Saturday, September 23, 2017

1mdb...penjelasan dari TS Khalid



TAN SRI KHALID IBRAHIM MENULIS MENGENAI 1MDB


1. Saya ingin berterima kasih kepada PAS kerana melibatkan saya di dalam perbincangan meja bulat bersama pengurusan utama 1MDB pada Selasa lalu. Saya juga merasa bersyukur kerana kedua-dua wakil dari PAS dan 1MDB sangat mesra dan professional sepanjang perbincangan berlangsung. Ia merupakan sebuah perbincangan secara telus dan terbuka.

2. Sebagai rakyat Malaysia, keprihatinan saya tertumpu kepada keupayaan 1MDB untuk beroperasi tanpa menanggung kerugian, kegagalan yang mana akan membebankan negara dan para pembayar cukai. Timbul dakwaan bahawa usaha rasionalisasi oleh kerajaan kepada 1MDB adalah sama seperti pelan penyelamat mega berjumlah US$42 bilion. 1MDB juga telah dituduh melakukan penyelewengan serta salah guna dan sekaligus menyebabkan ia gagal melaksanakan komitmen dan keperluan kewangan mereka.

3. Sejajar pertuduhan tersebut, saya memfokuskan perbincangan mengenai rancangan penstrukturan semula hutang 1MDB yang telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan ahli lembaga yang baru dilantik.

4. Ketika perbicangan berlangsung, saya melihat bahawa 1MDB beroperasi dengan modal ekuiti yang kecil atau rendah, sementara ia bergantung kepada pengimbangan kewangan bagi menyokong pelaburan mereka dengan potensi pulangan modal dalam terma jangka sederhana – berlandaskan kepada sokongan sosial dan politik dari kerajaan bagi menambah nilai dan keuntungan ke atas projek yang dilaksanakan.

5. Cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat ini adalah obligasi mereka bagi pembayaran faedah pada ketika projek dijalankan, iaitu ketika peringkat permulaan dan fasa pembangunan.

6. Ia merupakan sesuatu yang membanggakan apabila 1MDB telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih US$10 bilion berbanding modal ekuiti RM 10 juta dan sehingga ke hari ini, 1MDB masih berupaya membayar hutang serta membiayai komitmen kewangan.

7. Namun drama politik, ditambah pula dengan penyebaran fakta terpesong serta maklumat palsu terutamanya di rangkaian media sosial telah memberikan gambaran kononnya 1MDB berada dalam keadaan kucar-kacir dan dituduh dipergunakan untuk aktiviti politik.

8. Harus diperjelaskan pada ketika Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) telah berjaya membuat penilaian terhadap operasi 1MDB, ia masih tidak jelas sama ada syarikat ini mampu untuk bertahan. Pada perbincangan tersebut, Arul telah memberikan penerangan mengenai kedudukan kewangan terkini syarikat dan menunjukkan penyata kira-kira 1MDB, susulan dari pelan penstrukturan yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan.

9. Kesimpulannya, nilai bersih terkini bagi aset yang dimiliki 1MDB mampu untuk menampung liabiliti terkini dan masa hadapan, malah ia turut menghasilkan lebihan. Bagi mengelak sebarang kesulitan dalam mengendalikan operasi aset 1MDB pada masa akan datang, aset terbabit akan dipindahkan kepada Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc) yang bertindak sebagai pemilik, sebagaimana dalam pelan penstrukturan. 1MDB akan membuat pembayaran bagi hutang seperti yang dikehendaki apabila transaksi aset disalurkan kepada MOF Inc daripada 1MDB.

10. Pengurusan penstrukturan 1MDB perlu memastikan nilai bersih terkini aset dikekalkan agar tiada gangguan terhadap pembayaran hutang dan komitmen kewangan. Tentu sekali, nilai aset 1MDB seharusnya lebih tinggi daripada nilai aset terkini memandangkan transaksi dilakukan di luar nilai sebenar, akibat dari serangan publisiti politik yang buruk diterima 1MDB.

11. Mengambil kira senario ini, penstrukturan ini dilihat berjalan lancar dan dakwaan ‘bailout’ ke atas 1MDB tersebut adalah tidak relevan.

12. Sebagaimana yang dijelaskan Arul, menjelang penghujung 2017, perlaksanaan transaksi aset dan kesinambungan pembayaran hutang serta unjuran komitmen 1MDB akan ditransformasikan kepada entiti baharu atau melalui pembubaran. Ini akan menjadi titik kepada entiti pelaburan yang dianggap mengelirukan.

13. Satu lagi isu yang dibincangkan adalah berkenaan hutang 1MDB kepada IPIC. Penyelesaian kepada IPIC tidak dilaksanakan kerana 1MDB telah membuat pembayaran kepada Aabar BVI, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh IPIC. Bagaimanapun, pembayaran itu tidak disalurkan Aabar BVI kepada syarikat induk, IPIC. 1MDB bernasib baik kerana berjaya membuktikan perjanjian yang dibuat antara dua pihak dan urusan keduanya kini berada di landasan.

14. Bagi menjawab gembar-gembur terhadap usaha dilakukan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk mendapatkan aset dikatakan milik Malaysia di mana 1MDB dikatakan terlibat dalam transaksi yang menyalahi undang-undang, Arul telah menjelaskan bahawa tiada wang atau aset milik syarikat atau anak syarikat 1MDB terlibat. Mereka turut dinasihatkan untuk tidak mengendahkan drama perundangan yang dibangkitkan di Amerika Syarikat.

15. Hakikatnya, cubaan Amerika Syarikat untuk ‘menyelamatkan’ aset Malaysia adalah sama dengan alasan yang diberikan Amerika Syarikat sebelum ini, yang kononnya negara itu mahu menyelamatkan dunia dengan cara mengebom Saddam Hussein dan rakyat Iraq. 

Apabila bercakap mengenai Amerika Syarikat, tiada apa yang diberikan percuma.

TAN SRI KHALID 

Saturday, July 1, 2017

tnb mula untung


TNB punya nilai pasaran skg adalah lebih RM80 bn, kedua terbesar di BSKL selepas Maybank.1998 TNB hampir bangkrup dengan kerugian terbesar dlm sejarah RM3.08bn.
Pembelian IPP oleh 1Mdb berjaya menyelamatkan TNB dari memberi subsidi lebih 1bn setahun.Pembelian ini juga menyelamatkan TNB dari kena ugut dimasa depan bila keperluan tenaga meningkat dan TNB tak mampu menyediakan stesen janakuasa diperlukan.

Tuesday, June 27, 2017

doj ke daajal


PAC, Swiss AG dan LCIA dah menyiasat. Semua dakwa MO1 dan 1MDB tak bersalah. Yg DOJ ni bilamasa depa siasat? Tupun nk percaya ka?

glc bergabung

Nilai pasaran 20 GLCs sebelumnya  adalah RM133.8bn dan meningkat ke RM431.1bn pada April 2015.Peningkatan 3.2 x.Jadi tak payah nak fitnah Najib nak menjahanam atau merompak sykt berkaitan kerajaan.
20 GLCs itu skg jadi 17 kerana gabungan.
1)Axiata
2)MAHB
3)TH Plantation
4)MBS
5)CIMB
6)UEM
7)UMW
8)Boustead Holdings
9)MAS
10)TNB
11)TM
12)MRCB
13)Affin Holdings
14)Chemical Company of Malaysia
15)Maybank
16)BIMB Holdings
17)Sime Darby

Friday, June 23, 2017

najib 8 tahun

5 fun fact 8 Tahun pemerintahan DS Najib.
1. Beliau terus perkenalkan Slogan 1 Malaysia kerana beliau memahami ketika zaman Pak Lah ada sedikit masalah perkauman dan penyebaran fitnah dan ketidak adilan sesama bangsa.
2. Perkenalkan BRIM, PRIMA, Kad Pelajar Satu Malaysia, Kad Pelajar pengangkutan Satu Malaysia, kedai Satu Malaysia, Menu Satu Malaysia dan macam-macam program untuk membantu rakyat.
3. Menyambungkan stesen-stesen pengangkutan di KL untuk kemudahan Rakyat dan juga memantapkan sistem pengangkutan lembah klang dan negeri-negeri lain.
4. Melabur syarikat China yang ketika ini menjadi port pelaburan terbesar dunia untuk memajukan syarikat di Malaysia dan menarik pelabur seluruh dunia untuk melabur si Malaysia.
5. Memajukan Sabah dan Sarawak dengan memperkenalkan Lebuhraya pan Borneo tanpa TOL dan juga memantapkan sistem jalan di Sabah Dan sarawak secara beransur. (Hang ingat nak bina jalan dan penempatan kat Sabah Sarawak senang macam kat Semenanjung? Dia lebih rumit kerana ia bukit bukau dan bentuk muka bumi yang berbeza dari Semenanjung)
 Zaman DS Najib? Kemajuan demi kemajuan dilakukan walaupun melalui kekangan orang manja Malaysia.

Monday, June 19, 2017

sst dan gst

 Masa kita ada SST  10000 barangan dikenakan AP.Maknanya kita dicukai oleh kroni lagi banyak.
Zaman skg kita ada GST dan lebih 5000 AP dihapuskan.Cukai skg masuk terus ke Perbendaharaan.

Sunday, June 18, 2017

suri rumah lebih faham tentang gst

Fokus saya adalah berkaitan kenyataannya dalam satu ceramah beliau yang mengatakan bahawa org miskin "gaji rm800, bayar GST rm100 #sebulan"
Baiklah, saya mulakan dengan math sangat mudah dan tidak boleh di nafikan kebenaran faktanya..
(Rm800(gaji) - 6%(GST) = rm48 sahaja) dapatan ini terhasil jika semua barangan yg di beli itu di kenakan GST. Tapi hakikatnya banyak keperluan asas di negara kita adalah sifar GST(sila rujuk senarai barangan sifar GST)
Sementara keluarga saya membelanjakan rm750.50 (rekod dalam resit) bulan lalu dengan hanya membayar GST sebanyak rm21.74 sahaja. Untuk pengetahuan,rekod perbelanjaan ini tidak termasuk pembelian untuk barangan di pasar basah sprt sayur,ikan,ayam dll
Sebaiknya dalam membuat kira-kira GST di pentas ceramah dan di kongsikan dalam media sosial, Ustaz tidak seharusnya berhujah tanpa sebarang fakta yang menyokong. Sebaiknya sebelum membuat sebarang kenyataan Ustaz mungkin boleh membuat pembelian keperluan harian sendiri di pasaraya dengan modal rm800 di mana-mana kedai yang mengenakan GST dalam urusniaga mereka. Atau Ustaz boleh rujuk beberapa perkongsian dalam wall fb saya berkenaan perbelanjaan GST/bulan.
Jika Ustaz seorang yang amanah dalam menyampaikan kebenaran dan menyedari akan kesilapan Ustaz..
Saya sangat berharap agar Ustaz membetulkan kesilapan yang telah Ustaz lakukan dengan sengaja dan secara terbuka.
Sekian..
Dari seorang suri rumah yang pernah beranggapan GST adakah beban kepada golongan marhaen..
#GSTBukanBebanPadaRakyatGolonganSasar..