pas
Umno tak pernah tipu Pas, kata Mahathir
13 Februari 2013
Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
"Katanya Pas telah ditipu oleh Umno semasa Pas berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu Pas tidak dijelaskan dengan terang," katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc hari ini.
Katanya perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno dan kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri Kelantan pada Mac 1978 menyebabkan ia keluar daripada BN.
"Perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu). Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno," katanya.
Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau adalah menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn ketika Pas keluar dari BN, begitu juga berada dalam kabinet Tun Abdul Razak Hussein bersama Datuk Asri Muda dan Hassan Adli (Timbalan Yang Dipertua Agung Pas ketika itu) semasa Pas menyertai BN.
"Datuk Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna beliau bertanggungjawab terhadap FELDA.
"Selepas beberapa bulan Pas menyertai BN, anggota Umno Johor mengadu kepada Tun Razak bahawa Datuk Asri giat mempromosikan Pas di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu," katanya.
Katanya secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat Umno dan selepas Asri bertanggungjawab ke atas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat Pas dan menolak Umno.
"Pada waktu itu timbul sengketa antara Asri sebagai ketua Pas dengan Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Asri. Mohd Nasir mendakwa beliau telah mengesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menjadi Menteri Besar Kelantan," katanya.
Dr Mahathir berkata Asri cuba menyingkirkan Mohd Nasir melalui undi tidak percaya dan Mohd Nasir enggan meletak jawatan walaupun kalah.
Katanya ramai anggota Pas memihak kepada Mohd Nasir dan mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri.
"Kerana Pas berpecah, kerajaan BN Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
"Pada Mac 1978 pilihan raya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Mohd Nasir menubuhkan parti Berjasa yang bertanding melawan Pas. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. Pas memenangi hanya dua kerusi," katanya.
Katanya walau apapun yang terjadi dahulu, umat Islam disuruh oleh agama supaya menyambut seruan kedamaian daripada musuh jika seruan dibuat supaya berdamai.
Katanya umat Islam disuruh bersatupadu dan menganggap semua umat Islam sebagai saudara.
"Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas," katanya. - Bernama
bn tidak bayar psy
Pengurusan Psy akui bukan dibayar kerajaan Malaysia.
PENYANYI K-Pop terkenal, Psy ketika membuat persembahan pada majlis
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia, di Pulau Pinang baru-baru
ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Scooter Braun Projects,
syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali
dunia dengan lagunya "Gangnam Style", hari ini menyatakan bahawa mereka
tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk
persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan
itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam internet,
yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak
benar.
"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami
tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk
persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut
kenyataan itu.
Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di
beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu
pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin
lepas.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina
1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.
Beliau juga berkata
orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan
artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.
Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran
Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College. - BERNAMA
pr suka saman
Pembangkang lebih ramai menyaman
FAIRUZ, ANITA, RUWAIDA, ROBIATULADAWIYAH, SITI NURSYAHIDAR, SITI AISAH, JANATUL FIRDAUS, JAMILAH
12 Februari 2013
12 Februari 2013
Penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengakui kes saman-menyaman fitnah antara pemimpin politik melonjak awal tahun lalu, terutamanya membabitkan pemimpin pembangkang.
Beliau mendakwa, tindakan menyaman ini bukan untuk mempertahankan hak tetapi bertujuan “mendiamkan atau mengugut” pemimpin Umno, selain mahu mendapatkan wang serta mempertikaikan sistem kehakiman negara.
Berdasarkan pengalamannya, katanya, hanya lima kes telah difailkan oleh pemimpin Umno terhadap pembangkang berbanding pembangkang ke atas pemimpin-pemimpin BN dan Umno.
“Memang kita dapat lihat kes saman-menyaman fitnah ini semakin melonjak sejak kebelakangan ini.
“Ini dapat dilihat melalui kes saman-menyaman oleh pemimpin PKR, DAP, dan Pas terutamanya terhadap akhbar Utusan Malaysia berbanding ahli Umno.
“Pandangan saya ialah bukan untuk mempertahankan hak mereka sebagai ahli politik, sebaliknya bertujuan mendiamkan atau mengugut, selain untuk kewangan bagi menampung kos pilihan raya mereka, yang akan datang serta untuk menunjukkan kepada rakyat keputusan
mahkamah telah dipengaruhi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Hafarizam berkata, seseorang ahli politik itu perlu menganggap kritikan dan cemuhan itu sebagai asam garam di dalam profesionnya.
Bagaimanapun katanya, jika kritikan itu dibuat berdasarkan kes rogol, rasuah, penyelewengan dan sebagainya dalam khalayak ramai, perlu diambil tindakan, tetapinya bukan untuk meraih undi rakyat.
“Ia perlu dipakai hanya apabila kes itu betul-betul fitnah dan mengheret pemimpin sama ada pembangkang atau kerajaan ke kancah penghinaan dalam khalayak ramai atau awam.
“Kalau setakat tidak layak menjadi perdana menteri kerana kes terdahulu melibatkan liwat, menyokong kesamarataan agama dan sebagainya, itu lebih baik ditangani secara politik kerana motifnya jelas untuk meraih undi,” katanya.
perpecahan yg merugikan
ARKIB : 12/02/2013
Dulu semasa penjajah masih berkubu di bumi orang Islam, umat Islam memilih faktor bersatu untuk menghalau penjajah. Apabila kemenangan dicapai umat Islam pula berantakkan sesama sendiri yang menyebabkan agenda utama untuk membangun kekuatan tidak dijadikan fokus.
Umat Islam memiliki empat faktor yang mempunyai potensi untuk bangun sebagai umat maju dan bertamadun. Faktor-faktor ini adalah hikmah terbesar kurniaan Allah supaya umat Islam terus maju dan bersatu untuk menggembleng bakat, tenaga dan kepakaran supaya umat Islam maju kehadapan bukannya merosakkan umat dan Islam itu sendiri.
Pertama, Islam itu sendiri bukan sekadar suatu sistem kepercayaan, ia juga sebagai cara hidup. Asas ini sesuatu yang penting diintegrasikan supaya produktiviti rohaniah tinggi dan produktiviti amaliah tinggi sama.
Kedua, umat Islam pernah membangun tamadun di zaman Abbasiyyah dan Andalusia untuk tempoh yang lama. Kejayaan itu dan kejatuhannya harus jadi sumber reflektif yang tinggi supaya sebab kejatuhannya tidak diulangi lagi oleh umat di zaman ini.
Ketiga, jumlah umat Islam di seluruh dunia melepasi angka 1.6 bilion. Jumlah yang seramai ini sekiranya mendapat pendidikan yang tidak saja memberi fokus kepada ilmu agama tetapi juga ilmu yang mendukung jalur ketamadunan, umat Islam bakal memiliki sumber daya insan yang berkualiti.
Keempat, negara-negara umat Islam memiliki kekayaan sumber hasil bumi yang banyak. Malangnya, sejak sebelum merdeka malah selepas merdeka setengah negara umat Islam masih bergantung kepada pihak luar dalam memajukan sumbernya sehingga yang mereka perolehi amat sedikit berbanding pihak yang mengusahakannya.
Malangnya juga, umat Islam terjebak dengan permusuhan sesama sendiri yang secara tidak langsung melemahkan antara satu dengan lain.
Permusuhan kerana kelainan fahaman dalam beragama menjadi adegan hodoh antara Syiah dan Sunni, aliran dalam mazhab dan tidak bermazhab, kisah takfir yang berlanjutan, label-label buruk seperti hisbus syaitan, taghut, firaun dan lain-lain yang membawa perpecahan parah dan tidak diketahui hingga bila ia dapat dileraikan.
Sebahagian umat Islam menjadi pelampau dan memilih jalan ganas bagi mencapai cita-cita. Cara perbincangan semakin tiada, jalan muzakarah tertutup rapat. Yang ditonjolkan ialah dominasi puak dan pengaruh politik tanpa mengambil kira apa akan terjadi akhirnya.
Sedangkan pihak lain mengambil kesempatan dari keadaan yang ada mengukuhkan rempuhan globalisasi dengan mendukung fahaman hak asasi tanpa agama, aliran pasca-modernisme yang sifatnya semakin anarki, aliran lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menolak fitrah kehidupan dan bentuk penjajahan baru atas asas teknologi siber dan media baru yang dikagumi generasi baru tanpa tahu latar maksudnya.
Umat Islam menjadi semakin tidak rasional terhadap sesuatu isu, membina persepsi negatif dan mudah menghukum tanpa usul periksa dan sasarannya ialah sama seagama dan akhirnya menghancurkan sendiri jamaah dan ukhuwah.
Pihak-pihak lawan yang anti Islam tidak perlu bersusah-payah memerangi orang-orang Islam dengan senjata yang dimilikinya tetapi memadai menyediakan teknologi canggih yang menjadi alat sesama Islam berseteru.
Perseteruan ini menjadi lebih canggih dengan teknologi siber dan media yang ada dan bakal mempercepatkan keruntuhan umat yang akhirnya kekal sebagai pengguna setia kekuatan orang lain dalam ilmu dan pendidikan, dalam teknologi dan sains dan akhirnya umat Islam menjajah dirinya sendiri dan tidak diketahui entah bila akan selesai.
Kena ada manusia Islam yang berjiwa besar menginsafi hal ini supaya bakat yang dimiliki, kepakaran yang ada, profesionalisme yang terdapat digunakan dengan bijaksana untuk menyusun agenda perubahan dan kemajuan.
Kalangan ilmuan dan ulama harus berusaha melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah terbaik mungkin menginsafi kecelaruan pemikiran yang ada, tidak berlaku adil terhadap kelompok sasaran membawa ilmuan dan pendakwah kepada jiwa besar kasih sayang dan belas kasihan seperti yang dimiliki oleh Rasulullah SAW yang berupaya menyerap kesabaran dan mengambil jalur bijaksana mendekati sasaran.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130212/re_05/Perpecahan-umat-jadikan-iktibar#ixzz2KjNsRzKg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Perpecahan umat jadikan iktibar
DI-TENGAH-TENGAH pengaruh globalisasi yang semakin garang dan berkembang, di tengah-tengah kebangkitan China sebagai suatu kuasa baru di rantau Timur, negara umat Islam umumnya menghadapi pertarungan sesama sendiri dan tidak mudah untuk dileraikan.Dulu semasa penjajah masih berkubu di bumi orang Islam, umat Islam memilih faktor bersatu untuk menghalau penjajah. Apabila kemenangan dicapai umat Islam pula berantakkan sesama sendiri yang menyebabkan agenda utama untuk membangun kekuatan tidak dijadikan fokus.
Umat Islam memiliki empat faktor yang mempunyai potensi untuk bangun sebagai umat maju dan bertamadun. Faktor-faktor ini adalah hikmah terbesar kurniaan Allah supaya umat Islam terus maju dan bersatu untuk menggembleng bakat, tenaga dan kepakaran supaya umat Islam maju kehadapan bukannya merosakkan umat dan Islam itu sendiri.
Pertama, Islam itu sendiri bukan sekadar suatu sistem kepercayaan, ia juga sebagai cara hidup. Asas ini sesuatu yang penting diintegrasikan supaya produktiviti rohaniah tinggi dan produktiviti amaliah tinggi sama.
Kedua, umat Islam pernah membangun tamadun di zaman Abbasiyyah dan Andalusia untuk tempoh yang lama. Kejayaan itu dan kejatuhannya harus jadi sumber reflektif yang tinggi supaya sebab kejatuhannya tidak diulangi lagi oleh umat di zaman ini.
Ketiga, jumlah umat Islam di seluruh dunia melepasi angka 1.6 bilion. Jumlah yang seramai ini sekiranya mendapat pendidikan yang tidak saja memberi fokus kepada ilmu agama tetapi juga ilmu yang mendukung jalur ketamadunan, umat Islam bakal memiliki sumber daya insan yang berkualiti.
Keempat, negara-negara umat Islam memiliki kekayaan sumber hasil bumi yang banyak. Malangnya, sejak sebelum merdeka malah selepas merdeka setengah negara umat Islam masih bergantung kepada pihak luar dalam memajukan sumbernya sehingga yang mereka perolehi amat sedikit berbanding pihak yang mengusahakannya.
Malangnya juga, umat Islam terjebak dengan permusuhan sesama sendiri yang secara tidak langsung melemahkan antara satu dengan lain.
Permusuhan kerana kelainan fahaman dalam beragama menjadi adegan hodoh antara Syiah dan Sunni, aliran dalam mazhab dan tidak bermazhab, kisah takfir yang berlanjutan, label-label buruk seperti hisbus syaitan, taghut, firaun dan lain-lain yang membawa perpecahan parah dan tidak diketahui hingga bila ia dapat dileraikan.
Sebahagian umat Islam menjadi pelampau dan memilih jalan ganas bagi mencapai cita-cita. Cara perbincangan semakin tiada, jalan muzakarah tertutup rapat. Yang ditonjolkan ialah dominasi puak dan pengaruh politik tanpa mengambil kira apa akan terjadi akhirnya.
Sedangkan pihak lain mengambil kesempatan dari keadaan yang ada mengukuhkan rempuhan globalisasi dengan mendukung fahaman hak asasi tanpa agama, aliran pasca-modernisme yang sifatnya semakin anarki, aliran lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menolak fitrah kehidupan dan bentuk penjajahan baru atas asas teknologi siber dan media baru yang dikagumi generasi baru tanpa tahu latar maksudnya.
Umat Islam menjadi semakin tidak rasional terhadap sesuatu isu, membina persepsi negatif dan mudah menghukum tanpa usul periksa dan sasarannya ialah sama seagama dan akhirnya menghancurkan sendiri jamaah dan ukhuwah.
Pihak-pihak lawan yang anti Islam tidak perlu bersusah-payah memerangi orang-orang Islam dengan senjata yang dimilikinya tetapi memadai menyediakan teknologi canggih yang menjadi alat sesama Islam berseteru.
Perseteruan ini menjadi lebih canggih dengan teknologi siber dan media yang ada dan bakal mempercepatkan keruntuhan umat yang akhirnya kekal sebagai pengguna setia kekuatan orang lain dalam ilmu dan pendidikan, dalam teknologi dan sains dan akhirnya umat Islam menjajah dirinya sendiri dan tidak diketahui entah bila akan selesai.
Kena ada manusia Islam yang berjiwa besar menginsafi hal ini supaya bakat yang dimiliki, kepakaran yang ada, profesionalisme yang terdapat digunakan dengan bijaksana untuk menyusun agenda perubahan dan kemajuan.
Kalangan ilmuan dan ulama harus berusaha melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah terbaik mungkin menginsafi kecelaruan pemikiran yang ada, tidak berlaku adil terhadap kelompok sasaran membawa ilmuan dan pendakwah kepada jiwa besar kasih sayang dan belas kasihan seperti yang dimiliki oleh Rasulullah SAW yang berupaya menyerap kesabaran dan mengambil jalur bijaksana mendekati sasaran.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130212/re_05/Perpecahan-umat-jadikan-iktibar#ixzz2KjNsRzKg
© Utusan Melayu (M) Bhd
malaysia memang negara islam
ARKIB : 11/02/2013
Di atas kenyataan tersebut maka ada kelompok Melayu yang mewakili sebuah parti menafikan hakikat ini. Mereka mengatakan sebaliknya yakni Malaysia bukan negara Islam. Pertembungan dua kefahaman ini mengakibatkan timbul kesan negatif terhadap Melayu dan Islam dalam negara ini.
Antara dua kefahaman tentang Malaysia sama ada negara Islam ataupun tidak merupakan satu polemik yang mesti dicari kebenaran. Mereka yang mendakwa Malaysia bukan negara Islam adalah kerana undang-undang jenayah yang melibatkan zina, minum arak, qazaf, mencuri, pemberontakan, murtad dan qisas yakni bunuh balas tidak berhukum dengan hukum Allah atau yang lebih sinonim dipanggil hukum hudud.
Maka disebabkan kerajaan Malaysia tidak melaksanakan hukum hudud ini, maka Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara Islam.
Apakah benar kriteria sesebuah negara Islam seperti yang mereka maksudkan? Apakah hukum hudud satu hukum Allah yang tertinggi?
Bahkan lebih dahsyat daripada itu, pemerintah yang tidak melaksanakan hukum hudud dianggap telah mengingkari kewajipannya dan telah jatuh kafir dan perlu digulingkan. Apakah kefahaman ini juga benar?
Secara tegas dan jelas setiap hukum Islam yang fardu dan yang wajib jika seseorang itu mengingkari akan kefarduan dan kewajipannya maka telah ijmak para Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah akan kekafirannya.
Tetapi berbeza pula hukumnya kepada seseorang yang masih beriman akan kefarduan dan kewajipan sesuatu hukum walaupun dia tidak melaksanakannya. Dia tidak jatuh kafir.
Takrif Negara Islam
Bagi menjelaskan kekeliruan berkenaan hal ini, apakah para ulama kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah tidak membincangkan atau membahaskan ciri atau kriteria sesebuah negara Islam? Jawapan ya, ada dan banyak sekali.
Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H). "Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah Syamilah)
Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.
Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.
Maka tidak bolehlah kerana Malaysia tidak dapat melaksanakan hukum jenayah Islam (hudud) maka gugurlah keislaman pada negara ini. Hal Ini adalah kefahaman yang tidak berteraskan kefahaman Islam bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yang betul.
Cuma apa yang perlu kita harapkan ialah kesempurnaan Malaysia sebuah negara Islam dengan berusaha memartabatkan semua hukum Allah dalam pentadbirannya. Hukum Allah bukan semata-mata hudud sahaja, bahkan hukum Allah meliputi segala apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang.
Rukun Islam Hukum allah Tertinggi
Hukum Allah yang terbesar dan tertinggi adalah apa yang terkandung dalam Rukun Islam dan diikuti Rukun Iman. Manakala hukum Allah yang utama yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan adalah Rukun Islam yang pertama - kalimah "la ilahaillallah" atau nama besarnya adalah akidah dan tauhid kepada Allah.
Mana mungkin Malaysia bukan negara Islam sedangkan kita tidak dihalang atau terhalang untuk mendirikan solat bahkan bersolat dengan aman, di samping banyak masjid dan surau dibinakan agar kalimah Allah dapat disebarkan.
Tiada siapa yang memaksa kita supaya jangan berpuasa, kita bebas menunaikan rukun zakat dan disediakan pula kemudahan agar dapat menunaikan haji dan umrah saban tahun. Apakah kita tidak bebas dan dihalang daripada melaksanakan hukum-hakam dalam Rukun Islam ini?
Jadi di manakah silapnya kita, sehingga atas dasar sempit kepartian perpaduan Islam tidak dapat direalisasikan kerana suara-suara perpecahan berkumandang di atas nama Islam. Islam yang dilaungkan tetapi perpecahan yang terjadi.
Pas Salah Slogan
Silapnya Pas suka menonjolkan Islam yang berkaitan menghukum kesalahan orang sahaja, sedangkan Nabi dan para sahabat lebih menonjolkan Islam itu dengan rahmat dan pengharapan hidayah di samping taubat.
Fahamilah firman Allah yang bermaksud: "Sesiapa melakukan perkara buruk atau menzalimi dirinya kemudian bertaubat, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun dan Penyayang." (Surah An-Nisa', ayat 110)
Salah kempen menyebabkan keburukan itu kembali kepada Islam. Islam yang syumul ini dilihat sempit kerana slogan orang yang lemah akal dan pengetahuan agamanya.
Misalnya apakah untungnya apabila mereka melaungkan Malaysia bukan negara Islam? Pasti ada yang mengambil kesempatan di atas slogan ini. Pernah ditanya kepada seorang murtad kenapa dia murtad? Dia menjawab sebab "Malaysia inikan bukan negara Islam maka tak ada masalah nak murtad".
Mungkin juga akan ada pihak mempertikai laungan azan, solat, puasa, zakat dan haji di atas slogan Malaysia bukan negara Islam bahkan sudah ada pun yang mempertikaikannya. Maka tidak hairanlah kalimah 'Allah' yang dituntut oleh orang Kristian dalam negara ini hasil slogan ini.
Jadi kita mesti bijak dalam beragama. Jika ditanya kenapa tidak boleh murtad, perlu mendirikan solat, perlu bayar zakat dan sebagainya di Malaysia ini, maka jawapannya adalah kerana Malaysia ini negara Islam. LGBT dan seks bebas juga tidak dibenarkan kerana Malaysia adalah negara Islam.
Bukan satu kebanggaan jika ramai dihukum pancung sebab murtad. Dipotong tangannya sebab mencuri atau dirotan 100 kali sebab berzina - itu baru boleh dianggap sebagai sebuah negara Islam. Tetapi yang sebenar-benar lambang negara Islam itu dan kempennya ialah ramainya manusia bukan Islam memeluk agama Islam.
Sesungguhnya jika benar-benar rakyat beriman dan beramal soleh pasti Allah menguatkan Islam dan Melayu dalam negara ini. Berusaha ke arah perpaduan Islam adalah satu sunnah Nabi SAW dan hindarilah perpecahan yang bukan daripada ajaran Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130211/re_02/Sah-Malaysia-sebuah-negara-Islam#ixzz2KjNdp7X7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sah Malaysia sebuah negara Islam
Penulis ialah Ketua Biro Massa Ilmuwan Malaysia (iLMU).
E-mail: www.ilmuanmalaysia. com. Tweeter:@IlmuanMalaysia
BERPEGANG pada dasar kepartian jumud, ada kalangan orang Melayu tidak
bersetuju dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau
menjadi Perdana Menteri yang mengisytiharkan Malaysia sebuah negara
Islam.E-mail: www.ilmuanmalaysia. com. Tweeter:@IlmuanMalaysia