Thursday, January 31, 2013

isu air utk politik

ARKIB : 10/01/2013

Krisis air: Syabas jadi mangsa

SAYA bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Jefri Rizal di dalam ruangan Forum ini yang menyatakan keadaan genting yang sedang dihadapi oleh rakyat di negeri Selangor yang kini berhadapan dengan masalah bekalan air dan perlu ditangani secara bersama dan bukanlah memulakan permainan saling menuding jari antara satu sama lain.
Senario yang dihadapi oleh rakyat Selangor hasil pergolakan yang tidak berkesudahan ini mendorong semua pihak tampil mempertahankan diri masing-masing namun tidak menampakkan kesungguhan untuk menyelesaikan isu pokok yang sedia ada.
Hasilnya, pihak Syabas yang menjadi mangsa dan terpaksa turun padang menjelaskan kepada para pengguna akan situasi yang sebenar yang berlaku.
Kerajaan Negeri Selangor
Dalam hal ini kerajaan negeri Selangor yang mendakwa diri mereka sebagai sebuah kerajaan berkebajikan sepatutnya menghentikan serta-merta perbuatan menuding jari kepada pihak itu dan pihak ini, manakan tidak apabila mereka sendiri tahu bahawa jalan penyelesaian berada di tangan mereka namun Menteri Besar Selangor lebih selesa mempergunakan modal isu air sebagai 'nadi' survival politik mereka.
Keikhlasan kerajaan negeri dalam soal ini boleh dipersoalkan, lihat sahaja bagaimana pejabat Menteri Besar Selangor mencanangkan kepada semua bahawa mereka turut membantu rakyat dengan membawa tangki ke kawasan yang terputus bekalan air.
Tetapi, sebanyak tujuh tangki air seperti yang dilaporkan oleh akhbar yang dibawa tersebut hanyalah menjadi 'ejen publisiti' jangka pendek mereka untuk mendapat sokongan rakyat.
Lebih memeritkan apabila kerajaan negeri mahu pengguna air menyaman Syabas serta mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.
Perbuatan seperti ini tidak lain samalah seperti perumpamaan, 'meludah ke langit dan jatuh ke atas muka sendiri'.
Tidakkah kerajaan negeri Selangor sedar bahawa tindakan tersebut hanyalah relevan jikalau Syabas tidak berbuat apa-apa langsung untuk menangani keadaan ini?
Adakah kerajaan negeri lihat terdapat catu air secara total ke atas semua kawasan-kawasan Lembah Klang?
Apakah kerajaan negeri mempunyai bukti kukuh para petugas dan pengurusan Syabas hanya duduk bersahaja dan tidak bertindak? Bukankah Syabas telah bertindak sebaik mungkin dengan membaiki terus rumah-rumah pam yang telah rosak walaupun cuba dihalang oleh kerajaan negeri?
Jika mereka tiada bukti seperti yang disebutkan, maka eloklah kerajaan negeri Selangor 'tepuk dada tanya selera'.
Ingatkah kerajaan negeri terhadap manifesto-manifesto yang tidak dilaksanakan seperti elaun ibu tunggal, penurunan cukai pintu, kenaikan cukai tanah, pengabaian ke atas para pemilik rumah PKNS dan seterusnya sebahagian besar pengguna yang dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma?
Rakyat mempunyai alasan kukuh untuk menyaman kerajaan negeri atas faktor-faktor yang dinyatakan tadi dan juga bagi mereka yang terjejas teruk akibat banjir kilat di Klang dan Ampang juga boleh menyaman kerajaan negeri jika mereka mahu.
SPAN dan KeTTHA
Di samping itu, pihak-pihak lain yang bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga haruslah bertindak dengan segera selaku penyelaras.
Ini kerana Lembah Klang merupakan nadi penggerak ekonomi utama negara. Apabila hal sebegini berlaku, mengapa pihak SPAN seakan-akan duduk diam membisu dan tidak mahu mengawal keadaan?
Bukankah lebih elok jika SPAN membantu menggerakkan usaha membawa bekalan air bersih dari negeri-negeri lain untuk dibawa kepada warga Selangor yang semakin terdesak dek kerana pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan.
Begitulah juga halnya dengan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang sepatutnya dari awal lagi bangkit menenangkan keadaan serta mengambil tugas mengetuai misi bagi kedua-dua pihak mencari titik persamaan dalam soal pengurusan air ini.
Kalau beginilah keadaan yang cuba ditonjolkan oleh pihak-pihak kerajaan negeri mahu pun kerajaan Persekutuan, jangankan Syabas, syarikat pengurusan air terbaik dunia pun akan lingkup jika menjadi mangsa keadaan.
RUEBEN
Rawang, Selangor

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130110/fo_01/Krisis-air-Syabas-jadi-mangsa#ixzz2JV9iNNDW
© Utusan Melayu (M) Bhd

jalan ke putrajaya

ARKIB : 30/01/2013

Jalan lain Pas ke Putrajaya

SEMAKIN dekat dengan pilihan raya, kelihatan keretakan pembangkang semakin parah. Apa yang dianggap sebagai kerjasama selesa semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dulu kini nampak semakin goyah. Ini bukan sahaja dirasai oleh ahli-ahli parti terutamanya Pas, namun pemerhati politik turut merasakan mood sedemikian.
Banyak penulis dan penganalisis berpandangan bahawa isu penggunaan nama Allah telah memakan diri serta membawa salah tafsir yang sangat serius sehingga berpotensi untuk memecahkan gabungan pembangkang.
Hasrat asal pakatan adalah untuk menjadi juara kepada penduduk Kristian Sabah dan Sarawak tetapi tidak kesampaian apabila tafsiran oleh warga umum Malaysia, terutamanya orang Melayu Semenanjung menjadi lain.
Kemuncaknya ialah apabila terdapat sesetengah rakan UMNO dan Pas semacam tersentak dan baru menyedari bahawa dengan 'pukulan' daripada Ketua Umum PKR yang tetap melawan kehendak Majlis Syura, membuka mata mereka melihat cahaya baru.
Baru mereka sedar rupa-rupanya antara UMNO dan Pas lebih banyak persamaan. Dari segi akidah, jika diselami lebih mendalam rupa-rupanya orang Pas dan UMNO amat sama. Keputusan Majlis Syura Pas itu rupanya menjelaskan lagi hal kesamaan, ibarat jika 'Majlis Syura UMNO' yang bersidang, hasil keputusan yang hampir sama yang akan ditetapkan.
Tidak mungkin keputusan seumpama Majlis Tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang dicapai sekiranya kepimpinan Pas dan UMNO yang bersidang bersama-sama.
Sekiranya hasrat Pas hendak juga ke Putrajaya, nampaknya dengan situasi yang rumit dalam pakatan hari ini, yang mungkin boleh menyebabkan Pas kalah lebih teruk maka adalah lebih baik Pas meneroka satu jalan lain yang lebih jelas dan munasabah berbanding dengan jalan sekarang.
Jalan itu tidak lain tidak bukan ialah melalui kerjasama dengan UMNO. Buktinya telah terang di depan mata, apabila Pas bergabung ke dalam BN pasca 13 Mei 1969, Pas dan UMNO memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum keempat pada Ogos 1974.
Melaluinya Pas akan membantu UMNO dengan kepakaran dan rangkaian antarabangsanya terutama berkaitan hal-ehwal Islam. Ambil sahaja contoh isu Gaza, nampaknya mahu tak mahu UMNO pun sedikit sebanyak bergantung kepada kepakaran bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz NasharudinMat Isa untuk memastikan kelancaran lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke sana.
Ini satu contoh kecil yang baik bagaimana berkesannya kerjasama UMNO-Pas. Jangan anggap ini satu kegagalan tanpa melihat potensinya yang amat besar. Sekalipun pernah gagal selepas Pas bergabung dulu (1970-1975) ke dalam BN, ia bukanlah bukti kukuh bahawa kerjasama itu tidak boleh diulangi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130130/re_05/Jalan-lain-Pas-ke-Putrajaya#ixzz2JV90FION
© Utusan Melayu (M) Bhd

banyak berlakon

ARKIB : 30/01/2013

Pas banyak 'berlakon'

KATA si giant killer: "Barangkali dia super gred tetapi padahal 'kosong' di Marang." Itu ungkapan agak pedas daripada Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Terengganu dalam pertemuan pada malam Sabtu lalu.
Dalam pertemuan di Kuala Lumpur itu, Abdul Rahman membawa saya meninjau tindak-tanduk pelik sebilangan pengikut Pas di kawasannya, Marang, sebelum menjengah lebih jauh seluruh Terengganu.
"Bagi saya Pas banyak 'berlakon'. Pernah sebelum Jambatan Sultan Mahmud di Duyung siap, orang Pas kata tak akan guna, membazir wang.
"Tapi bila jambatan siap, dia lalu juga. Dari Batu 6, Gong Badak, Tok Jering, Seberang Takir dan Kuala Nerus, mereka menghala ke Rusila (kawasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.
Kata Abdul Rahman: "Dia (Pas) kata sekolah kerajaan ini kafir, sekular. Semasa anak mereka (penyokong Pas) tadika, dia hantar ke taska Pasti...dia kata tadika sedia ada tadika kafir. Tapi bila besar, tahu pula hantar anak ke sekolah rendah, menengah kerajaan.
"Malah, ada orang Pas hantar anak belajar ke Eropah dan Amerika lagi...bukankah itu negeri-negeri kafir?"
Abdul Rahman, 60, mendapat jolokan Giant Killer setelah menewaskan Abdul Hadi, 65, pada 1986 dan 2004. Dalam persaingan pilihan raya, beliau dan Presiden Pas itu ketika ini dalam kedudukan seri (Abdul Hadi menang 1990 dan 1995).
Bagi Abdul Rahman, Barisan Nasional masih berupaya mempertahankan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Malah, boleh tambah kerusi lagi.
Ketika ini daripada 32 Dewan Undangan Negeri (DUN), BN cuma kalah 8. Daripada 8 kerusi Parlimen pula, 2 terlepas. Di peringkat DUN, kata beliau, Insya-Allah BN akan tambah daripada 24 kepada sekurang-kurangnya 28 kerusi.
Untuk 6 kerusi Parlimen sedia ada, BN bukan sahaja mampu kekalkan, malah percaya kerusi Marang yang dikuasai Abdul Hadi akan kembali ke pangkuan BN.
"Hadi tak bawa apa-apa pembangunan dan kemajuan untuk rakyat Marang. Sama ada jalan raya, masjid, surau, klinik dan sekolah semuanya berbalik kepada Pusat.
"Baik dulu... sebelum, semasa dan sesudah dia jadi MB (Menteri Besar Terengganu 1999-2004), tiada apa-apa yang dia buat untuk rakyat Marang.
"Jadi, rakyat Terengganu, apatah lagi di Marang merasakan mengundi Pas tidak mendatangkan apa-apa hasil dan faedah kepada mereka jika hanya dimomokkan oleh propaganda dan retorik semata-mata," kata beliau.
Apa tidaknya, kata Abdul Rahman lagi: "Pas ni banyak teori...malam dia ceramah, siang tidur. Rakyat meluat dengan perangai sebegini, dan simpati pula kepada BN."
Bukti paling mudah. Daripada 57 buah masjid di Marang, tidak ada satu pun dibina oleh Abdul Hadi. Yang dia bina cuma masjid di Rusila. Sekarang bila BN perintah di bawah teraju Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, setiap satu DUN dibina satu masjid. Satu tahun, satu masjid. Kalau seluruh 32 DUN, cuba kira berapa?
Dan jika dinilai kembali manifesto yang dicanang Abdul Hadi pada pilihan raya umum 1999, sebenarnya banyak hutangnya kepada rakyat Terengganu.
Abdul Hadi, kata Abdul Rahman, mungkin tak akan diingati oleh rakyat Terengganu. Ini memandangkan tidak ada satu pun prasarana atau infrastruktur yang dikongsinya dengan rakyat. Ini baik sewaktu dia menjadi MB mahupun ketika ini menyandang Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang.
Namun, tegas beliau, kelibat Presiden Pas itu pasti tidak akan dilupakan oleh umat Islam negara ini kerana kesan 'sergahan' amanatnya di Banggol Peradong pada 1981.
"Kesannya, amat besar, berterusan dan berpanjangan sampai sekarang. Segala yang buruk-buruklah...pecah belah masyarakat, tak bertegur sapa sesama Islam, haram makan sembelihan orang UMNO, sembahyang berasingan, tanah kubur asing-asing, akad nikah dua kali.
"Tapi, bila kita tanya balik...mak dan ayah orang Pas ini termasuk Hadi sendiri dan nenek moyangnya...siapa yang nikahkan mereka? Kita umat Islam amat sedih perkara ini...orang Melayu pecah belah dan orang lain pula yang menangguk di air keruh," katanya.
Dan yang cukup menyedihkan daripada tindak-tanduk Abdul Hadi ialah apabila satu isu sensitif menyentuh Islam disyorkan oleh sekutu pakatannya untuk dipraktiskan.
Dan tanpa 'ribut taufan', Presiden Pas itu tiba-tiba menyatakan kesanggupan untuk akur. Dan, kita bersyukur kalau tidak kerana 'dipangkah' oleh Majlis Syura partinya, tak tahulah apa akibatnya selepas ini.
Abdul Rahman turut melontarkan persoalan menarik untuk dikongsi bersama rakyat negara ini. Kenapa dalam 12 kali pilihan raya umum, Pas tidak pernah menang besar barang sekali pun?
Pas, kata beliau, sering mengatakan kerajaan ini 'taghut'. Tetapi kenapa bila kerajaan bekalkan segala kemudahan, beri jawatan kepada mereka (pengikut Pas yang berada dalam kerajaan) atau segala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau bantuan RM100 persekolahan, mereka tak tahu bersyukur.
"Bila kita tak bersyukur, azabnya sungguh pedih, tapi bila kita bersyukur, Allah akan tambah lagi (rezeki itu).
"Dan bila kita berterima kasih kepada manusia yang bagi (memberi) kepada kita, ertinya kita bersyukur pada Allah," kata Abdul Rahman. Sebab itu Pas tidak akan menang PRU-13 ini.
Kata Abdul Rahman: 'Pas tidak akan menang sebab dia tak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah di bumi Malaysia bertuah ini.
Ditanya kemungkinan akan berulang sejarah pertembungan beliau dengan Abdul Hadi buat kali kelima nanti, Abdul Rahman berkata: "Ya lah, mereka (pengikut Pas) kata saya ni sudah 'hilang taring', sebabnya kerana nak rendah-rendahkan saya...kalau nak tahu 'hilang taring', cubalah!
"Namun, saya tak pernah mendesak, kalau kepimpinan yakin, saya bersedia, kalau tidak pun tak mengapa."
Beliau turut menitipkan sedikit formula untuk memilih winnable candidate di Marang.
"Kena pilih calon yang betul-betul layak, yang betul-betul ada rekod, yang betul-betul rakyat terima, yang betul-betul boleh menang. Pilihan calon jangan ikut emosi, jangan ikut suka tidak suka, jangan ikut individu, tapi ikut suara rakyat.
"Kena pilih hati-hati. Perlu menanyakan semua orang Marang."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130130/re_01/Pas-banyak-berlakon#ixzz2JV8dwQs8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, January 25, 2013

kuda dap

ARKIB : 10/01/2013

Pas berjaya diperalat DAP dalam hal ehwal Melayu, Islam

APA yang ketara sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan dan berjaya memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, pengaruh DAP dalam pakatan itu adalah jauh lebih besar daripada bilangan kerusi DUN dan Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 12.
Di Pulau Pinang, kuasa DAP adalah total dan anggapan bahawa Lim Guan Eng adalah 'tokong' di negeri itu merupakan satu ungkapan yang sungguh tepat.
Di Selangor, Exco dari DAP berpengaruh begitu kuat sehingga Menteri Besar dari PKR kelihatan seperti toothless (tak bergigi) dalam isu-isu tertentu, termasuk yang melibatkan hal ehwal Melayu dan Islam.
Malahan ia memaksa Pas mengorbankan pegawai kanan parti yang memegang jawatan Exco Kanan, atas desakan DAP.
Apa yang jelas selama hampir lima tahun DAP berdamping dengan PKR dan Pas, parti itu telah dapat mengenali kelemahan-kelemahan mereka.
Mereka tahu Pas khasnya sanggup berkompromi mengenai perjuangan untuk mewujudkan negara Islam asalkan Pakatan Rakyat berkuasa.
Mereka juga tahu Pas sedia berkompromi dalam hal-hal lain seperti pelaksanaan hukum hudud, dan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.
DAP juga menggalak dan menyokong sepenuhnya PKR memeluk dan menyebarkan ideologi sekular, liberal dan pluralisme, walaupun kebelakangan ini ia sendiri menunjukkan kecenderungan mendokong agama Kristian.
Lebih dari segalanya kedua-dua DAP tahu PKR dan Pas kini terbelenggu dengan keghairahan untuk menakluk Putrajaya, tidak kira siapa yang menjadi 'pasangan tidur sebantal'.
Antara dua parti PR itu, Pas mengalami pergolakan yang lebih besar. Golongan sekular dalam parti itu yang mendapat inspirasi dari luar parti, kini mendominasi parti, sementara golongan ulamanya kini semacam terpinggir.
Pas juga dilanda krisis kepimpinan kerana ia telah begitu lama berpegang kepada ketaksuban kepada pemimpin tertentu dan tidak lagi mengamalkan mesyuwarah dan muzakarah seperti di zaman kegemilangannya.
Bahkan boleh dikatakan Pas telah mencapai satu peringkat spiritual dictatorship yang mengetepikan keagungan ilmu dan pandangan orang ramai.
Lebih menyedih dan membahayakan, strategi DAP mengeksploitasi kelemahan-kelemahan PKR dan Pas, telah menimbulkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya.
DAP tentu merasa begitu berpuas hati mendengar fatwa kepimpinan Pas yang berulang kali menghalalkan parti itu sebagai sahabat Islam sementara UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Islam dalam BN.
DAP tentu juga tersenyum lebar dengan tindakan Pas 'mendoakan' kejatuhan UMNO dan BN yang merupakan tikaman runcing bambu yang sungguh memilukan ke atas perpaduan Melayu dan Islam.
Sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam menyedari musibah besar yang berlaku ke atas perpaduan mereka angkara tindak-tanduk dan permainan politik DAP dan kuda-kuda tunggangan mereka, PKR dan Pas.
AMY KELANA
Petaling Jaya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130110/fo_02/Pas-berjaya-diperalat-DAP-dalam-hal-ehwal-Melayu-Islam#ixzz2IytIuVro
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, January 16, 2013

perkataan khas untuk ugama islam sahaja

ABDUL RAHMAN OSMAN... Mufti Pahang.

PEKAN 15 Jan. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sejak 24 tahun lalu telah menyenaraikan 35 perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama lain kecuali Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, semua perkataan dan perbahasan tersebut termaktub dalam Seksyen 9, Enakmen 5 Tahun 1989 di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama bukan Islam.

Seharusnya perkara itu jelas dan tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana perkataan serta perbahasan tersebut termasuk kalimah Allah dilulus dan diwartakan oleh Dewan Undangan Negeri pada 13 Mac 1989.

Perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama lain ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadat, kaabah, kadi, ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haj, mufti, rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, nabi dan tabligh.

Manakala perbahasan ialah Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillah, Walillailhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astagfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya Allah dan Lahaula Walaquata Illabilahilaliyil Azim," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN
 
Sunday, January 6, 2013

komen tentang pas

Norel Shah · Top CommenterApakah jasa2 PAS selama ini?
1. Kafir mengkafir sesama umat Islam.
2. Melarang umat Islam bersatu padu kerana dendam kesumat N.Ajis.
3. Lebih banyak membina berhala (3) dari masjid (1 sahaja) di Kelantan sepanjang 23 tahun memerintah. Yg satu2nya masjid di bina tu pun baru je siap!
4. Memundurkan bukan memajukan Kelantan.
5. Meluluskan 44 lesen arak walaupun kononnya mengaku Serambi Mekah.
6. Mengamalkan kronisme. Kroni2 dan sanak sedara pemimpin PAS dapat pelbagai tanah kurnia walaupun suka menuduh UMNO selama ini.
7. Membudayakan Cult of Personality N.Ajis hingga ketahap mendewa – dewakan. Yang kelakar sekali N.Ajis macam suka layanan tahap dewa oleh pengikut2 buta hati dan taksub ini.
8. Tidak membaiki mutu air di Kelantan walaupun Tun sendiri pernah meluluskan peruntukan RM 600 juta untuk menyelesaikan masalah ini pada akhir2 90an.
9. Mengaku memperjuangkan Islam tetapi dari segi pentadbiran lebih teruk dari komunis. Contoh2 terbaik i) Tabung Memali ( haram tau sebat duit anak2 yatim!) ii) Koperasi Kohilal iii) pemecatan Datuk Dr Hasan Ali dari PAS
10. Memfitnah kiri kanan depan belakang dengan muka selamba je. Satu fitnah yg saya tak dapat lupakan sampai bila2 ialah tuduhan Tun berkahwin dengan perempuan muda Cina Singapura. Ini saya dengar dengan telinga saya sendiri dari totok2 PAS!
11. Sanggup membelakangkan bukti2 sahih dan menyokong individu yang gila seks stor kunyit sebagai Ketua mereka semuanya demi politik. Kelakuan mereka ini sebenarnya dah macam umat Nabi Lut. Bayangkan kenyataan bodoh ‘video itu besi!’ demi mengakkan benang basah mereka.
12. Menularnya fahaman syiah dalam PAS dimana Naib Presidennya sendiri yang terkenal dgn kes khalwat dgn bini orang (kawan baik sendiri tu..) di lantik ke jawatan tertinggi dalam parti oleh pengikut2 buta hati dan taksub.

penjelasan tentang berkawan dgn syaitan

n Askara was tagged in Sudin Sahak's photo.
HARON Din, pemimpin Pas menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris Better the devil you know than the angel you don't".

Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".

Kalau Haron Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.

Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut, "siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima".

Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk kerajaan Islamnya.Demikian pendirian Nik Aziz kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan kerajaan Islam? Apakah jenis kerajaan Islam yang dihasilkan daripada pertolongan syaitan,sama-sama kita fikirkan.

Haron Din nampaknya terima kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan.Sebab itu Haron Din tidak menegur Nik Aziz, jauh sekali daripada menuntut suapa Nik Aziz bertaubat.Saya tidak akan bertaubat dengan salah faham serta ketidak upayaan untuk memahami Haron Din berkenaan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Haron Din meminta maaf daripada saya kerana salah fahamnya tentang apa yang diperkatakan dalam bahasa Inggeris. Dan saya akan memaafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas daripada membuat kesalahan.

Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua mengikuti mazhab yang sama,iaitu mazhab Sunni daripada imam Shafie.Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuhan dan berbunuhan sesama mereka.

Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Pas ditubuhkan.Dalam keghairahan Pas untuk mendapat undi orang Melayu,mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuhan sesama mereka.

Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikut kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam yang tidak sokong Pas kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum Pas ditubuhkan, tanah perkuburan berasingan bagi orang Pas kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan perceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.

Kemudian Haji Hadi menokok tambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Haji Hadi mendakwa bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah,kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.

Sesungguhnya perlembagaan itulah memberi kebebasan bersuara,berparti dan berpolitik kepada Pas. Di kebanyakan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya Pas menolak semua kebebasan ini.Tetapi sebaliknya Pas menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah,Rasul dan ulil amri,iaitu pemerintah, Pas sebenarnya tidak setia kepada ulil amri. 

UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen,cara hidup.Cara hidup memang termasuk dalam politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.Habbul wtan minnal iman.

Sebaliknya Pas sekarang menerima pemimpin kafir yang secara terbuka menolak negara Islam yang ingin dibawa Pas serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.

Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang Pas sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan,UMNO akan terima orang Pas sebagai orang Islam.Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang Pas seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu bersaudara.Perbezaan politik antara UMNO dan Pas tidak bermakna pengasingan politik dari agama atau agama suku politik suku.Perbezaan politik di kalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja.Namun mereka semua masih Islam.

Tanpa bertaubat kerana pelbagai kesalahannya di sisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO.Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian dibuat,sama ada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza daripada ajaran Islam yang menegaskan bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri daripada orang yang terlibat dan berkepentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan di sisi agama Islam.

Tetapi, Alhamdulillah sudah ramai pemimpin serta ahli Pas yang sedar tentang kesalahan Pas dan pemimpinnya dari segi Islam. Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang telah diberi kepada parti Pas. Mereka sedar Pas bukan berjuang untuk Islam. Pas hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.

Mereka yang keluar dari Pas ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercrai-berai.

Saya tidak akan suruh Haron Din bertaubat. Tetapi Haron Din harus tanya hati kecilnya sama ada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz?

Dr Mahathir Mohamad.

Saturday, January 5, 2013