Monday, November 26, 2012

boleh terima hakikat kekalahan

PRU: Pihak kalah perlu terima hakikat, kata Dr M
RUZY ADILA IDRIS
26 November 2012
Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Forum Antarabangsa di PWTC hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

"Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan  membuat demonstrasi.

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

"Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya.

"Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi
Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu.

"Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam. Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.

"Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.

taktik tipu

Mahathir: Taktik pembangkang tuduh kerajaan tipu PRU13

26 November 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga hari ini, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya.

"Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya. Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaan menang. Itu sahaja.

"(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya," katanya apabila ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantu memantau pilihan raya di Malaysia.

Ditanya mengenai pemerhati bebas yang dijemput semasa pilihan raya umum lepas, Dr Mahathir berkata: "Secara rasmi kita tak jemput, tapi kalau dia nak datang dan tengok, tengoklah.
 
"Tak ada negara yang mana parti kerajaan boleh kalah di lima buah negeri... tak dapat dua pertiga kerusi di Parlimen. Kalau betul-betul dia (kerajaan) nak tipu, saya ingat parti lawan (pembangkang) tak boleh menang lima buah negeri," katanya.   

Persidangan Riba Dunia Ketiga membincangkan isu riba dan kaitannya terhadap kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan, inflasi dan pergolakan sosial yang melanda dunia ketika ini.

Persidangan dianjurkan oleh Thinkers Trends Malaysia Resources dengan kerjasama Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Al Ghazzali untuk Sains Islam dan Pembangunan Manusia (Australia).- Bernama

Sunday, November 25, 2012

jual hukum


ARKIB : 19/11/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 3
Pas jual isu hudud lagi di muktamar
ALIMEDANBARU
Petaling Jaya, Selangor.

MEMBACA kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas bahawa pakatan pembangkang bersetuju pada umumnya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti amat melucukan disebabkan kata-kata tersebut cakap tidak serupa bikin.

Apa yang nyata Pas semakin lemah. Di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka sekarang Pas gagal menangani pelbagai isu antaranya, arak, rumah urut, judi siber, industri seks, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan kristianisasi.

Semuanya itu berkaitan dengan pelanggaran hukum Allah dan dalam kategori maksiat dosa besar.

Apakah aras tanda dan bukti wakil-wakil rakyat Pas berjuang untuk menangani perkara-perkara tersebut?

Memang cakap tak serupa bikin, di Kelantan sendiri jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud pun tidak bermesyuarat, malah langsung tiada draf akhir pelaksanaan yang siap selepas lebih 20 tahun memegang tampuk pemerintahan.

Pas bukan sahaja menipu rakyat malah mereka rasa boleh sentiasa menipu Tuhan dengan berdolak dalih untuk melaksanakan hukum hudud yang mereka sendiri tiada kepakaran dan tidak ada kesungguhan untuk melaksanakannya.

Kalau memegang amanah, amanah tidak dilaksanakan, kalau bercakap sering menipu itu adalah sifat-sifat munafik yang akan dihumban didasar neraka di akhirat kelak.

Cukup-cukuplah pemimpin Pas mempermainkan hukum Allah tersebut. Kalau menegur kebenaran demi kerana mempertahankan Islam atas kenyataan Nurul Izzah Anwar pun Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang pun tak mampu melakukannya, usahlah bercakap tentang hukuman hudud yang akan dilaksanakan kepada umat Islam yang murtad kelak.

Kepada pemimpin-pemimpin Pas lihatlah sejarah Islam yang silam dimana pejuang-pejuang dan pendakwah sanggup memperkatakan tentang kebenaran Islam dan mempertahankan akidah walaupun berhadapan dengan Maharaja Rom dan Parsi walaupun nyawa berada dihujung pedang.

Apa yang berlaku hari ini pemimpin Pas yang terkunci mulut untuk berhadapan dengan pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi nasihat dan memperkatakan tentang kebenaran Islam pun tak berdaya jadi usahlah asyik menjual agama dengan harga murah demi untuk mengejar kuasa yang mana umat Islam di negara ini sudah jelak kerana Nik Aziz sendiri tiada upaya dan tidak serius langsung untuk melaksanakan hukum hudud di negeri yang dia sendiri berkuasa.

Kepada pemimpin-pemimpin Pas, hukum bernegara dan tanggungjawab pemerintah dalam Islam adakah hudud itu segala-galanya? Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran, apakah itu tidak perlu diperjuangkan sebelum hudud dilaksanakan?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121119/fo_02/Pas-jual-isu-hudud-lagi-di-muktamar#ixzz2DDUClYVR
© Utusan Melayu (M) Bhd

siapa islam


ARKIB : 20/11/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 8
Siapa Islam, siapa tidak?
DATUK MOHD. RADZI ABD. LATIF
Bekas Presiden, Yayasan Kajian dan Strategi Melayu (YKSM)

DI Muktamar Pas ke-58 Nik Aziz Nik Mat berkata UMNO tolak Islam dan UMNO Murtad.

Hairan di mana logiknya?

Sewaktu memperjuangkan penggubalan Perlembagaan Negara, pejuang UMNO berjaya memasukkan perenggan Agama Islam Agama Rasmi Negara. Selepas memerintah, kerajaan pimpinan UMNO luluskan banyak bajet untuk buat masjid dan surau. Hari kebesaran Islam seperti Maal Hijrah diisytihar cuti umum, begitu juga Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa.

Selain itu, kerajaan UMNO biayai penubuhan banyak Sekolah Agama Islam, Kolej Islam dan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa. Bagi memartabatkan amalan membaca al-Quran, UMNO tidak henti-henti menganjurkan tilawah al-Quran sehingga kini.

Kerajaan pimpinan UMNO antara pendiri yang mengasaskan OIC. Apabila Palestin diserang, kerajaan UMNO tidak pernah gagal mengutuk Israel. Pemimpin UMNO sentiasa lantang kutuk Amerika yang berat sebelah kepada Israel.

Yang UMNO tidak buat ialah perjuangkan hudud kerana UMNO sedar bahawa dalam masyarakat majmuk, hudud belum boleh dilaksanakan. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nik Aziz bahawa UMNO tolak Islam?

Kalau itulah asasnya, bagaimana pula pendirian Pas dalam Muktamar Pas baru-baru ini?

Pas pun nampaknya sudah berlembut dan terima hakikat bahawa hudud tidak dapat dilaksanakan secara total merangkumi muslim dan bukan muslim.

Maka, samalah Pas dengan UMNO. Pas kini mengakui realiti kehidupan masyarakat majmuk dan seperti UMNO, Pas kini sudah faham bahawa Pas seperti juga UMNO perlu berhemah dalam memperjuangkan dan melaksanakan hudud.

Nik Aziz berkata lagi, UMNO tolak ulamak. Persoalannya, berapa ribu guru agama di sekolah digaji oleh kerajaan UMNO? Bukankah mereka ini sudah bertaraf ulama atau akan menjadi ulama? Di setiap sekolah kebangsaan, ada minimum satu guru agama untuk pelajar Islam.

Berapa ramai ulama hari ini yang sudah terima biasiswa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pimpinan UMNO untuk mereka belajar di Al-Azhar dan Universiti Islam lain di Timur Tengah?

Lihat sahajalah Anugerah Tokoh Maal Hijrah- keterampilan ulama diiktiraf dan diberikan penghargaan.

Dari segi institusi, Lembaga Urusan Tabung Haji, Bank Islam, pusat zakat, Syarikat Takaful untuk Insurans Islam, Hospital Islam PUSRAWI, PERKIM, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah - semuanya ditubuhkan oleh kerajaan UMNO.

Terkini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut meneruskan agenda Islam UMNO dengan mengorak langkah mengumumkan penubuhan Yayasan Pembangunan Wakaf dan Skim Wakaf Korporat untuk memperkukuh Institusi Wakaf.

Juga, di peringkat global, Najib sudah memulakan gerakan Global Movement of Moderates yang disasarkan kepada Dunia Islam.

Sebagai perbandingan, Pas dari sejak merdeka hingga kini hanya fokus untuk tegakkan hudud. Setelah perintah Kelantan, Kedah dan Terengganu, kerajaan Pas masih tidak laksanakan hudud di negeri tersebut.

Terkini Pas 'serah kalah' dan akui hudud tidak dapat dilaksanakan terhadap bukan muslim. Dalam erti kata lain, perjuangan hudud hanya lunak dibaca dalam perlembagaan Pas semata-mata.

Agar tidak menolak seratus peratus kata-kata, Nik Aziz dalam Muktamar Pas, satu perkara yang perlu direnungkan, mungkin Nik Aziz merujuk kepada ketiadaan klausa yang jelas dalam perlembagaan UMNO yang menerima kedudukan Islam sebagai agama yang UMNO perjuangkan.

Kalau itu maksudnya, maka ia perlu UMNO renungkan sebab 'Nik Aziz nak tengok pada perlembagaan UMNO' Nik Aziz nampaknya tidak mengiktiraf hakikat action speaks louder than words dalam konteks kejayaan kerajaan pimpinan UMNO melaksanakan kesemua agenda Islam sejak merdeka hingga kini.

Seperkara lagi berkaitan UMNO tolak ulama. Walaupun ia tidak benar, mungkin Nik Aziz mahu gambaran jelas. Mungkin yang dimaksudkan adalah agar sayap ulama yang pernah wujud sebelum Pas ditubuhkan dulu perlu UMNO hidupkan semula.

Mungkin Pas nak tengok, Ketua Sayap Ulama UMNO secara automatik menyandang jawatan Naib Presiden seperti sayap Pemuda dan Wanita UMNO?

Kalau itulah yang Nik Aziz nak tengok, agaknya tidaklah sukar untuk UMNO memikirkan perkara itu serta memberi respons sewajarnya?

Sekadar berjenaka, setelah UMNO laksanakan dua perkara di atas, apakah doa Pas, apakah bertukar kepada UMNO OK, BN OK. UMNO OK OK, BN OK OK?

Akhir kata, kalau kita ukur dan nilai sumbangan dan agenda kerajaan UMNO untuk kemajuan Islam, maka sukar nak setuju dengan Nik Aziz bahawa UMNO sudah murtad dan tolak Islam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121120/fo_01/Siapa-Islam-siapa-tidak#ixzz2DDTu7J2B
© Utusan Melayu (M) Bhd

kuliah politik


ARKIB : 20/11/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Kuliah Subuh yang mengelirukan
PRIHATIN
Kota Damansara

KULIAH Subuh yang disampaikan oleh seorang penceramah di sebuah masjid di Kota Damansara hari Ahad, 4 November lalu dalam menjawab soalan SMS yang barangkali telah diatur oleh pengelola kuliah mengatakan bahawa mengisi borang dan menjadi ahli parti adalah sama seperti memberi baiah pada Rasulullah.

Biasanya pada hari Ahad, saya akan bersolat di masjid berdekatan dengan kawasan Subang.

Sepanjang kuliah, penceramah menceritakan bagaimana penghinaan MCA kepada hudud dan pentingnya untuk tidak menyokong mereka yang bersekongkol dengan orang menentang hudud.

Peristiwa Rasulullah ditahan sebelum masuk ke Mekah pada tahun 6 Hijrah dan berlakunya Perjanjian Hudaibiyah dan bagaimana sahabat lain memberi baiah pada Rasulullah menjadi kupasan tajuk penceramah hari itu.

Sebagai seorang pesara, saya banyak menghabiskan masa dengan menuntut ilmu, meneliti dan mengkaji ilmu berkaitan dengan agama.

Terdapat integriti dalam menceritakan peristiwa Hudaibiyah dan baiah sahabat pada Rasulullah.

Mengatakan bahawa mengisi borang dan menjadi ahli parti (saya yakin parti Pas yang dimaksudkan) adalah sama seperti memberi baiah pada Rasulullah adalah satu ajaran dan fahaman sesat yang diberikan pada jemaah. Fahaman ini bertentangan dengan nilai agama Allah yang suci.

n Kalau mengisi borang jadi ahli Pas sudah dikira berbaiah pada Rasulullah, apa jadi sekiranya mereka keluar daripada menjadi ahli Pas? Adakah mereka mendurhakai Rasulullah? Kalau begitulah perkiraan mudahnya, bagaimana pula mereka yang tidak menjadi ahli Pas? Bagaimana pula mereka yang menentang ideologi Pas?

Bagaimana pula di negara yang tidak ada parti Pas, maknanya ramailah orang Islam yang berdosa kerana tidak berbaiah pada Rasulullah. Ini bermaksud Islam yang sempurna dan lengkap yang Rasulullah sampaikan seolah-olahnya tidak sempurna kerana tak ada pula Rasulullah pesan bahawa selepas wafatnya mesti beri baiah kepada Baginda dengan salah satu caranya isi borang jadi ahli Pas.

Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Hanya satu yang diterima Allah iaitu Islam yang Rasulullah bawa. Bukan Islam versi Pas dan bukan versi yang lain daripada itu. Hanya Islam yang Rasulullah bawa. Pas hanya sebuah pertubuhan parti politik di Malaysia yang bersemangat untuk menegakkan Islam dengan cara berpolitik.

Dalam tindakan parti Pas berpolitik ada tindakan dan fahamannya yang bersesuai dengan Islam dan banyak berdasarkan fahaman sempit Islamnya yang meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan Islam itu sendiri. Pas bukan satu-satunya medium di Malaysia untuk menegakkan syair Islam.

Rasulullah berwasiat dalam hadisnya yang bermaksud: ''Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sekiranya kamu berpegang dengan keduanya tidak akan kamu sesat selamanya, iaitu Quran dan Sunnahku''.

Maknanya setiap orang Islam mesti berjuang dalam menegakkan syiar Islam dan mencegah mungkar. Mediumnya boleh jadi pelbagai, selagi medium ini meletakkan al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas sebagai rujukan. Tidaklah perlu menjadi ahli Pas sahaja.

n Dalam isu MCA menghina hudud yang dilaungkan oleh si penceramah dan mereka yang bersekongkol dengan MCA juga adalah merupakan penghinaan pada Rasulullah. Tidakkah Pas juga bersekongkol dengan DAP yang tokoh DAP secara terang-terangan dan berkali-kali sehingga menyuruh melangkah mayatnya dulu kalau Pas nak laksanakan hudud?

Bagaimana pula DAP Perak yang menghina nabi dan menghina orang Islam seluruhnya mengatakan orang Islam menghabiskan terlalu banyak masa dengan membela nabi. Bagaimana pula DAP Kedah yang menentang peraturan baru bahawa setiap papan iklan mesti meletakkan gambar yang menutup aurat? Bagaimana pula dengan DAP Selangor yang mengarahkan untuk diletakkan semula arak yang telah diarahkan untuk dikeluarkan dari premis di kawasan orang Islam?

Ini tidak termasuk segala aktiviti kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia yang amat berkait rapat dengan tokoh dalam DAP.

Tidakkah ini semua menghina Rasulullah, mengingkari ajaran Rasulullah dan menghina orang Islam keseluruhannya. Kalau benarlah isi borang jadi ahli Pas itu macam berbaiah pada Rasulullah, kenapa masih besekongkol dengan DAP dan kenapa tidak ditentang DAP sedangkan DAP menentang dan menghina Rasulullah? Kalau begitu Pas yang bersekongkol dengan DAP juga menghina Rasulullah. Barangkali jawapan yang akan diberikan kenapa mereka bersekongkol dengan DAP yang menghina Rasulullah kerana Tahalluf Siyasi.

Saya yakin bahawa tahalluf siyasi yang dibenarkan pun tidaklah boleh sampai menggadaikan maruah agama dan umat Islam itu sendiri.

Parti Pas adalah seperti kata pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih... kuman seberang laut boleh nampak, gajah di depan mata pun tak nampak. Atas sebab kepentingan politik kuasa dan pangkat melebihi kepentingan agama, selalunya mereka pura-pura tak nampak.

Pengelola kuliah di masjid itu juga mestilah melihat bahawa agenda menyebar ajaran Islam yang suci adalah lebih utama dari menyebarkan ajaran kepartian.

Janganlah ditapis soalan-soalan yang dihantar melalui SMS. Hanya soalan yang menyebelahi ke parti Pas sahaja yang dilepaskan.

Ingatlah sumbangan wang yang diberikan oleh orang ramai ke tabung masjid untuk penyebaran agama Islam bukan untuk membiayai program meningkatkan bilangan ahli parti dan fahaman Pas di masjid itu.

Saya memohon tindakan dan pantauan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) secara serius dalam hal ini kerana fahaman sesat kepartian yang dikelolakan oleh pengelola kuliah seumpama ini bukanlah kali pertama disebarkan di masjid di Kota Damansara itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121120/fo_02/Kuliah-Subuh-yang-mengelirukan#ixzz2DDTavfjx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday, November 24, 2012

isu talam

Isu Talam: Jelaskan percanggahan, desak BN
Wartawan Sinar Harian
24 November 2012
Isu Talam: Jelaskan percanggahan, desak BN
Sulaiman dan Koon Mun dalam sidang media di lobi Dewan Annex, semalam.
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) mendesak Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan percanggahan ketara melibatkan penilaian aset dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bernilai RM113 juta berbanding RM375 juta dibuat Sulaiman & Co iaitu jurunilai dilantik Talam Corporation Berhad (Talam).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, penilaian dibuat itu meragukan kerana terdapat perbezaan melibatkan aset Talam bernilai RM262 juta.

Berdasarkan kertas putih penstrukturan hutang Talam dibentangkan Kerajaan Negeri Selasa lalu, nilai tanah Talam berstatus pertanian di Bukit Beruntung yang dibuat oleh JPPH adalah RM113 juta manakala Sulaiman & Co pula mencatatkan nilainya sebanyak RM375 juta.

“Apabila melibatkan kepentingan orang ramai dan kerajaan maka sudah pasti penilaian JPPH bernilai RM113 juta digunakan tetapi Menteri Besar tak nak malah memilih penilaian Sulaiman bernilai RM375 juta yang dilantik Talam,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun menyifatkan tanah di Bukit Beruntung berstatus ‘pembangunan bercampur’ bukannya tanah pertanian tetapi bagaimana ia boleh dinilai pada harga RM375 juta.

Katanya, lebih meragukan adalah penukaran status tanah dibuat Talam pada 1994 masih belum diselesaikan kerana ketika itu, syarikat itu tidak membayar caruman perparitan sebanyak RM4 juta.

“Begitu juga dengan tanah Talam di Ulu Yam yang mana Sulaiman & Co. menetapkan nilai tanah itu sebanyak RM12 juta tetapi Kerajaan Negeri mengambil tanah itu pada nilai RM18 juta,” katanya.

Menurutnya, beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri menjadikan perjanjian tersebut sebagai rujukan kerana pada 14 Julai 2009, Kerajaan Negeri mengarahkan semua agensinya membatalkan perjanjian dengan Talam.

Friday, November 23, 2012

graduan melayu tidak cemerlang


ARKIB : 09/11/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 21
PTPTN: Graduan Cina tertinggi

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pelajar berketurunan Cina merupakan kumpulan penerima manfaat terbesar Dasar Pinjaman Boleh Ubah (pengecualian bayaran balik) yang melibatkan sebanyak 13,192 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan jumlah keseluruhan RM375 juta sepanjang 2003 hingga 30 September lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung (gambar) memberitahu, seramai 9,598 orang pelajar Cina atau 72.8 peratus telah mendapat pengecualian bayaran balik dengan jumlah sebanyak RM297 juta.

Katanya lagi, pelajar Melayu dan India masing-masing mendapat pengecualian bayaran balik berjumlah 2,929 orang atau 22.2 peratus (RM58 juta) dan 506 orang atau 3.8 peratus (RM15.7 juta) manakala lain-lain kaum pula seramai 159 orang atau 1.2 peratus (RM3.8 juta).

''Dasar tersebut adalah terpakai kepada semua peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf sama ada di institut pengajian tinggi awam atau swasta.

''Insentif itu bertujuan untuk mendorong peminjam supaya belajar bersungguh- sungguh bagi memperolehi keputusan cemerlang sekali gus memberi pengiktirafan kepada pencapaian mereka," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang meminta dinyatakan jumlah pecahan pelajar mengikut kaum yang telah berjaya menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa sejak dasar tersebut diperkenalkan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mohamed tentang sambutan peminjam hasil pengumuman pemberian diskaun 20 peratus kepada pembayaran penuh, Kok Chung menjelaskan, PTPTN menerima sambutan menggalakkan hasil pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 lalu.

Jelasnya, tawaran diskaun 20 peratus itu hanya untuk setahun sahaja bermula 1 Oktober lalu hingga 30 September 2013.

''Sejak tawaran ini diumumkan dan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012, sebanyak 2,962 orang peminjam telah tampil untuk menjelaskan sepenuhnya pinjaman dengan jumlah RM15 juta.

''Daripada jumlah tersebut, seramai 191 peminjam adalah di dalam kategori senarai hitam dengan bayaran balik berjumlah RM1.2 juta," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121109/pa_01/PTPTN-Graduan-Cina-tertinggi#ixzz2D05ophbG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, November 8, 2012

air al quran

ARKIB : 07/11/2012

Bolehkah air dibacakan surah al-Quran dijual untuk dapat untung?

PERASAAN yang sukar diterjemahkan timbul dalam diri apabila melihat deretan botol air yang didakwa telah dibacakan surah-surah suci al-Quran dijual dan dikomersialkan atas dasar perniagaan.
Tambah sayu apabila yang menjualnya orang bukan Islam dan botol air berkenaan disusun di rak bawah kedai-kedai berkenaan. Pasar raya, farmasi dan kedai runcit menjadi tempat pengedaran secara besar-besaran.
Bagi saya yang bukan ahli agama, timbul bermacam-macam persoalan:
* Bolehkah ia dikomersialkan?
* Bolehkah orang bukan Islam menjualnya?
* Tujuan sebenar bukan untuk membantu menyembuh tapi untuk keuntungan.
* Tidak menjadi syirikkah kita yang bergantung kepada air sebagai pelindung diri dan kononnya menjadi penawar bermacam-macam penyakit?
* Apa jaminan tiada pihak yang akan mengeksploitasi air ini dan menggantikannya dengan apa-apa jenis air kerana mereka sedia maklum hanya orang Islam yang akan membeli dan menggunakan air ini?
Saya tidak mahu mengulas panjang lebar. Saya bukan pakar dalam hal ini, tetapi lebih kepada mencari jawapan agar akidah tidak tergelincir dan terpesong. Kita semua dianugerahkan akal fikiran. Sekiranya ada pihak yang arif tentang perkara ini, sama-samalah kita berkongsi ilmu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121107/fo_04/Bolehkah-air-dibacakan-surah-al-Quran-dijual-untuk-dapat-untung#ixzz2BZfg3alr
© Utusan Melayu (M) Bhd

pas pekak

ARKIB : 06/11/2012

Apabila Pas 'pekakkan telinga'!

Petugas dalam kempen Pas mengutip derma pada majlis pelancaran Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Machang, baru-baru ini. - gambar hiasan
ADA orang menyatakan kepada penulis, yang begini ungkapannya: "Rasanya Allah menyayangi Malaysia kerana al-Quran senantiasa mendapat penghormatan di negara ini."
Penulis bertanya sebabnya dan individu berkenaan memberi contoh paling mudah. Katanya: "Malaysia, satu-satunya negara di dunia yang menganjurkan majlis tahunan Tilawah al-Quran. Sebab itu kita makmur, aman dan maju."
Ketika ini para penyokong dan pengikut pembangkang terutama Pas dan PKR sibuk menghentam seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan menghina Islam. Inilah yang dikatakan 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak pula begitu.'
Sampaikan berdegar-degarlah penyokong dan pemimpin kedua-dua parti pembangkang itu berhimpun di satu tempat baru-baru ini, kononnya membantah keras ungkapan pemimpin komponen itu - meskipun kelmarin pemimpin parti berkenaan menafikan berbuat demikian.
Apabila sesuatu isu itu tidak menyebelahi Pas, habis diterjah atau ditonyoh pesaingnya itu. Hakikatnya, Pas akan pekakkan telinga apabila:
1. Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataan terbaru, yang diulanginya berkali-kali, telah terang-terang mengakui menolak hukum Hudud dilaksanakan walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Yang hairannya, disambut pula oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan 'memusingnya' sebagai konon kenyataan Karpal itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai negara Islam dan hukum hudud yang sebenarnya.
"Saya setuju biar dia 'geger' sokmo (selalu bising), daripada geger itulah orang faham tetapi jangan caci, guna akal kita," kata Nik Abdul Aziz.
2. Suatu ketika Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming bertindak membaca surah "Aura" yang tidak terdapat pun dalam al-Quran.
Persoalannya, siapakah yang mengajar Kor Ming untuk membaca ayat tersebut? Mengapa ajar Kor Ming membaca ayat al-Quran ini untuk tujuan ceramah politik sahaja? Dan ini bukan kali pertama DAP membaca ayat al-Quran. Sebelum ini pun, Wong Kar Woh (ADUN Canning, bekas Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Tetapi sekali lagi 'disambut' oleh Nik Abdul Aziz: "Eh dia nak guna ayat Quran, sepatutnya dia guna lamo dah. Itu kesan gelombang kebangkitan Islam sekarang. Tak po lah dia nak guna dia punya pasal. Salah tafsir itu dia punya pasal. Tapi nak baca Quran itu dak po (lihat sini)."
Sedangkan oang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan: "Tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran".
Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ke tepi. Soal agama tidak boleh dibuat main-main. Al-Quran adalah imam umat Islam, jangan membiarkan orang bukan Islam mempersendakannya."
3. Banyak ulama baik dari dalam mahupun luar negara mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam yang terbaik, melihat kepada pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO. Perkara itu bukan saja selaras dengan Islam malah dituntut oleh Islam. Ini termasuklah penubuhan insitusi pengajian tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1983 yang telah menghasilkan puluhan ribu siswazah yang kini mengamalkan ilmu Islam dalam pelbagai lapangan seperti undang-undang sivil dan syariah, ekonomi, sains kemanusiaan dan kejuruteraan.
4. Tabung Haji yang ditubuhkan pada 1963, bagi memudahkan urusan umat Islam menunaikan Rukun Islam yang kelima juga adalah manifestasi kesungguhan kerajaan BN memenuhi kebajikan umat Islam di Malaysia sehingga ingin dicontohi banyak negara lain.
Terbaharu, Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika mahu meneladaninya. Tabung Haji bukan sahaja mengatur urusan jemaah haji Malaysia dengan tertib, malah mampu memberi subsidi kepada jemaah berlandaskan konsep Islam.
5. Daripada hasil usaha UMNO dan BN juga, Malaysia terkenal di dunia Islam dengan majlis tahunan Tilawah Al-Quran yang dianjurkannya sehingga hari ini di bawah pentadbiran Najib. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan majlis berkenaan pada 9 Mac 1961 ialah Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Bapa UMNO dan Bapa Kemerdekaan dan bukannya daripada parti pembangkang yang berlabel Islam.
6. Kerajaan Pusat telah banyak melaksanakan pelbagai agenda yang dituntut oleh Islam namun tidak dilabelkan dengan jenama Islam. Contohnya, seperti membina universiti, sekolah, memberi kemudahan air, elektrik, rumah, masjid, surau dan jalan untuk keselesaan rakyat. Semua ini tidak dilabelkan dengan jenama Islam meskipun ia adalah perkara yang dituntut dalam Islam iaitu memberi kebajikan kepada rakyat.
7. Suatu ketika ulama tersohor Sheikh Al-Azhar. Dr. Mohammad Sayed Tantawi mengungkapkan, Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana Malaysia mengamalkan ajaran sebenar Islam. Begini ungkapannya:
"Sudah tentu Malaysia merupakan negara Islam contoh. Lihat sahaja pembangunannya yang amat pesat dan rakyatnya juga berpegang kepada ajaran sebenar Islam dengan aman dan damai tanpa rusuhan dan huru-hara.
"Ini adalah ciri-ciri negara Islam kerana Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya."
8. Banyak negara mengagumi Malaysia. Antaranya terbaharu, Yemen yang amat mengagumi pembangunan ekonomi di Malaysia dan mahu mencontohinya. Menurut Dutanya di negara ini, Abdulla Mohamed Al-Montser: "Kami semua (termasuk semua negara Asia Barat) menyifatkan Malaysia sebagai Negara Islam Progresif Contoh."
9. Pada 31 Mei tahun ini, program transformasi negara dipuji oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman yang mengunjungi negara ini sebagai tetamu Kuala Lumpur Business Club. Kedua-dua senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu turut mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia ekoran mengamalkan sistem demokrasi dan mempunyai kemajuan ekonomi yang menakjubkan.
"Dalam pandangan saya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia. Kami kagum dengan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di negara ini," kata McCain pada sidang akhbar.
10. Mengikut kajian Global Index 2011 oleh Institut Ekonomi dan Keamanan Antarabangsa yang berpusat di Sydney, Australia menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-19 daripada 153 negara yang mampu mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Laporan kajian penyelidikan Strategia International merekodkan Kuala Lumpur menjadi destinasi utama pelabur dari Asia Barat untuk melabur.
Dalam kajian terbaru oleh Crescent Rating, Malaysia berada di tempat pertama sebagai destinasi Organisasi Konferensi Islam (OKI) untuk kategori Halal Friendly dalam kelompok 10 buah negara iaitu Mesir, Turki, Indonesia, Emeriyah Arab Bersatu, Maghribi, Tunisia, Jordan, Brunei dan Qatar.
Daripada secebis 10 bukti daripada puluhan bukti sedia ada mengenai imej kerajaan yang ada, di mana kedudukan pakatan pembangkang di Malaysia. Di mana duduknya Pas?
Barangkali, persoalan inilah yang perlu dikupas dan diperdebatkan oleh pemimpin, pengikut dan penyokong Pas pada Muktamar Tahunan parti itu yang akan 'bertempik' di Kota Bharu, Kelantan pertengahan bulan ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121106/re_02/Apabila-Pas-pekakkan-telinga#ixzz2BZfAEfv1
© Utusan Melayu (M) Bhd

pas so lek hudud

ARKIB : 05/11/2012

Antara Soi Lek, DAP dan hukum hudud

SELAMA ini pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sememangnya memahami hukum hudud adalah isu yang dilihat sering menggugat kerjasama mereka.
Sikap Pas yang sering bercakap soal hukum hudud setiap kali menjelang pilihan raya telah meletakkan DAP dalam keadaan serba salah.
Walaupun DAP memahami Pas tidak ada kekuatan untuk melawan penentangan parti itu terhadap hukum hudud namun mereka tetap resah kerana isu berkenaan boleh mewujudkan persepsi bahawa pakatan pembangkang tidak sepakat.
Bagi pemimpin-pemimpin Pas pula, mereka ingin menunjukkan kepada orang Melayu kononnya mereka tetap memperjuangkan hukum itu. Oleh itu, walaupun mereka menyedari perjuangan berkenaan tidak akan ke mana kerana penentangan DAP namun mereka cuba bersandiwara kononnya pelaksanaan hukum hudud tetap menjadi matlamat perjuangan mereka.
PKR pula sememangnya tidak akan menyebelahi Pas dalam soal hukum hudud namun begitu mereka tetap resah melihat polemik antara Pas dan DAP. Oleh itu, sama ada DAP, PKR mahupun Pas mereka harus mencari helah supaya dapat memalingkan perhatian rakyat terhadap perbezaan pandangan mereka tentang hukum hudud.
'Misi' mereka hampir berjaya apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bercakap mengenai hukum hudud. Pakatan pembangkang cuba menggambarkan beliau menghina Islam.
Berikutan itu wujudlah keberanian luar biasa dalam kalangan pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR apabila mereka membantah kenyataan Soi Lek mengenai hukum hudud versi Pas.
Hakikatnya, kenyataan Soi Lek sudah diputar belitkan dan diberikan gambaran yang salah, Soi Lek tidak pernah menentang hukum hudud sebaliknya beliau sebelum ini sudah berkali-kali meminta DAP menyatakan pendirian mengenai hukum hudud versi Pas.
Tetapi pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR cuba mengalihkan isu mengenai penentangan DAP dengan menunjukkan kononnya MCA juga menentang hukum hudud.
Kalau benar pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR marah dengan kenyataan Soi Lek kenapakah layanan yang sama tidak diberikan terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin DAP.
Apakah kerana DAP adalah 'taiko' dalam pakatan pembangkang maka pemimpin-pemimpin Pas khususnya tidak berani berkata apa-apa. Berbanding dengan DAP, MCA jauh lebih terbuka dalam isu hukum hudud, mereka bersedia mendengar penerangan berhubung perkara berkenaan.
Tetapi persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin DAP bersedia berbuat demikian. Selain itu, kita perlu menerima hakikat apa yang berlaku sekarang adalah kerana kesilapan Pas sendiri yang bercakap hukum hudud secara bermusim.
Akibatnya ia mewujudkan persepsi bahawa hukum hudud hanya menjadi alat politik dan bukannya hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh Pas.
Apatah lagi sehingga ke hari ini Pas masih belum mampu membuat penjelasan mengenai kekeliruan yang wujud dalam hukum hudud versi mereka.
Justeru tidak payahlah pakatan pembangkang hendak mengheret MCA dalam polemik mereka. Terimalah hakikat bahawa DAP sama sekali tidak boleh menerima hukum hudud versi Pas dan PKR tidak akan menyokong Pas melaksanakan hukum hudud.
Sejarah politik negara sudah membuktikan keikhlasan MCA bersama komponen Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara ini termasuk dalam perkembangan Islam.
Selama ini MCA tidak pernah menghalang apa juga perkara berkaitan Islam yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, oleh itu apabila ada tuduhan Soi Lek dan MCA menghina Islam, jelaslah ia tuduhan bermotifkan politik dan bagi mengalihkan isu terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang.
Cuba kita bertanya sejak MCA, Gerakan dan MIC berkawan dengan UMNO pernahkah kita mendengar berlaku keadaan di mana bacaan kitab suci al-Quran tidak boleh dipasang melalui pembesar suara di masjid-masjid ketika subuh. Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang.
Selain itu berbanding pemimpin-pemimpin MCA tindakan sesetengah pemimpin DAP kadang kala lebih banyak menyinggung perasaan umat Islam. Keadaan itu berlaku kerana MCA jauh lebih berpengalaman dalam bersahabat dengan parti-parti yang mempunyai ramai umat Islam.
Justeru adalah mustahil untuk mana-mana pemimpin MCA melakukan tindakan menghina Islam seperti mana dakwaan pakatan pembangkang terhadap Soi Lek.
Oleh itu adalah diharapkan umat Islam tidak akan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang ini yang ternyata semakin ketandusan idea dan modal dalam menghadapi pilihan raya.
Pembangkang terutamanya Pas amat memahami mereka tidak ada jawapan terhadap penentangan DAP terhadap hukum hudud, oleh itu mereka ingin tunjukkan kononnya DAP sudah boleh menerima perjuangan mereka dan sekarang MCA pula yang menentang.
Apa yang paling malang mereka cuba menggambarkan bahawa suara MCA itu suara UMNO demikianlah terdesaknya Pas dalam usaha mereka meraih undi dan sokongan untuk pakatan pembangkang.
Namun begitu jika sesiapa juga yang mengkaji sikap dan tindak tanduk Soi Lek dan MCA selama ini, mereka pasti memahami kedudukan sebenar. Mereka tidak akan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang berusaha untuk melakukan apa sahaja bagi menyakinkan rakyat kononnya mereka sepakat.
Jika benar Pas yakin bahawa DAP tidak lagi menentang hukum hudud versi mereka seperti mana dilakukan oleh MCA maka adalah wajar jika Pas mendesak supaya hukum hudud itu dimasukkan ke dalam buku jingga pakatan pembangkang. Melalui cara itu barulah rakyat akan yakin bahawa Pas benar-benar bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum hudud dan DAP pula sudah menerima hukum berkenaan.
Jika Pas tidak berupaya melakukan demikian, tidak payahlah cuba menunjukkan keberanian tidak bertempat terhadap MCA tetapi dalam masa sama tidak ubah hanya menjadi pak turut kepada PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang.
Selain itu tidak payahlah hendak memperbodohkan rakyat khususnya orang Melayu kononnya UMNO menentang hukum hudud.
Seperti mana sudah diperjelaskan berkali-kali tiada mana-mana pun umat Islam yang akan menentang hukum hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Tetapi kita sama sekali tidak akan bersetuju dengan hukum hudud yang dijadikan modal politik dan dilakukan secara berpilih-pilih sehingga mengwujudkan persepsi hukum Islam itu tidak adil. Itulah sebenarnya yang cuba dielakkan oleh UMNO.
Apa pun terserahlah kepada mana-mana pihak untuk melihat isu kenyataan Soi Lek itu dengan kebijaksanaan dan pertimbangan yang waras. Apa yang pasti semua orang tahu siapakah yang benar-benar menentang hukum hudud dulu, kini dan selamanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121105/re_01/Antara-Soi-Lek-DAP-dan-hukum-hudud#ixzz2BZeaCFsx
© Utusan Melayu (M) Bhd

tidak boleh dikritik

ARKIB : 07/11/2012

Terima kasih PKNS di atas surat peguam anda...

TERIMA KASIH Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana menghantar surat peguam di atas tulisan saya dalam kolum ini minggu lalu bertajuk: Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?
Saya menerima surat peguam daripada Tetuan S.N. Nair & Partners - secara kebetulan juga adalah peguam tegar kepada Anwar Ibrahim. Dia juga ialah peguam kepada Teresa Kok, yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS.
Saya juga tidak pasti adakah Tetuan S.N. Nair sudah menjadi peguam panel PKNS? Kalau betul, baguslah.
Sebenarnya, saya menulis tulisan itu atas dasar yang cukup jelas demi agama, bangsa dan negara. Saya sudah mengenali PKNS sejak sekian lama. Saya sebati dengan semangat, jiwa dan roh perbadanan itu.
PKNS adalah sinonim dengan Melayu Selangor dan sebaliknya. Kebanyakan rumah murah mampu milik PKNS di Lembah Klang inilah tempat menghuni orang Melayu. Saya juga pernah membeli rumah PKNS.
Oleh itu, jika walau sedetik pun kedengaran sesuatu “yang mencurigakan" berlaku ke atas PKNS, maka kita akan bersuara, menjerit dan membuat bising. Ia adalah manifestasi kesayangan kita kepada PKNS, sebuah institusi yang diwujudkan berkat Dasar Ekonomi Baru, pasca 13 Mei 1969!
Dulu di zaman pentadbiran Dr. Khir Toyo, saya turut mengkritik hebat beliau akibat kemusnahan kawasan hutan simpanan Bukit Cahaya Seri Alam atau Bukit Cerakah. Walaupun beliau hampir hilang jawatan gara-gara pendedahan itu, Dr. Khir masih boleh menerima kesilapan dan membetulkan keadaan.
Tulisan saya mengenai PKNS ialah sebagai mengulas keresahan orang ramai, khususnya anak-anak Selangor - juga kakitangannya - yang sayangkan perbadanan itu. PKNS dianggap sebagai darah dan daging orang Melayu Selangor dan pendatang miskin ke Selangor.
Saya juga menulis di perenggan-perenggan terakhir yang cuba menasihatkan perbadanan itu supaya" ...PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan (menjual aset) sehingga mengorbankan falsafah asalnya".
Saya juga berkata apa yang ditulis “itu hanyalah pendapat umum (rakyat Selangor dan kakitangan PKNS) yang dikutip oleh pacal yang hina ini".
Saya ada ramai kawan, sahabat di semua peringkat dalam PKNS. Semuanya menjadi saksi apa yang sedang berlaku sekarang.
Mereka ini adalah pejuang kepada semangat, jiwa dan roh PKNS yang diasaskan oleh pejuang Melayu terdahulu, Allahyarham Tan Sri (Datuk) Harun Idris.
Apakah salah jika kita semua menasihati PKNS? Apakah salah Noh Omar mendedahkan transaksi itu? Apakah salah saya mengulasnya?
Konon cakap kerajaan Pakatan mengamalkan kebebasan bersuara, benarkah? Apakah kita semua ini kelak, jika Pakatan memerintah, akan mengikut stail sebuah negara jiran pujaan DAP, yang akan menyaman sehingga bankrap para pengkritiknya?
Ekoran tulisan itu saya diminta PKNS untuk: Menarik balik beberapa perenggan yang dikatakan berunsur fitnah dengan segera, memohon maaf, dan berjanji tidak mengulangi tuduhan dan komen yang disebutkan dalam tulisan itu.
Melalui surat peguam itu, PKNS atau pun MB Khalid Ibrahim selaku pengerusinya, sudah tentu tidak mahu mereka dikritik atau dipantau lagi oleh kita semua.
Akhir kata, saya serahkan kepada tuan-tuan sekalian selaku pembaca - rakyat Selangor, rakyat Melayu yang pernah berlindung di bawah dasar PKNS dan kakitangan PKNS untuk membuat penilaian terhadap tulisan saya.
Saya hanyalah umpama lilin. Membakar diri sendiri, demi agama, bangsa dan negara tercinta ini!

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121107/re_06/Terima-kasih-PKNS-di-atas-surat-peguam-anda#ixzz2BZe8cV3F
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, November 6, 2012

Monday, November 5, 2012

alumni boleh kumpul 50 juta

Najib: Alumni UiTM wajar jana dana RM50 juta setiap bulan
Wartawan Sinar Harian
4 November 2012
SHAH ALAM -  Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan sahaja mampu menyumbang dana kepada universiti itu, malah dengan kepakaran dan pengaruh mereka mampu memperkasakan universiti itu sebagai pusat pengajian tinggi yang hebat dan unggul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana menteri berkata, jika alumni Universiti Harvard di Amerika Syarikat boleh mewujudkan RM32 bilion dana, UiTM yang mempunyai lebih kurang 500,000 orang alumni mampu mengumpul RM50 juta jika setiap bulan seorang alumninya menyumbang RM10 seorang untuk tabung membantu lebih ramai anak bangsa melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
  
Beliau berkata demikian pada Malam Simfoni Kasih 2012 UiTM di sini malam tadi yang dihadiri 1,200 anggota Alumni UiTM.
  
Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
  
Najib berkata, beliau bukan bekas penuntut UiTM tetapi sebagai anak kepada pengasas institusi itu beliau mahu melihat wawasan dan harapan ayahandanya bekas perdana menteri kedua negara Tun Abdul Razak Hussein, direalisasi sepenuhnya.

"Saya lihat UiTM memberi limpahan amat besar kepada masyarakat kerana ia membuka peluang kepada segenap peringkat masyarakat (untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi)," katanya.
  
Pada majlis itu Najib turut melancarkan Tabung Sumbangan Alumni UiTM dan 'Sedekah Jariah (Wakaf) UiTM'.
  
Perdana menteri turut menyampaikan anugerah Tokoh Alumni UiTM 2011 kepada Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd Datuk Seri Zukri Samat.
  
Malam Simfoni Kasih 2012 (MSK'12) anjuran Yayasan Budiman UiTM dengan kerjasama Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM diadakan bagi mengumpul dana untuk membiayai dan memberi sumbangan kepada penuntut UiTM yang
kurang berkemampuan dalam bentuk dermasiswa, termasuk menambah dana tabung projek khas 'Program Mengubah Destini Anak Bangsa'.
  
Malam ini sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpul hasil jualan meja, sumbangan korporat dan penjualan iklan di buku cenderamata. - Bernama

Sunday, November 4, 2012

semoga kita beriman dgn Ayat ini

[49:9] Basmeih
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
 
[49:10] Basmeih
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
 
 [49:11] Basmeih
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
 
[49:12] Basmeih
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
 
 
[49:13] Basmeih
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
 
 [49:14] Basmeih
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
 

Friday, November 2, 2012

utk melayu singapore

ARKIB : 29/10/2012

Iktibar untuk orang Melayu

SAYA kesal dengan artikel saudara Sallim Hj. Ahmad (warga Singapura) di dalam ruangan Forum bertajuk 'Kesal Tun Mahathir kurang peka', Berita Harian Singapura bertarikh 24 Oktober 2012.
Beliau menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia dengan petikan ayat suci al-Quran surah Al-Hujurat ayat 6 seperti berikut: "Wahai orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan".
Tun Dr. Mahathir memberikan pandangan dan teguran membina dan bukannya menghina kepada bangsa Melayu Singapura kerana saudara dan orang Melayu seperti saudara harus perlu peka dan menerima hakikat sebenarnya orang Melayu Singapura kini semakin pupus identiti kemelayuannya bukan sahaja dari segi adat istiadat dan budaya tetapi juga bahasa Melayu itu sendiri.
Ia telah pudar sedikit demi sedikit kerana bahasa rojak telah digunakan secara meluas dan akhirnya melebihkan bahasa Inggeris menjadi santapan percakapan harian orang Melayu Singapura itu sendiri.
Jangan kaitkan politik semasa dalam negara Malaysia untuk memburuk-burukkan pemimpin kami kerana itu bukan urusan anda dan tidak layak pun untuk mengkritik kami kerana anda semua yang sebenarnya terkunci mulut di tempat sendiri kerana di sana difahamkan segala dinding dan lantai mempunyai 'mata dan telinga' dan kebebasan bersuara tidak langsung dibenarkan walaupun untuk menegur kebenaran.
Orang Melayu Singapura bukan sahaja agak terpinggir tetapi seolah-olah hidup dalam sangkar emas mendapat jawatan yang tidak penting sahaja di sana walaupun gaji agak lumayan tetapi nampak tidak ceria kerana keadaan sekeliling yang tidak menyebelahi mereka.
Bayangkan majlis perkahwinan hanya mampu diadakan di bawah flat yang terhad dan pula kurangnya tempat letak kereta yang menyebabkan apabila adanya majlis seumpama itu selalu sahaja tuan punya kenderaan dihantui dengan surat notis saman.
Masyarakat Melayu di sana dipecah-pecahkan dan hanya mampu bertemu dan menerima khabar di masjid-masjid sahaja dan sudah tentu bukan semuanya ahli masjid.
Untuk berpolitik dan mempunyai parti untuk kaum Melayu jangan hendak mimpi kerana awal-awal lagi bangsa Melayu Singapura tidak dibenarkan menubuhkan apa juga parti politik atau juga pertubuhan lain yang boleh menguatkan masyarakat Melayu.
Masjid-masjid di sana pula tidak dibenarkan melaungkan azan melalui pembesar suara di luar dan semasa Hari Raya Haji untuk membuat ibadah korban pun tidak dibenarkan di sana. Di sana juga mana ada sekolah Melayu.
Untuk renungan rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu ambillah iktibar dari apa yang diluahkan ini kerana apabila kita sudah hilang kuasa, hilang identiti, hilang bangsa, hilang budaya maka kita juga akan mendapat nasib yang sama seperti saudara-saudara kita itu juga dan di masa itu meraunglah dan menangislah dengan air mata darah sekalipun tidak akan dapat untuk mengembalikan hak dan maruah kita lagi.
Berwaspadalah wahai bangsa-ku, cukuplah sudah derita datuk nenek kita selama 500 tahun dijajah dan dihinakan dilakukan seperti bola dari satu penjajah ke satu penjajah.
Nasib baiklah parti UMNO bertunjangkan Melayu cepat menyelamatkan kita, jika parti lain selain Melayu yang dapat memerdekakan negara di masa itu (1957) tidaklah tahu nasib kita sekarang ini mungkin majlis kahwin anak cucu kita juga di bawah flat jawabnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121029/fo_02/Iktibar-untuk-orang-Melayu#ixzz2B0yTeRLm
© Utusan Melayu (M) Bhd

jawa singa

ARKIB : 30/10/2012

Lagi pesanan kepada Sallim Hj. Ahmad dakwa Tun Mahathir kurang peka

KEPADA Sallim Hj. Ahmad (warga Singapura) yang mengatakan Tun Mahathir kurang peka pada 24 Oktober 2012 saya mahu berpesan untuk ingatan beliau.
Sesungguhnya saudara Sallim Hj. Ahmad patut melihat dan meneliti kad pengenalan beliau sendiri. Adakah tertulis perkataan Melayu di dalam kad pengenalan beliau itu?
Sudah pasti tiada tertera perkataan Melayu kerana di Singapura Melayu telah dipecahkan kepada suku kaum.
Jika Sallim keturunan Jawa maka di kad pengenalan beliau hanya tertera Jawa sebagai rujukan bangsa.
Saudara Sallim juga patut melihat sendiri di flat-flat HDB milik kerajaan di Singapura itu, adakah dalam satu lantai ada keluarga bangsa Melayu lebih daripada satu keluarga di lantai tersebut? Pernahkah saudara Sallim itu meninjau akan keadaan tersebut?
Saudara Sallim itu juga patut pergi ke Kementerian Pertahanan Singapura dan melihat senarai pangkat tertinggi bangsa Melayu di situ.
Saudara Sallim juga wajib pergi ke Yayasan Mendaki dan bertanya bagaimanakah wang derma bangsa Melayu di Singapura diagihkan untuk pendidikan dan sebagainya.
Saudara Sallim juga kena pergi bertanya kepada generasi muda Melayu Singapura itu sendiri akan sejarah Singapura, siapakah yang menemui Singapura. Saya pasti jawapan yang akan diberi sudah tentu bukan Parameswara, kenapa?
Sebab Parameswara adalah bangsa Melayu. Maka jawapan yang saudara Sallim akan dapat dari soalan tersebut adalah Sir Stamford Raffles yang menemui Singapura.
Saudara Sallim juga kena pergi ke Sentosa Island dan lihat nama siapakah yang tertera di sana yang mempertahankan Singapura daripada serangan Jepun di masa Perang Dunia Kedua dahulu, sudah pasti bukan Kapten Adnan, kerana apa? Kerana Kapten Adnan adalah Melayu.
Tetapi mengapakah Persatuan Melayu Kristian dibenarkan menggunakan perkataan Melayu, kerana itu saja jalan untuk melemahkan bangsa Melayu itu sendiri.
Saya amat pasti bahawa saudara yang bernama Sallim Hj. Ahmad ini bukannya seorang Melayu yang tulen, mungkin Saudara Sallim ini berdarah Malbari dan tidak mempunyai setitik pun darah Melayu, ini kerana jika saudara Sallim ini benar-benar Melayu maka sudah pasti dia tidak akan mempertikaikan apa yang Tun Dr. Mahathir Mohamad kata dan tulis kerana sejarah telah membuktikan bahawa di masa pemerintahan Tun Mahathir ramai Melayu Singapura yang berebut-rebut ingin menjadi warganegara Malaysia.
Maka dengan itu nasihat saya kepada Saudara Sallim agar melihat diri di dalam cermin apakah dia itu Melayu yang amat ditakuti akan perpaduannya oleh PAP, bapa kepada DAP di Malaysia ini. Janganlah menyibuk hal negara orang jika bangsa sendiri di bumi sendiri (suatu masa dahulu) melukut di tepi gantang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121030/fo_02/Lagi-pesanan-kepada-Sallim-Hj-Ahmad-dakwa-Tun-Mahathir-kurang-peka#ixzz2B0y3utXl
© Utusan Melayu (M) Bhd

malaysia bukan sekular

ARKIB : 30/10/2012

Malaysia bukan negara sekular

JIKA diteliti kandungan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa undang-undang tertinggi negara kita tidak berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular. 

Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan, Raja-raja Melayu dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, wang negara boleh dibelanjakan untuk tujuan pendidikan Islam dan penyelenggaraan institusi-institusi Islam, malah wang pungutan zakat dikira sebagai hasil negara.

Selain itu, pendidikan Islam diajar sebagai mata pelajaran wajib untuk pelajar-pelajar beragama Islam di sekolah-sekolah kerajaan, latihan untuk guru-guru pendidikan Islam disediakan oleh kerajaan, undang-undang syariah dilaksanakan oleh mahkamah syariah yang merupakan sebahagian daripada institusi kehakiman negara, hakim-hakim mahkamah syariah adalah penjawat awam yang dibayar gaji oleh kerajaan, dan banyak lagi perkara lain yang mengaitkan agama Islam dengan dasar kerajaan dan institusi negara. Kesemua ini dilaksanakan di bawah lembayung Perlembagaan.

Dalam sebuah negara sekular, tidak mungkin dana negara digunakan secara langsung untuk kebajikan umat Islam. Tidak mungkin juga sistem kehakiman Islam dan pendidikan Islam menjadi sebahagian daripada sistem negara, dan undang-undang syariah dilaksanakan oleh penjawat-penjawat awam.

Di bawah Perlembagaan negara kita, kesemua ini dibenarkan. Pelaksanaannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan, malah selari dengan hasrat Perlembagaan.

Di Malaysia, tidak berlaku pemisahan antara agama dan negara secara total. Ciri penting negara sekular ini tidak wujud di Malaysia. Maka sah Malaysia bukan negara sekular seperti yang ditegaskan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di Parlimen baru-baru ini.

Tetapi mengapa masih ada pihak yang beria-ia ingin mengatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular?
Bagi saya ini bukan cerita baru, tetapi cerita lama. Jika kita singkap sejarah pembikinan perlembagaan negara di ambang kemerdekaan dahulu pun, cerita ini telah hangat diperdebatkan.

Suruhanjaya Reid yang dilantik untuk menyediakan deraf perlembagaan Malaysia misalnya tidak memperakukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Maka dengan itu, menurut perakuan Suruhanjaya Reid, Malaysia tidak akan mempunyai Agama Negara seperti juga negara-negara sekular yang lain.

Perakuan ini ditentang oleh satu-satunya ahli Suruhanjaya Reid yang beragama Islam iaitu Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Beliau berhujah, pada masa itu terdapat sekurang-kurangnya 15 negara yang mempunyai agama negara. Jadi mengapa pula Malaysia harus terkecuali.

Tambahan pula, hujah Hakim Abdul Hamid, saranan Islam sebagai Agama Persekutuan merupakan hasil pemuafakatan politik yang dicapai oleh Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC, yang mewakili kaum-kaum utama di Tanah Melayu pada ketika itu.

Saranan ini terkandung dalam dokumen yang dinamakan 'Political Testament of the Alliance', iaitu memorandum mengenai Perlembagaan yang dikemukakan oleh Perikatan kepada Suruhanjaya Reid. Hakim Abdul Hamid berpandangan adalah tidak wajar bagi Suruhanjaya Reid menolak persetujuan yang telah dicapai oleh pemimpin-pemimpin politik pelbagai kaum setelah mereka melalui proses rundingan yang panjang.
Hampir semua saranan yang terkandung dalam 'Political Testament of the Alliance', yang pada peringkat awalnya ditolak oleh Suruhanjaya Reid, dimasukkan dalam Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen British pada Jun 1957, yang kemudiannya diterima sebagai Perlembagaan negara.

Ini termasuk saranan supaya Islam dijadikan Agama Persekutuan. Dalam konteks ini, dokumen perjanjian politik Parti Perikatan, yang juga disebut sebagai Kontrak Perlembagaan, adalah jauh lebih penting dan signifikan daripada Laporan Suruhanjaya Reid.

Maka dengan itu, termaktublah dalam Perlembagaan negara kita Islam sebagai Agama Persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam suasana yang aman dan harmoni di mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Secara tidak langsung, cubaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular telah berjaya ditangkis.

Namun hari ini, cerita lama kedengaran lagi. DAP sebagai sebuah parti sosialis totok sekular, menyambung cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Cuma caranya agak berbeza.
Jika dahulu cubaan untuk menjadikan Malaysia negara sekular dibuat dengan menolak Islam sebagai Agama Persekutuan, hari ini ia dilakukan secara lebih halus.

DAP tahu bahawa sikap parti itu yang menolak hukum hudud tidak boleh diburukkan lagi dengan menolak Islam sebagai Agama Persekutuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini akan menimbulkan kemarahan pengundi majoriti beragama Islam, dan memburukkan lagi hubungannya dengan Pas.

Maka, DAP tidak secara langsung menolak Islam sebagai Agama Persekutuan, malah bersetuju ia diterima sebagai sebahagian daripada Dasar Bersama pakatan pembangkang.

Tetapi di sebalik paparan wajah manis DAP, parti itu sama ada secara langsung atau menerusi proksi menolak pelaksanaan undang-undang Islam yang didakwa kononnya mencabuli kebebasan asasi manusia.
Ini termasuk undang-undang yang menghalang perlakuan murtad, mendedahkan aurat, meminum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan muhrim, amalan ajaran sesat dan juga orientasi seks songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual. Kesemua perlakuan dan amalan ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

DAP tidak menolak simbol Islam sebagai Agama Persekutuan, tetapi membantah setiap intipati ajaran Islam dalam sistem kerajaan dan undang-undang negara.

Tindakan DAP ini umpama pepatah Melayu - pepat di luar, rencong di dalam. Ini adalah dimensi baru cubaan menegakkan negara sekular di Malaysia. Tidak mengapa Islam dikekalkan sebagai Agama Persekutuan, yang ditafsirkan sebagai agama rasmi semata-mata, tetapi tidak boleh dibiarkan menjadi tonggak dalam sistem kerajaan dan undang-undang negara. Inilah perjuangan DAP.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121030/re_01/Malaysia-bukan-negara-sekular#ixzz2B0xJBndg
© Utusan Melayu (M) Bhd

pas permainkan hudud demi raih undi

ARKIB : 31/10/2012

Jangan 'pertaruhkan' hukum hudud demi kemaruk kuasa

KETAKSUBAN berpolitik dalam kalangan pemimpin dan penyokong Pas ternyata tiada batasnya. Tidak kira khutbah Jumaat mahupun khutbah Aidilfitri, tazkirah atau khutbah Aidiladha semuanya akan diselit dengan unsur-unsur politik seolah-olah untuk menunjukkan merekalah yang paling Islam berbanding UMNO dan merekalah penegak hukum Allah di muka bumi bernama Malaysia ini.

Sebenarnya, bukan sekali malahan sudah banyak kali kita menyaksikan bagaimana umat Islam yang hadir ke masjid-masjid terpaksa mendengar khutbah dan tazkirah berbaur politik, terbaru berlaku di Kelantan apabila sebuah masjid membaca teks khutbah berbentuk sedemikian.

Mungkin juga dalam kehangatan orang bercakap mengenai hukum hudud, Pas sudah tidak senang duduk, mereka merasakan hukum hudud yang sebelum ini menjadi modal setiap kali pilihan raya mula menggugat kedudukan mereka. Tindakan Pas kembali bercakap soal hukum hudud sebenarnya menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan parti itu dalam melaksanakan hukum berkenaan. Oleh itu bagi menutupi kelemahan berkenaan maka seperti mana berlaku di Kelantan Dewan Ulama Pas negeri itu mengeluarkan teks khutbah Aidiladha yang secara jelas menuding jari kepada orang lain kerana kegagalan mereka melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Berikut sebahagian intipati khutbah tersebut seperti mana didedahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pada Jumaat lalu:

(a) Hendaklah kita perbetulkan dasar perjuangan kita dengan meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi (b) Kenapakah setelah sekian lama kita diperintah oleh mereka yang mengaku menjadikan Islam sebagai agama rasmi tetapi umat Islam masih gagal menjadikan Islam sebagai cara hidup yang terbaik? (c) Kita bukan disuruh sembelih anak tersayang seperti Nabi Ibrahim, sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri, menyebat dan merejam orang yang berzina, menyebat peminum arak dan membunuh orang murtad (d) Kenapa masih ragu-ragu terhadap hukum yang ditentukan oleh Allah untuk menghukum penjenayah? (e) Tidak ada kemungkaran yang lebih besar kecuali kemungkaran menolak hukum Allah yang penuh kebaikan dengan menerima pelbagai hukum ciptaan manusia yang ingkar terhadap Allah.

Jelaslah apa yang ingin perkatakan ialah mengenai hukum hudud - satu janji yang dilafazkan oleh Pas Kelantan dalam pilihan raya umum 1990. Bagaimanapun sampai sekarang hukum berkenaan tidak dilaksanakan dan dalam suasana untuk menghadapi pilihan raya umum, Pas cuba menutupi kegagalan mereka dengan menuding jari kepada kerajaan Pusat.

Di mana-mana saja kini, mereka 'menjaja' bahawa UMNO bertanggungjawab apabila hukum hudud tidak dapat dilaksanakan dan hukum itu diperlekehkan oleh bukan Islam. Tiada keinsafan di kalangan pemimpin Pas untuk mengkaji kelemahan sendiri sehingga memungkinkan hukum hudud seolah-olah dilihat sekadar mainan politik parti itu setiap kali menjelang pilihan raya.

Mengulas perkara ini, penganalisis politik Ahmad Masrizal Muhammad berkata, sebenarnya rakyat negara ini dan Kelantan khususnya sudah lama menanti Pas menunaikan janji mereka untuk melaksanakan hukum kanun Jenayah Syariah II negeri Kelantan atau yang 'dijual' namanya sebagai hudud. Semenjak daripada mula memenangi memegang tampuk pemerintahan negeri Kelantan kira-kira 20 tahun yang lalu, maka itulah harapan rakyat.
''Semua rakyat pada awalnya bangga dengan janji-janji sebegini. Namun, ternyata itu semua tidak menjadi kenyataan. Saban pilihan raya rakyat didendangkan dengan lagu yang sama iaitu Pas akan melaksanakannya tetapi, selepas menang pilihan raya visi itu tidak pun cuba dilaksanakan apatah lagi mahu bersungguh-sungguh melaksanakannya,''katanya ketika dihubungi.

Dalam soal ini Ahmad Masrizal menegaskan, cuba tanya pimpinan Pas, berapa banyak konvensyen, bengkel, seminar atau ruang ilmiah yang dibuka kepada rakyat untuk membincangkan perkara itu secara mendalam. Jadi apa langkah persediaan untuk membuktikan kesungguhan mereka ?

''Jawapannya tiada! Lantas perjuangan undang-undang yang kononnya dipanggil hudud itu dilakukan atas paksi apa? Paksi agama, ilmu atau paksi politik semata-mata ? Jika mahu dikatakan paksi agama dan ilmu kenapa mereka menikus dengan herdikan ahli pakatan yang lain seperti DAP dan PKR akan hal ini? 'Mana keberanian dan istiqamah mereka sebagaimana garang dan kerasnya mereka menentang UMNO, parti yang juga dikuasai oleh orang sedarah sedaging dengan mereka?.

''Yang utama bagi mereka ialah tumpaskan UMNO dan menangkan Pakatan Pembangkang. Maka tidak hairanlah kepada kita jika kita melihat mereka mengamalkan politik multidualistik. Di kampung bercakap soal negara Islam , di bandar lain pula nadanya iaitu bercakap soal negara kebajikan dan dengan kariah pakatan bercakap soal demokrasi,'' katanya.

Sememangnya itulah sikap Pas tetapi malangnya pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuklah khatib atau penceramah Pas yang bercakap soal hukum hudud tidak mahu mengakui kelemahan sendiri.

Sebab itulah, Ibrahim menyifatkan tindakan Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) sebenarnya hanya memperlihatkan tembelang sebenar parti itu yang bertopengkan agama semata-mata.

''Bagi saya, teks khutbah DUPK ini tidak lebih daripada satu cubaan Pas untuk memindahkan kegagalannya melaksanakan hukum hudud di Kelantan kepada kerajaan Pusat sahaja,'' katanya ketika dihubungi.

Ibrahim berhujah sedemikian kerana menurut beliau Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, sendiri mengakui betapa kerajaan Kelantan sebenarnya berkuasa untuk melaksanakan hukum hudud, hanya ia tidak melaksanakannya sahaja.

Mungkin bagi Pas mereka tidak perlu melayan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu tetapi dalam masa yang sama kita ingin bertanya sampai bilakah Pas mahu menjadikan hukum hudud sebagai modal politik. Tahukah Pas tindakan mereka yang bercakap hukum hudud secara bermusim telah menyebabkan hukum Allah itu dipersoal dan perlekehkan?

Tambahan pula Pas sendiri tidak dapat memberi penjelasan terhadap pelbagai kekeliruan dan persoalan yang timbul berhubung enakmen undang-undang syariah yang mereka bentangkan di Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu.

Justeru hentikanlah sandiwara politik berhubung hukum hudud ini. Kalau pun Pas hendak pilihan raya atau kemaruk sangat mahu berkuasa bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, janganlah 'mempertaruhkan' hukum hudud di pentas-pentas politik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121031/re_02/Jangan-pertaruhkan-hukum-hudud-demi-kemaruk-kuasa#ixzz2B0wbMZTu
© Utusan Melayu (M) Bhd

sebab pas di tendang dari bn

ARKIB : 01/11/2012

Punca Pas ‘diceraikan’ 1977

DALAM apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.

Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN.

Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

“Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.

Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.

Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.

* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.

* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.

* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.

* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.

* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.

* Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan ‘kambing hitam Pas’ apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.

* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.

* Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman Pas’ kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121101/re_01/Punca-Pas-diceraikan-1977#ixzz2B0uNb5oN
© Utusan Melayu (M) Bhd